Skip to main content

Kita Adalah Da'ie

"Ajaklah kepada jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah (jangan marah,jangan berkasar,jangan membenci jika mereka tidak mahu mendengar, jangan berputus asa dari mengajak mereka) dan mau'izah yang baik (bukan dengan mencaci atau mencela). Dan bemujadalah (berdebat) dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Allah mengetahui siapa yang kesesatan dari jalan yang benar dan Allah lebih mengetahu siapa yang mendapat petunjuk"



Ayat di atas merupakan tarbiyah terbaik bagi seorang dai'e. Kasar, cela mencela, caci mencaci bukalah cara yang diajar oleh Allah. Kalian pasti merasa benci jika ada yang menghina dan mencaci kalian apakah kalian kira mereka suka jika mereka dihina dan dicaci??
Jika kalian tidak suka dimarahi, apakah kalian fikir orang lain suka untuk kalian marahi??



Perhatikan bagaimana Sayyidina Ali Karramallahu wajhah apabila beliau ingin memancung kepala musuh Islam lalu diludahnya oleh musuh Islam itu maka beliau berhenti. Sahabat bertanya kenapa kamu berhenti??
"Aku khuatir aku membunuhnya disebabkan dia meludah aku." Jawab Sayyidina Ali.



Tidakkah kita sedar bahawa
matlamat tidak sesakali akan menghalalkan cara. Ini prinsip Islam yang diajar oleh baginda SAW.



Untuk mendekatkan kefahaman apa yang ingin saya sampaikan saya tanyakan satu soalan. Apakah hukum marah, mencaci dan menghina? Sudah pasti kalian akan menjawab
tak boleh, Allah tak suka, Islam menegah kita daripada akhlak yang mazmumah (buruk). Ok, cuba renungkan, matlamat kita untuk mengajak orang kepada Islam tetapi dengan cara menghina dan mencaci?? Apa yang kalian faham?? Matlamat sudah menghalalkan cara. Sedangkan prinsip Islam yang saya sebutkan di atas "Matlamat tidak akan menghalalkan apa jua cara yang diharamkan oleh Allah"



Artikel saya bukan bertujuan untuk menunding jari kepada sesiapa. Kerana saya juga mungkin termasuk dari kalangan yang saya sebutkan. Saya menulis topik ini sebagai muhasabah diri dan perkongsian kepada sahabat-sahabat pembaca untuk sama-sama kita hayati.



Cuba kita hayati ingatan Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun apabila Allah memeritahkan mereka pergi kepada Firaun. Allah menyuruh berbicara dengan lemah lembut, agar Firaun ingat akan Allah dan takut pada kekuasaan Allah.



اذهبا ألي فرعون انه طغي فقولا له قولا لينا لعله يتذكر أو يخش .قالا ربنا أننا نخاف أن يفرط علينا أو أن يطغي .قال لا تخافا إنني معكما اسمع واري



Menjadi seorang da'ie bukanlah sesuatu yang mudah. Orang yang petah berkata-kata belum tentu seorang da'ie. Orang yang kuat ibadahnya pada Allah belum tentu digelar sebagai da'ie. Kerana seorang da'ie itu orang yang selari di antara lisanul kalam dengan lisanul haal.



Role model atau qudwah hasanah yang terbaik bagi seorang da'ie ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ayuh,, pedomankan sirah Rasulullah, hiasi diri dengan akhlak Rasulullah, tuluskan hati kerana Allah dan suburkan rasa sayang dan cinta kepada sesama kita.



Seorang ayah itu da'ie kepada anak, suami da'ie kepada isteri, seorang doktor itu da'ie kepada pesakitnya dan seorang sahabat merupakan da'ie kepada sahabatnya yang lain dan jangan lupai
kita merupakan da'ie kepada diri kita sendiri. Tampaknya, kita tidak terlepas daripada menjadi seorang dai'e. Nak tak nak kita adalah da'ie.



Di sini saya kongsikan 10 wasiat daripada ad-da'ie ilallah yang syahid dalam menegakkan kalimatullahil 'Ulya. Semoga pedoman ini bisa menjadi penyuluh buat kita sepanjang zaman.





1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.



2.Bacalah al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.



3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.



4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.



5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.



6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.



7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.



8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.



9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.



10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.



Comments

  1. ska tjuk kali ni. byk bg ksedaran. very meaningful.

    ReplyDelete
  2. syukran kpd evi..semoga apa yg ditulis memberi manfaat kpd penulis dan juga pembaca..

    ReplyDelete
  3. barakallahu fik- from fath udm,salam ukhuah drpd ana..

    ReplyDelete
  4. Allahu yubarik ya akhi..salam ukhuwah kembali..

    ReplyDelete
  5. salam...

    tidak dapat lari tidak.. sy dari golongan daie..
    baru2 ni cuma timbul kesedaran bahawa nyer sy seorg
    perempuan dan umur juga semakin meningkat...
    setidaknya2 artikel & ulasan yg dibuat ustaz ni buat sy bertambah celik & peka ttg perasaan org lain. Sy tidak malu utk meminta uztas doakan lah yg terbaik utk saya :) byk perubahan yg perlu dibuat dlm diri ini... terima kasih...

    ReplyDelete
  6. wslm..barakallahu fikum..syukran..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…