Skip to main content

Kenapa perlu bertarikat??

Fahmi: salam,ustaz...nak tanya kenapa kita perlu bertarikat dan kenapa kata fahaman wahabi adalah bahaya?.Adakah kita boleh menghukum sesorang itu dgn mengatakan dia wahabi?


Wa'alaikumussalam..


Apabila berbicara persolaan tarikat maka tidak dapat tidak kita harus memahami tasawwuf.


Apa itu tasawwuf??

Satu ilmu yang membincangkan perihal perbuatan hati seseorang manusia daripada segala perbuatan yang mahmudah dan mazmumah.


Adapun perihal sah, batal, syarat, fasid, mani' dan yang zahir daripada ibadah termasuk di dalam perbahasan ilmu feqah. Persoalan i'tiqad dan aqidah pula dibicarakan di dalam ilmu usuluddin ataupun dinamakan juga sebagai ilmu kalam, ilmu tauhid dan lain-lain nama.


Tarikat atau thoriqah di dalam bahasa arab tu suatu jalan atau methodologi dengan manhaj-manhaj yang tersusun melalui pengalaman ahlinya untuk mengenali Allah, mencintai Allah, mengenali siapa Rabb dan siapa abdun dan mengenal hakikat hamba dan kehambaan kepada Allah SWT.. Proses mujahadah itulah yang dinamakan sebagi tarikat.


"Kitab Yg Sangat Baik Untuk Saalik Ilallah (Orang Yang Bejalan Kepada Allah)"


Ulama'-ulama' sufiah ada menyatakan (saya petik daripada kitab di atas);


الطرق إلي الله كعدد أنفاس المخلوقات

"Jalan menuju Allah sebanyak bilangan nafas makhluk"


Kita tidak tahu jalan mana yang akan menyampaikan kepada Allah..


Kemungkinan dengan sebab banyak bersedekah, selalu melazimi membaca al-Quran, dengan khidmat kepada guru mursyid atau berbuat baik kepada kedua ibubapa seperti yang berlaku kepada Sayyiduna Uwais al-Qarni Radhiallahu Ta'ala 'Anhu yang menahan diri daripada berjumpa Rasulullah SAW kerana berkhidmat kepada ibunya yang tua dan uzur...


Itu makna tarikat secara umum,,adapun tariqat yang khusus iaitu kita membaiah dan ditalqin oleh syeikh murabbi atau khalifah yang dilantik oleh syeikh melalui tarikat tertentu seperti tariqat qadiriah wanaqsyabandiah. Naqsyabandi, ahmadiah, syazuliah, ad-dandrawiah, samaniah atau lain-lain yang muktabar.


Jika di dalam ilmu feqah adanya mazhab-mazhab berdasarkan ahli feqah seperti mazhab Imamuna as-Shafie Rahimahullah maka di dalam tasawwuf mazhab itu dinamakan sebagai tariqat yang dinisbahkan kepada penyusun manhajnya. Seperti tariqat qadiriah dinisbahkan atau disandarkan kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani atau tariqat naqsyabandi dinisbahkan kepada Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi dan tarikat ahmadiyyah dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad Idris.


Penisbahan ini bukan hanya pada nama tetapi hendaklah berdasarkan sanad yang sahih. Kerana wujudnya tarikat-tarikat yang sesat yang menyandarkan kepada imam-imam ini padahal ajarannya bertentangan dengan ijma' ulama', mazhab empat dan akidah ahli sunnah waljama'ah.


Asasnya syariat wajib dijaga. Tanpa syariat satu-satu tarikat itu akan terbatal. kerana tariqat membicarakan soal hakikat adapun syariat membicarakan persolaan zahiriyyah. Maka jika kita pisahkan keduanya jadilah kita kereta tidak berenjin atau enjin tanpa body.


Ilmu tiga serangkai yang dinamakan sebagai ilmu tauhid, feqah dan tasawwuf merupakan 3 paksi agama. Jika runtuh salah satu maka Islam yang kita anuti tidak sempurna seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Ini berdasarkan hadis yang panjang riwayat sayyidina Umar al-Khottob. Saya tak tulis matan di sini. Kawan-kawan boleh rujuk kitab matan arba'ien linnawawi (Hadis 40 bagi Imam Nawawi Rahimahullah). Hadis yang kedua. dinamakan juga hadis jibril kerana jibril datang mengadap Rasulullah di dalam rupa seorang pemuda bertanyakan kepada Rasulullah SAW dengan 4 soalan.


1) Khabarkan kepada aku apa itu Islam??
2) Khabarkan kepada aku apa itu Iman??
3) Khabarkan kepada aku apa itu Ihsan??
4) Khabarkan kepada aku tentang hari kiamat??



Maka ulama' menyatakan Islam itu yang dibicarakan di dalam ilmu feqah. Iman itu yang dibicarakan di dalam ilmu tauhid dan ihsan itu yang dinamakan sebagai ilmu tasawwuf. Ini berdasarkan jawapan Nabi SAW kepada jibril. Perhatikan kata-kata Nabi yang terakhir. Fainnahu Jibril atakum yu'allimu dinakum yang bermaksud Sesungguhnya Dia adalah Jiril yang datang kepada kamu untuk mengajar agama kamu. Jika sempurna empat perkara ini barulah dikatakan kita beragama dengan Islam dan digelar sebagai mukmin di sisi manusia dan di sisi Allah Ta'ala. Kerana ada yang mukmin di sisi manusia tetapi kufur di sisi Allah seperti Abdullah bin Ubai ketua munafiq. Ada yang kufur di sisi manusia tetapi mukmin di sisi Allah seperti Al-Hallaj yang syahid di dalam kefanaannya bersama Allah.


Sekiranya kita menolak tasawwuf dengan berpendapat ia bukan ajaran Islam dan berasal dari sumber falsafah yunani atau hindu dan sebagainya maka saya tanyakan. Kemana perginya ihsan yang disebut oleh Nabi SAW di dalam hadis sahih di atas. Ilmu apa yang membicarakan persoalan ihsan?? Apa yang kalian fahami tentang ihsan??


Wajib difahami, persamaan itu tidak semestinya kita meniru. Sebagai contoh jika kita katakan tariqat dan tasawwuf ada persamaan dengan upacara keagamaan hindu. apakah kita katakan kita meniru mereka?? Apakah tidak ada kemungkinan persamaan itu secara kebetulan? Atau kenapa kita tidak katakan mereka yang meniru kita??


Ok kalau begitu persamaan kita dengan kristian dalam beberapa masalah apakah dikira kita meniru mereka??


Perbuatan tawaf mengelilingi ka'bah dengan masyarakat hindu mengelilingi api. Apakah itu dikatakan kita meniru mereka? kita ada masjid. mereka ada rumah ibadah mereka. Apakah kita juga dikira meniru mereka??


Banyak lagi persamaan yang saya tidak nyatakan di sini. Sedarilah,, sesungguhnya kita tidak pernah meniru mereka kerana Islam yang kita anuti bersumberkan wahyu Allah yang diterjemahkan oleh Rasulullah SAW.


Jika kalian membenci tarikat yang sesat. Ya,, kami juga membenci mereka tetapi kami tidak pernah katakan secara total tarikat dan tasawwuf itu sesat. Masakan kerana kerana nyamuk seeokor kelambu dibakar?? Apakah ini perbuatan yang bijak?


Apakah boleh kita katakan tarikat itu sperti ayah pin. hasyallah ya akhi. ayah pin itu bukan tarikat tetapi ajaran sesat. Tolong jangan samakan lembu dengan kerbau walaupun keduanya bertanduk. bertanyalah kepada ahlinya. pasti dia tahu membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

فاسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

"Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui"


Jangan ditanya tukang besi jika ingin mengetahui hakikat emas. begitulah perumpamaan yang mudah untuk kita fahami.


Mengapa perlu bertarikat??


Kerana firman Allah;

يوم لا ينفع مال ولا بنون إلا من أتى الله بقلب سليم

"Satu hari yang tidak bermanfaat lagi harta benda ,anak pinak dan keturunan kamu kecuali mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera"



Bagaimana untuk mendapatkan hati yang sejahtera tanpa tasawwuf dan tarikat?? kerana ahlinya adalah doktor pakar kepada penyakit hati.



Keperluan tarikat itu bertujuan untuk membersihkan hati daripada segala sifat yang mazmumah dan dipakaikan dengan sifat yang mahmudah.



قد افلح من تزكاها

"Sesugguhnya telah berjaya orang yang membersihkan hatinya. Pada hari kiamat mereka diseru oleh Allah Ta'ala"


يأيتها نفس المطمئنة ارجعي إلي ربك راضية مرضية فادخلى في عبادي وادخلى جنتي

"Wahai nafsu yang sampai kepada maqam mutmainnah (hati yang ma'rifatullah) kembalillah kepada tuhan kamu dalam keadaan kamu redha dan diredhai oleh Allah maka masukklah bersama hambaku ke dalam syurgaku"


Persoalan wahabi saya tulis dalam entri yang lain. InsyAllah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa