Skip to main content

Ceramah Ramadhan di JKR


Pada 4.9.2008 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1429 Hijrah, Al-Amin Daud telah dijemput untuk memberikan ceramah di Pejabat JKR Cawangan Elektrik Negeri Kelantan dengan tajuk "Persiapan sebelum puasa, rukun dan sayarat-syarat puasa serta kelebihan bulan Ramadhan.

Ceramah ini diberi tempoh selama satu jam namun terlebih sehingga sejam 15 minit kerana perbincangan menjadi hangat dengan sesi soal jawab yang ditujukan oleh hadirin. Hadirin yang hadir termasuk Tuan Pengarah, kakitangan-kakitangan JKR, kerani-kerani dan pelajar-pelajar praktikal yang berkerja di pejabat tersebut. Jazakumullah khairan Jaza' diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kepercayaan kepada Al-Amin Daud untuk menyampaikan ceramah tersebut.

Persoalan yang dilontarkan berkisar mengenai puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Persoalan jamak dan qasar juga ditujukan memandangkan ramai dari kakitangan yang akan balik bercuti ke kampung masing-masing sempena aidilfitri nanti.

Ini merupakan kali pertama Al-Amin Daud memberikan ceramah di pejabat kerajaan seumpama ini. Perasaan berdebar tetap terasa sebagai seorang pendakwah yang baru dalam lapangan ini. Sebelum ini, Al-Amin Daud hanya menyampaikan kuliah di Masjid-Masjid dan surau-surau sekitar Kota Bharu. Al-Amin Daud jugak pernah mengajar di Mesir untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mansurah anjuran Dewan Perwakilan Mahasisiwa Mansurah.

Ceramah di JKR bermula jam 2.15 petang. Masa sebegini adalah amat mencabar kerana lebih-lebih lagi dalam bulan puasa dan ditambahi kepenatan seharian mereka berkerja. Sudah tentu subjek "tidur" menjadi subjek utama. Membuat hadirin tidak mengantuk adalah suatu cabaran terbesar. Alhamdulillah. Al-Amin Daud menggunakan teknik ceramah sambil bercerita sambil diselangi dengan humor yang berjaya menarik minat audience dan mendapat respond yang baik daripada mereka. Sudah tentu cerita tentang Mesir menjadi tarikan utama.

Cabaran dakwah ini tetap diambil walaupun merasakan diri ini masih jahil dan terlalu muda. Kerana untuk memperjuangkan Islam, umur bukan ukuran. Sayyidina Abu Bakar R.A sendiri setelah dilantik menjadi khalifah, kalam pertama yang keluar dari mulut beliau ialai : "Sesungguhnya hari ini aku dilantik menjadi ketua kamu tetapi itu bukanlah bererti aku terlebih baik dari kamu"

Perhatikan ayat ولست بخيركم "bukanlah aku terlebih baik daripada kamu" Beliau sebagai sahabat yang mendapat tarbiyah secara langsung dari Rasulullah SAW dan termasuk daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga pun merasakan beliau bukanlah yang terbaik. Apatah lagi kita yang terlalu jauh daripada baginda SAW.

Namun apa pun alasan, perjuangan mesti diteruskan untuk Islam. Menyampaikan sekadar apa yang termampu oleh kita seperti suruhan Nabi SAW :

بلغوا عني ولو آية
"Sampaikan oleh kamu daripada aku walaupun satu ayat".

Konsep perjuangan diibarat seperti binaan sebuah rumah. Bukan semua boleh jadi tiang atau bumbung. Kepada yang mampu jadi bumbung, jadilah bumbung. Kepada yang dipilih menjadi tiang, jadilah tiang untuk Islam. Kepada yang tak mampu menjadi bumbung atau tiang, jadilah tangga atau sebagainya. Walaupun tangga bukanlah struktur yang terpenting, namun tanpanya pasti susah untuk kita menaiki sesebuah rumah.
Terima Kasih diucapkan kepada Hj Nor dan semua kakitangan JKR yang terlibat. Mohon maaf tidak dapat disediakan foto di sini kerana tidak berkesempatan untuk mengambilnya. InsyAllah, lain masa Al-Amin Daud akan cuba usahakan untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat maya semua.

Pada 17 Ramadhan ini, Al-Amin Daud dijemput memberikan kuliah di Masjid Mukim Teluk. Buat pengetahuan sahabat-sahabat juga, sepanjang bulan Ramadhan Al-Amin Daud diminta untuk menyampaikan kuliah subuh di Surau Kubang Tuman, Tanjong Mas. Al-Amin Daud diminta untuk mensyarah ayat-ayat lazim di salam solat. Seminggu yang lalu Al-Amin Daud telah mensyarah Surah Al-Fatihah dan sekarang sedang mensyarah tentang tahiyyat atau tasyahhud di dalam solat.

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep f...