Skip to main content

Selamat kembali ke malaysia

 

Amin 

“9 jam bersama Egypt Air”

Assalamualaikum..

Makluman kepada sahabat-sahabat semua, ana sudah sampai ke Malaysia jam 4 petang waktu Malaysia 9 Nov 09. Berlepas ke Kota Bharu jam 6.25 petang dan sampai di airport Pengkalan Chepa selepas 55 minit penerbangan dari KLIA.

Jazakumullahu khairan jazak diucapkan kepada semua warga Mansurah yang sudi datang ke rumah dan kepada sahabat-sahabat yang menghantar kami ke mathor (airport).

Jazakumullahu khairan jazak juga diucapkan kepada hamba Allah yang meng"sponsor” 2 biji tremco ke mathor.

Jazakumullahu khairan jazak kepada akhi kamil yang mengadiahkan baju yang paling disukai beliau kepada ana. Walaupun pertemuan kami hanya seketika kerana Ust Kamil baru tahun ini sampai ke bumi Mansurah tetapi saat yang sedikit itu amat ana hargai. Semoga Akhi Kamil terus tabah berada di sana dan tertunai segala cita-cita dan impian akhi untuk mendamba mutiara ilmu di sana.

DSC00047 

“Akhi Kamil menjemput makan dirumah beliau,Syukran Ya Akhi”

Kepada sahabatku, Poyok. terima kasih banyak-banyak kerana mung sudi mari walaupun terlewat. Walaupun kita dihalang oleh pengawal tapi Alhamdulillah kita sempat gak berpeluk. Aku harap mung terus tabah dan kuat di sana. Aku dokan mung naik tahun. Semoga Allah permudakan segala urusan mung wahai sahabatku.

Kepada Ustaz Bedu, Jazakumullahu khairan jazak kerana tolong baiki terjemahan sijil ana dan kepada Ustaz Amir Bukhari, jazakumullahu khairan jazak kerana sudi menghantarnya di mathor. Ana sangat-sangat menghargainya.

Kepada Ustaz Zul Syibin, mohon maaf kerana tidak sempat maklumkan pada enta. Walaupun kita tak sempat berjumpa tetapi jazakumullahu khairan jazak sebab call kawe.

Kepada sahabat-sahabat yang ana tidak sempat maklumkan, ana memohon jutaan kemaafan. Tiket yang dibeli dalam masa 3 hari sebelum terbang merupakan masa yang sangat singkat. Banyak perkara yang ana perlu selesaikan dan banyak perkara yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Namun segala perncangan Allah telah berlaku. Alhamdulillah, ana panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah di atas kepulangan ini dengan segulung ijazah sebagai menjadi wasilah dakwahku kepada masyarakat.

Sesungguhnya, ana pasti merindui Mansurah, sahabat-sahabat seperjuangan di sana, kuliah, tafaqquh dan segalanya. Ana abadikan segala memori ini di dalam ingatan. Semoga seribu pengalaman di sana akan mematangkan ana untuk terus mengahadapi liku-liku kehidupan yang mendatang.

Doakan ana di sini. Semoga ditetapkan hati di atas jalan dakwah.

Siiruu ‘Ala barakatillah..

Comments

  1. salam ust al amin selamat berjuang di malaysia ...parti islam semalaysia....update blog selalau

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum sheikh,

    terima kasih telefon ana tadi, AlhamduliLlah, enta dah selamat sampai, lepas nih sama-samalah kita berjuang memberi kefahaman dan penjelasan untuk mengajak umat Islam Malaysia terutamanya dalam manhaj ahlu sunnah wal jama'ah yang sebenar :)

    ReplyDelete
  3. السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
    Selamat pulang ke tanah air Ustaz! Semoga Ustaz boleh terus berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini dan meneruskan usaha membenteras fahaman wahabisme yang semakin mengancam umat Islam di Malaysia ini!

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam..

    Jazakumullahu khairan jazak buat semua..
    InsyAllah.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada diri ini untuk memperjuangkan agamaNya..

    ReplyDelete
  5. tahniah, ustaz! Semoga dipermudahkan segala urusan ditetapkan di atas jalan dakwah ini..

    ReplyDelete
  6. selamat kembali ke malaysia, selamat meneruskan perjuangan sbg daie disni :) congrats abg amin..

    ReplyDelete
  7. selamat kembali ke tanah air ya akhi.. ini no tepon ana 0197298505. Sekiranya anta dah nak bukak kelas, harap anta sudi maklumkan kepada ana. Rasanya dah sampai masa ana mendalamkan ilmu agama ke satu tahap yang lebih terperinci. Semoga Allah menyenangkan urusan kita berdua.~

    ReplyDelete
  8. Selamat sampai ke tanah air ya syaikhuna... sy pasti sentiasa merindui ustaz.... tak sabar rasanya ingin bersama ustaz di pentas dakwah.... doakan sy semoga thabat dlm perjuangan.... kita pasti berjumpa lagi nnti.. bi iznillah.... moga tuan guru sentiasa dlm rahmat ALLAH.. berkat umur dan rezeki....

    ReplyDelete
  9. ::semoga kembali menyambung perjuangan pejuang2 yang pergi

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum ust

    alhamdulillah ust dah selamat pulang.. ana doakan ust sentiasa thabat dan istiqomah atas jalan dakwah..

    Semoga kepulangan ust ke tanah air menjadi cahaya yang menyuluh kekelaman, dan sinar yang menerangi kegelapan. amin amin amin..


    Andai Allah takdirkan kita tidak lagi bertemu selepas ini, ana berdoa agar Allah golongkan kita dalam salah satu daripada 7 golongan yang mendapat naungan Allah, di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. amin amin amin..

    Uhibbuka fillah ya ustazi.. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Syaikhuna Ust al-Amin..

    Tak sempat nak berkenalan panjang dengan al-fadhil..Moga nanti dapat bersama di pentas perjuangan di bumi Malaysia tercinta kelak..

    doakan ana kat sini selalu semoga sentiasa thabat dan istiqamah..

    Semoga bertemu semula .. siiru a'la barakatillah

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam..

    Jazakumullahu khairan jazak semua..Ana xmampu nak jawab satu2..ana reply secara umum ya..Syeikh Nazrul, Ust Kimi, Ust Kamil, Akhi Warid, Adi Evi, Ukhti Nur Haifa, Ukhti Hidayah Roslan dan semua yang mendoakan ana..Ameen Ya Rabb..

    Ana pasti merindui kalian di Mansurah..Semoga Allah mempertemukan kita lagi..InsyAllah..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..
    selamat menghadapi medan dakwah sebenar..
    huhu..

    ReplyDelete
  14. balik dah maulana..tak habaq nooo..ape lagi..kawen laaa..hahaha

    ReplyDelete
  15. hahaha..ni bagitau dah ni..kawen?lambat lagi..masih menunggu jawapan..hehehe..jgn bocorkan rahsia kita ek..hehehehe...

    sori mie..aku balik tergesa2..busy sgt wat urusan..

    ReplyDelete
  16. salam ust al amin
    jazakholahu khoiron mengajar kami falsafah. minta halal semua ilmu2 yg dberi.

    smg thabat dlm pjuangan.

    ReplyDelete
  17. wa'alaikumussalam..

    Waiyyaki ustazah..semoga ada manfaat bersama..

    ReplyDelete
  18. ya sheikh! anta dari kuliah usuludin dan dakwah, takhassus aqidah wa falsafah? bila kuliah usuludin tukar usuludin + dakwah?

    ReplyDelete
  19. al-libqi study mesir gak ke??kami kuliah usuluddin wa dakwah..syu3bah akidah wa falsafah..memang tak pernah tukar..

    ReplyDelete
  20. setahu ana, shu'bah dakwah wa thaqafah under usuluddin, sama cam aqidah wa falsafah, al-Azhar al-Sharif di Kaherah, mungkin anta furu' kot.

    ReplyDelete
  21. Salam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.

    Zuki (zukidin.blogspot.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa