Skip to main content

Ingin Tahu atau Menahu

clip_image001

"Sistem talaqqi dulu dan kini yang menjaga penuntut ilmu daripada tersilap memahami Al-Quran dan As-Sunnah"

clip_image002

"Sistem talaqqi di Masjid Al-Azhar yang melahirkan puluhan ribu ulama' yang menjadi rujukan dunia"

Banyak persoalan yang menjengah masuk di blog dan yahoo group. YM saya sudah beberapa minggu tidak online. Kalau online pun invisble. Jangan marah ya. Bukan tidak sudi menjawab setiap persoalan yang diajukan. Ingin sekali terus dijawab walau dengan beberapa kalam pendek, namun tiada mood di saat ini dengan beberapa situasi yang tidak stabil. berpuluh artikel saya di KIV dulu. Saya tidak perlu memanjangkan di sini mengapa dan kenapa.

Buat pengetahun sahabat-sahabat, saya sedang menunggu natijah (result) dan jika rezeki saya lulus, saya akan pulang ke Malaysia. Doa kalian amatlah dihargai. Doakan saya ya.

Sahabat-sahabat yang bertanya ada yang bersifat “ingin tahu” dan ada yang bersifat “ingin menahu”. Apa beza “tahu” dan “menahu”. Orang kelantan mungkin faham penggunaan ini. Orang yang ingin tahu akan bertanya dengan persoalan dan adab-adab orang yang ingin bertanya dan ingin tahu. Adapun orang yang ingin menahu bertujuan membuat provokasi dan cuba mencari kelemahan tulisan saya. Bukan saya tidak akui tulisan saya ada kelemahan namun jika kritikan itu bukan tujuan membina tetapi menghina, maka saya tidak perlu untuk membazirkan masa untuk melayan mereka.

Kenyataan saya bukan bersifat prejudis tetapi itu kenyataan yang saya hadapi. "Mungkin Ustaz boleh husnozzon dengan orang yang bertanya". "Ya, benar kata kamu tapi husnuzzon itu kepada sesuatu yang kita tidak tahu secara pasti." Bagaimana jika soalan itu sudah pasti daripada nada dan individu yang kita sudah kenali pemikiran mereka. Dia pernah membuat kacau di blog-blog agama yang lain dan di blognya sendiri banyak kata-kata kesat. Tulisan mereka bertujuan membuat provokasi dan kekacauan. Apakah perlu lagi untuk saya berhusnuzzon dengan mereka?

Blog saya untuk sahabat-sahabat yang ingin tahu sahaja. Kepada yang ingin menahu atau merasakan sudah terlalu tahu, diminta tidak menganggu di sini. Kerana anda hanya menambahkan bilangan komen di artikel saya dan juga meningkatkan trafik ke blog saya. Tumpuan saya hanya kepada sahabat-sahabat yang benar-benar ingin tahu. Harap maklum.

Saya tidak nampak di mana akhirnya pertembungan yang mengaku salafi aka wahabi dengan ahlisunnah wal jamaah yang semenjak zaman Muhammad Ibnu Abd Wahhab sehingga sekarang jika mereka masih bersikaf sebegini. Tuduh menuduh, kafir mengkafir. Keras kepala dan merasakan pandangan mereka sahaja yang benar. Pandangan mereka sahaja berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ulama' tidak maksum dan melakukan kesilapan kata mereka. Kira-kira mereka maksum ya daripada tersalah memahami Al-Quran dan As-Sunnah?

Jika mereka datangkan seribu ayat Al-Quran dan seribu matan hadis apakah kefahaman terhadap keduanya mesti benar? Al-Quran dan Al-Hadis itu maksum tetapi apakah kefahaman mereka juga maksum daripada tersilap? Dalil atau nas dan kefahaman dua elemen yang mustaqillah (terpisah). Jika ada dalil tidak semestinya kefahaman kita terhadap dalil juga dikira benar dan maksum.

Hayati hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah dan dikeluarkan oleh Imam At-Tabrani, Ad-Dailami dan selain daripada keduanya;

Sabda Nabi SAW : Ambillah ilmu sebelum ilmu itu hilang. Bertanya Sahabat : Wahai Rasulullah! Bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan di sisi kita ada kitabullah dan sunnah RasulNya? Berkata Abu Umamah : Maka Rasulullah marah yang tidak mendatangkan kemurkaan Allah. Jawab Rasulullah SAW : Sesungguhnya hilangnya ilmu dengan hilangnya pembawanya.

 

1) Daripada hadis ini jelas menunjukkan kepada kita, hilangnya ilmu atau diangkatnya ilmu dengan matinya alim ulama' iaitu pembawa kepada ilmu tersebut.

2) Hadis ini juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang kononnya ingin kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis dengan mengenepikan ulama'. Sahabat menyangka dengan adanya Al-Quran dan Al-Hadis maka ilmu itu tidak hilang. Namun Rasulullah SAW menyangkal kefahaman sahabat yang bertanya dengan jawapan Baginda SAW : hilangnya ilmu dengan hilangnya pembawa yakni ulama'. Kerana apabila matinya ulama' maka kefahaman terhadap Al-Quran dan Al-hadis juga hilang walaupun Al-Quran dan Al-Hadis ada di sisi kita.

3) Hadis ini juga menolak pandangan memahami Al-Quran dan Al-Hadis secara zahir tanpa melihat kepada kefahaman ulama' dalam menjelaskan setiap nas-nas. Perhatikan pertanyaan sahabat. Bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan di sisi kita ada kitabullah dan Sunnah RasulNya? Inilah sangkaan golongan wahabi aka salafi yang menolak mazhab dan pandangan ulama' dengan sangkaan pandangan mereka tidak maksum.

Mengapa Rasulullah SAW menyangkal pandangan sabahat? Kerana walaupun Al-Quran dan Al-Hadis ada di sisi kita, belum tentu kefahaman kita terhadap keduanya bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasulullah SAW. Kefahaman yang sebenar ialah kefahaman yang diwarisi oleh Para Sahabat Radiallahu 'Anhum daripada Nabi SAW kemudian Para Tabi'en dan kemudian Tabi' Tabi'ien sehinggalah kepada ulama' kita pada hari ini yang mempunyai sanad yang sampai kepada Nabi SAW.

Kita dikatakan menyesatkan mereka, padahal mereka telah menyesatkan ramai umat Islam dulu, kini dan selamanya dengan persoalan khilafiyyah dan ulama’-ulama’ mu’tabarah yang telah diakui zaman berzaman. Mereka melaung-laungkan perkataan bidaah dan merasakan seolah-olah mereka sahaja yang melakukan sunnah. Mereka lebih suka melihat umat Islam terus berpecah daripada menjaga kesatuan umat Islam.

Di Perlis sudah berlaku pergaduhan kerana soal qunut dan lain-lain. Bahkan ada yang bercerai kerana berbeza pandangan di antara suami isteri. Inikah yang dikatakan sunnah? Inikah yang diperjuangkan oleh mereka yang mendakwa pejuang sunnah? Persoalan qunut merupakan perkara sunat sedangkan menjaga kesatuan umat Islam merupakan suatu kewajipan.

Sudah terlalu banyak tulisan yang boleh dibaca di blog-blog seperti link yang saya letakkan di bloglist saya. Semuanya telah menjawab segala keraguan yang ditimbulkan oleh golongan salafi aka wahabi. Pembongkaran demi pembongkaran telah dilakukan ke atas jenayah ilmu dan kitab para ulama’ kita. Mereka mengambil sekerat-kerat dan mentakwil mengikut kefahaman mereka sedangkan ulama’ kita menyatakan sebaliknya.

Pada mereka, tulisan orang lain sampah. Ini perkataan yang mereka gunakan di al-fikrah.net aka al-fikrah.wahabi. masuklah ke laman ini dan sahabat-sahabat menilai sendiri bagaimana thread mereka dipenuhi dengan umpatan dan fitnah kepada beberapa tokoh ulama’ kita seperti Syeikh Nuruddin dan Syeikh Fuad Al-Maliki. Artikel saya juga tidak ketinggalan menjadi bahan ejekan kepada mereka. Sedangkan apa yang saya tulis hanya terjemahan daripada kitab dan keterangan ulama’ yang muktabar (diakui authoritynya). Bukan saya yang akui tetapi ulama’ sepanjang zaman yang mengakuinya. Ulama’ menilai ulama’ itu suatu yang sepatutnya seperti Doktor menilai Doktor yang lain. Tapi kalau driver ingin menilai Doktor itu suatu yang tidak masuk akal. Kerana sudah pasti driver itu tidak memahami benarkah dia seorang doktor dengan ilmu dan kepakarannya atau dia hanya bomoh jalanan.

Ah, kami bukan mengumpat tetapi menyatakan kebenaran.

Jika mereka mengatakan sebegini, ini menunjukkan mereka tidak memahami perbezaan mengumpat dan fitnah. Mengumpat kita menyatakan kebaikan atau keburukan seseorang di belakangnya dan kita tahu jika tuan empunya tahu, dia tidak akan suka. Adapun memfitnah ialah menyatakan sesuatu yang tidak benar.

Kalau mereka menyatakan perkara yang tidak benar, itu bukan lagi mengumpat namanya tetapi sudah termasuk di dalam ta’rifan fitnah. Kerana mengumpat walaupun kita menyatakan sesuatu yang benar tetapi tidak diredhai oleh empunya diri maka kita sudah termasuk di dalam ta’rifan mengumpat.

Saya tahu ada umpatan yang dibenarkan. Seperti menyatakan kezaliman dan kesilapan seseorang supaya umat Islam berhati-hati seperti dilakukan oleh ulama’ menyatakan si fulan dengan sesuatu gelaran yang menepati pemikiran mereka seperti gelaran mujassimah, wahabiyyah dan sebagainya. Ini termasuk di dalam sesuatu yang harus bahkan kadang-kadang menjadi suatu kewajipan kerana jika tidak dinyatakan ia akan merosakkan akidah umat Islam dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam.

Saya pelik, wahabi marah apabila dikatakan mereka wahabi. Syiah mengaku dia syiah tapi wahabi marah apabila dikatakan wahabi. Kita menilai seseorang itu wahabi berdasarkan pemikiran dan manhaj yang mereka bawa bertepatan dengan manhaj Muhammad Ibnu Abd Wahhab yang telah ditolak oleh ayah dan abangnya sendiri bahkan mufti Makkah yang terakhir ketika itu iaitu Syeikh Zaini Dahlan juga menulis satu kitab menolak fahaman sesat Muhammad Ibnu Abd Wahhab. Kenali siapa Syeikh Zaini Dahlan di sini.

Walaupun kata mereka bukan 100 peratus sama kefahaman kami sama dengan Muhammad Ibnu Abd Wahhab. Ya, benar tapi methodologi dan kefahaman mereka masih lagi di dalam lingkungan ajaran ini. Saya nak guna perkataan aliran (mazhab) pun tidak ada ulama’ yang mengi’tiraf aliran mereka sebagai mazhab yang diakui sepertimana mazhab yang empat bahkan yang mengkritik dan menemplak ajaran ini teralalui ramai daripada ulama’ terkemuka dunia dulu, kini dan selamnya. Boleh lihat di sini senarai ulama' yang menolak Ibnu Taimiyyah.

Apa kaitan Muhammad Ibnu Wahhab dan Ibnu Taimiyyah? Ulama' menyebut Muhammad Ibnu Abd Wahhab terpengaruh dengan tulisan Ibnu Taimiyyah bahkan Ibnu Taimiyyah pernah bertaubat. 'Afallahu 'Anhu. Boleh baca di sini kisah taubat Ibnu Taimiyyah.

Kalau ada yang mengi’tiraf mereka pun, tokoh-tokoh mereka sendiri yang sudah pasti bias kepada ajaran yang mereka anuti kerana itu akan memberikan impak yang baik kepada ajaran mereka. Adapun mazhab ahli sunnah wal jamaah, sudah menjadi mutawaatir kebenarannya di timur dan di barat sehingga mustahil mereka berkumpul dan berpakat untuk menipu atau malakukan pendustaan kepada Al-Quran dan As-Sunnah seperti di dalam ta’rifan mutawaatir.

Apa yang saya pelajari daripada guru-guru saya di Malaysia sama dengan apa yang saya pelajari di Mesir. Bahkan guru saya bukanlah berkelulusan Mesir. Hanya guru pondok yang selalu diperlekeh oleh golongan wahabi. Walhal pondok inilah yang telah menyampaikan kepada datuk-datuk dan moyang-moyang kita ilmu Islam dan membawa dakwah Islam di Tanah Melayu seperti yang tertera di dalam sejarah sebelum ada sekolah arab dan Universiti.

Bagaimana kira-kira guru-guru pondok saya dan ulama' mesir tidak bercanggah? Kerana manhaj ilmu mereka sama. Rantaian ilmu mereka jika dikaji akan sampai kepada satu titik yang sama. Sebab itulah kefahaman mereka juga sama. Wahabi aka salafi sendiri ada beberapa jenis. Salafi aka wahabi Mesir lain, salafi aka wahabi Malaysia lain, salafi aka wahabi Saudi lain. Jadi di mana dakwaan mereka jika kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan ada perbezaan? sedangkan mereka sendiri berbeza.

Inilah perbezan yang berlaku kepada mazhab yang empat yang pernah dilaungkan sebagai haram bermazhab suatu ketika dulu. Buktinya boleh baca kitab "Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab" karangan As-Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili yang menjelaskan kekeliruan Hassan Bandung yang membawa fahaman kaum muda aka wahabi aka salafi jadian. Mereka mendakwa mazhab punca perpecahan umat Islam walhal merekalah yang memusnahkan kesatuan umat Islam dengan ajaran baru mereka.

Ana selalu katakan kepada sahabat-sahabat ana. Jika kalian pandai bahasa arab bermula dengan kamus Al-Marbawi atau yang seumpama dengannya, janganlah teralu berlagak dan angkuh untuk mengkritik dan menolak ulama’-ulama’ kita. Di dalam soal pengurusan pondok mungkin ya kritikan itu benar tetapi di dalam soal ilmu mereka yang berantaian daripada seorang ulama’ kepada seorang ulama’ sehingga kepada tuan empunya kitab dan akhirnya sampai kepada Nabi Muhammad SAW dengan dakwaan ilmu kita lebih benar, maka ini termasuk di dalam perkara yang sangat dangkal.

Tulisan kali ini sekadar lontaran umum untuk sahabat-sahabat pembaca. Persoalan-persoalan yang diutarakan, ana akan jawab insyAllah. Kalau bukan hari ini, esok atau lusa tapi blog ini akan terus menyatakan kebenaran berdasarkan manhaj ilmu yang disebut sebagai talaqqi bil qabul. Untuk memahami manhaj ini boleh hayati ceramah yang di sampaikan oleh Dr Usamah As-Sayyid yang sangat alim di dalam ilmu hadis dan huraian yang sangat luar biasa sehingga digelar oleh orang-orang Mesir sebagai Sya’rawi Jadid. Boleh tonton di sini.

Mohon maaf kepada semua. Saya hanyalah seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan. Semoga Allah mengampuni kita semua dan memberikan petunjuk untuk kita memahami agama Allah dengan methodologi dan manhaj yang sebenar yang diakui oleh Nabi SAW sebagai satu golongan yang selamat daripada 73 puak yang berpecah daripada kalangan umat Islam.

Comments

  1. Salam...

    "Ya Allah, kurniakanlah ketabahan buat hamba-Mu ini dalam menyampaikan dakwah-Mu.. Kurniakanlah kekuatan dan kasih syg-Mu kpd nya dlm menyampaikan ilmu-ilmu-Mu dan dalam memberikan kefahaman kpd seluruh umat Islam.. Kau kurniakanlah jua perlindungan-Mu buat semua pejuang2 agama-Mu dalam menegakkan syariat Islam di muka bumi ini Ya Allah.. Sesungguhnya hanya Engkaulah penolong kami.. Maka bantulah kami.. Amiin ya Rabbal 'Alamiin.."

    ReplyDelete
  2. tabah tuan dalam menyampaikan kebenaran..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...tok guru....i.ALLAH..sy akn bersama2 tok guru membasmi golongan ini...sabar itu indah...klu depa x puas hati kt tok guru...abq kt sy..kita bleh turun sma2....

    ReplyDelete
  4. Wslm..jazakumullahu khairan jazak..

    ReplyDelete
  5. katakan TIDAK! pada wahabi.............

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum sheikh,

    Teruskan perjuangan. Bila melihat perjuangan sahabat yang lain dalam memerangi bahaya wahhabi ini, ana makin rasa kagum. Dan ana semakin pasti wujudnya golongan ini bukan membawa kebaikan tetapi permusuhan. Apatah lagi fatwa ulamak wahhabi yang mengkafir, menghukum musyrik, menghukum sesat tanpa hak ulamak Islam, jemaah Islam dan majoriti umat Islam. Dan menganggap golongan mereka benar (sedangkan jauh dari sikap salaf yang sebenar).

    Insya ALlah, lebih selamat mengikut majoriti umat Islam sebagaimana yang telah diterangkan dalam banyak hadith sahih.

    ReplyDelete
  7. SAlam t.quru. nak tanya ni. Bukan menayo. Gini ustak ambo Dia INSANIAH (KUIN) ada bagitau ibnu taimiyah ni akidah je tak diterima. Fiqh dia kita terima. lagu mana syeikh leh tlong terang cikit. kawe tak cerak etek. Macam -macam bui pandangan. Pening kawe. hehe. Kawe doa demo cepat balik dan lulus dan mencerahkan kembali keadaan di malaysia yang suram...

    ReplyDelete
  8. Wslm..

    Ada kitab yg ditulis dan diseliakan oleh Mufti Mesir Dr Ali Jumaah yang menjelaskan kitab fatwa Ibnu Taimiyyah yg menyalahi ijma' ulama'. Ratusan fatwa beliau menyalahi ijma'.

    Namun begitu masalah fiqh masalah ijtihadiyyah yg luas yg boleh bertolak ansur dgn syarat dia tidak mengatakan pandangan ulama' lain salah dan tidak betul. Adapun masalah akidah merupakan masalah usul (pokok) yg tidak boleh diperselisih kecuali di dalam masalah furu' akidah spt mslh ta'rif, mslh nak bilang sifat ma'nawiyyah atau tidak spt Imam Al-Asy'ari membilang 13 kerana sifat ma'nawiyyah sudah diisbat di dalam sifat ma'nawi.Adapun Imam Al-Maturidi membilang 20.

    Walaubagaimanapun kedua2nya mengatakan sifat ma'nawiyyah adalah sifat wajib bg Allah dan jika dinafikan membawa kpd kekufuran.

    Ibnu Taimiyyah merupakan seorang tokoh yang diperselisih oleh ulama' mengenai fatwanya bahkan ada yg menyesatkannya jadi mengapa kita tidak memilih ulama' yg sudah ijma' umat sekalian sebagai Al-Imam seperti Imam yang empat, Imam Nawawi, Ibnu Hajar Al-Asqalani, Ibnu hajar Al-Haitami, Sultanul Ulama' 'Izuddin Abdissalam, Imam Ramli dan ramai lagi di dalam fiqh bahkan akidah mereka bertepatan dengan akidah ahli sunnah waljamaah..

    Ulama' yg ana sebut merupakan ulama' yg dii'tiraf ilmu dan kitab mereka sepanjang zaman dulu dan kini. sudah tentu yang ramai itu lebih dekat kepada yang betul daripada pandangan sorang kerana sabda Nabi SAW : Tidak berkumpul umat aku di dalam kesesatan.Riwayat Tarmizi dan lain2.

    Ulama' kita menyebut : يحرم خرق الاجماع "Haram menyalahi ijma".

    ReplyDelete
  9. Ibnu Hajar al-Asqalani ye...
    Imam Nawawi pun ade...

    Enta kate fiqh dorg mantop, bahkan akidah bertepatan dgn ahli sunnah waljamaah.

    Enta jgn telan ludah snirik plak nanti.
    Manela tau, tetibe tanak plak ikut due2 ulama kt atas,
    sbb tak selari dgn amalan bid'ah enta.

    Org tegur enta, enta kate org provoke.
    Ana da mtk maaf kt cbox enta atas segala cacian dan makian ana selame ni.

    Ana nak tegur enta dgn ilmiah plak pasni.
    Tp ana tgh nak exam.

    Satu lagi, takkan tak tau beza mengumpat dan fitnah?
    Dah tuduh wahabi tak ikut mazhab, tak ke fitnah namenye tu?

    Ini ke yg enta kate ngumpat yg halal utk ngajar bdak2?
    Mcm ni?

    Ana harap enta dan kawan2 enta bleh jd lebih jujur pasni.
    Ana sayang kt enta, sbb tu ana komen lagi kt blog ni.

    Semoga yg terbaik utk sume.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum,

    Ibnu Hajar al Asqolani dan Imam An Nawawi sendiri adalah dari aliran asya'iroh yang dihukum oleh sheikh soleh fauzan (ulamak wahhabi salafi) sebagai golongan sesat.

    Bukti :

    10. S: Apakah orang yang menamakan dirinya salafi dianggap hizbiyah?

    J: Menamakan diri dengan salafiyah jika secara hakiki tidak mengapa, tapi kalau hanya sekedar akuan semata, tidak boleh dilakukan..., tidak boleh menamakan diri salafiyah kalau tidak berada di atas manhaj salaf. Misalnya Asy'ariyah, mereka berkata: "Kami adalah ahlus sunnah wal jamaah", sebetulnya pernyataan ini tidak boleh diucapkan oleh mereka, karena yang mereka jalani bukanlah manhaj Ahlus sunnah wal jamaah demikian pula halnya firqah-firqah yang lainnya.

    BUKTI LAMAN WEB : : http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715

    Gunakan nama Imam Ibnu Hajar dan Imam Nawawi - kemudian menghukum sesat pada mereka. Bukti dah ada. Cuba bidas balik laman web tersebut. Laman yang kata tiada bid'ah hasanah, yang kata ALlah ada tangan, muka etc. Silakan Bohemian.

    Kitab yang menghukum sesat itu pun ada discan oleh seorang yang bertaubat dari wahhabi salafi :

    http://salafytobat.wordpress.com/2009/02/05/bukti-bin-baz-wahhabi-kafirkan-ibnu-hajar-imam-nawawi-1-2/

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustaz.
    Dalam kita mengerjakan dakwah, pasti ada halangan dan rintangannya.
    Tidak terkecuali junjungan kita, Nabi SAW.
    Yang menahu itu, kita ketepikan.
    Yang tahu itu, kita titikberatkan.
    Jika niat tegurannya itu untuk membina, pilihlah tutur bicara dimana tidak menyakiti org.
    Jika benar hati syg pada saudara, jaga lisan dan perilaku.
    Sekadar renungan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Kepada bohemian.....klu enta nk jd salafi kuang hajaq pon,jd sorg2 enta sdahlaa...ada kami kcau ampa ka klu ampa yg x terhegeh2 kcau kami??kami hanya pertahankan diri bla diserang oleh mreka yg kempunan utk ke jalan yg benar...cba laa ampa dok diam2 dgn cara ampa,kami pon x kalut nk kcau ampa blik..bila kami bangkit pertahankan diri,ampa kta kami ni anti wahabi pulak...molek sgtlaa tu perangai..ampa dgn cra ampa sdahlaa...klu ampa dok berasa ada dalil sgt,ikutlaa dalil ampa tu,kami ada dalil kami utk kami ikut..

    Bila puak2 wahabi dok menyerang kita,dan kita bertindak mmbalas blik apa yg mreka tohmahkn itu,kita plak dituduh anti wahabi..??x ka plik ka tu??xpala...nanti umah enta kena masuk pncuri,pastu enta report polis...pastu pencuri tu ngadu kt polis tu...."abg2 poliiiiss..kami d zalimi tuan umh ni..tolonglah kami...krn tuan umh report polis laa kami kna tangkap..klu depa x report polis dh lmaa dh kami bleh lpaskn dri..ini smua slh tuan umh abg2 polis..bkn slh kami..huhuh.."

    Senang2 camni ja laa enta...ampa wat cara ampa sudah laa...jgn laa dok kcau kami ni...klu enta dok sebelah kami ja tnpa usik2 kami,kami pon x kelapaq aih nk lyan karenah bdk2 x matang enta tuu..kan enta ada blog kn??jadi pi berkokok dlm blog sendiri sudahlaa..dah berasa ada hujah sgt,tulislaa dlm blog sndiri..bleh aku bca sma..dok mai hingaq tang blog ni psai pa???

    mengaku pon dok maki2 org selama ni..igtkn x sedaq diri dlm mabuk salafiah tuu..cmni ka cara org nk ikut sunnah nabi sepenuh nya??

    enta ni bukannya x cerdik..cerdik orgnya..cmanya satu jaa...enta ni tertipu dgn kecerdikan enta sendiri....ustaz al amin,ustaz nazrul dan ustaz hairul dah bg hujah mcm2..tp ampa ni bebai xmau dgq ckp..kami berhujah ni utk pertahankn diri bila diserang oleh ampa...cubalah ampa makan nasi sengap2...toksah dok kcau org..ni x..smbil mkn nasi,smbil dok amek lauk org...spa x mrh???

    sudah2la tu ...datang x dijemput....pergi x dihalang....

    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...
    hahaha... Inilah dikatakan WAHABI....
    senyap2 sudah la wahabi ooi....
    ore x lapar nak kosek demo....
    demo dok kokok koksir etek...
    nyo mmaroh demo.....
    ممنوع من الوهبية.......اه

    ReplyDelete
  14. Salam.. hai bohemian.. dlm post yg nih ade gak bnde yg nk di debatkan.. ingatkan x de.. x fhm ana dibuatnyer.. sian tuan rumah.. sudah2 laa tu..btul kate hakimi al geriki.. ana setuju..

    ReplyDelete
  15. salam..
    to : bohemian virtuoso..

    syuhh...syuhh..syuhh... pi men jauh2.. serabut jah..datang nak berak umah orang..

    ReplyDelete
  16. jangan la dok kutuk bohemin macam tu. tak pasal-pasal kita sama dengan depa. Pada pandangan ana dakwah ni kena kretif. Jangan kerana mereka tak sama dengan kita kita kutuk macam tu. Nabi kena baling batu sekalipun dia tak marah. Doa bagi hidayah ada lagilah. ana cadangkan TG amin masuk blog depa dan al-fikrah.net dekati mereka. Bagi hujah ilmiah mungkin dakwah sebegitu akan memberi kesan yang positif. Cuma jangan pts asa. insyallah. lama-lama bila dah biasa denganr hujah dari kita baru mereka mengerti. Masalahnya mereka dari kalangan profesional dan terpengaruh dengan hujahan dalil dari salafi moden. Dan dalam masa yang sama amalam mereka seharian macam kita mereka tak jumpa dalil pasal tak diberitahu. Oleh sebab itu ana harap sangan TG amin boleh dedahkan hujah yang mereka tak tau ni. Moga Allah berkati kita. TG amin jangan Pts asa memberi pencerahan. Amin

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.

    Boleh tahu sikit, pasal kenyataan ini :
    "Wahabi aka salafi sendiri ada beberapa jenis. Salafi aka wahabi Mesir lain, salafi aka wahabi Malaysia lain, salafi aka wahabi Saudi lain."

    Dimanakah perbezaannya ?
    Penjelasan amat dihargai.
    Terima kasih.

    Semoga ALLAH memberi Hidayah-Nya kepada kita semua. InsyaALLAH.
    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  18. Salam..
    to motivasi agama.. ana mmg setuju cdgn enta.. tpkan, setakat yg ana dh tgk dr post nih dan post2 lain, juge post pd blog2 lain, klu diberi hujah, mereka ttap x menerimanya.. mereka ttp akan menolak dgn hujah mereka sndiri.. mgkin doa yg trbaik.. sbb doa senjata Mu'min.. beserta dgn x putus asa..

    ReplyDelete
  19. salam ustaz, satu luahan yang baik daripada ustaz.

    ReplyDelete
  20. wa'alaikummussalam..

    semoga ada manfaat untuk kita bersama..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ustaz
    jika ustaz yang berfahaman wahabi ini mengajar disurau adakah kita perlu ikuti

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikumussalam..

    terpulanglah kepada kita..kita sebolehnya tidak mahu berlaku perpecahan umat Islam kerana menjaga perpaduan umat Islam merupakan tuntutan yg wajib..

    tapi kalau nampak duk sesatkan ulama' kuat sangat baik xpayah ikut la..cari surau lain kerana tidak ada keberkatan majlis ilmu yg di dalamnya ulama' kita dicela..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…