Skip to main content

Pas Menang

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi. Image

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), ImageLadang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _


Ulasan;

Alhamdulillah dipanjat syukur pada Ilahi. Puja dan puji hanya untuk-Nya di atas kemenangan ini. Walaupun majoriti hanya 2,631 yang tidak terlalu besar memandangkan undi BN sebanyak 30,252. Ramai juga tuh yang mengundi BN. Namun pada saya ia amat besar sekali kerana PAS menang di kerusi yang dikosongkan oleh pemimpin BN. Syabas buat teman-teman seperjuangan yang menjayakan kempen pilihanraya untuk kemenangan yang penuh bermakna ini.

Kemenangan ini membuktikan rakyat Terengganu boleh berubah dan mampu untuk berubah. Tahun 1999 buktinya. Secara peribadi, sepanjang saya menetap di Terengganu selama tiga tahun semasa mengambil diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin KUSZA kemudian dinaiktaraf sebagai universiti penuh dengan nama Universiti Darul Iman Malaysia, saya mendapati rakyat Terengganu amat terkebelakang daripada sudut pembangunan dan ekonomi. Padahal negeri terengganu merupakan negeri yang mempunyai hasil minyak. Kemana hasilnya pergi??Jika bukan untuk rakyat Terengganu, untuk siapa lagi hasil buminya??

Selama tiga tahun saya hidup di Terengganu, saya tidak membeli sehelai pun baju di sana. Kenapa? Kerana harganya jauh lebih mahal berbanding di Kelantan. Sebelum MyDin besar dibuka, ASTAKA menjadi tumpu kami untuk shopping selain daripada MyDin lama yang kecik sehingga sesak ketika bermulanya sesi pengkuliahan. Sememangnya shopping di Terengganu amat tidak menyeronokkan. Tidak banyak pilihan yang saya dapat untuk mencari barang keperluan sebagai seorang pelajar.

Patutlah rakyat Terengganu sebahagiannya sanggup ke Kota Bharu untuk membeli barang kerana di sini jauh lebih murah dan mempunyai banyak pilihan. Saya pernah bertanya beberapa orang kawan saya, budak-budak Terengganu. "Bakper budok ganung dok beli KT. Aku tengok ghama hok turun KB? Jawab kawan-kawan saya. "KB barang muroh. Sedak shopping denung". Itulah jawapan mereka.

Sekembalinya saya daripada mesir bulan 6 tahun lepas sempena cuti pengkuliahan di sini, setelah meninggalkan bumi Kelantan selama 9 bulan, saya menyaksikan begitu banyak pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan. Jika tali ukurnya ialah bangunan tinggi dan shopping complex, maka saya katakan, Kelantan sudah maju. Walaupun pembangunan semakin rancak, nasik belauk di Pasar Siti Khadijah masih seperti dulu. Ayamnya masih besar dan menyelerakan. Kalau naik harga pun masih berbaloi dengan hidangan yang ditawarkan.

Mana perginya kata-kata Kelantan gerhana? Sudah tidak kedengaran lagi istilah sebegini untuk menggambarkan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang dihormati kawan dan lawan. Cina dan melayu boleh duduk semeja. Tidak ada pertumpahan darah yang berlaku. Kami hidup penuh harmonis. Apa rahsia kejayaan seorang pemimpin lulusan bidang agama ini?Rahsianya ialah keikhlasan dalam memperjuang dan menegakkan Islam sebagai Ad-Din. Ad-Din bukan sahaja melibatkan soal solat, puasa dan haji semata-mata tetapi Islam sebagai Ad-Din memandu umatnya untuk hidup di dunia dengan lebih baik. Inilah prinsip beliau.

Jika daripada sudut kemajuan pun PAS mampu setanding dengan BN bahkan mungkin lebih baik dengan tidak wujudnya ketirisan dan rasuah apalagi yang kita mahukan daripada sebuah parti Islam? Jika bercakap soal agama, sudah tentu UMNO jauh daripada persimpangan agama yang syumul dan PAS membuktikan Islam mampu memerintah dengan menjadikan dasar Islam sebagai tunjang. Semua bangsa boleh bersatu di bawah kepimpinan PAS jadi tidak mustahil suatu masa bila sampai waktunya PAS akan memerintah Malaysia. Takbir!!! Siiru Ala Barakatillah..

Comments

  1. alhamdulilah... syukur.. sy sgt2 bersyukur dgn kemenangan PAS, insyaALLAH kalau kita melakukan apa sahaja krn ALLAH, ALLAH pasti akan membantu .. tahniah pd wakil PAS

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..Islam pasti dijulang..al-Islam ya3lu wala yu3la 3alaih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…