Skip to main content

Berhijrah dari WINDOWS kepada LINUX.


Selama seminggu aku cuba meng"explore" UBUNTU. Belajar macamana cara nak install software. Macamana nak tukar tulisan arab dan macam-macam lagi ilmu yang aku pelajari.Suatu hari, kat kb mall diadakan PC fair. seminggu lepas la lebih kurang. so aku pergila. saje nak survey-survey. tengok-tengok kalau ada something new yang aku tak tahu. Al-Maklumla hampir setahun berada di Mesir. Jadi aku tidak dapat mengikuti perkembangan teknologi di Malaysia.

Sampai di satu booth,aku tertarik dengan satu mini laptop yang menggunakan LINUX OS. So, aku memulakan sesi temuramah tanpa segan silu dengan tuan punya booth tu. Akhirnya aku dapat sedikit maklumat tentang LINUX tapi itu tak cukup detail bagi aku yang tidak pernah mengenali apa itu LINUX.

Pada malam tu, aku cuba ke kedai komputer untuk mencari Cd or DVD untuk memulakan sesi ujikaji ke atas laptop aku sebab aku sudah bosan mengguna windows yang memerlukan aku format laptop sekali seminggu. Hang la, Virus la. Vista lagi la. Harap gadget je lawa. Nanti aku post kelebihan LINUX than WINDOWS. Malangnya aku tidak dapat membeli Cd tersebut bukan kerana ketiadaan duit tetapi kerana tidak ada kedai yang menjualnya. Usaha masih lagi diteruskan tanpa rasa putus asa dan akhirnya aku jumpa satu kedai yang agak besar di kb mall yang jual Cd and DVD pirate. Dalam mencari-cari, akhirnya aku terjumpa satu cd dan satu DVD. Linux RedHat. Maka aku meringankan mulut untuk bertanya dengan tokei kedai tu. Mula-mula aku tanya pekerja dia. "Dia cakap saya tak tahu pasal LINUX. Tanya bos saya". Aku pun bergegas ke meja bos dia dan dengan spontan aku bertanya. Encik tahu tak pasal LINUX?? "Ooo,,saya tak tahu". Jawab tokei dia. Dengan slamber badak dia cakap tak tahu. Baik tak payah bukak kedai kalau tak tahu. Orang berniaga kita berniaga. Hati aku merintih.huhuhu..

Kemudian aku ke satu kedai yang lain untuk bertanya kalau-kalau ada yang dapat membantu aku untuk menjelaskan tentang LINUX. Akhirnya aku jumpa satu mamat yang memang study dalam bidang IT yang jadi salesman kat situ. Dia pun explain kat aku walaupun dia akui yang dia tidak pernah guna tetapi dia pernah belajar. Dia ingat-ingat lupa. Dari explanation dia aku dapat banyak information mengenai linux. Thanx bro..

Kemudian aku pun balik dan cuba bertanya encik google. Akhirnya aku jumpa banyak web dan forum yang membincangkan pasal ni. Rupanya telah ramai user kat Malaysia dan Dunia umumnya telah berhijrah kepada LINUX sebagai operating system PC atau laptop mereka. Satu kelebihan LINUX, ia lebih laju dan pantas untuk menggunakan internet. Cubala kalau nak tahu.

After that, bermulalah proses pen"download"an dengan kelajuan streamyx 512mb dengan menggunakan torrent. Selama 3 hari aku menunggu untuk siap. LINUX pertama yang aku download dan cuba ialah KUBUNTU 8.10. Kemudia aku cuba UBUNTU then FEDORA and then MANDRIVA tetapi aku merasakan UBUNTU lebih serasi dengan jiwa aku. Akhirnya aku memilih untuk menggunakan UBUNTU MUSLIM EDITION 8.04 selepas diconvert dari UBUNTU 8.04.

Memandangkan banyak forum yang membincangkan tentang UBUNTU, ini memudahkan aku untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan yang timbul sebagai newbie macam aku. Mengikut pengamatan aku LINUX yang paling ramai peminat di seluruh dunia ialah UBUNTU. Tapi yang lain pun best gak.. Kena try semua ler baru tahu mana yang sesuai dengan taste kita.

Jom tinggalkan windows pirate berhijrahlah kepada LINUX.

Comments

  1. salam ustaz..leh lah ana nak blaja tentang linux ni k..

    ReplyDelete
  2. wslm boleh je..banyak forum yg bincangkan pasal ni..tutorial pun banyak..kalau nak tanya ana pun boleh..apa yg ana tahu ana bagitau..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep f...