Skip to main content

Nasi Ayam Hadhramaut

Kali ini saya nak kongsi dengan kawan-kawan satu masakan yang popular di Mesir dan harganya boleh tahan la.. Hehehe..Semalam Ust Amidi mengajak kami ahli beit (housemate) untuk lunch di Restoran hadhramaut di Gama'ah..Nasik ayam dengan beras basmati..Masakan ini berasal dari negara Yaman dan Hadhramaut merupakan nama tempat di sana.

Masakan nilah yang saya mula-mula kenal semasa sampai di Mesir...Kat Kaherah pun ada restoran dia..Banyak cawangan.Ni kat Gamaah Mansurah.Kalau kawan-kawan datang ke Mesir jangan lupa singgah di restoran Hadhramaut..Memang tak menyesal..

Saya bukan nak kongsi resepi macamana nak masak tapi saya nak kongsi foto-foto yang saya sempat snap sebagai kenang-kenangan..Jom layanzz,,

02022009233 "Bila nak sampai nasi dan ayam ni.."

02022009239 "Sampai juga akhirnya..Inilah rupa nasik dengan ayam dia"

02022009240 Menyelerakan tak???

02022009250 "Time untuk menjamu selera"Jom makan!

02022009261 "Sebelum balik,,posing dulu depan restoran"

Comments

  1. pakai sweter yg gi debat diraja kan?

    ReplyDelete
  2. yup,,,mana tau??sape ni??ni satu2nya kenangan debat diraja..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Wah... Besarnya ayamnya.. Memang nampak lain dengan nasi ayam kat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. abg amin. nti wat blik utk evi. ahah ble blik plak ? lme dh x jupe kak eby gak..

    ReplyDelete
  5. hehehe..besar gak la..insyAllah tahun dpn kalau habis balik la..hehehe..kak eby sibuk keje loni..

    ReplyDelete
  6. ustaz dah tahu ker pasal bising di perak? pasal MB ler...

    ReplyDelete
  7. tau..ana ikuti perkembangan dia..sedih gak la kan..smg Allah memberi kekuatan kpd perjuangan Islam..

    ReplyDelete
  8. salam ziarah...debat diraja?msti knl senior2 sy jg kan..biji nasinya pnjang2..xcm mlysia ni..and masakannya..nasi y awk mkn tu..kalau kt thailand di pggil nasi minyak..=)

    ReplyDelete
  9. wslm..ya debat diraja..sape ye senior awak??universiti mana??beras basmati memang cantik..panjang2..nasik minyak ke??hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Salam..ziarah..jemput muzakarah di blog saya...dan sila add blog saya...

    ReplyDelete
  11. kat malaysia kat mana boleh dapat nasi ayam nihh???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…