Skip to main content

Pelik Tapi Benar atau Benar-Benar Pelik??

Pengharaman buku pelik tapi benar oleh KDN adalah suatu tindakan yang wajar dalam menghalang golongan-golongan yang terlebih pandai (ayat Mufti Perak) dalam melamapui ulama'-ulama' untuk memahami nas-nas hadis dan al-Quran.

Maka timbul persoalan buku ini pelik atau benar? Atau benar-benar pelik sehingga diHARAMkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Kita jarang melihat atau terdengar tentang pengharaman buku-buku agama yang bersepah di dalam pasaran negara kita. Jadi pengharaman ini sudah tentu kerana buku “pelik tapi benar” “benar-benar pelik” menurut ajaran Islam yang sebenar.

Syabas buat pihak yang terlibat dalam pengharaman buku ini. Semoga ini menjadi titik tolak dalam menolak fahaman wahabi atau anti-mazhab atau kaum muda atau golongan yg terlebih pandai yang tidak habis-habis mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam kita di Malaysia.


Ana sempat bertanya pak cik google untuk melihat respon masyarakat kita dalam isu ini. Ada pro dan kontra. Ada yang menuduh wujud dalang di sebalik pengharaman ini. Kenapa diharamkan sedangkan digunakan dalil dari hadis-hadis yang sahih? Ada yang menuduh masyarakat kita jumud dan pelbagai tohmahan yang dapat kita lihat. Diharap mereka yang terlebih pandai ini bersabar dan membuat penilaian dengan mata hati. Tak kan saja-saja nak diHARAMkan kalau tidak benar-benar haram..


Ulasan :


Persoalan buku pelik tapi benar yang menggunakan hadis tidak menjadi persoalan pokok kerana buku ini adalah buku agama. Buku agama tak guna al-Quran dan al-Hadis kita tak panggil buku agama. Kita reject awal-awal lagi. Tapi yang menjadi masalah dan kekeliruan sekarang ialah buku ini buku agama. Bagi masyarakat awam yang kurang memahami asas-asas fiqhiyyah yang sebenar sudah tentu akan terkeliru atas nama buku agama. Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah betul dan bertepatan pemahaman kita terhadap hadis sebagaiman yang di”murad”kan dan dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.


Kalau tak sama tidakkah kita dianggap berdusta dengan nama Nabi SAW???Kita selalu mendengar golongan yang selalu membaca hadis ini untuk menghentam orang yang tidak sebulu dengan fahaman mereka :



من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

“Sesiapa yang berdusta atas aku secara sengaja maka dia menempah neraka”.

Tetapi mereka tidak sedar mensyarah hadis dan memahami hadis padahal tidak bertepatan dengan apa yang Nabi SAW maksudkan dan muradkan adalah berbohong dengan Nabi SAW. Nabi tak maksudkan macam apa yang dia faham. Tapi dia kata Nabi cakap macam ni.Tidakkah dia dikira berbohong dengan nama Nabi SAW???


Kesimpulan :


Ayuh kembalilah kepada ulama'-ulama' mujtahid yang benar-benar tulen (Mu3tabar). Jangan terpedaya dengan slogan kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sedangkan mereka menyeleweng dari pemahaman al-Quran dan al-Hadis yang sebenar.. Kembalilah kepada firman Allah ;



فاسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

“Maka bertanyalah kepada ahlal zikr (ulama3 yang berauthority dalam satu-satu bidang) jika kamu tidak mengetahui”



Kalu kita sakit, kita tak memandai untuk makan ubat sebelum bertanyakan doktor apatah lagi dengan urusan agama. Padahal urusan agama lebih besar dari yang demikian itu. Tidak takutkah kita keracunan dalam agama kerana keengganan dan keangkuhan kita dari mengikut pedoman dan nasihat ulama'-ulama' kita sedangkan pada masa yang sama kita takut untuk mengingkari arahan doktor. Bahkan jika doktor sahkan kita hanya hidup seminggu sahaja lagi pun kita percaya. Inilah perbandingan kita dengan ulama'-ulama' yang sudah diakui ke“mu3tabaran” mereka seperti imamuna as-Syafie, imamuna al-Ghazali, Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Imam Nawawi, Syeikh Izuddin Abdissalam Rahimahumullah. Merekalah doktor-doktor kita dalam masalah agama. Petiklah kalam mereka, pelajarilah pedoman mereka, ikutilah nasihat mereka kelak kamu akan selamat dari keracunan ubat..

Comments

  1. assalamualaikum ustaz...syukran atas info. Memang buku ni bisa mengundang kekeliruan lagi-lagi bagi mereka yang tidak berapa arif dalam ilmu ini kerana tidak belajar secara formal.

    Berkenaan buku ini juga pernah ditanya oleh adik2 sewaktu sesi usrah. Entri ini amat membantu. Jazakallahu khairan jazak

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    syukron atas ulasan ini dan isu yng diketengahkan. bermanfaat buat ana dan yang lainnya.

    Banyak sebenarnya buku2 agama yg mengelirukan. Kadang2, informasi yg diberikan oleh sesuatu buku tidak salah atau menyalahi Islam, cuma cara huraiannya dan penjelasan yang membuatkan orang semakin keliru. Orang mendapatkan buku untuk menambah ilmu tapi yang jadinya menambah keliru.

    sebab tu, kita dituntut belajar berguru, elak keliru..bukan sekadar berbuku...

    salam singgah ke blog ana yg tidak seberapa ini.

    wassalam. syukron sekali lagi dan terus menyampaikan sesuatu untuk manfaat bersama

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum....
    leh x citerkan skit pasal kandungn buku pelik tapi benar nie....
    harap x menyusahkan....
    tq

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam..

    To cik anonymous,

    Ana rasa baik awak baca dulu pastu bagi pandangan awak kemudian saya kan ulas..kalau boleh bgtahu la nama..senang skit sy nak berbahasa..

    Pandangan saya telah dinyatakan di atas secara umum apa yg terkandung di dalam buku tu.. bila kita radd tidak semestinya kita tolak semua..kalau awak ckp ada yg betul..ya kita tak nafikan tapi kita xleh nafikan juga yg tdk bertepatan dgn mazhab kita dan pandangan jumhur ulama'..

    ReplyDelete
  5. Knp nak cari yang pelik2??yg xpelik pun byk lagi tak belajar..

    ReplyDelete
  6. Mungkin elok juga masyarakat kita didedahkan dengan perkara-perkara pelik. Ia akan mentrigger otak dan pemikiran mereka supaya tidak hanya taqlid buta. Sekurang-kurangnya, mereka akan pergi bertanya kepada para asatizah yang mereka thiqah dengannya.

    Saya tetap mengatakan; "Mari kita mengubah masyarakat kita, dari taqlid kepada kefahaman dalam beramal"

    ReplyDelete
  7. Bukankah Nabi mengajar kita supaya mengikut uqul manusia.pelik kalau betul takpe ini masalahnya bercanggah dengan mazhab yang empat.Selagi kita belajar dan ada guru kita tidak akan tidak dapat mengelak daripada bertaqlid dgn guru kita.Macam enta belajar dengan guru enta sudah tentu enta akan taqlid dengan pendapat dia.sama juga kan??

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum,

    Yang haram bertaqlid dalam perkara feqh adalah mereka yang sudah mencapai taraf mujtahid sahaja.

    Syarat-syarat/Kelayakan Seorang Mujtahid :

    Seseorang ahli ijtihad dan mujtahid mestilah mempunyai syarat berikut :

    1. Islam dan bersikap adil

    2. Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

    3. Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

    4. Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.

    5. Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat, kemaslahatan masyarakat serta uruf.

    6. Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna. Hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum.

    7. Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan hadith.

    8. Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbath hukum

    9. Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu untuk membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.

    10. Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.

    11. Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya.

    12. Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.

    13. Mengetahui tentang sebab nuzul ayat serta sebab datang hadith atau asbab Wurud Hadith serta syarat hadith Mutawattir dan Ahad.

    Sumber rujukan :

    Pengantar Usul Fiqh - Ustaz Abd Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam.

    Tambahan dari Ustaz Rashidi :

    Berkata al-Allamah Syeikh Muhammad al-Khazraji di dalam kitabnya al-Qaul al-Badi Fi ad-Radd Ala al-Qailin Bi al-Tabdi mengenai syarat-syarat seorang mujtahid:

    01. Mengetahui asal-usul perkataan-perkataan Arab dan yang berkongsi makna dengan perkataan-perkataan Arab yang lain.

    02. Mengetahui makna-makna huruf-huruf al-Jar.

    03. Mengetahui makna-makna huruf-huruf istifham dan nama-namnya serta huruf-huruf al-Syarat.

    04. Hendaklah seorang yang alim dengan kitab Allah Taala dan sebab-sebab turunnya (asbab al-nuzul) ayat-ayat, nasikh mansukh, al-muhkam dan al-mutasyabih yang umum, khas, mutlak, muqayyat, isi kandungan kitab, kitab al-taklif (kewajipan), kitab berasaskan suasana, mafhum al-muwafaqah dan mafhum al-mukhalafah.

    05. Juga seorang yang alim mengenai Sunnah Nabi S.A.W. iaitu menguasai ilmu al-riwayat dan al-dirayah, mampu melihat maslahah-maslahah am, istihsan, ististab al-asal, manarik maslahah-maslahah dan menolak kerosakan.

    06. Alim dalam ijmak dan qiyas.


    Jika kita perhatikan dan meneliti syarat-syarat di atas maka ketahuilah oleh kita akan layakkah seseorang itu digelar mujtahid ataupun tidak. Ketahuilah oleh kita bahawa ulama-ulama muktabar dahulu (terutamanya imam-imam empat mazhab) mereka menguasai lebih dari ilmu-ilmu yang disebutkan di atas. Namun saya bercenderung mengatakan bahawa adalah amatlah susah ataupun tidak berupaya lagi masyarakat kini untuk mencapai tahap seorang mujtahid muktabar sepertimana imam-imam yang empat ini walaupun pintu ijtihat masih dibuka sehingga kini. Oleh kerana itulah maka janganlah kita bersangka salah kepada mana-mana ijtihat yang dikeluarkan oleh ulama-ulama muktabar kita. Sesungguhnya amatlah besar sumbangan mereka sehingga terbentuknya mazhab-mazhab muktabar hingga ke waktu ini.


    Jadi sekiranya tiada mencapai taraf mujtahid, tidak perlu sombong dengan mengatakan tidak mahu bertaqlid. Samada kita mengatakan taqlid buta (mengikut tanpa tahu dalil) bertanya, ataupun mengikut kepada ulamak yang mentarjih, tahkik - anda sebenarnya adalah seorang yang taqlid. Kerana tidak mampu mengadakan dalil.

    WaLlahua'lam

    ReplyDelete
  9. Di dalam buku di atas memang ada jenayah ilmu, iaitu menyalahgunakan kalam imam syafie. Saya juga ingin tahu ustaz abdulRahman Mohamed apakah tarafnya sehingga boleh menunjukkan cara solat dengan mendukung anak kecil, dimanakah dalilnya yang qot'ie atau apakah sandarannya dari al Quran dan Sunnah?

    ReplyDelete
  10. syukan di atas perkongsian akhi ibnunafis..kefahaman inilah kefahaman yg sebenar yg diajar oleh ulamak-ulamak kita..teruskan memberi komentar di blog ana..jazakkallahu khairan jazak..

    ReplyDelete
  11. Sangatlah menghairankan apabila para pelajar ilmu syariah (kebanyakan pelajar yang baru masuk dalam bidang ini) tergesa-gesa memberikan fatwa dalam pelbagai persoalan yang sangat pelik dan masalah yang sangat penting, mendahului para ulama besar, bahkan berani menentang para imam mazhab besar, para sahabat yang mulia, dengan menyombongkan diri lantas mengatakan, "Mereka orang lelaki, dan kami pun orang lelaki."

    Pertama-tama yang diperlukan oleh seseorang yang hendak memberikan fatwa ialah mengukur kemampuan dirinya sendiri, kemudian memahami berbagai tujuan syari'ah, memahami hakikat dan kenyataan hidup. Akan tetapi, sangat disayangkan bahawa mereka ini tertutup oleh penghalang yang sangat besar, iaitu ketertipuan dengan diri mereka sendiri. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah SWT.
    Sungguh mengecewakan !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa