“Bersama ayahanda tercinta di pagi raya”
Ya Allah,
Pagi ini abah aku akan melakukan pembedahan,,
Sesunguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang tersirat di lubuk hati hambaMu ini,,
Aku insan yang hina, penuh noda dan dosa kepadaMu,
Aku malu untuk memohon kepadaMu di atas taqsir ketaatanku kepadaMu,
Tetapi kepada siapa lagi harus aku meminta dan mengadu?
Aku memohon dengan sepenuh hatiku,
dengan menyebut nama kekasihMu, Muhammad Bin Abdullah,
aku bertawassul dengan perantaraan Nabiyyina, wasayyidina Muhammad SAW,
aku bertawassul dengan seluruh silsilah thoriqah qadiriyyah wa naqsyabandiyyah,
dengan barakah Abah Anom, Ahmad Shohibulwafa Tajul Arifin,
Aku bertawassul dengan guru talqinku Dr Abdul Manam Muhammad,
Aku bertawassul dengan zikir jahri dan zikir khofi,
Aku bertawassul dengan kalimah toyyibah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH,
Aku bertawassul dengan seluruh namaMu yang menunjukkan kamalatMu,
Aku bertawassul dengan seluruh sahabat Radiallahu Anhum,
Aku bertawassul dengan sibti Nabiyyina Hassan dan Hussin,
Cucu Rasulullah yang sangat dikasihi baginda,,
Sehingga baginda disangka wafat oleh sahabat kerana sujud baginda yang panjang kerana cucu kesayangan baginda berada di atas belakang baginda yang mulia,,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,,
La Haula wala quwwata illa billah,,
Selamatkan Abahku dan berikan kesihatan kepada Abahku dengan barakah tawassulku..
Ameen Ya Rabbal Alamin..
salam...
ReplyDeleteabah ustaz melakukan pembedahan hari ini yer? sabar yer...banyakkan berdoa dan bertawakal...insyaAllah abah ustaz akan diselamatkan oleh Allah....banyakkan baca doa selamat yer..
Wslm..ya pagi ini..Ameen ya rabb..Syukran..
ReplyDeleteSebak meneliti doa tawasul ni...
ReplyDeleteInsyaAllah semuanya akan kher, Syafahallahu syifaan la yugoodiru saqama..Ameen..
slm ya akhi,apa perkembangan abah akhi skrg?
ReplyDeletewslm..Abah ana alhamdulillah..DR operate dapat suluh keadaan jantung je..DR tak berani nak operate sebab risiko besar sbb jantung dia dah tahap berisiko untuk dibuat by pass. DR menyarankan supaya di ambil ubat untuk mengurangkan kolestrol yang menyebabkan saluran pernafsan tersumbat..
ReplyDeleteSyukran di atas doanya..