Skip to main content

Imam Syafie dan Qunut


Ustaz saya kata qunut Nabi tak buat dulu.

Ustaz saya kata lagi, Imam Syafie dulu tersalah faham tentang apa yang sorang tukang hadis tu kata.


Berdesing telinga saya apabila mendapat YM daripada seorang sahabat yang ingin meminta penjelasan.


Saya tidak boleh dengar kalau ada orang yang celupar menghina ulama’ kita seperti Imamuna As-Syafie Radhiallhu Ta’ala ‘Anhu Wa Ardhah yang telah diakui oleh ribuan ulama’ dulu dan kini. Senarai imam-imam agung yang menjadi obor umat Islam sepanjang zaman dan menisbahkan diri mereka kepada mazhab Imam Syafie Radhiallahu Ta’ala ‘Anhum, boleh kita lihat di dalam kitab tobaqat as-syafiiyyah karangan Imam Subki Rahimahullahu Ta’ala.


Kita akui ulama’ tidak maksum tetapi perkataan sebegini merupakan kalam yang keluar daripada mereka yang buta mata hati dalam mengenali siapa Imamuna As-Syafie yang digelar sebagai أنصار السنة (Penolong kepada Sunnah Nabi SAW) dan ditanggung namanya di dalam hadis yang masyhur. Sabda Nabi SAW ;


لا تسببوا قريشا فإن عالمها يملأ الأرض علما

Jangan kamu mencela orang quraisy sesungguhnya seorang alim quraisy akan memenuhi muka bumi dengan ilmunya.


Hadis ini diriwayatkan oleh Nua’im di dalam Al-Hiliyyah dan Al-Khotib di dalam At-Taarikh dan diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam kitab manaqib as-Syafie.


Berkata Al-Baihaqi : Begitulah sepertimana pandangan Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullahu Ta’ala dalam mengtakwil hadis di atas (Kitab Manaqib As-Syafie lil imam Al-Baihaqi). Semoga Allah merahmati dikau wahai Imam kami wanafa’ana bi ‘ulumihi fiddaraini ameen.


Di dalam kitab manaqib ini banyak lagi riwayat-riwayat yang lain yang menyatakan kelebihan quraisy dan alim daripada quraisy dengan riwayat yang berbeza-beza.


Tidak ada satupun ulama’ yang terkemudian seperti Imam Nawawi, Imam Baihaqi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Imam Ramli, Imam Baijuri, Imam Haramaini Al-Juwaini, Imam Al-Ghazali dan sekalian Imam-Imam Rahimahumullahu Ta’ala yang menyambung silsilah mazhab Imam Syafie yang mengatakan qunut yang difatwakan sunat oleh Imam Syafie merupakan fatwa yang tersilap bahkan mereka mengukuhkan lagi dengan dalil-dalil daripada sunnah Nabi SAW.


Jadi daripada siapakah perkataan Imam Syafie tersilap? Jika dari pemikiran seorang ustaz yang berkelulusan ijazah atau sekalipun PHD belum mampu menandingi ketinggian ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada Imamuna As-Syafie bahkan ilmu yang ada di zaman kita ini hasil ijtihad mereka. Bagaimana kita merasa lebih alim daripada ulama’ salafussoleh terdahulu sedangkan ilmu dan kitab yang ada di sisi kita pada hari ini datangnya daripada mereka?


Jika kita mempelajari ilmu hadis kita akan menemui suatu istilah yang disebut silsilah az-zahab atau al-silsilah az-zhabiyyah yang dianggap sebagai sanad yang paling sahih sepertimana pandangan Imam Bukhari iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik daripada naafi’ daripada Ibnu Umar Radhiallahu Ta’ala daripada Rasulillahi SAW.


Kita sedia maklum, Imam Syafie mempelajari hadis daripada Imam Malik dan mengahafal kitab muwatto’ Imam Malik seawal usia 10 tahun. Maka ulama’ yang terkemudian di antaranya Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menambah pada silsilah az-zahab ini iaitu daripada Imam Ahmad Bin Hanbal daripada Imam As-Syafie daripada Imam Malik daripada Naafi’ daripada Ibnu Umar Radhiallahu Ta’ala ‘Anhum daripada Nabi SAW.


Imam Syafie yang dimasukkan di dalam silsilah az-zahab iaitu sekiranya sesuatu hadis diriwayatkan oleh beliau melalui sanad ini dikira sebagai sanad yang paling sahih bagaimana kita katakan Imam Syafie tersalah atau Imam Syafie bukan ahlul hadis? Sungguh busuk hati mereka yang ingin bermusuh dengan ulama’.


Apakah benar tidak ada satupun dalil yang menunjukkan Nabi SAW membaca doa qunut di dalam solat subuh yang menjadi sandaran kepada qaul Imamuna Syafie Rahimahullah?


Jika jawapannya adalah ya, maka sebenarnya orang yang bercakap itu jahil dengan ilmu hadis walaupun mereka mengaku merekalah pejuang sunnah. Padahal mereka jahil murakkab yang tidak menyedari kejahilan diri bahkan merasa sudah cukup alim berbanding ulama’-ulama’ salafussoleh terdahulu yang lebih hampir dengan zaman Rasulullah SAW.


Mereka selalu melaungkan slogan kembali kepada generasi salaf tetapi menolak Imamuna As-Syafie yang lahir pada tahun 150 h iaitu pada zaman salaf bertepatan dengan kewafatan Imam Abu Hanifah Radhiallahu Ta’ala ‘Anhu Wa Ardhah seperti riwayat daripada Ar-Rabii’ Bin Sulaiman.


Jadi salaf manakah yang mereka ikut sebenarnya? Salaf yang lahir pada tahun lingkungan 1000 masihi? Begitukah? Untuk memahami makna perkataan salaf mereka sudah tidak faham bagaimana mereka tidak segan silu mengaku mengikut jejak salaf?


Apakah Imam As-Syafie yang lebih hampir dengan zaman sahabat tidak memahami sepertimana kefahaman para sahabat tetapi kita yang lebih jauh ribuan tahun daripada generasi para sahabat mengaku lebih mengetahui kefahaman para sahabat?


Daripada mana ilmu yang kita ambil jika tidak melalui zaman mereka? Tiba-tiba kita bercakap seolah-olah Imam Syafie sejahil kita. Ya Allah aku berlepas tangan daripada golongan yang menghina auliya’Mu.


Saya akan nyatakan hadis-hadis Nabi SAW yang akan membongkar pengkhianatan kepada Imam Syafie Radhiallahu Ta’ala ‘Anhu Wa Ardhah.


1) Abu Hurairah Radhiallahu Ta’ala ‘Anhu meriwayatkan daripada Hassan Bin Ali Radhiallahu ‘Anhuma ;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رفع رأسه من الركوع من صلاة الصبح في الركعة

الثانية رفع يديه فيدعو بهذا الدعاء : اللهم اهدني فيمن هديت … إلى آخر الدعاء

Adalah Nabi SAW apabila mengangkat kepala baginda (yang mulia) daripada rukuk pada solat subuh pada rakaat kedua, Baginda mengangkat kedua tangan baginda (yang mulia) dan berdoa dengan doa ini : Ya Allah berikanlah aku petunjuk seperti orang yang Engkau telah beri petunjuk …. sehingga akhir doa qunut.


Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Haakim (3/172) tanpa sebahagian lafaz yang biasa diamalkan di Malaysia.


2) Sayyiduna Anas Radhiallahu Ta’ala Anhu meriwayatkan ;

أنه سئل : قل قنت رسول الله صلى الله عليه وسلم في صلاة الصبح؟ قال : نعم. قيل :

قبل الركوع أو بعد الركوع؟ قال : بعد الركوع

Sesungguhnya beliau (Anas) ditanya : Adakah Rasulullah membaca qunut pada solat subuh? Beliau menjawab : Ya. Ditanya lagi : Sebelum rukuk atau selepas rukuk? Beliau menjawab : Selepas rukuk.


Hadis ini riwayat Imam Bukhari (1/340) bilangan (956), Imam Muslim (5/178) bilangan (677) dan Imam Abu Daud (1/333).


Banyak lagi riwayat-riwayat yang lain dengan lafaz-lafaz yang berbeza. Saya rasa ini cukup untuk menyatakan pandangan Imam Syafie ada sandaran daripada perbuatan Nabi SAW.


Kita fahami, perkara ini ada ikhtilaf di kalangan Al-Aimmah Al-‘Arba’ah dan para ulama’ yang lain apakah Nabi SAW meninggalkannya atau tidak sepertimana dijelaskan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab fathul baari tetapi perbezaan ini tidak sepatutnya menjadikan kita biadab dengan Imam Syafie.


Ikhtilaf itu tidak salah tetapi nun jau di sana kita wajib menjaga adabul ikhtilaf sepertimana yang di ajarkan oleh Imam Syafie ketikamana beliau solat subuh dan tidak membaca qunut ketika solat subuh di masjid yang terdapat kubur Imam Abu Hanifah. Maka ditanya kenapa engkau tidak membacanya sedangkan engkau memfatwakannya sunat wahai Imam? Jawab Imamuna Syafie yang penuh adab kerana aku menghormati pandangan tuan punya kubur iaitu Imam Abu Hanifah.


Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari

B.A (Hons) Usuluddin (Akidah dan Falsafah)

Universiti Al-Azhar Mesir

Comments

  1. lama menyepi syeikh.. rindu tulisan hang. tulislah lagi dan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  2. busy sgt2 syeikh..aku selalu baca blog hang..insyAllah..dan establish semua aku menulis dan terus menulis..hehehe..

    ReplyDelete
  3. bahasa persuratan.. kadang-kadang sukar difahami oleh orang biasa seperti ana... kalau ustaz dapat terangkan dengan bahasa yang lebih mudah, bukankah lebih senang difahami setiap lapisan masyarakat.. (^_~)

    ReplyDelete
  4. Salam..

    lama tak komen kat sini..ana cuma nak berkongsi sikit maklumat jika benar lar..

    Antara hujah Al-Imam Asy-Syafie tentang pembacaan doa Qunut adalah dari kisah Nabi Muhammad SAW membacakan Qunut Nazilah sewaktu sahabat baginda di bunuh..Beberapa orang datang bertemu Rasulullah dan meminta di hantar wakil untuk mengajarkan Al-Quran kepada kaum mereka..Rasulullah memperkenankan permintaan itu dan mengarahkan beberapa orang sahabat yang Alim dalam ilmu Al-Quran utk pergi mengajar mereka..di dalam perjalanan ke sana, kumpulan sahabat Rasulullah di serang dan di bunuh..hanya seorang sahaja yang selamat dan melaporkan perkara itu kepada baginda..baginda lantas berdoa dengan Qunut Nazilah kerana fitnah yg terjadi..Imam Asy-Syafie mengambil kiasan bahawa selepas baginda wafat maka fitnah telah terlalu banyak dan sentiasa ada..jadi dengan membaca doa Qunut dalam solat dapat menghindarkan diri daripada sebarang fitnah..

    Lebih kurang yg ana tahu, jika silap perbetulkan..ana lupa nama 2 kabilah yg menyerang kumpulan sahabat nabi itu..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. amin daud, bile nak jadi nabi? ke da jadi tuhan skang?

    ReplyDelete
  6. @it's peng: nauzubillahminzalik.

    ReplyDelete
  7. akhi peng..kalau akhi seorang muslim dan salafi yang baik akhi tidak akan bertanya soalan seperti ini..cukupla di blog akhi dengan sumpah seranah..saya tidak pernah menyebut nama mana2 individu di artikel saya..cuba akhi check.kenapa akhi perlu marah2 begini?

    Salahkah saya jika saya memberikan penjelasan mengikut apa yang saya pelajari..akhi ada hujjah..kami juga ada hujjah..kalau akhi rasa hujjah kami xkuat dan tak sesarjana hujjah guru akhi..itu hanya rasa akhi..

    Sampai bila kita harus berselisih dengan perkara khilafiyyah seperti ini..xnak buat sudahla..tapi jangan akhi rasa akhi Nabi..semua apa yang dikatakan akhi dan guru akhi maksum..jadi soalan ini spatutnya ditujukan kpd akhi..

    Kerana bagi wahabi, orang lain tidak ikut Nabi.bidaah dan sesat..kalau sape ikut wahabi dan salafi seolah2 mereka ikut Nabi..sebab itu guru2 mereka tidak boleh dipertikai.ulama' tidak maksum tp bila kena atas kepala guru dia..mula la anak2 murid dia bangkit..apa guru dia maksum??

    Sudah2 la akhi..kalau saya salah, sila bagi teguran dgn cara yang baik.bkankah begitu cara Nabi..apakah soalan begini dikira sunnah pada akhi tetapi qunut yang thabit di dalam hadis dikatakan bidaah?

    Mohon maaf atas salah bicara..salam ukhuwwah islamiyyah..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. terima kasih ustaz kerana mengambil berat dengan pertanyaan saya,,, memang klu diperhatikan kumpulan pejuang sunnah di tempat saya iaitu di perlis amat kuat. menyebabkan ramai masyarkat yang kliru disana. saya kasihan dengan warga emas yang kelihatannnya bingung dengan pelbagai penjelasan yang diberikan oleh ustaz daripada kumpulan assunnah tersebut,,,tapiapakan daya,,saya sendiri pun masih mencari2 hukum yang jelas dan diyakini. erm,, papepon time kasih sekali lagi di atas penerangn yang mntap tu,,, semoga dapat terus menerangkan dengan sebaiknya tentang isu agama terutama sekali berkenaan dengan hadis sahih yang mana suka sekali diputar belit oleh golongan tertentu,, sekian, wasalam,,,,,

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ya ustazi.. :)

    Alhamdulillah, ana amat bangga dan bersyukur dengan komen yang diberi oleh ust kepada its peng. Penuh adab, sopan dan ihtiram sesama muslim.

    Teruskan ust. Ana sentiasa beri sokongan padu. Ust, ust nazrul dan para dai lain yang teguh menegakkan syiar sentiasa mendapat inayah dan irsyad daripada Allah insyaAllah.

    Ana ada terbaca komen ust di blog ust nazrul, masyaAllah ust da mula memberi kuliah di masjid2. Alhamdulillah. Betul ust, memang saudara2 kita di tanah air amat memerlukan penjelasan. Teruskan perjuangan ust dalam dakwah.. :)

    Jangan lupa doakan kami di bumi anbiyak ini ye ust.. :)

    Assalamualaikum wrt

    p/s .. ust pakai x baju yang ana bagi tu masa ngajar? :)

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam..
    Syukran Syeikh kamil..Ana pakai je baju yang ust hadiahkan..org cakap lawa..syukran ya..

    ReplyDelete
  11. khilaf muktabar syeh..relex2 sudah, ana pun tak setuju kalo org ckp imam syafie tersilaf faham dari sorang tukang hadith..




    3 - اختلف الفقهاء في حكم القنوت في صلاة الصبح على أربعة أقوال :

    ( الأول ) : للحنفية والحنابلة والثوري
    : وهو أن القنوت في الصبح غير مشروع ، وهو مروي عن ابن عباس ، وابن عمر ، وابن مسعود ، وأبي الدرداء ، رضي الله عنهم ، وقال أبو حنيفة : القنوت في الفجر بدعة ، وقال الحنابلة : يكره . واستدلوا على ذلك : بما ورد أن النبي صلى الله عليه وسلم { قنت في صلاة الفجر شهرا يدعو في قنوته على أحياء من أحياء العرب ، ثم تركه } ، قالوا : فكان منسوخا ، إذ الترك دليل النسخ ، وبما روي عن أبي مالك سعد بن طارق الأشجعي قال : قلت لأبي : يا أبت ، إنك قد صليت خلف رسول الله ، وأبي بكر ، وعثمان ، وعلي هاهنا بالكوفة نحوا من خمس سنين ، أكانوا يقنتون ؟ قال : أي بني ، محدث . وفي لفظ : يا بني إنها بدعة .

    قال الترمذي : والعمل عليه عند أكثر أهل العلم .


    ( والثاني ) للمالكية على المشهور :
    وهو أن القنوت في الصبح مستحب وفضيلة ، لأن النبي صلى الله عليه وسلم { كان يقنت في صلاة الصبح } فيما روى أبو هريرة وخفاف بن إيماء والبراء وأنس بن مالك .
    قال أنس : { ما زال رسول الله يقنت في الفجر حتى فارق الدنيا } ،

    وقال علي بن زياد بوجوب القنوت في الصبح ، فمن تركه فسدت صلاته .

    ويجوز قبل الركوع وبعده في الركعة الثانية ، غير أن المندوب الأفضل كونه قبل الركوع عقب القراءة بلا تكبيرة قبله ، وذلك لما فيه من الرفق بالمسبوق ، وعدم الفصل بينه وبين ركني الصلاة ولأنه الذي استقر عليه عمل عمر رضي الله عنه بحضور الصحابة ، قال القاضي عبد الوهاب البغدادي " وروي عن أبي رجا العطاردي قال : كان القنوت بعد الركوع ، فصيره عمر قبله ليدرك المدرك وروي أن المهاجرين والأنصار سألوه عثمان ، فجعله قبل الركوع ، لأن في ذلك فائدة لا توجد فيما بعده ، وهي أن القيام يمتد فيلحق المفاوت ، ولأن في القنوت ضربا من تطويل القيام ، وما قبل الركوع أولى بذلك ، لا سيما في الفجر . ويندب كونه بلفظ : اللهم إنا نستعينك ، ونستغفرك ، ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ، ونخضع لك ، ونخلع ونترك من يكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ، ونخاف عذابك ، إن عذابك الجد بالكفار ملحق . ومن ترك القنوت عمدا أو سهوا فلا شيء عليه ، فإن سجد لتركه قبل السلام بطلت صلاته . وليس لدعاء القنوت حد محدود . ولا يرفع يديه في دعاء القنوت ، كما لا يرفع في التأمين ، ولا في دعاء التشهد . والإسرار به هو المستحب في حق الإمام والمأموم والمنفرد ، لأنه دعاء ، فينبغي الإسرار به حذرا من الرياء . والمسبوق إذا أدرك الركعة الثانية لا يقنت في القضاء ، لأنه إنما يقضي الركعة الأولى ولم يكن فيها قنوت ، قال ابن رشد : إن أدرك قبل ركوع الثانية لم يقنت في قضائه ، سواء أدرك قنوت الإمام أم لا .


    ( الثالث ) للشافعية :
    وهو أن القنوت في صلاة الصبح سنة ، قال النووي : اعلم أن القنوت مشروع عندنا في الصبح ، وهو سنة متأكدة ، وذلك لما روى أنس بن مالك رضي الله عنه : { ما زال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقنت في الفجر حتى فارق الدنيا } .
    قالوا : ولو تركه لم تبطل صلاته ، لكن يسجد للسهو ، سواء تركه عمدا أو سهوا . أما محله ، فبعد الرفع من الركوع في الركعة الثانية من الصبح ، فلو قنت قبل الركوع لم يحسب له على الأصح ، وعليه أن يعيده بعد الركوع ثم يسجد للسهو

    ReplyDelete
  12. tp setelah di teliti dalil2 enta di atas urmm agak lemah juga, ulama telah berbincang tentang permasalahan ini

    hadith yang enta gune adakah enta pasti sama ada ianya qunut subuh,qunut nazilah atau qunut witir??

    hadith yang ke 2 hujjah enta menurut kajian ana adalah hadith qunut najizah

    أنه سئل : قل قنت رسول الله صلى الله عليه وسلم في صلاة الصبح؟ قال : نعم. قيل :

    قبل الركوع أو بعد الركوع؟ قال : بعد الركوع"

    jd hadith di atas ini adalah mujmal maka mubayyan dia adalah hadith abu hurairah


    " قال أبو هريرة أن رسول الله إذا أراد أبن يدع على أحد أو يدع قنت بعد وكوع"

    kata abu hurairah R.a sesunggunhnya rasullulah SAw jika hendak mendoakan di ambil tindakan kepada seseorang atau menolong seseorang baginda qunut selepas ruku'

    jika di padankan maka hadith anas bin malik menunjukan pada qunut nazilah, kerana selepas ruku'


    antara bukti lain yang menunjukan qunut yang di sebut anas bin malik RA adalah nazilah

    عن البراء رضي الله تعالى عنه: "أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقنت في الصبح والمغرب

    dari barra' r.a sesungguhnya rasululah telah berqunut pada subuh dan magrib

    untuk membezakan antara qunut witir dan nazilah.. qunut witir sebelum ruku' dan nazilah selepas ruku'

    أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقنت قبل الركوع، وهو مذهب الحنفية، واستدلوا
    بحديث رواه النسائي (2/235)، وابن ماجه (1182)، وغيرهما وسنده حسن من حديث أُبي بن كعب أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يُوتر فيقنت قبل الركوع.
    وروى الدارقطني أنه صلى الله عليه وسلم قنت في آخر الوتر قبل الركوع. ذكر الحافظ ابن حجر

    afwan ustaz sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..syukran akhi budak baru belajar di atas penjelasan akhi..

    Ana copy blk statement yg ana tulis di atas ;

    Kita fahami, perkara ini ada ikhtilaf di kalangan Al-Aimmah Al-‘Arba’ah dan para ulama’ yang lain apakah Nabi SAW meninggalkannya atau tidak sepertimana dijelaskan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab fathul baari tetapi perbezaan ini tidak sepatutnya menjadikan kita biadab dengan Imam Syafie.

    Beradablah di dlm berikhtilaf..

    ReplyDelete
  14. aku rasa aku kenal budak its peng nih... Tok guru dia pun aku kenal... ha ha ha... Toksah dilayan puak wahabi nihh buang karen jer

    ReplyDelete
  15. Kunjungan Habib Umar Ben Hafiz ke Pondok Baitul Qurro', Sg. Udang Melaka : http://wp.me/piAx4-ZY

    Hari ini Jilsah bersama Habib Zaid Ben Yahya ANGGOTA IFTA' (MAJLIS FATWA) DARUL MUSTHAFA : http://wp.me/piAx4-10Z

    Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy'ari Terus Dijaga Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11d

    ReplyDelete
  16. Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahu’anhum tidak mengerjakan qunut Subuh secara terus-menerus sepanjang hayat mereka melainkan jika terjadi sesuatu musibah maka mereka membacakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu termasuk solat Subuh. Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh:



    أنَّ النَِّبيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كَانَ لاَ يَقْنُتُ فِي صَلاَةِ الصُّبْحِ



    إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ دَعَا عَلَى قَوْمٍ.



    Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah berqunut

    dalam solat Subuh kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin) atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir) (iaitu qunut nazilah – pen).[16]







    عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْجَعِيِّ قَالَ, قُلْتُ لأَبِي:



    يَا أَبَةِ إِنَّكَ قَدْ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



    وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ



    هَا هُنَا بِالْكُوفَةِ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ سِنِينَ أَكَانُوا يَقْنُتُون؟َ



    قَالَ: أَيْ بُنَيَّ مُحْدَثٌ.



    Abi Malik al-Asyja’i berkata, saya bertanya kepada ayahku:

    “Wahai bapaku! Sesungguhnya engkau pernah bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali bin Abi Thalib di Kufah selama lima tahun, apakah mereka melakukan qunut?”

    Jawab ayahku: “Hai anakku! Itu adalah perbuatan bid’ah! [17]





    Dari dalil-dalil di atas dapatlah kita fahami bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu’anhum tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh melainkan qunut nazilah. Maka bukanlah satu kesalahan yang besar bagi mereka yang berpendapat qunut Subuh itu tidak disyari’atkan lalu mereka meninggalkannya. Tidak perlu untuk sujud sahwi sekiranya meninggalkan qunut Subuh samada dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Apa sepatutnya yang lebih diutamakan sekarang ini ketika musibah dan bencana melanda umat Islam di serata dunia[18] adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu memandangkan ianya memang telah disepakati pengsyari’atannya. Namun begitu apa yang menghairankan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di seluruh dunia begitu terhimpit sekarang ini. Abu Ubaidah menegaskan:

    Membaca doa qunut (nazilah – pen) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum musimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah membaca sami’allahu liman hamidah pada rakaat terakhir.[19]



    Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah. Semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.[20]

    ReplyDelete
  17. Salam.. alhamdulillah.. sedap bc ust balas balik its peng dgn penuh hikmah.. ni baru car yg di ajar Nabi s.a.w...

    ReplyDelete
  18. Ya Allah ustaz,
    ulama boleh tersilap... org salafi pun tidak kata imam syafei sesat sebab pendapat ada qunut. Kajian hadis menunjukkan semua hadis qunut adalah lemah dan tidak boleh buat hujjah. Lalu kita katakan bahawa imam syafei berijtihad kerana ijtihad kalau betul 2 pahala kalau salah satu pahala.

    kita bukanlah nak menghina Imam syafei malah banyak mengambil pendapat darinya. Berlainan pendapat bukanlah bermaksud menghina. Kalau macam tu org ikut syafei menghina ulama lain macam Ahmad, Abu Hanifah dll. Padahal ramai sekalian ulama lain menyokong untuk tidak berqunut malah ade sahabat yg mengatakan bid'ah... ada pula ulama mengatakan mansukh...

    saya rasa lebih baik ustaz letakkan perbincangan daripada semua mazhab.... biar pembaca sendiri menilai yang mana dia nak ikut.
    cuba luaskan ilmu kepada masyarakat .... takkanlah PhD pun taraf ilmunya masih macam ustaz kampung.... mestilah tahu semua perbincangan dan perbahasannya

    ReplyDelete
  19. nick Hi.. sebenarnya anda nak buat ape ? nak bior orang awam memilih pendapat sendiri ? sedangkan perbezaan dan perbahasan dalil pun orang awam masih terkapai-kapai dan tidak faham langsung. Itu belum masuk bab bahasa Arab lagik...

    Ramai sekelian ulamak tuh anda dapat dari mana fakta tersebut ?

    Ulama boleh tersilap ? Pernyataan dari siapa ulama tersilap ? Adakah ulama yang anda ikut tidak tersilap ?

    Nih nak mengajar orang ambik pendapat mana suka dengan kejahilan ke ape nick Hi ? - nanti keluar pulak hujjah (mana tahulah kan) jangan taqlid buta lah..

    ReplyDelete
  20. Tulisan anda :

    Kajian hadis menunjukkan semua hadis qunut adalah lemah dan tidak boleh buat hujjah.

    ---------

    Benarkah pernyataan anda ini ? Atau sebenarnya diri anda yang lemah kerana lemahnya dalam hadith yang diperbahaskan oleh ulamak mujtahid dan muhaddith ?

    Hukum membaca doa qunut adalah sunah :


    Hukumnya adalah sunat


    Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza'ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu'. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

    Dalil :

    Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

    Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat."

    Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

    Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai." Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

    Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

    p/s; Cukup lah ini dahulu. Yang penting jika nak baca doa qunut hukumnya sunat. Dapat pahala. Taknak baca takpa.

    Yang memang jahil dalam hadith - eloklah belajar lagi. Ilmu masih cetek lagi dah kata semua hadith mengenai doa qunut adalah lemah. Na'uzubillah. Hi - Saya nak tanya dan anda tolong jawab -

    1. Sudah berapa ratus ribu hadith anda hafaz ?

    2. Sudahkah anda dapat membezakan mana hadith yang am dan khas

    3. Adakah anda ini mahir dalam BAHASA ARAB ?

    4. Adakah anda ini mahir dalam asbabun wurud ?

    5. Apakah anda ini mencapai taraf mujtahid. - atau orng salaf yang anda sebut itu sudah mencapai taraf mujtahid juga ?

    Itu sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Tambah sikit lagi :

    dlm kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

    "Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi'in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."


    Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
    berkata,maksudnya:


    "Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai"



    Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
    Al-Mahalli, maksudnya:

    "Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya"

    p/s : jangan angkuh dengan alasan kata ulamak pun tersilap - yang berkata tuh tak buat silap ? Atau ilmu dah menyamai Imam Syafie dan imam mujtahid yang lain ? Kalau tidak... eloklah ukur baju di badan sendiri. Jangan pandai sahaja guna kalam ulamak untuk kepentingan golongan sendiri (bagi yang anti sangat dengan doa qunut), satu masa kalam Imam mujtahid ini digunakan, satu masa yang lain dikatanya imam ini tersilap...

    Saya nak tahu jugak.. dari wahyukah menyebutkan Imam Syafie tersilap - dan org salafi yang diikut itu PASTI BENAR ? Jika sekadar ia adalah ijtihad ini bermakna pahala tetap dapat walau silap dengan ilmu yang mereka ada. Tak sama tu dengan si jahil yang tiada ilmu dan kemudian berani mengeluarkan fatawa sendiri.

    ReplyDelete
  22. Jazakumullah khairan jazak ustaz zul kerna menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan yang merasa pandangan mereka sahaja yang benar..inilah yang dikatakan taassub bil ra'yi..

    Mereka duk kata kita taassub rupanya merekalah golongan tersebut..

    ReplyDelete
  23. apa benda la encik peng tu buat kerepek kt blog dia.heheee..
    nta pape jer..
    ignore je ustaz klau dia x fhm2 jgk.
    ustaz dah tegr cara baik.
    ana sokong ustaz! kami semua sokong ustaz!
    selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. slm ukhwah islamiah..

    buat akhi al-amin,tahniah!
    BUAT PENG,kenapa tulis begitu?xpatut sorg yg beragama islam menulis blog bagi menambahkan lg kekeliruan umat islam skang..

    cukup2 la dgn dakyah psl bidaah 2..
    pening n serabut kepala bile bace penulisan peng..APE YG PALING ANA TAKUT, AKHI PENG TERGOLONG DLM GOLONGAN YG BAKAL MENYESATKAN UMAT ISLAM secara HALUS..BUKANKAH ITU PATUT DIHINDARKAN SAMA SEKALI DLM ISLAM?

    ape yg penting?
    "NAWAITU"
    iaitu utk mengukuhkan lg akidah umat islam didlm menafsir kekhilafan yg timbul..
    it's normal la kalo khilaf 2,kite bukan Tuhan..hnya manusia biasa yg menjadi hambaNYA di muka bumi..nobody perfect rite?
    ape yg penting,kite same2 cari jln yg terbaik utk mengelakkan kekhilafan yg timbul..BUKAN menimbulkan lgi kekusutan yg ade..
    xde untung se sen klu dakyah peng boleh menambahkan dosa serta kekeliruan umat islam..

    so, akhi peng xyahla paksa2 org dgr kate akhi..klu betul xpe,tp klu slh..ape akhi nk jwb kat AKHIRAT nati?

    yg plg ana musykil,NAPE AKHI PENG BERIA-RIA XNK BACE QUNUT?
    bukankah qunut 2 sunat?
    klu akhi buat, dpt phala..(2 yg patut kite cari)
    klu xbuat, xpe..(nothing..rugilaa)
    so xnyusahkan sape2 kan?

    tp ana betul2 risau bace penulisan akhi peng yg semakin mengkhilafkan umat islam di msia..nauzubillahiminzalik..

    juz 4 reminder..think about it's peng:)

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah..

    ana tertarik dengan percambahan ilmu anak-anak muda pada zaman sekarang..

    semua hebat2..mampu menulis dan mampu berhujjah...

    mungkin kehadiran gelombang tajdid salafi ni, ada baiknya...ramai anak-anak muda mula mencari, mengkaji dan memahami isu-isu agama...

    Walaubagaimanapun,
    ana suka ambil jalan tengah...sbg menghormati kedua2 fikrah...

    Selagi mana ada dalil dan hujjah (yang masing2 rasa itu yang terkuat/terbukti), maka peganglah..

    Cume, jgn ada sikap menyalahkan orang dan menuduh orang...

    Contohilah dan teladanilah ulama'-ulama' silam yang berselisih pendapat tetapi sentiasa menghormati pandangan antara satu sama lain..

    Teruskanlah mengkaji, berhujjah...Insya Allah..cahaya kebenaran sentiasa jelas !!

    Dalam masa yg sama elakkan pergaduhan dan perpecahan (saling mengutuk dan menghambur fitnah/menggelarkan dengan pelbagai gelaran)
    Semua itu bukan dari Nabi SAW !!

    Bayangkan jika Nabi SAW masih hidup..betapa sedihnya baginda SAW dengan keadaan ummatnya sekarang..

    Ikhlaskan hati dalam penghujjahan dan pengkajian...Tenangkan hati dan buka minda..

    ReplyDelete
  27. SAYA SETUJU DENGAN AHMAD ZAKI AMIRUDDIN...PERBEZAAN PENDAPAT ADALAH RAHMAT

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbrth,

    Ya Ikhwan Fillah,

    Sebagai penguat pada kebenaran yg sudah jelas.

    Hatta Hadis Nabi S.A.W mengkhabarkan mengenainya:

    KERTAS KERTA SIAPAKAH AHLI SUNNAH YANG SEBENAR (PENDEDAHAN HAKIKAT WAHABIAH DAN HIZBU TAHRIR),
    DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM HJ MUHAMMAD ALWI (TEL:0199181278, EMAIL: fa_him@hotmail.com)
    DI DEWAN MASJID UIAM GOMBAK DALAM SEMINAR PEMANTAPAN UMMAH 2009 SABTU.
    PETIKAN DARI BLOG:
    (khazanah-salafiyyah.blogspot.com)

    golongan-golongan sesat yang menjadikan lambang para pengikutnya membotakkan kepala
    sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:
    Syed Abdu Rahman al Ahdal Mufti Zabid berkata: tidak ada sebab mengapa para penulis dan
    pengarang buku menolak fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab berdasarkan sabda
    Rasulullah:
    Iُ JLِNْ POQ ْ ا S هُUWَ JX ِ
    Maksud:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Ini kerana Muahmmad bin Abdul Wahhab turut memerintah para wanita pengikutnya mencukur
    rambut mereka. Pada satu ketika berlaku ke atas seorang wanita yang mengikut dia secara
    paksa dan membaharui Islamnya dan dia(Muhammad) menyuruh wanita berkenaan mencukur
    rambutnya. Wanita itu berkata kepadanya: Kamu menyuruh orang lelaki mencukur rambut
    mereka!. Apakah boleh awak menyuruh mereka mencukur janggut? Kamu menyuruh wanita
    mencukur rambutnya sedangakan rambut wanita sama taraf dengan janggut lelaki.
    Muhammad bin Abdul wahhab terdiam dan tidak dapat menjawab. Tindakan Muhammad Bin
    Abdul Wahab membuat demikian adalah bagi menepati kebenaran hadis rasulullah tentang para
    pengikutnya, lantas membuktikan kebenaran sabda Rasulullah, maksudnya: Tanda mereka ialah
    mencukur rambut mereka kerana yang lebih utama sekali ialah mencukur rambut.

    ReplyDelete
  29. Maaf ini dia yg lengkap(tergopoh copy paste) sila rujuk pada ambilan dan rujukan:

    01- HADIS-HADIS YANG DIKAITKAN DENGAN FITNAH WAHHABIAH
    Telah berkata salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berketurunan
    Nabi(ahli Bait) iaitu Sayyid Imam Ahmad bin Zaini Dahlan (rahimahullah)13 :
    Sesungguhnya Nabi Muhammad telah memberitahu bahawa ada banyak perkara yang
    berkaitan dengan golongan al Khawarij melalui banyak hadis, dan hadis tersebut adalah
    daripada tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad. Sesungguhnya segala hadis itu adalah
    sebahagaian pemberitahuan perkara-perkara yang ghaib dan semua hadis itu juga adalah
    sahih. Sebahagian riwayat dari Imam al Bukhari, Imam Muslim manakala bakinya adalah
    riwayat Imam-Imam yang lainnya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Nabi
    Muhammad:
    Akan terdapat segolongan manusia dari sebelah timur dan mereka membaca al Quran tetapi
    tidak menghalang kepada mereka keluar daripada agama, sebagaimana keluar anak panah dari
    busarnya dan mereka tidak akan kembali, sehingga anak panah itu kembali ke busar. Tanda
    mereka ialah membotakan kepala14 sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Beliau berkata lagi:
    Dalam hadis lain Rasulullah telah berdoa: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman
    kami, lalu para sahabta berkata doakanlah untuk negara Najad kami, lalu baginda pun berdoa
    lagi Ya Allah berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, sehingga tiga kali, kemudian
    baginda berkata di sana nanti (Najad) akan tercetusnya fitnah dan tanduk Syaitan
    Beliau (Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:
    Para ulamak menafsirkan sabda rasulullah:
    Iُ JLِNْ POQ ْ ا S هُUWَ JX ِ
    Maksudnya:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Golongan yang akan keluar dari timur yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab pada
    segala sesuatu perkara bid’ah yang diada-adakan olehnya kerana mereka menyuruh sesiapa
    yang mengikut akan mereka mestilah mencukur kepalanya dan mereka tidak membiarkan dia
    berpisah dari majlis sehingga berbuat demikan. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada
    12 Lihat karangan beliau: Rislah Fi Butlan Dakwa Awwaliah al Nur al Muhammadi,m/s:16. Cetakan al Masyarek
    Beirut.
    13 Kitabnya yang masyhur al Duraru al Sunniyyah Fi al Rad alal Wahhbaiah/ m/s:53-54, cetakan Mustafa al halabi,
    Mesir.
    14 Pengikut Wahhabi ketika masuk ke kota Makkah untuk menawannya, semua bala tenterannya berkepala botak.
    KERTAS KERTA SIAPAKAH AHLI SUNNAH YANG SEBENAR (PENDEDAHAN HAKIKAT WAHABIAH DAN HIZBU TAHRIR),
    DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM HJ MUHAMMAD ALWI (TEL:0199181278, EMAIL: fa_him@hotmail.com)
    DI DEWAN MASJID UIAM GOMBAK DALAM SEMINAR PEMANTAPAN UMMAH 7/372009 SABTU.
    PETIKAN DARI BLOG:
    (khazanah-salafiyyah.blogspot.com)
    8
    golongan-golongan sesat yang menjadikan lambang para pengikutnya membotakkan kepala
    sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:
    Syed Abdu Rahman al Ahdal Mufti Zabid berkata: tidak ada sebab mengapa para penulis dan
    pengarang buku menolak fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab berdasarkan sabda
    Rasulullah:
    Iُ JLِNْ POQ ْ ا S هُUWَ JX ِ
    Maksud:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Ini kerana Muahmmad bin Abdul Wahhab turut memerintah para wanita pengikutnya mencukur
    rambut mereka. Pada satu ketika berlaku ke atas seorang wanita yang mengikut dia secara
    paksa dan membaharui Islamnya dan dia(Muhammad) menyuruh wanita berkenaan mencukur
    rambutnya. Wanita itu berkata kepadanya: Kamu menyuruh orang lelaki mencukur rambut
    mereka!. Apakah boleh awak menyuruh mereka mencukur janggut? Kamu menyuruh wanita
    mencukur rambutnya sedangakan rambut wanita sama taraf dengan janggut lelaki.
    Muhammad bin Abdul wahhab terdiam dan tidak dapat menjawab. Tindakan Muhammad Bin
    Abdul Wahab membuat demikian adalah bagi menepati kebenaran hadis rasulullah tentang para
    pengikutnya, lantas membuktikan kebenaran sabda Rasulullah, maksudnya: Tanda mereka ialah
    mencukur rambut mereka kerana yang lebih utama sekali ialah mencukur rambut.

    ReplyDelete
  30. Nabi(ahli Bait) iaitu Sayyid Imam Ahmad bin Zaini Dahlan (rahimahullah)13 :
    Sesungguhnya Nabi Muhammad telah memberitahu bahawa ada banyak perkara yang
    berkaitan dengan golongan al Khawarij melalui banyak hadis, dan hadis tersebut adalah
    daripada tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad. Sesungguhnya segala hadis itu adalah
    sebahagaian pemberitahuan perkara-perkara yang ghaib dan semua hadis itu juga adalah
    sahih. Sebahagian riwayat dari Imam al Bukhari, Imam Muslim manakala bakinya adalah
    riwayat Imam-Imam yang lainnya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Nabi
    Muhammad:
    Akan terdapat segolongan manusia dari sebelah timur dan mereka membaca al Quran tetapi
    tidak menghalang kepada mereka keluar daripada agama, sebagaimana keluar anak panah dari
    busarnya dan mereka tidak akan kembali, sehingga anak panah itu kembali ke busar. Tanda
    mereka ialah membotakan kepala14 sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Beliau berkata lagi:
    Dalam hadis lain Rasulullah telah berdoa: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman
    kami, lalu para sahabta berkata doakanlah untuk negara Najad kami, lalu baginda pun berdoa
    lagi Ya Allah berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, sehingga tiga kali, kemudian
    baginda berkata di sana nanti (Najad) akan tercetusnya fitnah dan tanduk Syaitan
    Beliau (Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:
    Para ulamak menafsirkan sabda rasulullah:
    Iُ JLِNْ POQ ْ ا S هُUWَ JX ِ
    Maksudnya:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Golongan yang akan keluar dari timur yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab pada
    segala sesuatu perkara bid’ah yang diada-adakan olehnya kerana mereka menyuruh sesiapa
    yang mengikut akan mereka mestilah mencukur kepalanya dan mereka tidak membiarkan dia
    berpisah dari majlis sehingga berbuat demikan. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada
    12 Lihat karangan beliau: Rislah Fi Butlan Dakwa Awwaliah al Nur al Muhammadi,m/s:16. Cetakan al Masyarek
    Beirut.
    13 Kitabnya yang masyhur al Duraru al Sunniyyah Fi al Rad alal Wahhbaiah/ m/s:53-54, cetakan Mustafa al halabi,
    Mesir.
    14 Pengikut Wahhabi ketika masuk ke kota Makkah untuk menawannya, semua bala tenterannya berkepala botak.
    KERTAS KERTA SIAPAKAH AHLI SUNNAH YANG SEBENAR (PENDEDAHAN HAKIKAT WAHABIAH DAN HIZBU TAHRIR),
    DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM HJ MUHAMMAD ALWI (TEL:0199181278, EMAIL: fa_him@hotmail.com)
    DI DEWAN MASJID UIAM GOMBAK DALAM SEMINAR PEMANTAPAN UMMAH 7/372009 SABTU.
    PETIKAN DARI BLOG:
    (khazanah-salafiyyah.blogspot.com)
    8
    golongan-golongan sesat yang menjadikan lambang para pengikutnya membotakkan kepala
    sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:
    Syed Abdu Rahman al Ahdal Mufti Zabid berkata: tidak ada sebab mengapa para penulis dan
    pengarang buku menolak fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab berdasarkan sabda
    Rasulullah:
    Iُ JLِNْ POQ ْ ا S هُUWَ JX ِ
    Maksud:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.
    Ini kerana Muahmmad bin Abdul Wahhab turut memerintah para wanita pengikutnya mencukur
    rambut mereka. Pada satu ketika berlaku ke atas seorang wanita yang mengikut dia secara
    paksa dan membaharui Islamnya dan dia(Muhammad) menyuruh wanita berkenaan mencukur
    rambutnya. Wanita itu berkata kepadanya: Kamu menyuruh orang lelaki mencukur rambut
    mereka!. Apakah boleh awak menyuruh mereka mencukur janggut? Kamu menyuruh wanita
    mencukur rambutnya sedangakan rambut wanita sama taraf dengan janggut lelaki.
    Muhammad bin Abdul wahhab terdiam dan tidak dapat menjawab. Tindakan Muhammad Bin
    Abdul Wahab membuat demikian adalah bagi menepati kebenaran hadis rasulullah tentang para
    pengikutnya, lantas membuktikan kebenaran sabda Rasulullah, maksudnya: Tanda mereka ialah
    mencukur rambut mereka kerana yang lebih utama sekali ialah mencukur rambut.

    ReplyDelete
  31. Salam...
    heran... tetiba jer doa qunut, sepatutnya dinyatakan dulu tentang qunut itu kemudian barulah boleh didoakan. Kalo tak silap lebih kurang 50 tahun dulu orang tua-tua dulu kata ada 7 patah perkataan qunut bermula dengan "(1)Assalamun" dan disudahi dengan "(7)Masjidilhaq" kemudian baru baca doa qunut. Ontahla... saya pun tak ingat lagi

    ReplyDelete
  32. الحمدلله, ilmu yang sangat bermanfaat untuk semua..syukran sebab kongsi ilmu sama2..

    ReplyDelete
  33. budak hingusan baru belajar...
    as salam

    Qunut tu sunnat, bid'ah atau wajib

    sebab ada hadis kata sunnat berpandukan hadis2, ada jugak yang kata bid'ah pun dari hadis2...


    -> Dari Abu Malik al-AsyjaI, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
    Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bidah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
    -> . Di dalam satu riwayat al-NasaI, katanya (ayah Abu Malik):
    Aku bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., baginda tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Abu Bakar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Umar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyan di belakang Ali, dia tidak berqunut. Kemudian dia berkata: Wahai anakku, ia adalah bidah.
    --> Daripada Ibnu Masud, katanya:
    Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim).
    -------------------------------------------------------------

    -> Ibnul Qaiyim menguatkan hadis Anas dengan hadis Abu Hurairah r.a. yang berkata: "Demi Allah, aku adalah orang yang paling menyerupai sembahyang Rasulullah di kalangan kamu.". Dan, Abu Hurairah berqunut pada rakaat akhir pada sembahyang subuh selepas mengucapkan `samiallahu liman hamidah.., lalu dia berdoa untuk orang mukmin dan melaknat orang kafir. Dan, Abu Hurairah pula menyukai qunut seperti ini sebagai sunah, dan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya

    -> Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut sebulan lamanya, kemudian baginda meninggalkannya (tidak berqunut lagi). (HR Ahmad).

    -> hadis riwayat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah berqunut selama sebulan, mendoakan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di telaga Maunah, kemudian baginda meninggalkannya. Adapun di dalam sembahyang subuh, baginda terus berqunut sehinggalah wafat. (HR al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim - sahih)

    -> Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)

    -> Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-NasaI, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)
    ---------------------------------------------------------------

    -> Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia

    ------------------------------
    --->> sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah. Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik.

    kesimpulanyaa????? .............

    ikhlas
    "mencri 1 golongan dari 73 golongan umat islam"

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah.... Perkara yg mudah ini harap dpt semua Muslim di negara kita faham dgn baik... Apakah mereka tahu,yg permasalahan ada yg lebih besar... contohnya mengajak Syia membuang kebencian dan mengenal perbuatan bidaah sesat...walaupun kita mungkin dikatakan bidaah hasanah oleh sesetengah mereka.dan mereka juga menganggap diri mereka melalukan bidaah hasanah.. dan lagi...amat sulit dimeja Ahli kitab,kesulitan yg seperti tiada harapan.seperti kita dan syiah.Heran kenapa mereka blh bersolah dgn batu karbala,mencederakan diri di hari Asyura..lebih berat disana...
    Tetapi disini... yg mudah pun sukar nk difahami oleh sesetengah org kita.... Subhanallah....
    kepada saudara penulis... Teruskan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa