Skip to main content

Hagah Sa3ah dan Iklan???

tetamu prihatin: salam ustaz al-amin.

tetamu prihatin: emm..agak kurang menarik,kalo blog yg bercirikan keislaman,tapi mempunyai ads nuffnang yg mempamerkan holiday in israel..harap blh lebih berhati2..(may be ia random,tp harap blh dperbetulkan)..

Assalamualaikum..

Selepas isu gambar yang ada minuman pepsi ditegur oleh sahabat pengunjung ke blog saya, hari ini saya mendapat satu lagi teguran yang positif daripada seorang pengunjung yang menamakan diri beliau sebagai tetamu prihatin yang sangat prihatin lebih-lebih di saat kesedihan dunia Islam terhadap kezaliman rejim zionis yang tidak sudah-sudah memusuhi umat Islam Palastein yang tidak pernah mengganggu mereka.

Entry ini bukanlah untuk mebela diri kerana yang salah itu tetap salah dan saya terima sebagai nasihat daripada sahabat seagama. Jazakumullahu khairan jazak.

Isu pepsi saya telah jelaskan di ruangan komentar dengan menyatakan situasi saya yang agak terpaksa tetapi sebenarnya boleh sahaja untuk saya tidak minum sehinggalah saya kembali ke rumah sahabat saya yang saya ziarahi di tanta. Di Mesir, minuman bergas adalah minuman ruji rakyatnya. Dari bayi seawal beberapa tahun sehinggalah kepada orang tua, minuman bergas atau disebut sebagai hagah sa’ah di sini menjadi minuman utama. Jika kita ke kedai-kedai makan di seluruh mesir kita akan dapati di kedai mereka hanya menyediakan dua jenis air. Satu yang dinamakan air sabil iaitu air paip yang di ambil di paip-paip yang disediakan oleh kerajaan atau orang pereseorangan di tepi-tepi jalan yang amat bahaya diminum kerana pertama airnya tidak dimasak dan kedua kerana kandungan air sungai neil yang telah dimasukkan bahan kimia oleh Israel ketika peperangan mereka dengan Mesir.

Seorang sahabat saya kakinya membekak kerana tidak mengeringkan air di kakinya selepas daripada mandi. Kebiasaannya abang-abang senior di sini akan mewasiatkan hal ini kepada adik-adik yang baru sampai ke Mesir untuk tidak membiarkan air ditubuh kerana kesannya amat bahaya kepada tubuh kita. Buat mandi pun amat berbahaya apalagi jika diminum tetapi jika keadaan mendesak di musim panas yang suhunya mencecah 45 darjah celcius kami akan minum dengan kadar yang sedikit untuk meneruskan perjalanan ke detinasi yang dituju.

Kedua, jenis air yang disediakan di kedai makan arab ialah hagah sa’ah (air bergas) yang saya sebutkan tadi. air bergas yang disediakan ada pelbagai jenis. Ada yang dibuat oleh syarikat mesir sendiri dan ada syarikat luar seperti PEPSI, Coca Cola dan lain-lainnya. Kebetulan pada hari saya makan di kedai pizza di tanta di atas ajakan sahabat saya untuk meraikan saya dan dua orang ahli beit yang lain hanya terdapat air minuman PEPSI. Mula-mula memang tak nak ambil tetapi situasi kami untuk menghabis dua biji pizza mesir yang besar dan tebal perlu kepada bantuan minuman. Maka kami mengambil satu sahaja untuk 4 orang makan.

Perkataan muqata’ah (boikot) merupakan perkataan yang menjadi siulan kami. Kami pelajar Al-Azhar sememangnya menyedari kewajipan untuk memuqata’ah produk-produk yang ada kaitan dengan Amerika dan Israel tetapi di dalam beberapa situasi yang memaksa , kami cuba memilih kemudharatan yang lebih ringan seperti disebut di dalam kaedah usul fiqh. Sebagai contoh perkhidmatan prepaid atau prabayar telefon bimbit di sini ada 3 macam. Pertama Vodafone yang kita sedia maklum produk dari mana, kedua Etisalat iaitu syarikat telekomunikasi Arab Saudi dan ketiga Mobilneil milik anak Presiden Mesir, Husni Mubarak yang dikatakan seorang Masihi (Kristian).

Sebelum hadirnya Etisalat, kebanyakan daripada pelajar Malaysia di Al-Azhar menggunakan Vodafone kerana perkhidmatannya lebih baik daripada Mobilneil. Lebih-lebih lagi Mobineil juga bukan syarikat orang Islam. Saya secara peribadi selama setahun di Mesir telah menukar nombor tidak kurang daripada 5 kali. Sahabat-sahabat saya bising dengan tindakan saya. Kerana apa saya bertindak sedemikian?? Kerana saya menyedari kepentingan muqata’ah yang menjadi kesepakatan umat Islam untuk memulau di atas tindakan kejam mereka terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Ketika mula-mula saya sampai di Mesir dan masih tidak tahu apa-apa, saya membeli Vodafone kemudian saya dimaklumi ia syarikat Amerika maka saya beralih kepada Etisalat. Setelah saya berpindah ke Mansurah di mana tempat saya belajar sekarang, Etisalat tidak memberikan perkhidamatan yang baik di sini. Saya terpaksa keluar rumah untuk menunggu pesanan mesej masuk. Family di Malaysia selalu komplen mesej tidak sampai dan sebagainya. Sahabat-sahabat di Mesir selalu ingat saya sedang bergayut kerana panggilan selalu engage. Sori la Abe Joh, Syed, Pidah dan sahabat-sahabatku yang lain. Maka untuk memudahkan proses komunikasi, saya kembali menggunakan Vodafone.

Kemudian saya berpindah daripada rumah lama kepada rumah baru setelah baba (panggilan untuk tuan rumah) selalu membuli kami. Duit kami mengalir bagaikan air untuk merepair rumahnya yang sangat ta3ban (buruk). Hari-hari kami akan mendengar bebelan dia. Selepas 3 bulan kami mengambil keputusan untuk mencari rumah baru kerana tidak dapat bertahan dengan karenahnya yang selalu menghabiskan duit kami. Ingat kami ni cop duit ke?? Hehehe.. bukan marah tapi geram.

Sekali lagi saya bertukar kepada Etisalat dengan harapan rumah baru saya ada coverage. After a month pakai saya kembali kepada Vodafone sehinggalah saya kembali ke Malaysia untuk bercuti. Setelah kembali ke sini sebulan yang lepas saya mendengar pengkhabaran Etisalat sudah mengupgrade perkhidmatannya. Saya pun dengan sukahati membeli 3 nombor baru. 2 lagi untuk ahli beit saya. Saya pakai satu je. Mana ada duit nak pakai dua. Huhuhu.. Masalah yang sama berlaku dan saya kembali memakai Vodafone. Inilah situasi kami yang kadang-kadang terlalu susah untuk dijelaskan kepada mereka yang di luar sana.

Kembali kepada nasihat daripada tetamu prihatin, apa yang saya boleh katakan inilah cabaran bisnes internet yang saya buat. Sudah banyak address yang saya filter daripada muncul di blog saya untuk menjaga imej blog saya sebagai wadah melontar pandangan ilmiah.

Saya mempunyai cita-cita untuk memiliki syarikat pengiklanan seperti google supaya soal halal dan haram boleh dititikberatkan. Mungkin cita-cita ini terlalu besar tetapi perkara ini tidak mustahil untuk menyediakan satu alternatif terbaik untuk umat Islam memasarkan produk mereka melalui internet. Saya mengharapkan daripada pengunjung blog saya memberikan saya link address yang memaparkan iklan-iklan yang haram supaya saya boleh manapis iklan tersebut.

Segala kekurangan yang wujud di blog saya amatlah diharapkan teguran daripada sahabat-sahabat pengunjung. Jazakumullahu khairan jazak di atas segala pandangan dan nasihat yang diberikan.

Seminggu lagi saya akan menghadapi imtihan. Doakan saya najaah. Di saat genting ini saya tidak mampu untuk melayan sahabat-sahabat pengunjung ke blog saya. Jika ada apa-apa yang penting boleh emailkan kepada saya atau ym di al_amindaud(at)yahoo.com.

Ini sebahagian koleksi simcard yang saya ada sepanjang belajar di sini. Nanti ada peluang saya snap gambar baby arab Mesir diberi minum air bergas oleh mak bapa mereka. hehehe.. Patutla mereka ni lasak..

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa