Skip to main content

Binatang-Binatang Syurga

Sumber : Risalah al-Mi3raj yg bernama Mar-atussaalikin m/s 12.

Binatang-Binatang dunia yg dimasukkan ke dalam syurga ada sepuluh ekor;

1)
Buraq (Tunggangan Nabi Muhammad SAW ketik isra')

2)
Unta yg disembelih oleh kaum thamud yg zalim dan derhaka kpd Nabi Soleh a.s.

3)
Himar (keldai) tunggangan Nabi Allah 'Aziz.

4)
Lembu jantan yg hendak dijamukan oleh Nabi Ibrahim kpd Malaikat yg datang ke rumahnya berupa orang2 muda.

5)
Kibash penebus leher Nabi Allah Ismail tatkala hendak disembelih oleh ayahnya Nabi Allah Ibrahim a.s..

6)
Burung Hud Hud Nabi Allah Sulaiman.

7)
Semut (Ketua semut yg keluar bersama2 Nabi Allah Sulaiman tatkala hendak meminta hujan di tengah padang.

8)
Anjing ashabul kahfi.

9)
Ikan nun yg menelan Nabi Allah Yunus a.s tatkala dibuang oleh kaum fasiq ke dalam laut.

10)
Lembu Bani Israil yg disembelih kerana hendak membangunkan org kaya sudah mati dibunuh oleh anak saudaranya supaya dipukulkan Nabi Allah Musa lidahnya kepada mayat itu boleh ia bertutur mengatakan orang yg membunuhnya iaitu dua orang anak saudaranya.

P/s : Lain drpd binatang yg diistimewakan oleh Allah di atas maka binatang2 yg lain tdk mendapat balasan syurga ataupun neraka..kerana syurga dan neraka itu disediakan utk jin dan manusia..

Comments

  1. labah2 gua tsur ms hijrah xtermasuk eh?

    mannasy

    ReplyDelete
  2. Wallahu a3laam kalau ada ulama' sebut di dalam kitab2 yg lain..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…