Skip to main content

Buat Teks Bergerak (Marquee)

Kepada akhi Arif yang bertanya dan kepada kawan-kawan yang nak buat text atau links atau gambar bergerak di blog kalian. saya cuba buat tutorial membuat teks bergerak atau marquee di sini.

Marquee bukan sahaja untuk teks. Boleh juga untuk links dan gambar. buat pengetahuan Arif dan kawan-kawan yang lain, marquee boleh diletakkan di mana-mana bahagian di dalam blog.

Ini coding HTML untuk marquee

<marquee onmouseout="this.start()" direction="up" align="center" scrollamount="2" height="100px" onmouseover="this.stop()" width="100%">TEXT atau LINK atau URL gambar anda</marquee>

Step asas

  1. Copy code di atas

  2. Pergi ke page element

  3. Add a gadget

  4. Pilih HTML/JavaScript

  5. Paste code tadi

  1. Gantikan text “TEXT atau LINK atau URL gambar anda” dengan content yang kawan-kawan nak.

Panduan untuk mengedit code HTML di atas.

  • onmouseout="this.start()" --> text akan bergerak jika pointer tidak diarahkan ke text

  • direction="up" --> text akan bergerak ke atas. Boleh diganti dengan down, left, atau right.

  • align="center" --> untuk centerkan teks

  • scrollamount="2" --> kelajuan pergerakan teks (semakin besar angka bererti semakin cepat)

  • height="100px" --> size panjang marquee.

  • onmouseover="this.stop()" --> marquee akan berhenti ketika mouse diarahkan ke zona marquee tersebut.

  • width="200px" --> size lebar marquee.

Comments

  1. salam,caya la amin..aku baru je nk tnye pamie cam mne nak buat kod atau tulisan bergerak..dah mu tutor kn kt blog mu..ape pun syukran..teruskn penulisan mu..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikassalam ya akhi..

    ni pun sebab ada org minta..hehehe..alang2 buat satu tutorial kat sini..boleh kongsi ramai2..aku pun bukan pandai sangat coding2 ni..main copy paste gak..setakat nak godek skit2 tu boleh la..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah
    nak wat text ..boleh ..bile sy nak masukkan pic ..xde lah..

    ReplyDelete
  4. Wslm..picture kena upload kat photobucket atau lain2 and gunakan link yg di sediakan..awak buat mcmn??

    ReplyDelete
  5. sy wat ..pic sy upload kat zorpian..pastu kat situ ade URL dia sendiri
    so ..copy n paste kat code HTML..bile submit..klur code..yg bergerak2 jer..
    maaf lah sekadar bertanya..sy kurang pandai bab2 mcam ne...tp sy suke mencube..

    ReplyDelete
  6. kalau keluar code maksudnya ada kesilapan pada code HTML..salah tempat..so boleh cuba lagi ya..

    ReplyDelete
  7. alhamduliilah..ada jugak sifu kr cni..
    baru nak cuba2 masukkkan dlm blog saya..tpi mcm tk jadik jee..tpi nk cuba semula!!

    ReplyDelete
  8. cuba lagi..sampai jadi..hehehe..

    ReplyDelete
  9. salam ya akhi...mcm ne nk letak kat mane2 tu??

    ReplyDelete
  10. Wslm..enta add page element and pilih HTML Code kemudian masukkan kat situ..kat mana mksdnya ikut template akhi nak letak atas ke sidebar kanan ke kiri ke dan sbgnya..ok..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…