Skip to main content

Obama dan harapan Umat Islam??

"Obama, isteri dan dua anaknya"



Barack Hussein Obama, 47 secara rasminya telah memenangi pilihanraya Presiden Ameika Syarikat. Obama merupakan orang kulit hitam yang pertama yang mendapat kuasa tertinggi itu dalam tempoh 232 tahun sejak Amerika mencapai kemerdekaan daripada Britain seterusnya menduduki White House.



Tidak dilupakan juga Obama merupakan keturunan Islam yang pertama yang memenangi jawatan tersebut. Tetapi sejauh mana prinsip Islam yang Obama pegang itu kita tidak dapat pastikan. Apa yang saya nampak isterinya tidak bertudung. Mugkin di negara barat seperti Amerika isu tudung dianggap biasa dan kemungkinan juga Obama cuba untuk tidak menonjolkan Islam yang diamalkan untuk meraih sokongan bukan Islam.



Sebenarnya jika kita membuat sedikit pembacaan di laman berbahasa Inggeris kita akan mendapati ada pro and contra samada Obama seorang yang Muslim atau pun tidak. Seperti di laman danielpipes. Saya cuba memetik katanya :



But was he ever a Muslim or seen by others as a Muslim? More precisely, might Muslims consider him a murtadd (apostate), that is, a Muslim who converted to another religion and, therefore, someone whose blood may be shed?



Di dalam satu artikel yang lain di laman danielpipes setelah dibuat analisis dari artikel yang bertajuk juga menyebut seperti berikut ;



In a recent analysis, "Was Barack Obama a Muslim?" I surveyed available evidence and found it suggests "Obama was born a Muslim to a non-practicing Muslim father and for some years had a reasonably Muslim upbringing under the auspices of his Indonesian step-father."



Benarkah Obama Muslim?? Di dalam laman webnya my.barackobama.com dia menafikan dia sebagai Muslim tetapi komited dengan agama Kristian.





Satu persoalan yang timbul di dalam pemikiran saya ialah apakah yahudi tidak mencampur tangan dalam pemilihan ini. Sedangkan setiap pemilihan presiden Amerika sebelum ini ada kaitannya dengan yahudi la3natullahi 'Alaih. Apakah Obama juga akan bertindak sepertimana presiden-presiden sebelum ini ke atas negara-negara umat Islam?? Kita tunggu dan lihat.





Pada andaian saya, pemilihan Obama berkemungkinan mengembalikan kepercayaan negara-negara umat Islam kepada Amerika Syarikat dan seterusnya mengukuhkan ekonomi mereka dengan sokongan daripada negara umat Islam yang banyak memboikot barangan mereka.



"Antara gambar kempen boikot"



Sebuah laporan di Amerika menyatakan bahawa kempen boikot terhadap produk-produk Amerika di negara-negara Arab telah mengakibatkan kerugian sehingga 40% dalam dua bulan terakhir ini. Laporan itu dikeluarkan oleh Dewan Nasional Amerika untuk Hubungan AS-Arab, menyatakan bahawa penjualan barang-barang seperti kereta, minuman dan makanan di kawasan Teluk telah menurun sampai 40% karena kempen itu.



Laporan yang disusun oleh John Anthony, ketua dewan itu, mengatakan bahwa kempen tersebut berhasil dengan ceramah-ceramah agama dan berbagai organisasi mahasiswa yang telah menyebarluaskan nama-nama produk-produk Amerika baik di mimbar-mimbar, kampus, sekolah-sekolah, internet, dan SMS. Laporan itu diterbitkan oleh surat kabar Uni Emirat Arab ‘Al Ittihad’, 21 April lalu.





Ini merupakan suatu perkembangan yang baik. Jangan kita mengaggap enteng dan kecil untuk tidak makan di KFC, McDonald dan tidak menggunak windows atau yang sekufu dengannya. Jika semua umat Islam bersatu dalam hal ini nescaya ekonomi Amerika akan lumpuh.





Kemenangan Obama di harapakan dapat membawa sirna kepada negara-negara umat Islam terutamanya isu Palastein. Tetapi kita tidak boleh terlalu mengharap kepada Obama bahkan kita sebagai umat Islam sewajibnya bersatu dan membantu saudara kita sesama Muslim. Ketepikan soal remeh-temeh, soal bidaah-membidaah, soal tuduh-menuduh. Ayuh kita mencari titik-titik penyatuan bukan lagi titik-titik pertikaian. Belajarlah dari sejarah kejatuhan Empayar Othmaniyyah di Turki. Jangan hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa menyedari kita sebahgian daripada mereka yang kita tunding. Lupakah kita pada firman Allah;





وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ



Berpegang teguhlah dengan tali Allah semua dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketikamana kamu bermusuhan (di zaman jahiliyyah) maka Allah Ta'ala yang menyatukan di antara hati-hati kamu maka jadilah kamu semua dengan nikmat penyatuan tadi sebagai bersaudara. Dan kamu sebelum ini di atas lembah neraka maka Allah bebaskan kamu dengan sebab persaudaraan itu, begitulah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya moga-moga kamu mendapat petunjuk”



Artikel ini bukanlah persimis terhadap Obama tetapi sekadar memberi peringatan untuk tidak terlalu berharap kepada yang belum pasti. Yang pasti bermula daripada diri kita sendiri. Apakah yang kita telah lakukan untuk membantu umat Islam?? Masih lagi makan di KFC?? Masih lagi menggunakan windows?? Masih membeli produk Amerika dan Israel?? Tepuk dada tanya iman.



Comments

  1. Kalau diperhatikan ada betulnya juga. Tapi kita tunggu dan lihat sahaja mcam mana. Sebab kebenaran akan mengalahkan kebatilan. Akan jelas nanti siapa yang benar dan siapa yang batil.

    ReplyDelete
  2. Ya,, terima kasih abe sid..Sekurang2nya kita melihat arus perubahan yg berlaku ke atas politik Amerika merupakan sesuatu perkembangan yg agak baik.Kita tunggu dan lihat apakah langkah pertama yg dilakukan oleh Obama setelah menabur sekian byk janji utk membawa titik perubahan kepada Amerika..

    ReplyDelete
  3. salam wah hebat2 btul hujah2 ust amin ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Wslm.. terima kasih Zikri. Ini andaian saya sahaja. mungkin benar mungkin tidak supaya kita tidak terlalu berharap kepada perkara yang belum pasti.

    Kita mengharap Obama yang pernah hidup dgn ruh Islam semasa kecilnya dan kasih sygnya terhadap neneknya yang beragama Islam akan melihat Islam dari kacamata yang lebih adil..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…