Skip to main content

Imtihan Li Termit Awwal

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menghadapi imtihan kepada semua sahabat-sahabat Al-Azhariyyun dan juga Al-Azhariyyaat yang mengenali diri ini atau yang pernah singgah ke teratak ini, atau yang pernah terserempak dengan saya di tepi-tepi jalan di Kaherah mahupun Mansurah dan kepada siapa jua yang sedang atau akan menghadapi imtihan.



Sesungguhnya kita tidak sesekali mampu untuk lari daripada ujian. Nak ambil lesen kereta pun kena test dulu hatta nak kahwin pun sekarang kena test HIV dan sebagainya. Ini ujian-ujian yang bersifat duniawi yang tidak hakiki namun ujian yang sebenar ialah saat kita kembali kepada pengadilan Rabbul Izzati. Apakah kita akan mendapat Mumtaz atau jayyid jiddan atau jayyid atau maqbul sahaja. Bagaimana jika natijahnya adalah rosib (gagal)?? Nauzubillahi min zaalik. Di sana tidak ada lapi i3adah (repeat paper) untuk kembali menghadapi imtihan kali kedua. Kegagalan di sana akan menentukan kegagalan selama-lamanya.

Ya Allah,,sesungguhnya Engkau Maha mengetahui akan kedhoifan kami. Jangan Kau uji kami dengan apa yang kami tidak mampu tanggung..

Allahu Yusatahalakum..

Comments

  1. Assalamu'laikum wbth saudaraku al amin. Semoga ALLah membantu dan mempermudahkan urusan peperiksaan.

    Maán najah..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam wahai sahabatku..Ameen Ya Rabb..Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz,
    moga mudah, lapang dada dan tidak rungsing menhadapi peperiksaan yang bakal menjelang.

    InsyaAllah, ilmu yang ada boleh dicurahkan sebaiknya di Malaysia nanti, doakan saya juga :)

    ReplyDelete
  4. wa'alaikumussalam..
    Ameen..InsyAllah..syukran ya akhi..

    ReplyDelete
  5. salam..
    ustaz, memang betul apa yang ustaz tulis tu..ana stuju..
    barakallahufik...amiiiin ya Rabb.

    ReplyDelete
  6. amiin ya Rabb..waiyyak ya akhi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…