Skip to main content

Sesat Di Dalam Cahaya


Gambar terbaru Ayah Pin- Gambar sekadar hiasan

Semalam saya pergi ambik abang sulung saya dari tempat kerja dia. Abang sulung saya seorang chef di haryaki kopitiam. Kalau biasa ke Kota Bharu memang tahu tempat ni. Kemudian haryaki mendapat tender kantin kilang rhom-wako kilang milik Jepun yang terbesar di Pantai Timur. So dia ditugaskan sebagai ketua merangkap chef di situ.

Tetapi, posting kali ini bukanlah saya nak ceritakan pasal abang saya ni tapi saya berkongsi cerita pasal kawan dia. So, bila saya sampai abang saya memanggil saya keluar dari kereta. Saya ingat ada apa. Macam serius je. Ingat ke ada orang nak pukul dia ke apa.hehehe.. beranilah sangat saya ni. Dia kata ada kawan dia nak tanyakan sesuatu pasal ayat seribu dinar. So saya tunggula kat wakaf depan kilang tu. 2 minit kemudian kawan dia pun datang dan bersalam dengan saya. Suspen je kan. Takde apa pun. Kemudian abang saya memperkenal adik dia yang belajar di Mesir ni. Mula-mula nampak macam dia tak berapa yakin dengan saya sebab saya hanya bert-shirt lengan pendek dan berseluar trek tanpa kopiah. Yela nak gi amik abang je kan. Pukul 1 pagi pulak tu so saya pakai simple jela.

Mula-mula dia mula bertanyakan makna “la haula wala quwatta illa billahil ‘aliyyil ‘azim. Saya pun jawab la kan dengan nada biasa. “ Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan maha agung. Dia bertanya lagi. “Macamana kalau kita baca dengan “billahil ‘aliy lil ‘azim”. Cuba perhatikan perbezaan dari sebutan asal. Dia menambahkan lil sebelum al-‘azim. “Apa makna dia dalam bahasa melayu.” Tanya dia. Saya jawab lam tu dalam bahasa arab makna dia “bagi”. Jadi kalau kita terjemahkan bacaan dia tadi dengan makna “Tiada daya dan upaya melainkan bagi Allah yang maha tinggi bagi yang maha agung. Kalau kita kata yang maha tinggi tu Allah bagi yang maha agung tu sape pulak?? Maknanya ada dua zat di sini. Satu Allah yang maha tinggi satu lagi zat yang maha agung. Dari segi akidah ini salah. Kalau kita tambah wawul ‘atof xpe sebab maksud dia “dan”. Tidak lari maksud dia. Kaedah bahasa arab menyebut “iza zadal harf zadal ma’na” “apabila betambah huruf maka berubah makna” Saya meneruskan hujjah saya.

Sebenarnya banyak soalan yang di tanya kepada saya. Hampir satu jam kami berdiskusi di atas wakaf tu cuma saya kongsikan satu sahaja kerana konsep soalannya sama. Mengubah bacaan asal kepada bacaan lain dengan dakwaan Al-Quran yang ada sekarang telah diubah. Sebenarnya kawan abang saya ni tak salah. Dia hanya bertanyakan soalan untuk mencari kepastian kerana dia telah menjumpai seorang guru yang pelik. Mendakwa belajar di Makkah 15 tahun. Belajar di Indonesia dan sebagainya. Antara dakwaanya lagi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani masuk ke dalam tubuh dia. Buat pengetahuan kawan-kawan guru ni seorang perempuan.

Saya nasihatkan dia, kalau nampak pelik, tinggal je. Ini juga pesan guru saya kepada saya. Bukanlah semua yang pelik tu salah tetapi yang salah tu semestinya pelik dengan nilaian neraca syara’. Katanya guru ini membawa ajaran dengan menggunakan nama tarekat. Saya kata kat dia. Yang dia ajarkan tu bukan tarekat tetapi ajaran sesat. Adapun tarekat sebenarnya betul selagimana syariatnya dijaga dan akidahnya adalah akidah ahli sunnah waljamaah. Golongan sebegini yang mencemarkan nama tarekat yang tulen. Padahal pada hakikatnya ia bukanlah tarekat tetapi merupakan suatu ajaran yang sesat dan menyesatkan kita.

Saya lontarkan satu persoalan kepada untuk membuat dia terfikir. Tarekat ni tujuan dia nak sampaikan kita kepada Allah kan. Ya jawabnya. Macamana kita boleh sampai kepada Allah jika aqidah guru yang nak bawa kita tu SALAH?? Apakah mungkin orang yang tersesat jalan bisa menunjukkan jalan yang benar kepada kita?? Dia sendiri tidak sampai bagaimana dia boleh menyampaikan orang lain?? Apa tak salahnya jika dia berani mengatakan Al-Quran telah diubah sedangkan Allah Ta’ala telah menjamin untuk memeliharnya dengan firmanNya :

“Sesungguhnya (liltaukid) Kami yang menurukan Al-Quran Dan sesungguhnya kami yang menjaga Al-Quran (daripada diubah dan diseleweng)”



Ini soal akidah. Bukan main-main. Pesan saya kepada dia.

Ketika perjalanan pulang saya terfikir bagaimana jika orang yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan cuba untuk memahami agama akhirnya menemui cahaya yang menyesatkan mata hatinya dari memandang kebenaran yang lain. Natijahnya, sudah tentu mereka akan tersesat di dalam cahaya. Sesat di dalam cahaya lebih sukar dibandingkan orang yang sesat di dalam kegelapan. Kerana saat dia ternampak cahaya dia akan mengikut cahaya itu. Adapun mereka yang tersesat di dalam cahaya akan merasakan hanya cahayanya yang benar dan orang lain berada dalam kegelapan.

Mengikut statistik, ajaran sesat banyak terdapat di negara kita dengan nama tarekat. Sebagai contoh Ayah Pin, bermula dengan tarekat ratib kuat dan akhirnya cahaya telah menyesatkan dia sepertimana yang kita ketahui. Tarekat yang betul ialah tarekat yang menjaga syariat dan bertepatan dengan akidah yang sebenar. Adapun golongan yang menolak seratus peratus tarekat juga salah kerana bukan semuanya sesat. Ini disebut di dalam kitab-kitab tasawwuf yang mu’tabar (diakui). Oleh itu, carilah guru yang mursyid iaitu guru yang dibimbing dan mampu membimbing orang lain kepada Allah.

Ingatlah pesan Ibnu Sirin :


إنما العلم دين فانظروا عمن تأخدون دينكم

“Sesungguhnya ilmu itu adalah agama. Maka kamu lihat daripada siapa kamu mengambil agama kamu.”


"Orang yang buta pasti tidak akan dapat mengambarkan kepada kamu bagaimana cerahnya cahaya"

Comments

  1. salam....
    amat takut rasanya kalu tersesat dalam cahaya,nauzubillah..
    perjalanan mencari cahaya memg bukan mudah,kita amat mengharapkan nusrah dariNYA..
    .....syukran atas perkogsian yang bermanfaat.....

    ReplyDelete
  2. wslm..
    ya benar..nauzubillah min zaalik..
    afwan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa