Skip to main content

Shopback Review

Saya antara orang suka membeli online kerana mudah dan murah. Saya membeli online dari semurah-murah item sehingga yang mahal seperti surface pro dan ipad pro.

Saya juga menggunakan app booking.com, agoda, malaysia airlines, airasia untuk business traveling atau percutiaan keluarga.

Selepas saya membaca sebuah artikel yang menceritakan bagaimana penulis membuat pulangan 4 angka dalam setahun dan saya cuba. Ternyata ia possible dan benar. Tapi saya takdela dapat 4 angka tu sebab saya baru manfaatkan shopback ni. 2 angka je. Rugi juga rasa sebab sebelum ni tak guna walaupun dah tahu.

Kita juga boleh dapatkan komisyen dengan menjadi referral kepada rakan-rakan kita yang lain. Selepas register dan share seperti yang saya share ini di fb, whatsapp atau apps yang lain. Kita akan diberikan RM5.00 untuk setiap referral kita yang berbelanja sebanyak RM25.00.

Bagaimana shopback membayar kita? Ia sebenarnya pembahagian komisyen yang mereka dapat daripada reseller. Dia dapat dan kita dapat sedikit pulangan dari apa yang kita belanjakan. Contoh mudah katakan kita membeli barang di lazada berharga RM3k kemudian lazada memberi diskaun RM200 dan kita dapat kembali pulangan dari shopback sehingga 11%.

Kalaupun kita tidak suka membeli barang-barang online, sudah pasti kita ada menempah tiket penerbangan dan hotel secara online. Jadi kita boleh manfaatkan platform shopback untuk dapat pulangan dari apa yang kita belanjakan.

Jom sign up hari ini dan dapat RM5 untuk welcome bonus. Bukan kena bayar apa-apa pun. 😂

Kata orang kampung saya "sharing is caring"

Mohd Al-Amin Bin Daud

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…