Beberapa hari yang lepas saya cuba mengejas tiket ke Mesir untuk terbang ke sana lebih awal tapi ejas punya ejas, fikir punya fikir akhirnya tidak ada seat yang kosong. Hajat di hati nak pergi awal dari tarikh di tiket yang saya beli return tapi takde kekosongan memandangkan saya pergi pun dah lewat. 2 bulan sebelun pergi lewat ke?? mungkin sebab terlalu ramai yang nak ke Mesir menyebabkan seat penuh. Yang saya tahu student malaysia yang nak buat medical sahaja yang dapat ke sana. Budak-budak diploma Kusza, Insaniah, Kias dan yang sekufu dengannya memang tak boleh pergi dah selepas pembatalan MOU kerajaan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar. Budak STAM boleh lagi tapi dengar khabar angin ni tahun last mereka dapat pergi. Kesiannye. Kenapa orang yang nak belajar agama pun dihalang. Bukan kerajaan taja pun selama ni. Kami bersusah payah mencari duit sendiri. Buat pinjaman dengan yayasan negeri. Mintak “sedekah” di masjid-masjid dan sebagainya. Kami tak menyusahkan “duit” kerajaan pun. Apakah kerajaan ingat dengan dia memperlakukan kami sebegini mereka akan disokong?? sori sikit. Saya rasa lagila pelajar-pelajar agama akan membenci kerajaan. Harus diingat kepada yang terlibat dengan pembatalan ni. Kami pelajar agama. Kami pelajar yang musafir. Kami golongan yang dizalimi. Apa kalian ingat doa kami tidak akan dimaqbulkan oleh Allah??
Kalau dikirakan saya sudah berada di tahun akhir tetapi disebabkan saya kantoi 6 papers lagi so saya kena ambil peperiksaan selama setahun lagi. Lagipun saya baru setahun belajar di Mesir sebab selepas menamatkan diploma di Kusza saya terus masuk ke tahun akhir di Al-Azhar selepas menduduki satu ujian yang dinamakan sebagai “imtihan tahdid mustawa”. Di tahun akhir 16 subjek semua sekali yang telah saya duduki dan 6 yang sangkut. “Takde rezeki lagi” kata kawan-kawan. Ayat ni memang popular di kalangan kami pelajar Al-Azhar kerana natijah (keputusan) peperiksaan di Al-Azhar adalah sesuatu yang amat di luar jangkaan. Walaupun kita merasakan kita telah menjawab dengan baik belum tentu itu akan menjamin kejayaan kepada kita. Apalagi kalau main cincai je. Tapi ada gak kawan-kawan saya yang menulis jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan tetapi najah. Inilah sistem Al-Azhar. Usaha, doa dan tawakkal merupakan senjata kami. Jika salah satu tumpul kita pasti tewas. Sebenarnya menyalahkan rezeki adalah sesuatu yang tidak sepatutnya kerana usaha kita pengukur kepada kejayaan. Namun usaha hanya pengukur bukan penentu kepada kejayaan di Mesir yang penuh dugaan dan cabaran.
So, pemergian saya ini merupakan tahun kedua saya di sana. Dengan azam baru, semangat baru akan saya tingkatkan usaha dan tawakkal saya untuk menamatkan ijazah saya di sini. Niat mesti dipertuluskan di dalam menuntu ilmu kerana ia ibarat pengemudi sebuah kapal. Ia penentu kepada sampainya kita ke sesuatu destinasi. Benarlah kata Nabi SAW dengan menggunakan aadatul hasri “innama” Nabi SAW mengkhususkan sesuatu amal hanya dengan niat. Niat kita akan menentukan halatuju kita ke atas atau ke bawah. Terfikir juga saya bila kejayaan tidak memihak kepada saya. Check punya check saya pernah berniat untuk duduk di Mesir selama 2 tahun. Kemungkinan doa saya dimaqbulkan oleh Allah SWT. Kerana fikir saya hanya dengan setahun di sana saya tidak akan dapat apa-apa. Untuk menguasai bahasa arab dengan setahun tidak cukup apatah lagi untuk bertalaqqi dengan ulama'-ulama' Al-Azhar seperti Syeikh Usamah El-Sayyid (Ulama' muda yang sedang menjadi tumpuan), Syikhuna Ali Al-Jumua'ah (Mufti Mesir), Syeikh Ibrahim ak-Kattani ( Muhaddis ) dan ramai lagi.

Syeikhuna Dr. Ali Juma'ah As-Syafie Al-Masri Grand Mufti Mesir
Syeikhuna Al-Muhaddis Muhammad Ibrahim Al-Kattani Al-Masri
Syeikhuna Usamah El-Sayyid sedang meyampaikan kuliah hadis
Ya Allah teguhkan hati aku, kuatkan semangat aku dan ikhlaskan hatiku untuk menuntut ilmuMu dari ulama'-ulama' yang berada di bumi anbiya' ini. Ameen ya Rabbal 'Alameen..
Comments
Post a Comment