Sebulan yang lepas, bumi Mansurah diserikan dengan kelahiran beberapa orang cahayamata sulung bagi pasangan Pakdam dan Makdam yang berkahwin di sini. Pakdam dan Makdam adalah panggilan oleh pelajar Malaysia kepada golongan yang telah berkahwin di sini..
Di kesempatan ini, saya bersama beberapa orang sahabat menziarahi mereka. Tak dapat dukung anak sendiri,,ambik berkat anak orang pun takpe dah..hehehe..sampai masa kita dukung anak sendiri pulak..ke guane Ammu Pamies?
Mohd Faahim Zaidan merupakan anak kepada sahabat saya, saudara Azizi yang melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, saudari Mas pada tahun lepas. Kedua-duanya merupakan sahabat saya semasa belajar di Kusza. Saudara Azizi yang mengambil keputusan nekad untuk berkahwin di sini walaupun pada awal pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi mereka dan akhirnya cinta mereka disatukan dengan sebuah ikatan suci.
Sememangnya melangsungkan perkahwinan di dalam tempoh belajar merupakan tindakan yang berani. Keberaniannya mengajar saya erti sesuatu..hehehe..erti apa??biarlah rahsia..Saya antara sahabat yang memberi sepenuh sokongan kepada dia ketika dia meluahkan hasrat untuk berkahwin. Ke guane zi?? Ada juga kedengaran suara-suara yang tidak bersetuju dengan tindakannya namun saya terus memberi kata-kata semangat untuk dia. Saya masih ingat kalam tasyji’ yang saya katakan kepada dia ketika dia ingin menyatakan hasratnya kepada keluarganya. Saya katakan “Bila demo buat keputusan untuk kahwin itu bukan perkara main-main. Kalau demo nak main-main, demo tidak akan memilih untuk kawin”. “Jadi demo kena berani untuk menyatakan hasrat demo kepada orang tua”.
Begitulah lebih kurang kata-kata peransang saya kepada dia. Kenapa kita mesti menghalang jika sahabat kita ingin mencari kebaikan dan sepatutnya kita memberi dorongan kepada dia walaupun kita belum mampu untuk melakukan apa yang dia lakukan..
Jom kita layan foto-foto yang saya sempat snap semasa lawatan sambil belajar saya ke rumah Pakdam Azizi dan anak sulungnya Mohd Faahim Zaidan..
Faahim bermonolog : Siapalah ammu ni ya??Hensemnye…
Inilah baba Faahim yang sebenar. Alaa buchuk,,nangis ya..
Siapa lak ammu ni??Baba!! Faahim takut..
Faahim lena dalam dukungan bakal bapa mitahli..Ammu Pamie jelesla tu.. Ammu Aminuddin (berkacamata) kelihatan cuak..
Bersama Ustaz Yasir dan anak sulung beliau.
wah2...macam xlama jer lagi??? huhuhu...
ReplyDeleteO_~v
Alhamdulillah.. abg amin ble lg ? hehe
ReplyDeleteinsyAllah..doa2kan ya..hehehe..
ReplyDeleteAl-Amin..lama ana tak lawat blog enta..ana pun baru shj menimang cahaya mata sulung pada 18/4/09 yg lepas..
ReplyDeletemudah2an termakbul impian menjadi seorang bapa yang mithali dan beroleh seorang isteri yang solehah....amin..
ReplyDeletemoga segalanya dipermudahkan..
ReplyDeleteinsyAllah..syukran di atas komennya..
ReplyDelete