Skip to main content

Posts

Bagaimana Memahami Bida’ah?

Selepas sholat maghrib, seperti biasanya Haji Yunus melakukan dialog dengan para jama'ah. Malam itu kebetulan terang bulan, dan udara pun tidak terlalu dingin. Suasana nyaman itu mendadak menjadi panas akibat pertanyaan seorang jama'ah.   "Pak Haji, ijinkan saya bertanya soal bid'ah." demikian pertanyaan Ace, nama anak muda itu. Jama'ah tersentak kaget. Sudah beberapa tahun ini masalah sensitif tersebut tidak disinggung dalam Masjid Jami' di desa tersebut. Haji Yunus memang ingin menjaga keutuhan dan kekompakan ummat Islam di desa itu. "Silahkan," jawab Haji Yunus dengan senyum khasnya. "Ada baiknya setelah sekian lama kita menahan diri dan bersikap toleran terhadap sesama, ada baiknya kalau sekarang kita dialogkan dengan toleran dan terbuka pula masalah ini. Biar kita terus dapat memelihara suasana persaudaraan di kampung ini."   Ace kemudian mulai bertanya, "saya sering membaca buku agama yang mewanti-wanti soal ...

Memahami makna Sunnah Taqririyyah

Kepada akhi al-husaini yang bertanya mengenai sunnah taqririyyah ana buat satu entry di sini daripada apa yang ana terjemahkan daripada kitab al-wajiiz fi usulil fiqh karangan Duktur Abdul Karim Zaidan mukasurat 131 di bawah tajuk as-sunnah at-taqririyyah perenggan ke 4 sehingga akhir.. Penterjemahan ini harfan biharfin dan ana cuba sesuaikan dengan bahasa melayu sebaik mungkin untuk mengelakkan berubah murad asal penulis. Boleh rujuk kembali seperti sumber yang ana nyatakan di atas.. Sunnah taqririyyah ialah diam Nabi SAW daripada mengingkari perkataan atau perbuatan yang dilakukan di hadapan Nabi SAW atau ketika Baginda tidak ada tetapi mengetahui perkara tersebut. Maka diam ini menunjukkan kepada harus melakukannya kerana Rasulullah SAW tidak akan diam terhadap perkara yang batil ataupun mungkar. Di antara contoh jenis sunnah taqririyyah ini : Diam Nabi SAW dan tidak mengingkari kanak-kanak yang bermain perang-perang di dalam masjid dan diam Nabi SAW daripada nanyian dua oran...

Zikir Berjoget

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.; ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangny...

Pelancaran Yahoo Groups

Assalamualaikum.. Memandangkan beberapa persoalan agama masuk ke kotak email maka ana mengambil inisiatif untuk membuat satu group khas kepada pembaca blog ana dan juga forumer iluvislam yang ingin meminta pandangan dan mempunyai kemusykilan mengenai hukum, akidah dan sebarang persoalan agama. Internet yang menjadi wadah terkini dalam mencari ilmu dan pengetahuan agama tidak sayugia diketepikan oleh mahasiswa Islam untuk membantu sahabat-sahabat di luar sana untuk mendapat kefahaman yang sahih daripada nas-nas syarie dan kalam ulamak yang muktabar. Akhir-akhir ini, banyak sekali blog-blog yang cuba untuk bercakap mengenai agama tetapi terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang telah ditolak oleh sekalian ramai ulamak di dalam tulisan mereka demi menjaga kemurniaan akidah Islam. Cendawan yang tumbuh selepas hujan ini tidak seharusnya dimakan tanpa usul periksa kerana kemungkinan ia cendawan beracun yang boleh membunuh jiwa kita. Untuk menentukan cendawan itu adalah yang boleh di...

Salam Imtihan..

Salam imtihan kepada semua Al-Azhari dan Al-Azhariyyah yang mengenali diri ini. Semoga kejayaan menanti kita untuk dikongsi bersama dengan perjuangan Islam. Firman Allah SWT; Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalan -al-mulk. Allah Ta'ala menyebut kalimah kematian mendahului kalimah kehidupan. Ini menunjukkan priority kepada kematian itu lebih utama berbanding dengan kehidupan. Kehidupan itu hanya sementara walaubagaimanapun kita. Mungkin umur kita mencecah seratus tahun tetapi tetap juga akan mati dan kembali menemui Sang Khalik. Akhirat merupakan darul abadi. Negeri yang kekal. Jika kejayaan kita di sana maka kejayaan itu akan kekal abadi namun jika kegagalan kita di sana, kita tidak akan lagi diberikan exam untuk paper kedua. Dunia inilah satu-satunya paper untuk kita mendudukinya dan resultnya akan menentukan kejayaan kita di sana. Jika kita menyedarinya nescaya kita tid...

Kadet polis Maahad Lelaki johan kawad kaki MASSAK

Membaca berita ini di blog sahabat lama merangkap Sarjan Major, Saudara Haris Fadila semasa di Maahad Muhammadi mengingatkan kembali zaman persekolahan. Ana juga Sarjan Major tetapi ana bersara lebih awal kerana kesibukan menadah kitab memaksa ana untuk mengorbankan aktiviti kawad dan perkhemahan bersama kadet polis sekolah. Sememangnya semenjak dari dulu, kadet polis Maahad Muhammadi merupakan platun yang disegani. Kami berjaya memenangi beberapa tahun berturut-turut peringkat negeri Kelantan dan juga mendapat kawad terbaik di peringkat kebangsaan. Namun kejayaan ini bukanlah datang bergolek. Latihan yang tidak mengenal erti siang dan malam yang dipimpin oleh senior yang berjawatan S.I dan S.M telah membuahkan natijah yang selayaknya. Bergema tepukan daripada penonton masih ana rasa sampai sekarang apabila kami memulakan langkah pertama. Langkah pertama kami sememangnya dicemburui lawan kerana mempunyai kelainan di mana kami pacak beberapa saat sebelum memulakan hayunan kaki. Beb...

Coretan pengalaman…

Imtihan datang lagi. Imtihan ana akan bermula pada 11.5 untuk syafawi al-Quran. Termit thani ini, ana ada 4 mawad termasuk al-Quran. Ana masih lagi mengajar untuk membantu sahabat-sahabat yang lain dalam memahami kitab kuliah mereka sebagai persediaan menjawab soalan duktur atau dukturah. Seminggu yang lepas, ana telah tamat membantu adik-adik ustazah tahun satu untuk madah milal wa nihal. Di antara topik yang dibincangkan ialah mengenai agama-agama masyarakat hindu seperti agama handusiah, budha, jiniyyah, agama mesir kuno, kristian atau masihiyyah dan juga yahudi. Kitab yang masih belum tamat untuk madah falsafah islamiah. Ana diminta untuk membantu sahabiah tahun akhir syu’bah tafsir dan hadis. Kadang-kadang risau juga bila membaca kitab orang, kitab sendiri masih “suci” tidak dinodai. Tetapi berpegang kepada prinsip yang sesuai dengan Sabda Nabi SAW; “bila kita tolong orang lain dan memudahkan urusan orang lain, Allah akan membantu dan memudahkan urusan kita” ...