Skip to main content

Posts

Tutorial Meletakkan Adsense di Blog Berbahasa Melayu

Di atas permintaan ramai daripada sahabat-sahabat peminat adsense untuk berkongsi trick meletakkan adsense di blog berbahasa melayu seperti yang kawan-kawan dapat lihat di blog saya, maka saya buatkan satu tutorial di sini. Seperti yang dimaklumi oleh peminat adsense, google adsense tidak menerima blog yang 100% berbahasa melayu atau indonesia kerana google adsense menyiarkan iklan berdasarkan content blog yang kita siarkan. Sekadar untuk pengetahuan sekiranya kalian belum tahu, iklan layanan masyarakat yang menghodohkan blog kalian sebenarnya tidak dibayar walaupun diklik. Jadi untuk apa kita memasangnya. Lebih baik kalian meletakkan iklan nuffnang atau advertlets. Ada juga hasilnya. Peringatan : Trick ini menyalahi TOS google adsense kerana google adsense tidak membenarkan kita mengubah code yang disediakan untuk kita tetapi setakat yang saya gunakan dan pakar-pakar yang mengesyorkan tidak ada sebarang masalah. Jangan salahkan saya jika aka...

Pak Lah Juga keliru

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ...

Memahami makna syirik

  Entry ini saya tulis di atas permintaan Cikgu Eya . Khas untuk Cikgu Eya dan umum untuk kawan-kawan pengunjung blog ini. Cikgu Eya minta saya ceritakan mengenai syirik. Katanya kadang-kadang kita tidak sedar kita sebenarnya telah syirik dengan Allah SWT. Saya berharap ini dapat membantu walaupun sekadar ilmu yang sedikit. Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik. Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya?? Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik.. ...

Buat Teks Bergerak (Marquee)

Kepada akhi Arif yang bertanya dan kepada kawan-kawan yang nak buat text atau links atau gambar bergerak di blog kalian. saya cuba buat tutorial membuat teks bergerak atau marquee di sini. Marquee bukan sahaja untuk teks. Boleh juga untuk links dan gambar. buat pengetahuan Arif dan kawan-kawan yang lain, marquee boleh diletakkan di mana-mana bahagian di dalam blog. Ini coding HTML untuk marquee <marquee onmouseout="this.start()" direction="up" align="center" scrollamount="2" height="100px" onmouseover="this.stop()" width="100%">TEXT atau LINK atau URL gambar anda</marquee> Step asas Copy code di atas Pergi ke page element Add a gadget Pilih HTML/JavaScript Paste code tadi Gantikan text “TEXT atau LINK atau URL gambar anda” dengan content yang kawan-kawan nak. Panduan untuk mengedit code HTML di atas. onmouseout="this.start()" --...

Mama Masuk Wad

Assalamualaikum... Dalam kesibukan kerana mama saya dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad kecemasan selama 2 hari saya masih lagi sempat menukar template blog saya. Template sebelum ini agak sukar untuk saya menyesuaikan dengan warna adsense. Menyesuaikan warna adsense dengan warna blog adalah salah satu tips yang berkesan untuk meningkatkan earning kerana pengunjung akan menganggap ia sebahagian daripada content blog kita. Apa pandangan kawan-kawan?? Template asal bukan sebegini tetapi saya telah mengubah font dan warna mengikut citarasa saya. Sebenarnya susah untuk mencari template yang dapat memuaskan hati kita. Ada font dia cantik tapi design tak cantik. Sidebar wrapper tak smart dan sebagainya. So, saya ambil jalan mengoreksi sendiri. Tak reti pun sebenarnya dengan coding HTML. Tak pernah belajar secara khusus. Main try-try je. Banyak je tutorial kat google tu. Mesej kawan-kawan dalam Cbox tu hilang bukan sebab saya menukar template tetapi saya tersalah setting di dalam ...

Kenapa perlu bertarikat??

Fahmi: salam,ustaz...nak tanya kenapa kita perlu bertarikat dan kenapa kata fahaman wahabi adalah bahaya?.Adakah kita boleh menghukum sesorang itu dgn mengatakan dia wahabi? Wa'alaikumussalam.. Apabila berbicara persolaan tarikat maka tidak dapat tidak kita harus memahami tasawwuf. Apa itu tasawwuf?? Satu ilmu yang membincangkan perihal perbuatan hati seseorang manusia daripada segala perbuatan yang mahmudah dan mazmumah. Adapun perihal sah, batal, syarat, fasid, mani' dan yang zahir daripada ibadah termasuk di dalam perbahasan ilmu feqah. Persoalan i'tiqad dan aqidah pula dibicarakan di dalam ilmu usuluddin ataupun dinamakan juga sebagai ilmu kalam, ilmu tauhid dan lain-lain nama. Tarikat atau thoriqah di dalam bahasa arab tu suatu jalan atau methodologi dengan manhaj-manhaj yang tersusun melalui pengalaman ahlinya untuk mengenali Allah, mencintai Allah, mengenali siapa Rabb dan siapa abdun dan mengenal hakikat hamba dan kehambaan kepada Allah SWT.. Proses mujaha...

Panggilan daripada Penjara

Hari ini abah menerima panggilan daripada penjara Pengkalan Chepa. Panggilan tu bukanlah sebab saya melakukan kesalahan jenayah tetapi pegawai dari sana bertanyakan tentang saya untuk diserap menjadi tenaga pengajar di sana. Seminggu sekali mereka mengadakan kuliah fardhu ain dan lain-lain untuk banduan di dalam penjara. Rezeki datang mencurah-curah sekembalinya saya daripada bumi barakah mesir untuk bercuti. Saya fikir percutiaan saya hanya dihabiskan di rumah bersama keluarga tanpa komitmen luar. Bermula dengan kuliah maghrib di masjid dan surau sekitar Kota Bharu, kuliah sekali seminggu di Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan jemputan ceramah Ramadhan di JKR Negeri Kelantan. Sepanjang Ramadhan pula saya diamanahkan untuk menyampaikan kuliah subuh di sebuah surau seperti yang saya pernah cerita di entri yang lalu. Selepas daripada hari raya sehingga sekarang saya hanya memberikan kuliah di tiga tempat sahaja untuk dua kuliah maghrib dan satu kuliah sebelum Jumaat...