Membaca berita ini di blog sahabat lama merangkap Sarjan Major, Saudara Haris Fadila semasa di Maahad Muhammadi mengingatkan kembali zaman persekolahan. Ana juga Sarjan Major tetapi ana bersara lebih awal kerana kesibukan menadah kitab memaksa ana untuk mengorbankan aktiviti kawad dan perkhemahan bersama kadet polis sekolah.
Sememangnya semenjak dari dulu, kadet polis Maahad Muhammadi merupakan platun yang disegani. Kami berjaya memenangi beberapa tahun berturut-turut peringkat negeri Kelantan dan juga mendapat kawad terbaik di peringkat kebangsaan. Namun kejayaan ini bukanlah datang bergolek. Latihan yang tidak mengenal erti siang dan malam yang dipimpin oleh senior yang berjawatan S.I dan S.M telah membuahkan natijah yang selayaknya.
Bergema tepukan daripada penonton masih ana rasa sampai sekarang apabila kami memulakan langkah pertama. Langkah pertama kami sememangnya dicemburui lawan kerana mempunyai kelainan di mana kami pacak beberapa saat sebelum memulakan hayunan kaki. Beberapa platun lain cuba meniru gaya ini yang telah memikat hati juri yang mengadili pertandingan terdiri daripada jurulatih kawad Polis Diraja Malaysia.
Terlalu banyak pengalaman yang ana dapat sepanjang bersama kadet polis sekolah yang meletakkan disiplin sebagai asas utama. Kadang-kadang kami terpaksa mengorbankan kelas untuk menyertai pertandingan yang diadakan pada hari persekolahan dan kadang-kadang menyebabkan ketidapuasan hati guru-guru. Namun dengan kejayaan yang dirangkul membuka mata guru-guru hasil pengorbanan yang kami lakukan tidak sia-sia.
Kerinduan kepada zaman itu amat dirasai. Alangkah indahnya jika masa boleh diputar namun yang berlalu tetap berlalu. Kesegakan memakai seragam ingin sekali dirasai. Kawad senjata yang menggunakan M-16 menjadikan ana terasa ingin kembali ke zaman itu walaupun sebentar. Pengalaman menembak dengan menggunakan M-16 juga merupakan sesuatu peluang yang sangat bermakna buat ana.
Sarjan Major Mohd Al-Amin Daud dalam kenangan.. Ana selongkar balik album lama ana. Ini je gambar-gambar kenangan yang ada.. Jom layan..
Kenangan semasa menjadi juruseru juruoayung Di-Raja sempena Hari Sultan Kelantan
Kenangan bersama. Kemanakah semuanya??
“Kenangan menembak dengan menggunakan peluru hidup di gunung Bachok”
“Kenangan Semasa di PGA Pengakalan Chepa semasa hari pertandingan kawad kaki”
“Kenangan Semasa Kawad senjata”
“Bersama kepimpinan kadet sekolah”
Muhammad Yusri Amin
Thu | Apr 30, 09 | 6:22:41 pm MYT
KOTA BHARU, 30 April (Hrkh) - Pelajar sekolah agama di Kelantan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mampu menguasai kegiatan di luar bilik darjah.
Mereka bergiat aktif terutamanya dalam pasukan berpakaian seragam. Dan baru-baru ini diadakan pertandingan kawad kaki akhir Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Agama Kelantan (MASSAK) 2009 di Dataran Stadium.
Pada pertandingan tersebut Pasukan Kadet Polis Maahad Muhammadi (Lelaki) muncul sebagai johan, tempat kedua pasukan Kadet Polis Maahad Rahmaniah Kuala Krai dan ketiga dimenangi pasukan Kadet Bomba Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah, Banggol Setol, Pasir Mas.
Tempat keempat pasukan kadet Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah, Geting, Tumpat, kelima pasukan Bulan Sabit Merah Maahad Muhammadi (Lelaki), keenam pasukan Kadet Remaja Sekolah Maahad Saniah, Pasir Puteh.
Ketujuh pasukan Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah dan kelapan pasukan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Hamidiah, Kadok.
Manakala ketua platun Pasukan Kadet Polis Maahad Muhammadi (Lelaki) diisytiharkan sebagai Ketua Platun Terbaik MASSAK 2009.
Penyampaian hadiah pertandingan itu disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.
Ketika berucap pada majlis tersebut katanya, pelajar sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) mampu menjadi benteng kepada kekuatan umat Islam.
"Adalah menjadi harapan agar mereka menjadi benteng bagi mempertahankan akidah umat Islam khususnya di Kelantan, katanya yang juga Adun Mengkebang.
Sumber : Harakahdaily
gerun tgk mkenya..huhu
ReplyDeletegambar zaman muda.hehehe..polis kan..mesti nampak ganas skit..hehehe..
ReplyDeleteRasanya ana kenal ustaz ni. Pg tak kem 2002 peringkat kontijen. Ana team Machang, sebelah team KB. respect la ngan Maahad. Ana takkan lupa kawad pacak Skuad Maahad dan skuad TIGER Kelantan. The best Kadet polis in Malaysia. Tabik Tuan. hehe
ReplyDeletekenal ke?ana pegang platun kota bharu..tp ana tak ingat tahun berapa..2002 dah kot di Tok Bali kalau tak silap ana..rindu rasanya nak kawad lagi..hehehe..
ReplyDeleteYe le kat tok bali., tak pe lah ustaz. Skam ni kita kawad kat pena tulis le ustaz. mungkin lebih banyak manfaat untuk semua. Moga Allah merahmati kita semua.
ReplyDeleteya betul tu..kawad dalam blog plk..ameen ya Rabb..
ReplyDelete