Skip to main content

Posts

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Nasi Ayam Hadhramaut

Kali ini saya nak kongsi dengan kawan-kawan satu masakan yang popular di Mesir dan harganya boleh tahan la.. Hehehe..Semalam Ust Amidi mengajak kami ahli beit (housemate) untuk lunch di Restoran hadhramaut di Gama'ah..Nasik ayam dengan beras basmati..Masakan ini berasal dari negara Yaman dan Hadhramaut merupakan nama tempat di sana. Masakan nilah yang saya mula-mula kenal semasa sampai di Mesir...Kat Kaherah pun ada restoran dia..Banyak cawangan.Ni kat Gamaah Mansurah.Kalau kawan-kawan datang ke Mesir jangan lupa singgah di restoran Hadhramaut..Memang tak menyesal.. Saya bukan nak kongsi resepi macamana nak masak tapi saya nak kongsi foto-foto yang saya sempat snap sebagai kenang-kenangan..Jom layanzz,, "Bila nak sampai nasi dan ayam ni.." "Sampai juga akhirnya..Inilah rupa nasik dengan ayam dia" Menyelerakan tak??? "Time untuk menjamu selera"Jom makan! "Sebelum balik,,posing dulu...

Ijmak dan Qias sama??

Soalan : Al-Ijmak ngan al-Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan tamadun islam.. Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayu disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam.. Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak; 1) Al-Quran 2) Al-Hadis 3) Ijmak 4) Qias Merujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang saya kutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab). Apa yang dimaksudkan dengan ijmak? Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah. Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti sama...