Skip to main content

PHD Hadith VS kitab-kitab Hadith


سم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه واتبع هداه أما بعد 

Mereka yang hanya melihat dua kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja sebagai kitab hadith sahih merupakan mereka yang sempit ilmunya.

Sebelum dua Imam ini para ulama' mazahib mempunya hadith dan sanad-sanad mereka sendiri. Mereka mengambil daripada generasi sebelumnya.

Dua Imam Bukhari dan Muslim menyambung kejuhudan mereka di dalam meriwayatkan hadith daripada generasi sebelumnya termasuk Imam-Imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal.

Di antara kitab-kitab hadith yang bernilai di dalam Islam ialah ;

1) Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 ahadith
2) Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 ahadith
3) Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa'i (m. 915)
4) Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888)
5) Jami' at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
6) Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah (m. 887)

Selain 6 kitab ini yang dinamakan sebagai الكتب الستة atau الصحاح الستة terdapat kitab hadith yang lain yang masyhur di sisi kita iaitu ;

1-al-Muwatta’
2-Musnad Ahmad
3-Musnad al-Syafi`e
4-Sahih Ibn Khuzaimah
5-Mustadrak al-Hakim
6-Sunan al-Daruqutni
7-Jami’ al-Darimi
8- Muntaqa Ibn al-Jarud
9-Sahih Ibn Hibban
10-Mustakhraj Abi Awanah
Berikut adalah 29 jenis kitab hadith ;
1) Jami’/ jawami’
2) Sunan/ ahkam
3) Mathani/ musnad
4) Ma’ajim/ mu’jam
5) Masyikhat
6) Ajza’/ rasail
7) Arbainat
8] Afrad dan Gharaaib
9) Mustadrak
10) Mustakhraj
11) ‘ilal
12) Atraf
13) Tarajim
14) Ta’aliq
15) Taghrib wa tarhib
16) Mursalsalat
17) Tsulasiyyat
18) Al-amali
19) Zawaid
20) Al-Mukhtasarat
21) Takharij
22) Syarhul atsar
23) Asbab nuzul hadis
24) At-tartib
25) At-Ta’liq
26) Al-Mawdhu`at
27) Al-ma’thurat
28) an-Nasikh wal Mansukh
29) Mutasyabih/ Musykil hadis

Setiap kategori kitab hadith di atas mempunyai kitab-kitab yang sangat banyak jumlahnya seperti yang disebut oleh Al-Kittani dalam kitab beliau Al-Risalah Al-Mustatharrifah bahawa terdapat hampir 82 kitab yang ditulis dalam method المسانيد sahaja. Belum lagi jenis-jenis yang lain.

Saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang berkelulusan PHD dalam bidang hadith pada hari ini untuk tempoh setahun dua di Universiti tanpa sanad ilmu dan guru yang jelas, begitu yakin untuk menyatakan sesuatu hadith itu palsu atau tidak.

Seolah-olah mereka telah menguasai dan menghafal semua kitab hadith dan mengatakan dengan penuh yakin bahawa sesuatu hadith itu tiada riwayat.
Kalaupun tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim apakah tidak ada di dalam kitab-kitab hadith yang lain?

Hari ini ramai yang berani kerana kejahilan. Kalaulah mereka sedar, kedudukan ilmu mereka sebenarnya sangat jauh daripada para ulama' terdahulu, sudah pasti mereka lebih suka untuk berdiam diri daripada berkata-kata.

Semoga Allah Ta'ala memelihara kita daripada golongan yang pendek akal mereka, panjang angan-angan bahkan Al-Quran dan Al-Hadith yang keluar daripada bibir mereka tidak sampai ke hati-hati mereka.

والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب
Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...