Salam imtihan kepada semua Al-Azhari dan Al-Azhariyyah yang mengenali diri ini. Semoga kejayaan menanti kita untuk dikongsi bersama dengan perjuangan Islam.
Firman Allah SWT;
Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalan -al-mulk.
Allah Ta'ala menyebut kalimah kematian mendahului kalimah kehidupan. Ini menunjukkan priority kepada kematian itu lebih utama berbanding dengan kehidupan.
Kehidupan itu hanya sementara walaubagaimanapun kita. Mungkin umur kita mencecah seratus tahun tetapi tetap juga akan mati dan kembali menemui Sang Khalik. Akhirat merupakan darul abadi. Negeri yang kekal. Jika kejayaan kita di sana maka kejayaan itu akan kekal abadi namun jika kegagalan kita di sana, kita tidak akan lagi diberikan exam untuk paper kedua.
Dunia inilah satu-satunya paper untuk kita mendudukinya dan resultnya akan menentukan kejayaan kita di sana. Jika kita menyedarinya nescaya kita tidak pernah akan sia-siakannya walau sesaat.
salam berimtihan ya ustaz...semoga berjaya dengan cemerlang dalam imtihan tersebut....insyaAllah...
ReplyDeletewslm..Ameen Ya Rabb..syukran..
ReplyDelete