Entry kali ini aku ingin berkongsi pengalaman hari raya pada tahun ni. Raya tahun ni antara raya yang paling meriah dan menyeronokkan buat aku. Kalau sebelum ni aku beraya di mesir tapi tahun ni aku beraya dengan semua family aku. Abang-abang aku yang berkerja di Kuala Lumpur pun dah balik kerja di Kelantan. Kami sebelas adik beradik semuanya. Bayangkan macamana keriuhan dan kegembiraan kami beraya. Usik mengusik, bermaaf-maafan dan sesi fotografi menjadikan rumah aku hingap dengan hila tawa. Rumah yang kecil dirasakan bagai lapang bak padang arafah.
Kegembiraan raya tahun ini juga mungkin kerana aku sudah boleh berdikari. Boleh beli baju raya sendiri dan adik-adik tanpa menyusahkan abah aku. Walaupun aku belum bekerja tetap dan belum menghabiskan pengajian di Mesir tetapi dengan rezeki aku memberi kuliah di masjid dan di surau sepanjang Ramadhan dan sebelum Ramadhan tambahan lagi dengan ceramah-ceramah jemputan memberikan aku ruang untuk mendapat sedikit pendapatan. Alhamdulillah syukur kupanjatkan ke hadhrat Ilahi dengan nikmat yang diberikan.
Kalau dulu, aku dapat duit raya tapi tahun ni aku yang beri duit raya. Rupanya perasaan memberi lebih membahagiakan aku daripada mendapat duit raya. Zaman kanak-kanak yang menyeronokkan bila tiba hari raya rupanya telah berlalu dalam hidup aku. Kini aku telah sedikit dewasa. Perjalanan masih jauh untuk meneruskan perjuangan hidup yang singkat ini. Setiap langkah harus kuatur dengan baik supaya masa depan aku tidak menghancurkan aku. Bak kata hukama’ “langkah hari ini mencerminkan natijah masa depan kita” kalau langkah permulaan kita baik, insyAllah kesudahannya baik.
Raya tahun ini juga lebih meriah kerana abang sulung aku melangsungkan perkahwinan pada hari raya ke-6. kepenatan dirasai ke sana ke mari dengan kenduri, majlis akad nikah dan sebagainya namun kepenatan itu alah dengan kegembiraan yang menyelubungi diri. Aku dapat lihat kegembiraan terpancar di raut wajah abah aku sehingga dia terlupa makan kerana asyik melayan tetamu. Katanya majlis aku nanti nak buat besar-besaran.. hehehe.. Kena kahwin kat Malaysia la gamaknya..
Kegembiraan ini akan kubawa ke Mesir. Kerinduan pada kesibukan mansurah, firakh masywi, ‘asob, sahabat-sahabat di sana bagai hilang dengan kemeriahan hari raya. InsyAllah, aku akan terbang ke Mesir akhir bulan sebelas. Ingat nak pergi lepas raya haji tapi tak tahu lagi takut tak sempat untuk menghafal dan mentelaah kitab. Tambahan lagi permintaan dan harapan dari masyarakat untuk mengajar dan mencurahkan ilmu kepada mereka. Selepas raya puasa enam aku akan start mengajar. 2 bulan yang tinggal akan kumanfaatkan sebaik mungkin untuk mencurahkan sedikit ilmu yang aku miliki. Kerana dengan mengajar aku juga belajar.
Sekian sahaja coretan aku untuk kali ini. Mohon maaf jika ada salah dan silap. Selamat hari raya iedilfitri maaf zahir dan batin. Kullu ‘aamin waantum bikhair..
P/s : Gambar tak dapat nak post lagi. Dalam proses..

Comments
Post a Comment