Skip to main content

Tidak,,Aku Bukan Wahabi..

Sekalipun aku ingin berdiam diri dari membicarakan soal ini dek rasa muak dan loya, namun golongan ini tidak pernah serik untuk memalu irama gendang bida’ah dalam masyarakat sehingga memeningkan masyarakat yang telah dibina sekian lama oleh ulama’-ulama’ silam dengan berteraskan institusi pondok. Ini fakta sejarah, tidak siapa yang boleh menafikan bagaimana peranan pondok dan ulama’-ulama’ yang digelar sebagai kaum tua dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat Islam di Tanah Melayu . kalau tidak dek mereka entah Islam atau tidak datuk-datuk dan nenek-nenek kita, ayah-ayah dan ibu-ibu kita. Justeru, Islam kah kita tanpa Islamnya mereka?? Nama seperti Syeikh Daud al-Fatani, Tok Kenali, Syeikh Ahmad al-Fatani, Syeikh Abd Somad al-Palembani, Hj Abdullah Fahim, Hj Abdulah Tahir, Hj Awang Lambor, Hj Yahya Kupang, Syeikh Wan Ali Bin Abdurrahman al-Kelantani (Tok Wan Ali Kutan), Hj Nik Man, Hj Awang Faqir, Hj Daud Bukit Abal, Hj Idris al-Marbawi dan ramai lagi yang tidak mampu aku ungkapkan satu persatu ketokohan mereka yang tidak pernah lapuk dek zaman. Wahabiyy kah mereka? Oh,,tidak sama sekali. Bahkan mereka menolak dan mengkritik fahaman ini.
 

Golongan ini terlalu ta’sub kepada Muhammad ibnu Abd Wahhab dengan menafikan ribuan ulama’ lain dalam segala permasalahan agama. Seolah-olah kalam beliau adalah kalam Nabi SAW. Tidak dapat disanggah atau dikritik. Beliaulah yang paling betul dan benar. Hanya beliaulah yang mengamalkan sunnah dan ulama’-ulama’ lain semuanya melakukan bida’ah. Seruan mereka (Wahabiyy) supaya tidak ta’sub kepada mazhab Syafie atau mana-mana mazhab, entah sedar atau buat-buat tidak sedar mereka sendiri ta’sub dengan pandangan mereka sendiri dan pandangan-pandangan ustaz-ustaz mereka. Mungkin secara istilahnya mereka tidak bermazhab tetapi secara lughawinya mereka bermazhab (beraliran) dengan aliran (mazhab) mereka sendiri.

Jika wahabiyy itu menyesatkan aqidah umat Islam dengan i’tiqad mujassimah dengan dakwaan Allah bertangan dan duduk di atas arasy maka aku katakan AKU BUKANLAH WAHABIYY...!!!

Jika wahabiyy itu suka membida’ahkan umat Islam dengan permasalahan furu’ seperti qunut, talaffuz niat, tahlil, talqin, ziarah qubur, bacaan yasin, zikir selepas sembahyang dan seribu permasalahan yang telah diperjelaskan oleh ulama’-ulama’ di dalam kitab-kitab mereka dan mengajar kita supaya bertoleransi sesama muslim tetapi WAHABIYY melebihkan toleransi dengan kafir la’natullah ‘alaihim daripada umat Islam yang membaca qunut seperti kerajaan sa’udi (kerajaan yang mengamalkan 100% dasar wahabiyy) yang melayan presiden amerika dengan begitu mesra dan terhormat (boleh dilihat di sini) tetapi tidak segan silu memfatwakan sesat dan mubtadi’ kepada umat Islam yang melakukan perkara-perkara hasanaat. Kalau inilah mereka maka aku katakan,

 

TIDAK, AKU BUKAN WAHABIYY..!!!

 

Jika Wahabiyy itu mendakwa dan menyeru supaya berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah tetapi mereka menegah dan melarang apa yang tidak diharamkan oleh al-Quran dan al-Hadis dengan hanya beralasan Nabi tidak melakukan perkara tersebut, sedangkan hadis itu terbahagi kepada tiga i) Sunnah Qauliyyah ii) Sunnah Fi’liyyah iii) Sunnah Taqririyyah. Maka kemana Sunnah Taqririyyah pada mereka? Apa yang mereka faham dari sunnah ini? Sedangkan kaedah mengatakan at-Tarku la yadullu ‘ala tahrim. Maksudnya, apa yang Nabi SAW tidak buat tidaklah menjadi dilalah (petunjuk) kepada haram seperti diriwayatkan hadis Nabi SAW tidak memakan dhob (sejenis binatang padang pasir) tetapi baginda tidak pernah melarang sahabat daripada memakannya. Ini yang diklasifikasikan sebagai Sunnah Taqririyyah dalam ilmu mustholah hadis. Kalau inilah mereka maka aku katakan,

 

TIDAK, AKU BUKAN WAHABIYY...!!!

 

Jika Wahabiyy itu menolak tasawwuf dan menentang tariqat dek kerana kejahilan mereka tentang methodologi ahlinya. Menyesatkan ahli sufi dengan tohmahan-tohmahan yang tidak sanggup didengar oleh telinga manusia yang beraqal. Sedangkan dalam masa yang sama mereka terlalu fanatik bila ulama’ mereka dikritik. Jadi, mana keadilan yang didakwa? Lupakah mereka dengan sabda Nabi SAW ;

 

من لا يرحم لا يرحم

Maksudnya “Sesiapa yang tidak menghormati orang lain maka dia juga tidak akan dihormati”

 

Lupakah mereka kepada perintah Allah Ta'ala supaya bertanya kepada ahli sesuatu bidang jika kita tidak mengetahui tentangnya;

 

فاسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Mafhumnya “maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikr (ulama’) jika kamu tidak mengetahui”

 

Di dalam ayat tersebut, Allah menggunakan fi’il amri (perintah) dan kaedah usul fiqh menetapkan al-Amru yufidu lilwujub (perintah memberi makna wajib kecuali ada qarinah). Apakah mereka menuduh tasawwuf dan tariqat sebagai sesat dengan sebab hanya menyalahi akal dan kefahaman mereka? Apakah kerana mereka melihat ajaran tasawwuf itu seperti ajaran Ayah Pin? Bukankah itu hanya sangkaan mereka. Kajilah tasawwuf dan tariqat dari kacamata ahlinya. Pasti engkau akan menemui jutaan mutiara yang tidak ada nilai tandingnya. Ulama’ kita tidak pernah menolak wujudnya tariqat yang sesat tetapi tidak adil utk kita menghukum tasawwuf dan tariqat secara total. Seumpama kita menghukum Islam sebagai tidak baik disebabkan penganutnya yang tidak baik. Kalau inilah mereka maka aku katakan,

 

TIDAK, AKU BUKAN WAHABIYY...!!!


Jika dikatakan kritikan kepada Muhammad Ibnu Abd Wahhab ini kerana kecemburuan dan dendam ulama’ terhadap beliau maka aku dapati ini tuduhan yang tidak berasas. Begitu ramai ulama’-ulama’ yang menentang dan menolak fahaman beliau dari dulu sampai sekarang atas dasar cemburu dan dendam? Sungguh aneh ulama’-ulama’ kita. Apakah mereka tidak sedari firman Allah Ta’ala yang menyifatkan ulama’ sebagai hamba yang paling takut kepadaNya.

 

إنما يخشى الله من عباده العلماء

Mafhumnya : Sesungguhnya hanya (lilhasri/khusus) yang paling takut kepada Allah itu adalah ulama’.

 

Apakah kalamullah ini berdusta atau ingin ditakwil kepada makna yang lain. Na’uzubillahi min zaalik. Kalau bukan kepada ulama’ untuk kita berpedoman kepada siapa lagi? Apakah hanya kepada Muhammad Ibnu Abd Wahhab seorang? Atau beberapa orang ustaz-ustaz mereka sehingga kita menolak Ibnu Hajar al-‘Asqalani (yg digelar sebagai amirul mukminin fil hadis), Ibnu Hajar al-Haitami, Imamuna as-Syafie, al-Imam an-Nawawi, al-Imam al-Ghazali (digelar sbg hujjatul Islam), Syeikh Wahhab as-Sya’raani, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikh Junaid al-Baghdadi, Syeikh ‘Izuddin Abdussalam (yg digelar sbg Sultanul Ulama’), Imam Subki, Imam Bhusiri dan ramai lagi ulama’ yang tidak pernah selari dengan kefahaman Muhammad ibnu Abd Wahhab. Kebanyakan yang disebut adalah bermazhab Syafie. Justeru, di mana kita yang tidak ingin bermazhab?

 

AKU BUKAN WAHABIYY,

 

Bukan kerana aku membenci Muhammad Ibnu Abd Wahhab. Sebab itu sepanjang penulisan ini aku menggunakan ganti nama beliau. Aku bisa saja menggunakan “dia” tetapi sebagai penghormatan beliau sebagai ulama’ Islam. Kalau kafir zimmi pun Islam mengajar supaya dihormati, mengapa tidak aku hormati sesama muslim. Aku mengenali beliau di dalam sejarah yang dinukilkan oleh ulama’-ulama dalam pelbagai versi. Ada yang mengkirtik dan ada yang memuji. Mungkin boleh saja aku katakan kitab beliau dirobah dan sejarah beliau diseleweng, namun apa yang dinisbahkan kpd beliau oleh pengikut-pengikut beliau yang ada sekarang tidak bertepatan dengan prinsip-prinsip ilmu yang ada di dalam kitab-kitab mu’tabarah. Waimma prinsip aqidah, feqah dan juga tasawwuf. Jadi siapa harus aku persalahkan? Maka aku memilih jalan yang ramai daripada jalan yang sedikit bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan dari Abi Malik al-Asy'ari ;

 

لا تجتمع أمتي على ضلال

"Ummat Aku tidak akan berkumpul di atas kesesatan"

 

Wallahu a3lam bissowab..

 

Comments

  1. Assalamu'alaikum wbth, ana setuju dengan tuan blog ini. Pergerakan wahabi yang berselindung di sebalik perkataan salafi nampaknya semakin berkembang terutamanya kepada golongan profesional dan pelajar universiti.

    Kasihannya mereka ini ada yang kurang berpegetahuan di dalam pendidikan agama. Hanya kerana belajar satu dua hadith (tidak mempelajari mengenai asas ulumul hadith, riwayah dirayah, jarh wa at ta'dil, asbabun wurud dan banyak lagi) sudah berani mengatakan ambil sahaja hadith sahih. Dan menolak semua hadith dhoief malah disamakan dengan hadith palsu.

    Naudzubillahi min zalik.

    Tambahan lagi, ada antara mereka ini bermudah-mudah mengatakan ulamak itu salah, tersilap, sesat, terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Pengajian dari ulamak kalam melemahkan dakwah Islam. Dan paling dahsyat sehingga tuduhan bid'ah sesat yang kepada ijtihad para ulamak mujtahidin yang tentunya lebih mahir dan faham tentang disiplin ilmu sebelum mengistinbath hukum

    Ada yang mengatakan buat apa bermazhab, ambil sahaja dari al Quran dan hadith - sedangkan yang bercakap ini baca kitab dalam bahasa arab pun tidak lepas, apatah lagi menguasai ulumul quran yang mempunyai ragam bahasa yang amat unik dan memerlukan pengetahuan mendalam untuk memahaminya.

    Gejala gemar membid'ah dan menyesatkan ini akhirnya membawa kepada permusuhan dan dendam yang tidak berkesudahan. Ia adalah satu antara jarum-jarum halus yang amat disukai oleh golongan yang memusuhi Islam.

    Mudahlah nanti mereka mengatakan - beginilah Islam. Ajarannya amat susah, ada yang suka sesat menyesatkan, kafir mengkafirkan.

    Berhati-hatilah dengan fahaman wahhabiyyah ini.

    ReplyDelete
  2. Syukran kepada Ibnu Nafis di atas perkongsian ini.. Kita sama sekali tidak ingin bermusuh dgn mereka namun jika mereka ingin menyebarkan kefahaman yg boleh merosakkan masyarakat, maka kita tidak teragak2 utk melawan ideologi mereka..

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan pendapat mu al-amin..dkt tempat aku banyak dikalangan pelajar didedahakan dengan fahaman wahabi.aku pun dah blur dah ..tak thu nak cakap apa..dah cakap depa kata mcm nih plak
    yang penting aku amal apa yang kau blajar insyallah ..keep it up bro

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum..
    ana skrg cam dah blur pasal wahabi ni..
    naqib ana kate yg orang kate wahabi tu bukan wahabi sebenarnye, tapi cam pengikut yg taasub je..
    wahabi yg asal ialah nak tolak bid'ah yg terlampau dan sesat je..
    camtu ke ek?

    ReplyDelete
  5. to kahfi;

    Kita kena dalami ilmu aqidah ahlisunnah waljamaah dan kita akan tahu apa masalah wahabi dalam aqidah..masalah dalam fiqh kita boleh bertolak ansur selagi mereka tidak membidaahkan dan menyesatkan umat Islam dengan masalah khilafiyyah..

    Buat pengetahuan kahfi, wahabi ni dia tak mengaku dia wahabi..yg kata wahabi xwujud tu dia xmenyelidiki sejarah ulama'2 terdahulu..

    Soal tuduh menuduh tidak timbul kerana dengan mengetahui kaedah ilmu yang sebenar, kita akan tahu mana silapnya golongan yang bernama wahabi ini..

    ReplyDelete
  6. Kalau wahabbi tu mengancam atau sesat suruh jer kerajaan atau Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa bahawa wahabi sesat & semua pendokong2 wahabi kena tangkap sepertimana Al-Arqam difatwakan sesat!

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya fatwa telah pun dikeluarkan.boleh semak di laman web yakin.ana tak simpan link dia.nanti kalau jumpa ana bgtahu.Wahabi lain drpd Al-Arqam.Al-Arqam merupakan suatu jemaah.kita boleh tangkap tetapi wahabi merupakan suatu pemikiran.tetapi mungkin jakim ada alasan dia.boleh tanya jakim terus..

    ReplyDelete
  8. Bismillah...

    Takder niat khusus untuk berkomentar sbb tak layak. nak mengetengahkan persoalan, boleh? mcm dalam thread lah pulak...hehe

    1) Ana pernah disogokkan dengan cerita punca kemunculan wahabi yang mana tujuan asalnya ialah untuk menghapuskan beberapa amalan2 baru dalam ibadah yang membawa kepada kesesatan. Benarkah? (ana bertanya nih)..

    2) Then, ana ada berdepan dengan seorang sahabat ana yang menolak beberapa amalan dengan sebabnya 'Rasulullah tak pernah buat' seperti kenduri tahlil. Ana dapat rasa dia mula dimasukkan indoktrin wahabi, mungkin.. Maka, ana perlukan pendapat macam mana nak tarik dia kepada nas yang sepatutnya?


    3) Adakah wahabi telah tergelincir dari segi akidahnya? Bhagian mana yang tergelincir? Yang memberi 'sifat' pada Allah itu kah? Bahagian mana lagi ek? Ana yang jahil nih nak tau...

    4) Ana sering terdengar laungan2 kata ... 'Setiap yang diada2 kan itu adalah bidaah. setiap yang bidaah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu adalah neraka'... Boleh tak ustaz bantu ana bagi pencerahan sikit tentang ini? Yang mana dikatakan sesat? Bukan semua bidaah (yang Nabi tak buat) itu sesat, kan? habis, apanya yang kesesatan yang membawa kepada neraka tuh?

    sori ustaz, panjang sangat... sbb kat thread nih dah jadi isu sensitip.. blog ustaz jadi mangsa...
    hahaha... ^^

    ReplyDelete
  9. Bismillah..

    Ana jawab secara ringkas dulu kat sini insyAllah then ana akan cuba buat satu posting khusus utk menjawab persoalan cikgu eya.

    1)Apa yg ana dengar dari mereka pro-wahabi mcmtula but itu tak penting yg penting ialah apakah pemikiran mereka selari dengan akidah ahli sunnah ataupun tidak??Sejarah Muhammad ibnu boleh dibaca sejarahnya didalam kitab karangan abangya sendiri Syeikh Sulaiman.Boleh juga membaca buku karangan syeikh zaini dahlan (mufti makkah pd zman tu) yg menentang pemikirannya..Bahkan ayahnya sendri mengakui kesesatan anaknya.ayahnya seorang yg alim pd zaman tu.dia terpengaruh dgn tulisan ibnu taimiyyah justeru mengikut pemikiran ibnu taimiyyah tetapi dia lebih melampaui drpd ibnu taimiyyah..Ibnu taimiyyah ni kira dikaui jugak tapi muhammad ibnu wahab ni tidak di'itibar kealimannya bahkan fatwanya byk yang sonsang dari ajaran yang sebenar yg telah diijmakkan oleh umat yg terdahulu.

    2)menolak amalan kerana berdalilkan Rasulullah tdk pernah buat adalah salah.seperti kata Syeikh Ramadhan al-Bouti dan Muhaddis Syeikh Ibrahim ak-Kattani berhujjah dengan kata Nabi tidak buat semuanya bidaah dan haram adalah SALAH kerana bukan semua perkara yg Nabi SAW tidak lakukan adalah salah selagi ada syahid dan dialalh yg menunjukkan keharusan berbuat demikian.

    3)Ya wahabi tergelincir dari sudut akidahnya pertama kerana mengtasyabbuhkan sifat Allah dgn makhluk sperti tangan dan duduk.kedua banyak mengkafirkan Umat Islam dgn masalah khilafiyyah sedangkan perkara yg haram jika dilakukan selagi dia tdk menghalalkan perbuatnnya maka dia dikira sbg berdosa besar bukan kafir. kafir melibatkan soal akidah bukan soal ibadah.dan byk lagi sbnrnya.ckp dulu.

    4) Ini Hadis Rasulillah SAW: mafhumnya sprt yg cikgu eya terjemahkan tetapi apa murad (makna sbnr) yang Nabi SAW nak bagitahu??maka kita perlu merujuk kpd syarah hadis spt kitab fathul bari lisyeikh ibnu hajar asqalani dan sayarah muslim oleh an-Nawawi.memahami secara lughawiyyah sahaja merupakan kesilapan yg besar dalam memahami ilmu Islam. Kita perlu memahami satu2 ilmu secara istilahi barulah kita faham bidaah yg mana yg diharamkan oleh Rasulullah SAW.di dalam hadis Nabi SAW menggunakan kalimah nakirah.nakirah memberi makna umum. setiap makna umum mengandungi makna khusus spt disebut didalam kaedah Usul Fiqh. Bidatin tu isim nakirah.so jgn kerana nila setitik kita rosakkan susu sebelanga.kita tdk nafikan smmgnya wujud bidaah yg sesat tetapi kita juga tdk boleh nafikan wujudnya perkara2 baru yang tdk bercanggah dgn syara'. jika perkara yg baru bercanggah dgn qawaid islam maka kita hukumkan sesat tetapi jika selari dgn syariat Islam walaupun Nabi tdk lakukan scara khusus maka tdk ada halangan di sisi syara'

    ReplyDelete
  10. Isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah telah dibincangkan beberapa kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003. Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

    Bagaimanapun keputusan tidak mengatakan bahawa Wahhabiyyah merupakan ajaran sesat malah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

    ReplyDelete
  11. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-14 pada 21 Mac 2000 mengambil keputusan bahawa;

    Aqidah yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab tidak bersalahan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi pengikut Wahhabi membesarkan perkara bid’ah dan khilafiah.

    Golongan Wahhabi di Malaysia tidak mahu menerima pendapat golongan yang selain dari mereka dan mereka tidak menerima pembahagian bid’ah kepada Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Dhalalah.

    Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-23 bertarikh 13 Mac 2003, kertas kerja bertajuk “Ibn Taimiyyah” telah dibentangkan. Mesyuarat memutuskan bahawa Ibn Taimiyyah dan Wahhabiyyah adalah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Mesyuarat juga memutuskan karangan Haji Said Haji Ibrahim dalam bukunya Perbandingan Aqidah Dan Fahaman Umat Islam dan K.H. Siradjuddin Abbas dalam bukunya Iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menyentuh tentang kesalahan aqidah Ibn Taimiyyah mengandungi fakta yang salah dan boleh menyebabkan orang menuduh Ibn Taimiyyah adalah kafir.

    Justeru mesyuarat mencadangkan usaha menyatukan pandangan di antara Ahli Sunnah dan Ibn Taimiyyah dan seterusnya mengeluarkan satu garis panduan yang menerangkan tentang konsep yang mesti dipegang oleh masyarakat agar tidak berlakunya tuduh menuduh antara satu pihak dengan pihak yang lain.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih di atas info.Banyak perkara yg patut dinilai utk mengatakan sesat.sebaiknya kita kembali kepada prinsip ilmu yg sebenar dlm memahami Al-Quran dan Al-Hadis.

    Jika perselisihan dalam masalah khilafiyyah maka kita berlapang dada mana2 dan mereka tidak boleh menuduh org yg melakukan dengan bidaah atau sbgnya kerana ini masalah yg tdk disepakati.

    Adapun di dalam masalah akidah kita tidak boleh tasammuh.kerana aqidah itu satu.yg salah itu salah dan yg benar itu benar.kita tak boleh katakan syiah juga betul atau sbgnya..

    Carilah puluhan titik persepakatan daripada hanya ada satu titik perbezaan..kita semua akan kembali kepada Allah dan hanya DIA yang layak mengadili kita..

    ReplyDelete
  13. Ustaz Amin, tolong kasi clear sket apa yang doc kata tuh... hehe

    Dah fening balik...

    so, kesimpulannya bagaimana?

    ReplyDelete
  14. Ustaz, mungkin ustaz leh terangkan pasal hadith tuh, maksud Rasulullah tuh. apa nya bidaah, yang mana satu bidaah yang membawa kpd kesesatan dan mungkin gak ustaz boleh terangkan secara terperinci asal-usul kejadian hadith tersebut, sebab dan peristiwa ker yang berkaitan dengan hadith tersebut...

    boleh kan, ustaz?

    hehe... demand

    ReplyDelete
  15. Tentang muzakarah fatwa dan keputusannya ana tidak tahu. Ana tidak kata ana tidak setuju sebab ia keputusan muzakarah fatwa..kalau mereka tidak kata sesat pun sekurang2nya mereka katakan boleh memecahbelahkan perpaduan Islam. itu kira salah la sebab Islam mengajar kita supaya hormat menghormati dan saling sayang menyangi sesama Islam..

    Ana tidak suka untuk menggunakan perkataan sesat tetapi ana katakan mereka golongan yg tergelincir dr landasan.

    Ada beberapa perkara dari sudut akidah mereka tergelincir.

    Soal ibnu Taimiyyah dan Muhammad ibnu wahhab kita ketepikan dulu sbb mereka telah pun tiada. Semoga Allah merahmati mereka..

    Cuma apa yg perlu ialah kita kembali kepada prinsip ilmu yg sebenar dan kita buat penilaian secara adil mana yg betul dan mana yg salah.. Belajar bagi banyak sikit. Ana pun masih belajar dan terus belajar.

    Ilmu Allah kan luas. Apa slahnya jika kita bersangka baik sesama kita.Mungkin apa yg kita tahu org lain tdk tahu dan mungkin apa kita tdk tahu org lain tahu..

    Islam mengajar kita kembali kepada ijma' umat Islam. Di dunia ni wahabi hanya sebahagian kecil drpd masyarakat Islam. Maka yg ramai itu lebih berhak utk diikuti kerana ia mutawatir.

    لا تجمع أمتي على ضلال

    Kalau boleh minta Doc bagi sumber tentang keputusan muzakarah tu..senang utk dibuat rujukan..ada link ke?nak tengok siapa panel dia dan sbgnya..

    ReplyDelete
  16. insyAllah psl hadis tu nanti ana cuba usahakan..byk artikel ana yg KIV..hehehe..Tak suka gaduh2 tapi kadang2 rasa perlu juga nyatakan kebenaran mengikut lunas2 ilmu yang disebut oleh ulama'2 kita..ana harap semua dapat berbincang cara baik..kalau ana salah minta ditegur..syukran lakum..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulilah.. skrg br jelas tentang wahabi almaklumlah ilmu agama sy amat cetek berbanding yg lain2, terasa kerdil melihat segala komen saudara/i
    ...apa pun .. terima kasih atas topik ni...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..kita semua masih cetek jika hendak dibandingkan dengan lautan ilmu Allah.Sebab itu kita jangan mudah untuk mengatakan itu salah dan bidaah..mungkin kita tidak tahu..tak tahu bukan bermakna tidak ada..maknanya kena belajar lagi sampai kita tahu..terima kasih di atas komen saudari..

    ReplyDelete
  19. bijak2...
    dengar dulu penjelasan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAs tentang masalah ini .
    dengar dulu Maulana Asri yang Huffaz bukan saja Al-quran tetapi Sahih Bukhari yang bersanad..

    Yang mana salah kita kata salah ,yang mana betul wajib juga kita katakan , tapi adalah tidak adil kita "menyalahkan secara keseluruhan " .
    Disana , Kita mengakui terdapat kesilapan yang berlaku Seperti yang jelas penentangan pada Khalifah Othmaniyah di Jaziratul Arabiyah .
    yang sheikhul Azhar bersalam dengan simon perez kenapa tidak bising ?

    Ana bukan penyokong wahabbi tetapi seharusnya kita bersikap adil , disana terdapat juga kesilapan dan kesalahan yang ada pada mereka . Tetapi itu tidak memadam sekumit jasa mereka terhadap islam...

    ReplyDelete
  20. Berhubung dengan thread yang saudara siarkan di luvislam ,
    Ana membenci perbuatan Raja SAudi !!
    Adalah satu kesilapan ulama' saudi dan ana bersangka baik mereka mungkin telah menegur Raja mereka .

    ReplyDelete
  21. Jika mereka telah menegur alhamdulillah..bagaimana pula fatwa mereka bahawasanya orang kafir itu lebih baik drpd org Muslim yg melakukan bida'ah (yakni di dlm mslh khilafiyyah) dan fatwa mengenai Palastein??knp sikap tasammuh enta dgn ulama' wahabi ini tdk diaplikasi kpd tasammuh dlm mslh khilafiyyah??

    ReplyDelete
  22. Kita kena faham syeikh, salah dlm mslh khilafiyyah tdk membawa kpd kufur tetapi salah di dalam akidah yg membawa kpd kekufuran.Bagaimana dgn akidah mereka yg mengatakan Allah Ta'ala bertangan,duduk di atas arasy dan sbgnya.apakah dlm mslh ini juga kita perlu bertasammuh..enta kena kembali kepada mslh perbezaan khilaf dan ikhtilaf di dlm agama.Jika kita boleh bertasammuh di dlm mslh akidah bermakna kita juga menerima syiah dan yg seangkatan dgnnya.prinsip dan asas ilmu perlu jelas barulah kita akan nmpk di mana silapnya SIFIR mereka dalam mengeluarkan hukum..

    ReplyDelete
  23. Assalamu'alaikum wbth.

    Betapa pentingnya aqidah dalam Islam sehinggalah kita melihat ramai pelajar yang belajar pendidikan Islam tetapi tidak mampu untuk membentengi aqidah mereka. Ramai yang tidak menghayati kepentingan aqidah, beriman kepada ALlah, mempersoalkan qada' dan qadar, kes bunuh diri dan banyak lagi. Itu belum ditambah dengan yang murtad.

    Ya.. mungkin ada jasa mereka (wahhabi salafi).. dibanding dengan jasa dan kerosakan. Mana pula yang lebih banyak?

    Mungkin kita boleh koreksi sikit apa kata ulamak wahhabi salafi kepada umat Islam di Palestin :

    1. http://satuumat.blogspot.com/2009/01/zionis-saudi-tak-kurang-hebatnya.html

    2. Al-Bani mengkafirkan umat islam di Palestian secara mutlak dan mewajibkan umat Islam keluar dari Palestin dalam Majalah Al-Liwa' Jordan keluaran tarikh 7/7/1993 m/s 16 , kitab AlBani sendiriberjudul "Fatawa Al-Bani" m/s 18 Jam'u 'Ukkashah Abdul Manan cetakan Maktabah At-Turoth dan jugan dalam rakaman ceramah AlBani dirumahnya pada tarikh 22/4/1993 serta surat khabar As-suhuf 1/9/1993.


    Kepada cikgu eya - sila layari http://jomfaham.blogspot.com kat situ ada dikumpulkan jawapan mengenai amalan ibadah yang dituduh sesat oleh golongan wahhabi salafi ini.

    Saya boleh buktikan ulamak wahhabi salafi telah mengkafirkan dan menyesatkan majoriti ulamak islam dan umat Islam melalui laman web mereka sendiri.

    WaLlahua'lam

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikumussalam..

    Syukran ibnunafis di atas perkongsian ilmu..semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada akidah yang fasidah..

    ReplyDelete
  25. Assalamua'laikum ustaz yang saya kasihi. :)

    Afwan tumpang beri komen terbuka. Ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, komen secara umum untuk kedua-dua pihak. Juga bukan komen untuk ustaz (ustaz ini tampak baik orangnya :) :) ), tapi secara umum dalam menghuraikan isu ini untuk renungan bersama.

    Sebenarnya sangat lebih intelek. lebih cerdik, lebih matang dan lebih adil jika kita menilai sesuatu isu case by case, bukan secara pukul rata.

    Silap dalam satu perkara tak semestinya silap dalam semua hal yang lain. Golongan penentang saling menyatakan keburukan pihak yang lain, tapi tak pernah pun menyebut kebaikannya, sedangkan kebaikannya pun ada dan jelas. Tapi yang disebutkan hanyalah keburukan demi keburukan.

    Di mana sikap dan akhlak suka kepada bersangka baik dan sukakan persefahaman? Akhlak Islami semakin merudum, malah ada di kalangan agamawan pun.

    Pendek kata, ramai di antara kita sukakan sikap generalisasi, iaitu menghukum seseorang secara total atas kekhilafannya dalam beberapa perkara. Sedangkan dalam banyak perkara lain di sana ada banyak perfahaman. Kita dituntut adalah menilai perlakuan, menilai hujah, bukan menolak individu terbabit secara total. Sekali lagi, case by case.

    Siapa yang belajar sains psikologi akan tahu sikap generalisasi (generalization) seperti ini adalah antara immature ego defense mechanism, atau kata mudahnya generalisasi antara cara fikir penyelesaian masalah yang tidak matang.

    Sheikh Prof Dr Yusuf Qardhawi, alumni ulama azhar sendiri, sangat tepat ketika mengemukakan konsep, "bekerjasama atas hal2 yg disepakati, dan berlapang dada atas hal2 yg dikhilafkan", menyebut semula prinsip yang diajar oleh Sheikh Rasyid Redha suatu masa dahulu. Sheikh DYQ menyebut hal ini ketika membahas isu khilaf sesama umat Islam. Tapi seolah-olah ramai tidak mahu ikut prinsip bijak ini, malah yang jadi seolah-olah terbalik iaitu: "Bercerai dalam hal yang disepakati, dan bersikap jumud dalam hal yang dikhilafkan".

    Allahu nasta'an.

    Walaupun ada perbezaan hatta ke tahap aqidah, masing2 berpegang teguh dgn hujah tersendiri, janganlah itu sampai menjadi asbab untuk berperang lidah. Ada kumpulan diantara keduanya saling memburukkan antara satu yang lain. Malah sampai dilepaskan kata-kata nista, caci-mencaci, sepertimana yang pernah saya teliti dalam beberapa blog dan laman web. Walau dengan bukan Islam pun kita tidak diajar untuk berkata nista, apatah lagi kepada yang beriman kepada Allah.

    Astaghfirullah.

    Apapun semoga Allah memberkati ustaz atas usaha dakwah di blog ini. Ya Allah berkatilah ustaz ini sentiasa, dan tunjukilah kami semua untuk berukhwah dengan baik dan ke jalan yang lurus.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. Akasakiii

    Alhamdulillah Saudara Al Amin.
    Semoga ilmu yang pengisian ilmu yang bermunafaat berserta keiklasan akan membuahkan inti kemurniaan dalam penyampaian Amanah agama

    Semoga Ustaz teruskan memberikan idea idea yang murni yang Menghidupkan kembali jalan Agama

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah akhi..insyAllah..Ameen ya Rabb..doakan ana sentiasa di dalam inayahNya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa