Skip to main content

Balik atau tidak??

"Gambar sekadar hiasan..bukan gambar saya semasa kecil"

Hari berganti hari, bulan silih berganti. sedar tak sedar dan buat-baut tak sedar hanya tinggal sebulan sahaja lagi utk saya menghadapi imtihan fasal kedua. Kalau najah maknanya saya tak akan merasai lagi keperitan peperiksaan di Universiti tertua di dunia ini. Kalau sambung master?? itu tak tahu lagi. Nak buat kat sini ke atau kat Malaysia. Rasa macam nak buat kat sini. Tp entahla.. Keluarga minta buat kat Malaysia je. Persediaan entah ke mana. masa bagaikan terlalu pantas berlari. Kepala otak asyik duk fikir nak balik je. Abah pun asyik tanya nak balik ke tidak? Mestila nak. huhuhu.. rindu bangat rasanya walaupun baru 7 bulan saya di bumi Mesir ini. Kalau balik rasa macam rugi lak sbb time cuti tu la saya boleh bertalaqqi kat masjid azhar. kalau tak balik rasa macam nak balik sebab tu permintaan daripada ma, abah dan adik-adik, Tapi kalau balik pun saya akan datang lagi (ayat nak sedapkan ati(",))

Hajat di hati nak ke Yaman. Ingin mengutip sedikit mutiara di Darul Musthofa. Teringin nak jumpa Habib Umar dan Habib Ali al-Jufri. Abah bagi je tp saya tak tau mana keputusan yg paling baik untuk saya dan keluarga. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku dan jadikan pilihan aku adalah yg terbaik utk aku dan utk insan yg menyangi diriku..

Comments

  1. balik mai pulak la...rugi benornya balik awal2 tak dan merasa dok negara ore lama2...lagi pun baru 7 bulan dok sini..ore kater jalan pun tak puah lagi kan...

    ReplyDelete
  2. ehe..cara terbaik..? solat istikharah..insyallah allah sntiasa tunjuk n bg kite pilihan yg tbaik..
    mcm sy yg 'dicampak' masuk udm..hehe

    ReplyDelete
  3. kaut ilmu sbyk mungkin..ni peluang..7 bulan masi muda berada d mesir..insyallah di permudahkan..mabruk asyan menulis dlm ruangan blog yg manis...;)

    ReplyDelete
  4. duk sna x lma.. sbaiknya duk sna, hbskn msa kt sna, cr ilmu sbaik mungkin.. tp kalu mak ayh dk suruh blik, blik je la. ada hikmahnya.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…