Skip to main content

Posts

Fly to Malaysia

Rasa macam bermimpi.. pejam celik-pejam celik, lusa saya akan balik ke Malaysia.. Fly to Malaysia.. Rindunya nak makan nasik belauk, keropok lekor, nasik lemak, makan nasik dengan sayur air, tom yam, singgam daging cicah budu ..hehehe.. mmm.. makan bersama family. masakan my mum.. fuhh,, mahunya 3 pinggan tambah.. semuanya akan jadi kenyataan lusa.. hehehe.. Doakan kepulangan saya..

"Lu Fikirla Sendiri"

Minyak naik lagi.. apa sudah jadi dengan Malaysiaku tercinta. Kalau naik ada masa dia turun kira ok jugak. ni sejak saya celik mata sampai sekarang harga barang naik tak pernah turun-turun. kata Malaysia makin maju dan ekonomi makin kukuh. sepatutnya bila makin maju dan ekonomi makin meningkat rakyat makin senang. ini tidak makin menyusahkan ada la. Setakat saya duk buat pembacaan sikit-sikit, saya melihat zaman Pak Lah paling banyak kali harga minyak naik. Naik tinggi dan drastik pulak tu. baru memerintah 2 penggal. bayangkan kalau 20 tahun..huhuhu.. so, kalau nak harga minyak turun, kena turunkan Pak Lah. Pada pandangan saya yang tak reti ekonomi ni, saya duk fikir-fikir, khabarnya ekonomi makin baik dan kukuh tapi kos sara hidup makin meningkat. ke macamna? kawan-kawan boleh fikir sendiri. bak kata Nabil Raja Lawak "Lu fikir la sendiri". Sudah bermacam-macam alasan bila harga minyak naik. kadang saya sudah menyampah dengan alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal langsun...

HIJRAH MENUJU PERUBAHAN

Screenshot Blog lama saya Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menjenguk teratak usang hamba yang tak seberapa ini.. Sempena dengan berakhirnya exam, ana meringankan tangan untuk menukar template baru.. Orang kata kalau nak maju kena selalu ada perubahan. Perubahan itu memerlukan kepada keberanian dan kita mesti bersedia menerima kritikan dengan perubahan yang kita lakukan. Apa kata kawan-kawan semua tentang tema hitam putih saya? Hitam itu kualiti..hehehe.. Sebenarnya mula-mula memang sayang nak tukar tetapi akaun google lama ana ada sedikit masalah selepas ana membuat pendaftaran adsense. so, ana cari inisiatif untuk membuat email baru tetapi masih menggunakan link yang asal. Ana dalam proses memasukkan balik semua posting-posting ana yang dulu. Kawan-kawan yang pernah komen kat posting ana sebelum ni, nampak gayanya memang tak boleh diselamatkan. ana cuba fikir nak copy balik tapi takpe lah.. sape2 yang berhajat nak komen balik boleh la berbuat demikian secara percuma..hehehe....

Perjuanganmu Sudah Selesai..

Ayuh tinggalkan barisan.. Undurlah dari medan.. Sebelum dirimu ditendang.. Kelak dirimu tidak dipandang.. Biar kalah dalam kemuliaan.. daripada menang penuh kehinaan.. Apalagi hendak dikau perjuangkan.. Andai bangsamu hilang kepercayaan.. Sekian lama kami alpa.. Bukan melayu mudah lupa.. Dek menjaga adat dan budaya.. Sopan santun budaya kita.. Undurlah dikau penuh kehormatan.. Usah sampai rakyat meradang.. Kelak bangsa jadi cagaran.. Cucumu jua akan kesusahan.. Tidak sekali dirimu kubenci.. Kerana dikau jua insani.. punya maruah dan harga diri.. Akhlak Rasul jadi teladani.. Apa erti benci-membenci.. Akhir masa kita kan pergi.. Bukan dunia ghayah hakiki.. Nun di sana kekal abadi.. Agamaku kian parah.. Bangsaku kian musnah.. Siapa harus aku persalah?? Sampai kemana akhir sudah.. Pejuang bangsa tidak kemana.. Kerana bangsa tidak pernah sama.. Hanya agama bisa menyatukan kita.. Kelak selamat di dua negara.. Mendapat rahmat dari yang Esa..

Camel

MORAL

Tidak,,Aku Bukan Wahabi..

Sekalipun aku ingin berdiam diri dari membicarakan soal ini dek rasa muak dan loya, namun golongan ini tidak pernah serik untuk memalu irama gendang bida’ah dalam masyarakat sehingga memeningkan masyarakat yang telah dibina sekian lama oleh ulama’-ulama’ silam dengan berteraskan institusi pondok. Ini fakta sejarah, tidak siapa yang boleh menafikan bagaimana peranan pondok dan ulama’-ulama’ yang digelar sebagai kaum tua dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat Islam di Tanah Melayu . kalau tidak dek mereka entah Islam atau tidak datuk-datuk dan nenek-nenek kita, ayah-ayah dan ibu-ibu kita. Justeru, Islam kah kita tanpa Islamnya mereka?? Nama seperti Syeikh Daud al-Fatani, Tok Kenali, Syeikh Ahmad al-Fatani, Syeikh Abd Somad al-Palembani, Hj Abdullah Fahim, Hj Abdulah Tahir, Hj Awang Lambor, Hj Yahya Kupang, Syeikh Wan Ali Bin Abdurrahman al-Kelantani (Tok Wan Ali Kutan), Hj Nik Man, Hj Awang Faqir, Hj Daud Bukit Abal, Hj Idris al-Marbawi dan ramai lagi yang tidak mampu aku...

Demam..

Hari ini dalam sejarah hidup saya kerana terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam+batuk+selesema. Bermacam-macam ubat yang telah saya beli dan makan untuk melegakan sementara menghadapi imtihan fasal ni. Namun selepas seminggu berlalu demam semakin parah. Kepala semakin pening. Namun apakan daya perjuangan tetap diteruskan. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan sehingga saya dapat menghabiskan imtihan ini dgn baik.. Allahummasyfina min kulli daa’ fiddunya wal aakhirah.. Madah pertama telah berlalu. Madah al-Quran. Madah yg menakutkan. Soalan tahun ni adalah antara soalan yg terpayah. Kata kawan senior saya. Ya Allah, kurniakan kejayaan kepadaku. Ameen Ya Rabb.. Madah seterusnya tauhid. Hari Rabu ni. Persediaan? hehehe.. kepala otak hanya duk fikir rumah jer. Tak sabar-sabar rasanya nak terbang ke Malaysia. Abah dan ma cakap, saya demam sebab nak balik Malaysia. Ada ke sebab tu. Sebenarnya sebab perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas. Orang baru macam saya yang ...