Skip to main content

Posts

Shopback Review

Saya antara orang suka membeli online kerana mudah dan murah. Saya membeli online dari semurah-murah item sehingga yang mahal seperti surface pro dan ipad pro. Saya juga menggunakan app booking.com, agoda, malaysia airlines, airasia untuk business traveling atau percutiaan keluarga. Selepas saya membaca sebuah artikel yang menceritakan bagaimana penulis membuat pulangan 4 angka dalam setahun dan saya cuba. Ternyata ia possible dan benar. Tapi saya takdela dapat 4 angka tu sebab saya baru manfaatkan shopback ni. 2 angka je. Rugi juga rasa sebab sebelum ni tak guna walaupun dah tahu. Kita juga boleh dapatkan komisyen dengan menjadi referral kepada rakan-rakan kita yang lain. Selepas register dan share seperti yang saya share ini di fb, whatsapp atau apps yang lain. Kita akan diberikan RM5.00 untuk setiap referral kita yang berbelanja sebanyak RM25.00. Bagaimana shopback membayar kita? Ia sebenarnya pembahagian komisyen yang mereka dapat daripada reseller. Dia dapat dan kita dapat...

Kefahaman umum berkaitan Wahhabi dan Ekstremisme

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله  وعلى آله وصحبه ومن والاه  أما بعد Wahhabi sangat marah apabila disebut Tauhid 3 menjadikan mereka kelompok ekstremis. Lantas mereka akan berhujjah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama'ah juga ada yang ekstrem. Kita perlu bezakan antara manhaj dan individu. Adapun yang disebut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah juga ada yang ekstrem itu merujuk kepada individu bukan manhaj kerana manhaj Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah tidak pernah mengkafirkan atau menyesatkan seorang muslim di atas perbezaan pada cabang agama. Berbeza dengan Wahhabi, manhaj mereka itu sendiri yang mengajar mereka untuk menjadi ekstrem di dalam beragama. Mereka menyesatkan umat Islam di atas perkara khilafiyyah furu’iyyah (cabang) agama seperti tawassul, tabarruk, amalan baru yang mempunyai dasar di dalam agama dan lain-lain. Mereka juga menganggap hanya pendapat yang mereka pilih sahaja yang benar. Selain mereka tidak benar. Mereka juga menganggap ha...

Pak Pandir VS Pak Engku - Zikir Allah! Allah! Bid’ah

Pak Pandir : Zikir Allah! Allah! tidak ada makna. Nabi tak ajar bla..bla.. Pak Engku : Allah سبحانه وتعالى berfirman ; وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Insan:25) Apakah Allah bukan nama Tuhan kamu? Daripada Anas رضي الله عنه : Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Tidak akan berlaku qiamat sehingga tidak ada lagi yang menyebut di muka bumi Allah! Allah!” (Riwayat Muslim) عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعةُ حَتَّى لاَ يُقَالَ فِي الأَرْضِ: الله، الله". رواه  مسلم. Apakah Pak Pandir ingin mengatakan Nabi mengajar perkara yang sia-sia berdasarkan kepada hadith ini? Apakah Pak Pandir ingin mengatakan sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabah رضي الله عنه mengatakan yang sia-sia kerana menyebut Ahad! Ahad! ketika diseksa? Zikir Ahad! Ahad! juga termasuk di dalam zikir ism...

Bidaah atau kita yang jahil?

Mereka yang singkat ilmu di dalam pengajian hadith ; 1) Melihat hadith dhaif samataraf dengan hadith palsu dan lebih suka menggunakan akal berbanding hadith dhaif yang lebih disukai oleh para ulama dalam beramal. 2) Membataskan kesahihan hadith kepada Al-Albani dan beberapa orang tokoh mereka yang tidak sampai kepada kedudukan muhaddith apalagi Al-Hafiz di dalam bidang hadith. 3) Meninggalkan riwayat Imam-Imam hadith yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith mereka beserta sanad mereka sendiri kerana menganggap hadith itu palsu. 4) Membataskan kefahaman hadith kepada maksud zahir tanpa merujuk kepada fiqhul hadith. 5) Tidak dapat membezakan di antara sahih makna hadith dan dhaif riwayat. Mereka membuang hadith yang lemah riwayat sekalipun maknanya sahih. 6) Membataskan hadith sahih hanya kepada kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja itupun selepas disaring mengikut kehendak mereka. 7) Tidak dapat membezakan hadith yang digunapakai di dalam menetapkan hukum hakam dan yang digunapaka...

PHD Hadith VS kitab-kitab Hadith

سم الله الرحمن الرحيم الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه واتبع هداه أما بعد  Mereka yang hanya melihat dua kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja sebagai kitab hadith sahih merupakan mereka yang sempit ilmunya. Sebelum dua Imam ini para ulama' mazahib mempunya hadith dan sanad-sanad mereka sendiri. Mereka mengambil daripada generasi sebelumnya. Dua Imam Bukhari dan Muslim menyambung kejuhudan mereka di dalam meriwayatkan hadith daripada generasi sebelumnya termasuk Imam-Imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal. Di antara kitab-kitab hadith yang bernilai di dalam Islam ialah ; 1) Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 ahadith 2) Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 ahadith 3) Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa'i (m. 915) 4) Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888) 5) Jami' at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmi...

WAHHABI MENOLAK KETURUNAN NABI SAW ( AHLUL BAIT)

KETIKA Thahir, putra Nabi Saw dari Khadijah lahir dan terus meninggal dunia, Amr bin Ash dan Hakam bin Ash sangat bergembira sambil mengejek Nabi Saw dengan sebutan Al-Abtar, orang yang terputus keturunannya. Ejekan mereka tersebar di kalangan kaum kafir Quraisy dan hal ini membuat Nabi Saw dan isteri tercintanya, Khadijah semakin berduka. Bagaimana tidak, tidak lama setelah kedua insan mulia ini kehilangan seorang anak laki-lakinya, dua manusia berhati Iblis ini justru menyebarkan penghinaan terhadap Nabi Saw dengan sebutan yang sangat menyakitkan : Al-Abtar! Namun Allah Swt tidak membiarkan kedua manusia (Rasul Saw & Khadijah as) yang dicintai-Nya ini terus dilarut duka. Allah Yang Maha Pemurah menurunkan sebuah surah yang diturunkan khusus untuk menghibur keduanya : Surah Al-Kautsar! Tahukah Anda apakah Al-Kautsar itu? Apa isi surah ini sehingga Nabi Saw serta Sayyidah Khadijah merasa terhibur karenanya? APAKAH AL-KAUTSAR ITU? AL-KAUTSAR secara literal bermakna : Yang Berlimpah ...

Kelebihan Selawat

Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Firman Allah SWT ; إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” . (Surah al-Ahzaab, 33: 56) Perhatikan firman Allah di atas bagaimana Allah memulakan dengan DiriNya yang Maha Agung dalam perintah selawat sedangkan di dalam perintah ibadah yang lain Allah tidak ada seumpamanya. Inilah yang menunjukkan betapa selawat ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : " Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh sel...

Allah Wujud Tiada Bertempat..

Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat; وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف : 84 Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi. Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah. Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas. TAMBAHAN PENULIS. Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana ha...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...