Pagi ni, Al-Amin Daud dijemput memberikan ceramah di Kolej Kejururawatan Cawangan Kelantan di Kota Bharu. Ceramah berkisar mengenai Ramadhan yang tinggal hanya sebelas hari sahaja lagi. Pendekatan ceramah yang disampaikan lebih kepada sesi soal jawab kepada permasalahan hukum yang berkaitan dengan puasa.
Ceramah dimulakan dengan dengan membicarakan pengertian puasa dari aspek bahasa dan syara'. Kemudian Al-Amin Daud menjelaskan kenapa Ramadhan dinamakan dengan Ramadhan. Ramadhan diterbitkan dari perkataan "ramadha" yang bermaksud sangat panas. Ini kerana kebiasaan di negara arab pada bulan Ramadhan musimnya panas dan berpendapat sebahagian daripada ulama' ialah kerana pada bulan puasa Allah Ta'ala membakar dosa orang-orang yang berpuasa dengan puasanya. Maka dengan sebab itu dinamakan dengan Ramadhan. Sepertimana Sabda Nabi SAW ;
Solat kepada solat yang lain, Jumaat kepada Jumaat yang lain dan Ramadhan kepada satu Ramadhan yang lain merupakan "mukaffirat" (penghapus dosa) di antara keduanya selagi mana dia tidak melakukan dosa besar ".
Ini merupakan kali kedua Al-Amin Daud memberikan ceramah di sini. Audience terdiri daripada pelajar-pelajar wanita Kolej Kejururawatan di situ. Program diadakan di Musolla kolej dan mengambil masa selama sejam setengah bermula jam 9.30-11.00 pagi. Pada asalnya masa diperuntukkan selama satu jam tetapi memandangkan banyak permasalahan yang dilontarkan antaranya persoalan niat, qada' puasa dan firdiyah, permasalahan haidh yang berkaitan dengan puasa dan lain-lain permasalahan.
Jazakallahu Khairan Jaza' diucapkan kepada semua yang terlibat. Di bawah Al-Amin Daud mengupload beberapa keping gambar untuk tatapan sahabat-sahabat pembaca. Sebenarnya nak ambik banyak lagi tapi bateri tiba-tiba habis daa. Lupa nak salin daa..
umur 24 dah boley memberi ceramah..tahniah
ReplyDeletesyukran..ceramah biasa2 sahaja..
ReplyDeletepandai unit pengisian cari ustaz... nak tarik audience ni...=p
ReplyDeletehehehe..lain mcm je..
ReplyDelete