Hari ni hari pertama saya exam.. first paper. rasa nak gugur jantung ni. penuh debaran menanti soalan yg bakal dijawab. dah la saya tak struggle mana. last-last baru rajin sikit. harap-harap najah..
Ameen ya Rabb!!
Mula-mula sampai kat kuliah tak ramai lagi arab sbb saya datang lebih awal. sempat baca sikit kat sana.. bila arahan suruh masuk berebutla arab. macam biasala diaorg.. suka sgt berebut. hehehe.. cari kelas pulak.. mmg jem mcmni. mmg dia dah bagitahu ting 5 tp kelas byk. dahla ni first time saya exam kat al-azhar ni. kat Kusza dulu senang la.. sistematik. memang bertambah pening mcmni. "sabar-sabar!! ni ujian blaja kat mesir".. saya memujuk hati..
Hari ni paper falsafah Islamiah. kira blaja tentang failusuf-failusuf Islam seperti Imam al-Ghazali, ibnu Rusyd, al-Farabi,ibnu Thufail dan ibnu Bajah tentang falsafah-falsafah mereka.. mula-mula tu belajar bab ta'rif falsafah apa.. macam biasa la satu-satu ilmu tu dibahas.. mesti kena tahu ta'rif dulu.. pastu blaja tentang perkembangan dia.. faedah dia.. kalau rajin study boleh je.. yang best madah ni bagi saya tentang mauqif imam Al-Ghazali dalam menolak falsafah yg dibawa oleh ibnu Rusyd. kemudian ibnu Rusyd jawab balik. Imam al-Ghazali tulis kitab "tahaafutul falsafah" kemudian ibnu Rusy karang balik kita "tahaafutul tafaahut" utk menjawab apa yg diradd oleh Imam Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali membahagikan golongan falsafah kpd 3 puak 1) ad-dahriyyun 2) at-tobi'ieyyun 3) al-ilahiyyun..
Ad-dahriyyun ni mereka menolak akan adanya pencipta bagi alam ni.. mereka kata alam ni sentiasa ada dgn sendirinya tanpa sooni' [pencipta] mereka buat contoh macam haiwan. haiwan tu drpd mani dan mani tu drpd haiwan dan begitula seterusnya. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya mereka ni tergolong drpd golongan az-zanaadiqah. zindik kat sini maknanya kafir. at-tobi'ieyyun ni pulak bincang pasal tabi'at alam dan keunikan haiwan dan juga tumbuhan. tp yang slack diaorg ni mereka kata ruh manusia ni menjadi pengikut bagi badan dan mereka menafikan kembalinya ruh pd jasad slps kematian. mereka menafikan hari akhirat, syurga, neraka, kebangkitan dan hisab. kata mereka lagi org yg buat baik tak dapat pahala dan orang yang buat dosa tak akan diazab. mereka juga adalah daripada golongan zindik.. kira kafir juga la..yang terakhir al-ilahiyyun. mereka berpendapat ruh kekal selepas hancurnya jasad.. mereka ni sama seperti aristo, suqrat dan aflatun [failusuf yunani]. al-Farabi dan ibnu Sina mengikut pendapat mereka dan mereka juga diaggap golongan zanaadiqah..
kira Imam al-Ghazali menulis kitab tu utk membetulkan semula pegangan-pegangan songsang ahli falsafah Islam yg lain supaya mengikut aqidah islamiah yg sebenar..
sampai sini dulu ye nanti saya cerita lg..dah azan maghrib ni..
Comments
Post a Comment