Pengharaman buku pelik tapi benar oleh KDN adalah suatu tindakan yang wajar dalam menghalang golongan-golongan yang terlebih pandai (ayat Mufti Perak) dalam melamapui ulama'-ulama' untuk memahami nas-nas hadis dan al-Quran. Maka timbul persoalan buku ini pelik atau benar? Atau benar-benar pelik sehingga diHARAMkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Kita jarang melihat atau terdengar tentang pengharaman buku-buku agama yang bersepah di dalam pasaran negara kita. Jadi pengharaman ini sudah tentu kerana buku “pelik tapi benar” “benar-benar pelik” menurut ajaran Islam yang sebenar. Syabas buat pihak yang terlibat dalam pengharaman buku ini. Semoga ini menjadi titik tolak dalam menolak fahaman wahabi atau anti-mazhab atau kaum muda atau golongan yg terlebih pandai yang tidak habis-habis mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam kita di Malaysia. Ana sempat bertanya pak cik google untuk melihat resp
Kullu lillah...