Skip to main content

"Lu Fikirla Sendiri"


Minyak naik lagi.. apa sudah jadi dengan Malaysiaku tercinta. Kalau naik ada masa dia turun kira ok jugak. ni sejak saya celik mata sampai sekarang harga barang naik tak pernah turun-turun. kata Malaysia makin maju dan ekonomi makin kukuh. sepatutnya bila makin maju dan ekonomi makin meningkat rakyat makin senang. ini tidak makin menyusahkan ada la. Setakat saya duk buat pembacaan sikit-sikit, saya melihat zaman Pak Lah paling banyak kali harga minyak naik. Naik tinggi dan drastik pulak tu. baru memerintah 2 penggal. bayangkan kalau 20 tahun..huhuhu.. so, kalau nak harga minyak turun, kena turunkan Pak Lah. Pada pandangan saya yang tak reti ekonomi ni, saya duk fikir-fikir, khabarnya ekonomi makin baik dan kukuh tapi kos sara hidup makin meningkat. ke macamna? kawan-kawan boleh fikir sendiri. bak kata Nabil Raja Lawak "Lu fikir la sendiri".

Sudah bermacam-macam alasan bila harga minyak naik. kadang saya sudah menyampah dengan alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal langsung. sampai bila nak tipu rakyat. rakyat dah semakin celik internet. rakyat boleh search maklumat dan boleh melihat perkembangan dunia. suatu masa tunggu la kebangkitan rakyat. orang Melayu ni jenis yang payah nak marah. sabor aje apa yang org nak buat. tapi bila dah marah. habis kelambu dibakar. hehehe..

Bagaimanakah agaknya rakyat yang hidup di pedalaman yang menggunakan jentera untuk berkerja? Bagaimana pula dengan kerani-kerani yang hidup di Kuala Lumpur? Bagaimana nasib guru-guru yang ada anak 5, 6 orang? Bagaimana dengan pelajar-pelajar yang menggunakan motosikal? Harga roti canai mesti naik pulak lepas ni atau dibuat makin nipis. Beras dan naik. Tepung naik.. adui.. dui.. dui.. susahnya hidup di Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dahla.. membebel banyak-banyak pun bukan diorang akan turunkan pun. tu la. undi lagi. time ngundi tak nak buat pilihan betul-betul. sekarang sape susah? bukan mereka dan keluarga mereka je, kita pun susah gak. padan muka..


Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep f...