Skip to main content

Al-Azhar yang sentiasa menduga imanku..



Masjid Al-Azhar yang menjadi mercu tanda keagungan Universiti Al-Azhar.

Min, mu tahu tak muqarar (sukatan) baru azhar tambah 5 madah (subjek) lagi?? Tanya Amad pada saya di dalam telefon. Ya ke? biar betul ko mad?? Tahun 4 i'adah kena juga ke?? "Ya. Budak usul tahun 4 tambah 3 madah lagi". Jawab amad. Teruk la macamni maknanya tambah 6 yang aku i'adah (repeat) 11 madah la semuanya. Macam mustagid (pelajar baru) pulak la aku. Saya mengeluh. Kemudian telefon terputus kerana Amad kehabisan kredit. Amad merupakan sahabat saya semasa di Kusza lagi kemudian kami bersama-sama terbang ke Mesir.

Saya pun bergegas online ym saya kalau-kalau ada kawan saya yang berada di Mesir untuk mendapatkan kepastian. Kelihatan Matnoq (orang kedah) sekelas dengan saya sedang online dan saya terus bertanya dengan dia. Salam, noq, betul ke kena tambah 3 madah lagi kita? Confirm ke?? Tanya saya. Wslm,, Ya confirm.. bukan 3 tapi 5. Balas Matnoq. Ya Allah bagai nak gugur jantung saya. 5 madah bukan sikit. Sape-sape yang belajar di Al-Azhar akan faham apa yang saya maksudkan. Nak lulus satu madah pun susah apalagi 5. Tambah lagi yang saya i'adah jadi 11. Nampak gayanya lama lagi la aku kat Mesir. Cetus hati saya. Namun kekuatan harus dikumpul untuk menghadapi cabaran ini. Inilah cabaran belajar di Universiti tertua di dunia. Apa-apa boleh berlaku dan apa-apa pun boleh berubah. Tidak ada sesiapa yang mampu berbuat apa-apa. Hanya kekuatan tawakkal 'alallah yang mampu untuk menghadapi semua ini.


Bertawassul di Maqam Imamuna As-Syafie Rahimahullah Ta'ala

Suatu malam bersama akhi Syed Shahrunnizam di Masjid Sayyidina Hussin Rahmatullahi 'Alaih Wa'ala aalih. ( Cucu Rasulullah SAW )

Hari pertama sampai di Universiti Al-Azhar Mansurah. Boleh buat kulit album nasyid ni..hehehe.. Amad kedua dari kanan. Semua ni Usuluddin Kusza kecuali sorang. No 1 dari kanan Aqsa Kusza.


Jika difikirkan dari sudut ilmu, penambahan itu suatu yang amat bernilai tetapi bagi yang ingin segera menghabiskan pengajian di Al-Azhar akan merasakan terlalu membebankan. Satu madah ada yang 2 kitab. Kitab-kitab di Al-Azhar tidak sama dengan kitab yang ada di universiti negara kita. Tulisannya tidak bertaip komputer. Kadang-kadang tulisannya kecil sehingga tidak mampu untuk dibaca. Mengandungi 200-300 mukasurat. Semuanya akan dibaca dari kulit ke kulit untuk memastikan soalan yang tidak dijangka akan keluar.

Selepas seminggu berlalu, saya cuba mendapatkan kepastian daripada Matnoq. Jawapan mengembirakan yang saya dapat. "Yang i'adah tak payah tambah. Mustagid Usuluddin kena tambah 5". Kata Matnoq. Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Ilahi. Jadi saya akan ambik 6 jela untuk tahun ini dan insyAllah tahun depan saya akan kembali ke Malaysia selama-lamanyanya untuk mencurah sedikit ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya. Kalau diikutkan hati, memang nak duduk lama di sana tetapi komitmen pada keluarga dan masyarakat tidak harus saya ketepikan. Saya juga mempunyai tanggungjawab dengan abah saya yang semakin tidak sihat untuk membantu adik-adik ke sekolah. Semoga Allah permudahkan urusan saya di sana. Ameen Ya Rabbal 'Alameen...

Comments

  1. semoga ustaz berjaya InsyaALLAH.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  2. Ameen..Syukran iqbal doakan saya..saya doakan iqbal pun berjaya gak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa