Skip to main content

Aku Sudah Kahwin??

"Aku terima nikahnya"

"Ni gambar abang long saya dengan isteri dia, Jangan tengok lama2..bini orang.hehehe"

Sahabat: Tahniah maulana atas perkahwinan maulana,kami gembira maulana dah kawen.SELAMAT PENGANTIN BARU sy ucapkan pada maulana&istri...(",)

pamie: isu beso npk gynye maulana kwin ni..haha.. smp ad org tny kt ak skli btl ke mu dh kwin.. elok mu kwin je btl2 min br sng nk jwp.. haha..

DPMM: Markaz mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada MAULANA n ISTERI...=) semoga bahagia ke akhir hayat.

Ustzh Mansurah: Selamat Pengantin Baru Maulana...:)

sahabat baru: ye ke ust alamin dah kawen????xtahu pon,sejak bila ust kawen ni???kata masih single lagi...huhuhuhu!

Ustzh Mansurah: betul ke maulana dah kawen?tahniah ana ucapkan kepada maulana n istri,smoga bahagia ke anak cucu...=
kawan lama: selamat pengantin baru ust alamin,smoga bahagia ke anak cucu...(",)

cikgu_eya: err... yang pasal isu kawen tuh, cuba kasi clear sket status...hahaha

(tanbihun :Maulana tu gelaran yang dipanggil oleh sahabat-sahabat saya kat sana. Itu tidak melambangkan ilmu saya tetapi hanya sekadar gelaran semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang akan mati.)

Kat atas tu sebahagian mesej yang sampai ke dalam cbox saya. Memandangkan ada yang tertanya-tanya betul ataupun tidak saya telah berkahwin maka saya ambil inisiatif untuk clearkan hal ni. Mula-mula saya anggap ini suatu gurauan dari sahabat-sahabat yang mengenali diri saya dan sentiasa mendoakan saya untuk segera mendirikan rumahtangga sehinggalah mesej terakhir dari afida yang telah saya delete kerana pada saya boleh menimbulkan fitnah. Saya dah check IP no dia dan saya tahu datang dari mana cuma saya rahsiakan untuk kebaikan bersama. Almuhim kita jadikan pengajaran bersama.

Saya tahu nama itu rekaan semata-mata. Tapi saya tidak tahu siapakah gerangan yang "bergurau biawak" dengan saya. Saya takdela nak marah tetapi merasa sedikit kecewa kerana blog saya ini dibaca oleh ramai ahli iluvislam.com kerana saya ditaklifkan sebagai moderator untuk forum soal jawab agama di sana. Apa pandangan mereka jika membaca mesej yang sedemikian?? Gurauan tidak salah selagi tidak mengaibkan maruah orang lain.

Kepada sahabat saya yang tidak berniat nak mengaibkan saya, saya harap dia hentikan dari menulis yang bukan-bukan di cbox yang sediakan untuk kemudahan pengunjung al-amindaud.blogspot.com. Saya tahu enta niat untuk bergurau tapi gurauan tu tak kena pada tempat dia. Kerana setiap yang indah akan jadi buruk bila kita lakukan dalam kedaan yang melampaui batasan yang sepatutnya. خير الأمور أوسطها "Sebaik-baik urusan itu yang sederhana"

Sebenarnya saya menulis posting ini dalam keadaan tersenyum walaupun mungkin kawan-kawan merasakan ayat-ayat yang agak panas. Tersenyum memikirkan keprihatinan kawan-kawan yang bertanya.. Jazakumullah khairan jaza'. Mungkin jodoh saya telah sampai?? Tapi siapkah gerangan puteri yang akan menerima diri ini seadanya?? hehehe.. Bila ke majlis-majlis kahwin sahabat-sahabat terdetik juga di hati ini untuk memiliki suri hati tetapi sejauh mana persediaan yang saya bekalkan untuk melayari bahtera yang penuh ombak dan badai ini??

Buat pengetahuan kawan-kawan, abang sulung saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dia pada hari raya yang ke-5 baru-baru ni. Saya anak yang ke-3 daripada 11 adik beradik. Abang no-2 tak kahwin lagi tapi dia cakap nak tunggu saya kahwin dulu. hehehe..

Isu kahwin di kalangan student Mesir merupakan isu siulan azhariyyun dan azhariyyat. Mungkin kerana dunia luar yang penuh cabaran mendesak kami untuk melaksanakan sunnah Rasulillah SAW ini. Sepanjang agazah (cuti) yang agak panjang, ramai yang telah merebut peluang untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing. Allahu yubarikukum.. Selamat pengantin baru semua. Tunggu giliran ana pulak..

Kecemburuan terasa di hati bila melihat sang suami memimpin tangan suri hatinya ke kuliah dan ke pasar. Apalagi jika yang telah direzekikan cahaya mata. Alangkah indahnya kehidupan mereka pada tanggapan saya yang belum berkahwin. Namun hakikatnya hanya mereka yang tahu.

Pernah terlintas di hati saya untuk berkahwin di Mesir. Melalui Bait Muslim tidak sukar untuk kami mencari pasangan. Kebetulan ketuanya merupakan kawan sekuliah saya. Ust Daing nama dia. Beliau telahpun mendirikan rumahtangga selama 3 tahun dan telah dikurniakn 2 orang anak. Beliau pernah mencadangkan untuk saya mengisi borang Bait Muslim tetapi hati ini masih belum bersedia sepenuhnya. Kenapa ye?? Mungkin kerana memikirkan adik-adik yang masih kecil. Ahh, itu bukan alasannya. Nak ke tak nak?? Kalau nak go on je. Apa yang nak ditunggu lagi??Sampai kapan lagi?? Benda yang baik usah ditangguhkan. Nanti pun kahwin juga.. (monolog penguat semangat) kalau ada sahabat-sahabat di Mansurah yang terangsang dengan ayat saya ni boleh la merujuk kepada Ust Daing.

Abah dan ma saya tidak pernah menghalang bahkan disuruhnya saya untuk berkahwin di sana. Tapi kena cari ore klate la.. hehehe.. itu ayat abah. Dia kalau boleh nak saya cari yang sekapal dengan saya sebab senang katanya..mudah baso.. bukanlah maksudnya orang negeri lain tidak ada peluang..sape cepat dia dapat..promote ni.hehehe..

Perkahwinan bukan hanya menyatukan dua jiwa bahkan dua keluarga. Sayugia kedua-dua keluarga bersetuju jika sahabat-sahabat berhasrat untuk berkahwin di sana. Kerana tanpa mereka siapalah kita?? Sanggupkah kita membelakangi mereka yang membesarkan dan mendidik kita sehingga kita mampu untuk berdikari. Kata hati mereka adalah munajat, kalam mereka adalah doa kepada kita. Sesungguhnya keredhaan Allah pada keredhaan keduanya pada kita.

Agak panjang celoteh saya pada hari ini. Diharap dengan tulisan ini dapat mengclearkan persoalan sahabat-sahabat dan yang sebenar-benarnya saya masih single..hehehe.. Doa-doakan agar saya dipertemukan dengan isteri yang solehah. Ameen Ya Rabb!!

Mohon maaf andai terkasar bahasa kerana diriku hanya insan biasa. Punya silap dan dosa hanya maghfirahNya yang kuharap jua..

My photo in the morning of hari raya. Buat kawan-kawan yang merindui saya..huhuhu..

Comments

  1. haaaaa..... kan dah clear? bukannya susah sgt. Bukan org nak gurau la, org bertanya... hehe

    ReplyDelete
  2. yang bertanya tu xkisah cikgu.ada satu org ni dia guna nama afida.dia ada tulis something yg boleh menimbulkan fitnah.ana terus delete takut ada org anggap ana mengenali dia.

    Kalau stakat yg ucap selamat pengantin baru tu xkisah pun.

    Xtahu la ada org sempat baca tak mesej dia.ana rasa dia nak bergurau or make a joke but ana rasa boleh mencemarkan maruah ana as a moderator iluvislam.bukan cemar saya saje.nanti ada org kata kat iluvislam lagi.itu yg ana risaukan sbnrnya.

    ReplyDelete
  3. kan senang klu enta kawen terus..so hilangla fitnah tu..perkawenan ni bukan sekadar melengkapkan agama..tp mengelakan fitnah..ayat dr filem ayat2 cinta..hehe

    ReplyDelete
  4. Kawen tu senang akhi tapi tanggungjawabnya besar.niat di hati memang nak kawin kalau boleh bukan hari ini,,semalam lagi..hehehe.. tapi ana harus persiapkan diri sebaik mungkin.Bagaimana kita ingin mendidik isteri andai kita tidak terdidik terlebih dahulu??Bagaimana kita mampu membawa keluarga kita untuk mencintai Allah jika kita tidak dulu mendamba cintaNya?? persoalan2 ini yg bermain di dalam hati kecil ana. InsyAllah sampai masa dan ketikanya, ana akan kawen jugak nanti.mungkin bulan depan, tahun depan tapi semuanya belum pasti kerana bidadari yg diharapkan belum hadir..hehehe..bermadah pujangga lak ana ni..layan je..

    ReplyDelete
  5. salam.. hmm kawin mmg bukan senang.. study lu ustaz... ;)
    semoga ustaz bakal menjadi alim ulama' yg disegani stlh pulang ke msia nti..

    ReplyDelete
  6. Wslm ya ukhti Atikah..

    Takut bila dengar perkataan ulama'.Bukan mudah untuk menjadi muta'allim apatahlagi menjadi seorang mu'allim.

    Cukuplah jika Allah memilih menjadi khadam kepada para ulama' kerana itu sudah besar pada saya.

    إنما يخشى الله من عباده العلماء

    Sesungguhnya (lilhasri) tdk ada manusia yang lebih takut kepada Allah drpd kalangan hamba Aku melainkan ulama'.

    Hanya mereka yang takut kpd Allah akan dikira ulama' di sisi Allah..

    tidak salah bercita2 menjadi ulama' kerana sabda Nabi SAW;
    كن عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا فلا تكن خامسا فتهلك

    Nabi menyarankan kita menjadi org yg alim atau org yg belajar atau org yg mendengar atau org yg kasih kepada ilmu dan ulama dan jgnlah kamu jadi yg ke 5 iaitu mereka yg enggan menjadi org yg alim,enggan menjadi pelajar,enggan menjadi org yg kasih kpd ilmu maka org ini akan celaka.

    Sesungguhnya ulama' itu pilihan Allah. Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui martabat mana yg selayaknya utk kami. Kau kurniakan lah kepada kami dengan rahmat-Mu..Pilihlah kami menjadi ulama' mu jika dengan ilmu bisa membawa kami lebih dekat kepada-Mu.

    ReplyDelete
  7. slm ust.baru je terbaca entri ni.lawak lawak.ana rasa bukan mak ayah ust je yg kalau boleh nak suh cari menantu dari negeri yg sama sebab ramai mak ayah macam tu,termasuklah ana.senang nak ziarah mereka kalau2 sakit pening bila dah tua nanti,kata mereka.jd kalau tiba2 'ter'kenan kat org negeri lain,mmg dah confirm wajib melupakan hasrat tu sebab mak ayah ana kata "nak org johor gak.." apapun smg ust dipermudahkan dlm usaha nak cari calon tu.ramai je akhawat kelantan kat mansurah ni hehe

    ReplyDelete
  8. Wslm..entry lama dah ni..hehehe..masa balik bercuti malaysia tahun lepas..mak ayah ana xdela paksa sgt bab ni..ok je..boleh diadjust..hehehe..

    Syukran..

    ReplyDelete
  9. salam..semoga ustaz bertemu suri yang sesuai ..yang penting serasi..dan menerima keluarga ustaz seadanya..

    ReplyDelete
  10. salam...
    tanggugjwb dan peranan setelah berkahwin sememangnya tidak seringan dan semudah lafaz aku terima nikahnya..
    jdoh bt kita pasti yang terbaik kerana DIA yang maha tahu apa yang kita perlukan..
    semoga berbahgia dunia akhirat...

    ReplyDelete
  11. imanku : wslm..ameen ya Rabb..

    nur heart : wslm..benar kata awak..ameen ya rabb..terima kasih doakan sy..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep f...