Skip to main content

Posts

Allah Wujud Tiada Bertempat..

Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat; وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف : 84 Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi. Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah. Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas. TAMBAHAN PENULIS. Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana ha

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Bidaah Agama dan Bidaah Dunia

"Kenduri arwah dan bacaan yasin merupakan amalan hasanah (baik) yang tidak mampu disangkal bagi mereka yang berakal" [Gambar sekadar hiasan diambil daripada blog pulutkuning ] Golongan wahabi yang menolak pembahagian bidaah hasanah dan bidaah sayyiah tetapi dalam masa yang sama membahagikan bidaah kepada dua. Bidaah agama dan bidaah dunia. Bidaah agama dan bidaah dunia ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadis. Mereka menafikan pembahagian yang diklasifikasikan oleh para ulama' muktabar dengan alasan tiada di dalam hadis namun mereka sendiri membuat pembahagian. Apakah bidaah dunia tidak terdapat hasanah (baik) dan sayyiah (buruk)?? Pembahagian ini sangat bahaya seolah-olah mereka mengatakan bidaah dunia semuanya baik kerana tidak berkaitan dengan agama sedangkan kita tahu perkara-perkara duniawi juga tidak terlepas daripada pembahagian kepada baik dan buruk. Mereka mengatakan bidaah hasanah yang dikatakan oleh Imam

Ini Bida'ah Itu Bida'ah

Khutbah ini dibaca pada 19 April 2006 (Rabu) di Masjid Negeri, Shah Alam. Bacaan Ulangan - KHUTBAH JUMAAT - 02 Jun 2006. Sidang Jumaat yang dirahmati, Bid'ah dari segi bahasa ialah mengadakan sesuatu yang tidak ada contoh sebelumnya. Manakala dari segi istilah pula ialah mengadakan sesuatu perbuatan atau iktikad atau mengeluarkan perkataan yang tidak terdapat keizinannya daripada syara' samada Al-Quran, As-Sunnah, ijma' atau qiyas dan tidak termasuk juga dalam Qawaid As-Syar'iyyah. Berdasarkan ini setiap perkara baru dirujuk kepada al-quran, as-sunnah, ijma' atau qiyas. Sekiranya ada, maka ia dikira sebagai sebahagian syariat. Sekiranya tidak ada, hendaklah dilihat kepada Qawaid As-Syar'iyyah. Sekiranya ada, maka ia juga sebahagian syariat dan tidak boleh dianggap bid'ah. Setelah tidak ditemui, barulah boleh dikatakan bid'ah atau sesat. Ada nas yang menganjurkan perkara-perkara baru yang baik dan ada nas yang mencela orang yang menganjurkan

Imam Syafie dan Qunut

Ustaz saya kata qunut Nabi tak buat dulu. Ustaz saya kata lagi, Imam Syafie dulu tersalah faham tentang apa yang sorang tukang hadis tu kata. Berdesing telinga saya apabila mendapat YM daripada seorang sahabat yang ingin meminta penjelasan. Saya tidak boleh dengar kalau ada orang yang celupar menghina ulama’ kita seperti Imamuna As-Syafie Radhiallhu Ta’ala ‘Anhu Wa Ardhah yang telah diakui oleh ribuan ulama’ dulu dan kini. Senarai imam-imam agung yang menjadi obor umat Islam sepanjang zaman dan menisbahkan diri mereka kepada mazhab Imam Syafie Radhiallahu Ta’ala ‘Anhum, boleh kita lihat di dalam kitab tobaqat as-syafiiyyah karangan Imam Subki Rahimahullahu Ta’ala. Kita akui ulama’ tidak maksum tetapi perkataan sebegini merupakan kalam yang keluar daripada mereka yang buta mata hati dalam mengenali siapa Imamuna As-Syafie yang digelar sebagai أنصار السنة (Penolong kepada Sunnah Nabi SAW) dan ditanggung namanya di dalam hadis yang masyhur. Sabda Nabi SAW ; لا ت

Selamat kembali ke malaysia

    “9 jam bersama Egypt Air” Assalamualaikum.. Makluman kepada sahabat-sahabat semua, ana sudah sampai ke Malaysia jam 4 petang waktu Malaysia 9 Nov 09. Berlepas ke Kota Bharu jam 6.25 petang dan sampai di airport Pengkalan Chepa selepas 55 minit penerbangan dari KLIA. Jazakumullahu khairan jazak diucapkan kepada semua warga Mansurah yang sudi datang ke rumah dan kepada sahabat-sahabat yang menghantar kami ke mathor (airport). Jazakumullahu khairan jazak juga diucapkan kepada hamba Allah yang meng"sponsor” 2 biji tremco ke mathor. Jazakumullahu khairan jazak kepada akhi kamil yang mengadiahkan baju yang paling disukai beliau kepada ana. Walaupun pertemuan kami hanya seketika kerana Ust Kamil baru tahun ini sampai ke bumi Mansurah tetapi saat yang sedikit itu amat ana hargai. Semoga Akhi Kamil terus tabah berada di sana dan tertunai segala cita-cita dan impian akhi untuk mendamba mutiara ilmu di sana.   “Akhi Kamil menjemput makan dirumah beliau,Syukran Ya Akh

Salam lebaran..

Assalamualaikum.. Di kesempatan ini walaupun agak terlewat, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat yang mengenali diri ini di alam maya atau di alam nyata. Kullu sanaah wentum toyyibun. Saya akan kembali ke Malaysia dalam bulan 11, biiznillah. Doa-doakan ya agar dipermudahkan segala urusan saya di sini. Justeru itu, saya agak sibuk dengan urusan-urusan di sini dan mohon maaf jika blog saya tertangguh daripada posting terbaru.