Skip to main content

Allah Wujud Tiada Bertempat..


Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat;

وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84


Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi.

Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah.


Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas.


TAMBAHAN PENULIS.

Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana hakikatnya tiada bagi Allah tempat.


Allah tidak berhajat kepada makhluk tetapi makhluklah yang berhajat kepada Allah SWT. Inilah yang terkandung di dalam kalimah syahadah

لا اله إلا الله sepertimana yang dijelaskan oleh Imam as-Sanusi iaitu Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf as-Sanusi al-Hasani Rahimahullah (895H) pengarang kepada kitab akidah yang masyhur iaitu ummul barahin yang menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah yang dinisbahkan kepada al-'Asyaairah wal Maturidiyyah. Kata beliau;


ويجمعُ معاني هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد رسول الله إذ معنى الألوهية استغناء الاله عن كل ما سواه وافتقارُ كل ما عداه إليه

Maksudnya : Dikumpulkan makna akidah-akidah ini semuanya pada perkataan La ilaha illallah Muhammadurrasulullah kerana makna uluhiyyah ialah terkaya (tiada berhajat) Tuhan kepada yang lain daripadaNya dan berhajat segala sesuatu selainNya (Allah) kepadaNya.


Dijelaskan di dalam kitab al-'Aqaaid ad-Duriyyah syarah kepada matan as-Sanusiyyah oleh al-Ustaz al-Kamil as-Syeikh Muhammad al-Hashimi (salah seorang ulama' al-azhar as-Syarif) (m/s 22 dan 23) pada mensyarahkan makna sifat qiamuhu binafsih (tidak berhajat kepada yang lain) : dalil yang menetapkan qiamuhu Ta'ala binafsih dengan maksud tiada berhajat kepada tempat dan pencipta. Jika Allah berhajat kepada tempat (zat) maka jadilah Allah itu sifat kerana tidak berhajat kepada tempat itu kecuali sifat.


Pada hakikatnya prinsip akidah ahlussunnah sangat jelas iaitu Allah tidak bertempat. Kemudian datang syubuhah (keraguan) daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk fahaman mujassimah dan musyabbihah yang telah ditolak oleh ulama' ahlussunnah suatu ketika dulu.


Benarlah kat guru kami Dr. Abdul Manam Hafizohullah (pensyarah UNISZA dan khalifah thariqah al-qaadiriah wal naqsyabandiyyah wakil negeri Terengganu) bahawa jika kita ingin mencari jemaah muktazilah atau jabariyyah atau qadariyyah atau musyabbihah pada zaman ini mungkin sudah tidak ada tetapi jangan kita ingat akidah mereka tidak menyelinap masuk ke dalam akidah mereka yang mengaku ahlussunnah.


Begitulah yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mendabik dada sebagai ahlussunnah dan salaf telah terpengaruh dengan fahaman mujassimah dan musyabbihah. Mereka ini pada suatu masa dahulu golongan yang sangat membenci Abu Hassan al-'Asyaari kerana beliau (Imam al-'Asyaari) merupakan wira ahulussunnah yang menentang akidah yang sesat lagi menyesatkan kaum mujassimah atau musyabbihah.


Maka dengan kebenciaan itu, golongan mujassimah merubah kitab dan menfitnah Imam Abu Hassan al-'Asyaari Rahimahullahu Ta'aala yang telah diijmak (disepakati) oleh sekalian ulama' Islam zaman berzaman adalah tokoh yang menyusun prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah sepertimana yang tersebut di dalam al-mabaadi' al-'Asyarah (prinsip yang 10) ilmu usluddin.


Ayuh kita lihat apa kata Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani Rahimahullah dalam menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jama'ah.


وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني في شرحه على صحيح البخاري(3): "أهل السنة فسروا التوحيد بنفي التشبيه والتعطيل "اهـ

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani di dalam syarah al-Bukhari : Ahlu sunnah mereka itu berjalan di atas tauhid dengan menafikan tasybih (ada keserupaan Allah dgn makhluk iaitu akidah wahabi/mujassimah/musyabbihah) dan ta'thil (menafikan sifat bagi Allah iaitu akidah muktazilah).


Akhir-akhir ini ramai yang memfitnah Imamuna as-Syafie Radhiallahu Ta'ala 'Anhu kononnya berakidah Allah bertempat seperti mereka. Di sini saya nuqilkan kalam beliau yang disalin oleh saya sendiri daripada kitab yang asal. Bukan copy paste sepertimana yang dilakukan oleh golongan wahabi. Sebab itu kita melihat hujjah mereka di mana-mana sama sahaja berbeza dengan ahlussunnah di mana hujjah yang digunakan pelbagai dan kepelbagaian itu menunjukkan keluasan ilmu ulama'-ulama' kita.


Berkata al-Imam Syafie Rahimahullah di dalam kitab al-kaukabul azhar syarah al-fqhul akbar m/s 79 cetakan al-maktabah at-tijariyyah mustofa ahmad al-baz makkatul mukarramah. Kata beliau di bawah tajuk as-syarhu qaul Allah Ta'ala ar-Rahman 'ala al-'arsy istawa.


Ketahuilah ! Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu sesungguhnya Allah 'Azza wajalla tidak harus atasnya kaifiyyah,kammiyah dan ainiyyah..dan dalil atas yg demikian itu sesungguhnya bagi yang tidak ada seumpama baginya tidak mumkin dikatakan padanya kaifa huwa (bagaimana dia) dan bagi yang tidak ada bilangan baginya dikatakan baginya kam huwa (berapa dia) dan bg yg tiada tempat dikatakan baginya aina kaana (di mana dia). dan di dlm kitab Allah yg mulia apa yg menunjukkan di atas tauhid dan menafikan at-tasybih (perumpamaan dengan makhluk) firman Allah Ta'ala : laisa kamislihi syaiun wahuwa as-samiul basir -as-Syura 11 iaitu menafikan tempat dan jihat (arah) dan nafi permulaan. Tamat kalam al-Imam as-Syafie Rahimahullah.


Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal di atas pendustaan mereka terhadap al-Imam as-Syafie Rahimahullah.


Sahabat-sahabatku!


Akidah bukanlah suatu yang boleh dibuat main-main dan dipandang remeh kerana ia menentukan sah atau tidak amalan kita sepertimana firman Allah SWT ;


ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين

Maksudnya : Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka tidak sesekali akan diterima daripadanya dan dia di akhirat tergolong daripada kalangan orang yang rugi. (ali-'Imran 85).


al-Imam Maalik Rahimahullah pernah menyatakan ;


لا تصح العبادة إلا بمعرفة المعبود

Tidak sah ibadah kecuali dengan mengenali siapa yang disembah.


Akidah merupakan penentu kepada amalan kita diterima oleh Allah SWT. Jika rosak akidah maka rosaklah amalan kita seumpama sebatang pokok yang mati akarnya nescaya akan matilah batang dan cabang-cabangnya.


Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang faasidah (rosak) dan tetap di atas akidah ahlussunah wal jamaah yang telah diitlaqkan (dinisbahkan) kepada al-'Asyaairah wal maaturidiyyah sepertimana perkataan al-Imam az-Zabidi ;


إذا أطلق اهل السنة فالمراد بهم اﻷشاعرة والماتردية

Apabila disebut ahlussunnah maka murad (maksud) dengan mereka (ahulusunnah) ialah al-'Asyaairah dan al-Maaturidiyah.

Comments

  1. kebudak-budakan! belajar lebih lagi sebelum masuk medan tempur.

    ReplyDelete
  2. mna hujjah nk lawak blik?setakat x boh nma betoi pastu mai hingaq kta kt org budak2 bek x payah... ni la perangai wahhabi at talam dua mukawi ni...

    ReplyDelete
  3. asyik ade je john doe ni....
    citer pon tah pape je...nk citer medan tempur..
    benda basic pon xpas...apela dendam dgn dia ni dgn org islam?

    ReplyDelete
  4. patutnya tangkap jer geng2 salafi-wahabi nih,masuk ISA... belajar tak sampai 10tahun tp wat kuar fatwa cam ulamak besar

    ReplyDelete
  5. salam,
    lihat kata sheikh sya'rawi ttg istiwa:
    http://www.youtube.com/watch?v=bwNrnHhb0Fs&feature=related

    mana ada org buat tasybih zaman skrg ni. istiwa istiwa la, tapi tak sama dgn makhluk. mengapa timbul soal tempat dann jisim?? adakah nk kias istiwa Allah dgn istiwa makhluk yg memerlukan tempat dan jisim?

    dan lagi satu, adakah enta nk kata sheikh sya'rawi mujassimah bila dia kata Allah ada telinga?? sedangkan salafi pun tak pernah isbatkan telinga bagi Allah kerana ia tidak pernah wujud dlm nas!
    sila rujuk video ni:
    http://www.youtube.com/watch?v=K3mIFBUg5Kk&feature=player_embedded

    fikir2kan. hadaanallahu wa iyyaakum.

    ReplyDelete
  6. Menipu lagi. Ustaz Amin, tak boleh ke kalau dalam satu post awak kat blog ini tanpa menipu? Kenapa asek nak menipu ustaz Amin? Dah mati hujah? Lepas ni nak buat fitnah apa pulak ustaz Amin?

    ReplyDelete
  7. Akhi nizam..

    Assalamualaikum..

    apa yg sy tipu akhi??cuba jelaskan..ana sebutkan nama kitab dan mukasurat..kalau akhi rasa ana menipu akhi leh check sendiri..

    Datangkan hujjah bukan main tuduh2 mcmni..kitab yg ana nyatakan ana semak sendiri bukan copy paste je..kalau ana silap sila bg teguran beserta dgn hujjah di mana silap ana..

    terima ksh sudi jenguk blog ana walaupun tak bersetuju dgn tulisan ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bkn ulamak, INI ularsemak, lidah bercabang...kah..kah..ambik "bilamakan" Dr Dajjal dok mgaku aswj, aswj ikut Quran n sunah, "bilamakan" tk Ada DLM Quran ..tak ada hadis...kalo Allah tk DA dilangit, nape berdoa tadah tangan dilangit, tadah le Kat jubo ulasemak kamu tu, pastu sapu muka.

      Delete
    2. Berdoa tadah tangan kelangit karena kiblat doa ke langit. kalau kiblat sholat ke ka'bah. Bukan Allah ada dalam ka'bah. Bodoh betul kepala hotak kau tu bahlul...

      Delete
  8. apa pula pendapat Ustaz Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari tentang kata2 Al-Sheikh Sya'rawi bahawa Allah bertelinga? adakah beliau dari kalangan mujassimah musyabbihah? mohon tunjuk ajar, baarakallaahu feek.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum Ustaz,

    Mohon pandangan ustaz tentang maklumat yang terdapat menerusi link ini: (http://aqidah-sunnah.blogspot.com/2009/07/perbezaan-ahlus-sunnah-jabariyah-dan.html). Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. wa'alaikumussalam..

    tdk ada apa2 masalah sekadar pembacaan ana..kenapa ya?

    ReplyDelete
  11. Begini ustaz,
    Munurut artikel itu, pengajian aqidah Ahlussunnah Waljamaah adalah mengikut 3 tariq atau mazhab iaitu:

    1. Mazhab Imam Abul-Hasan al-Asy’ari
    2. Tariq atau mazhab Imam Abu Hanifah yang
    dikenali dengan al-Fiqh al-Akbar. Kitab yang
    masyhur yang dipelajari hingga hari ini dalam
    pengajian aqidah mengikut tariq ini ialah
    Matan ‘Aqidah at-Thahawiyyah yang ditulis
    oleh Imam Abu Jaafar at-Thahawi.
    3. Tariq Imam Ahmad bin Hambal yang iaitu tariq
    Ahlul Hadis. Tariq ini lah yang melahirkan
    aliran Salafi hari ini.

    Harap ustaz sudi memberi penjelasan tentang hal tersebut. Yang saya ketahui Aqidah Ahlussunnah Waljamaah ini terbahagi kepada dua iaitu Mazhab Imam Abu Hasan dan alMaturidi; dan Mazhab Salaf.
    Yang saya kurang faham dalam artikel itu ialah tariq yang ke-3 yg melahirkan golongan salafi hari ini? Benarkah begitu?

    Ustaz boleh merujuk artikel tersebut menerusi link berikut: (http://aqidah-sunnah.blogspot.com/2009/07/perbezaan-ahlus-sunnah-jabariyah-dan.html)

    ReplyDelete
  12. mohon ust al-amin tolong jawab soalan di atas tentang sheikh sya'rawi. terima kasih.

    ReplyDelete
  13. ya..dikenali sbg al-hanabilah al-mujassimah.golongan yg menyimpang drpd akidah imam ahmad bin hanbal dan ahlu hadis yg sebenar..ini dijelaskan oleh Seorg tokoh ulama' mazhab hanbali sendiri..boleh rujuk kitab Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah karangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah..

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum,

    Perkongsian ilmu. Sila layari http://mukhlis101.multiply.com/

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  15. oh, maksud ustaz al-amin, syeikh sya'rawi itu dari golongan al-hanabilah al-mujassimah juga? baru saya tahu.

    ReplyDelete
  16. http://mashoori.wordpress.com/2008/11/22/kaedah-dalil-dalil-al-asma-wa-al-sifat-i/....

    buka link ini..dan bantah hujahnya..kalau mampu..

    ReplyDelete
  17. Abu Bakr as-Shiddiq radliyallaahu ‘anhu

    Ketika Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam meninggal, Abu Bakr As-Shiddiq menyatakan:

    أيها الناس ! إن كان محمد إلهكم الذي تعبدون فإن إلهكم قد مات ، وإن كان إلهكم الذي في السماء فإن إلهكم لم يمت ، ث...م تلا (وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم) حتى ختم الآية

    “Wahai sekalian manusia! Jika Muhammad adalah sesembahan kalian yang kalian sembah, sesungguhnya sesembahan kalian telah mati. Jika sesembahan kalian adalah Yang berada di atas langit, maka sesungguhnya sesembahan kalian tidak akan mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya pada Bab Maa Ja-a fii wafatin Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam nomor hadits 37021, al-Bazzar di dalam Musnadnya juz 1 halaman 183.Riwayat perkataan Abu Bakr As-Shiddiq tersebut adalah sahih. Abu Bakr bin Abi Syaibah meriwayatkan dari Muhammad bin Fudhail dari ayahnya dari Nafi’ dari Ibnu Umar. Semua perawi tersebut (termasuk Abu Bakr bin Abi Syaibah yang merupakan guru Imam al-Bukhari) adalah rijal (perawi) al-Bukhari.

    Sahabat Nabi Ibnu Mas’ud menyatakan:

    ما بين السماء الدنيا والتي تليها مسيرة خمسمائة عام ، وبين كل سماءين مسيرة خمسمائة عام ، وبين السماء السابعة وبين الكرسي خمسمائة عام ، وبين الكرسي إلى الماء خمسمائة عام ، والعرش على الماء ، والله تعالى فوق العرش ، وهو يعلم ما أنتم عليه

    “Antara langit dunia dengan (langit) berikutnya sejauh perjalanan 500 tahun, dan antara 2 langit sejauh perjalanan 500 tahun, antara langit ke-7 dengan al-Kursi 500 tahun, antara al-Kursi dengan air 500 tahun, dan ‘Arasy di atas air, dan Allah Ta’ala di atas ‘Arasy dalam keadaan Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kalian.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daarimi dalam kitab Ar-Raddu ‘alal Jahmiyyah bab Maa Bainas Samaa-id Dunya wallatii taliiha juz 1 halaman 38 riwayat nomor 34).

    Riwayat perkataan Ibnu Mas’ud ini sahih. Ad-Daarimi meriwayatkan dari jalur Musa bin Isma’il dari Hammad bin Salamah dari ‘Ashim dari Zir (bin Hubaisy) dari Ibnu Mas’ud. Semua perawinya adalah rijaal al-Bukhari.

    Zainab bintu Jahsy

    عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه أَنَّ زَيْنَبَ بِنت جَحْشٍ كَانَتْ تَفْخَرُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم تَقُولُ: «زَوَّجَكُنَّ أَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِي اللهُ تَعَالَى مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سماوات» وفي لفظٍ: كانتْ تقولُ: «إِنَّ اللهَ أَنْكَحَنِي فِي السَّمَاءِ»

    "Dari Anas –semoga Allah meredhainya- bahawa Zainab binti Jahsy berbangga terhadap isteri-isteri Nabi yang lain, dia berkata: “Kalian dinikahkah oleh keluarga kalian sedangkan aku dinikahkan oleh Allah dari atas tujuh langit”. Dalam lafadz lain beliau berkata: "Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku di atas langit." (H.R al-Bukhari).

    Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas)

    Sahabat Nabi yang merupakan penterjemah AlQur’an ini, ketika menafsirkan firman Allah tentang ucapan Iblis yang akan mengepung manusia dari berbagai penjuru. Iblis menyatakan sebagaimana diabadikan oleh Allah dalam AlQur’an:

    {ثُمَّ لآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ} [الأعراف: 17]

    “Kemudian sungguh-sungguh aku akan mendatangi mereka dari arah depan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan kiri mereka” (Surah al-A’raaf: 17).

    Abdullah bin Abbas menyatakan:

    لم يستطعْ أنْ يقولَ: منْ فوقهم؛ عَلِمَ أنَّ الله منْ فوقهم

    “Iblis tidak dapat mengatakan : (mendatangi mereka) dari atas mereka, kerana dia tahu bahawa Allah berada di atas mereka." (Diriwayatkan oleh Al-Laalika-i dalam Syarh Ushulis Sunnah halaman 661 dengan sanad yang hasan).

    ReplyDelete
  18. Abu Bakr as-Shiddiq radliyallaahu ‘anhu

    Ketika Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam meninggal, Abu Bakr As-Shiddiq menyatakan:

    أيها الناس ! إن كان محمد إلهكم الذي تعبدون فإن إلهكم قد مات ، وإن كان إلهكم الذي في السماء فإن إلهكم لم يمت ، ث...م تلا (وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم) حتى ختم الآية

    “Wahai sekalian manusia! Jika Muhammad adalah sesembahan kalian yang kalian sembah, sesungguhnya sesembahan kalian telah mati. Jika sesembahan kalian adalah Yang berada di atas langit, maka sesungguhnya sesembahan kalian tidak akan mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya pada Bab Maa Ja-a fii wafatin Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam nomor hadits 37021, al-Bazzar di dalam Musnadnya juz 1 halaman 183.Riwayat perkataan Abu Bakr As-Shiddiq tersebut adalah sahih. Abu Bakr bin Abi Syaibah meriwayatkan dari Muhammad bin Fudhail dari ayahnya dari Nafi’ dari Ibnu Umar. Semua perawi tersebut (termasuk Abu Bakr bin Abi Syaibah yang merupakan guru Imam al-Bukhari) adalah rijal (perawi) al-Bukhari.

    ReplyDelete
  19. {وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاهَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأَسْبَابَ *} {أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأََظُنُّهُ كَاذِبًا} [غافر: 36 – 37[

    "Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta." (Surah Ghafir/Mu’min: 36-37).

    Ibnu Jarir at-Thabari menyatakan: "Maksud ucapan (Fir’aun): Sesungguhnya aku memandangnya sebagai pendusta, ertinya: Sesungguhnya aku mengira Musa berdusta terhadap ucapannya yang mengaku bahawasanya di atas langit ada Tuhan yang mengutusnya." (Lihat tafsir AtThobary (21/387)).

    ReplyDelete
  20. hadits Mu’awiyah bin al-Hakam:

    فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: «أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ

    ...“Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di atas langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: ‘Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman” (H.R Muslim).

    Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Asy-Syafi’i di dalam kitab al-‘Umm juz 5 halaman 298. Mengenai periwayatan Imam Asy-Syafi’i tersebut Imam Abu Utsman Ash-Shobuni menyatakan di dalam kitabnya ‘Aqidatus Salaf Ashaabul Hadiits:

    وإنما احتج الشافعي رحمة الله عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة بهذا الخبر ، لاعتقاده أن الله سبحانه فوق خلقه ، وفوق سبع سماواته على عرشه ، كما معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة ، سلفهم وخلفهم ، إذ كان رحمه الله لا يروي خبرا صحيحا ثم لا يقول به . وقد أخبرنا الحاكم أبو عبد الله رحمه الله قال أنبأنا الإمام أبو الوليد حسان بن محمد الفقيه قال حدثنا إبراهيم بن محمود قال سمعت الربيع بن سليمان يقول سمعت الشافعي رحمه يقول : إذا رأيتموني أقول قولا وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم خلافه فاعلموا أن عقلي قد ذهب

    "Asy-Syafi’i –semoga rahmat Allah atasnya- berhujjah terhadap para penentang yang menyatakan bolehnya memerdekakan hamba kafir dengan khabar (hadis) ini kerana keyakinan beliau bahawa Allah Subhaanahu Wa Ta’ala di atas makhluk-makhlukNya, dan di atas tujuh langit di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana keyakinan kaum muslimin Ahli Sunnah wal Jama’ah baik yang terdahulu mahupun kemudian, kerana beliau (Asy-Syafi’i) tidaklah meriwayatkan khabar (hadis) yang sahih kemudian tidak berpendapat dengan (hadis) tersebut. Telah mengkhabarkan kepada kami al-Hakim Abu Abdillah rahimahullah (dia berkata) telah mengkhabarkan kepada kami Abul Walid Hasan bin Muhammad al-Faqih (dia berkata) telah memberitakan kepada kami Ibrahim bin Mahmud dia berkata aku mendengar Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata: Aku mendengar Asy-Syafi’i rahimahullah berkata: Jika kalian melihat aku mengucapakan suatu ucapan sedangkan (hadis) yang sahih dari Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam bertentangan dengannya, maka ketahuilah bahawasanya akalku telah pergi.

    ReplyDelete
  21. Aku pelik la hampa ni mengaji tinggi 2 tapi bab "Dimana Allah ?" pun tak setel lagi . Bila nak makrifat ni. Wahhabi ka salafi ka sama la tu. Hampa bg dalil pasal istiwa yg tu dah diketahui (kata Imam malik) tapi betui hampa tahu di mana Allah . Betul Salafusolehin faham macam yg hampa duk faham? Aku dah kaji Imam 4 Mazhab tu ada pendapat yg Allah di langit (tafwidh) dan ada juga pendapt yg "Allah wujud bi la makan" (takwil) pasal apa hampa pegang satu pendapat saja .. Yg lagi satu pendapat tu hampa tolak .. Jgn tatau pendapat "Allah wujud bi la makan" tu la hakikat mensucikan Allah Ta'ala ...

    Buka balik semua kitab sampai botak kepala pun tak guna kalau dah tak dapat petunjuk dari Allah Ta'ala .

    Ust Amin ,,, tetima kasih mohon copy paste semua posting ,, jgn peduli wahhabi ni saya dah ikut depa dulu mmg buta hati ..tuk guru dia pun tak boleh pakai , buat ijtihad boleh makan katak , tapi pilih lak bukan katak puru ,, katak yg besar cina duk buat sup .. tapi awat tak makan dulu sebleum suruh org makan ..

    Teruskan perjuangan aqidah ASWJ . Tahniah atas perlantikan jawatan ke petronas , Cari Gali . Jgn risau kat petronas masih ramai yg berminat untuk menuntut ilmu ,, sama macam di telekom tempat saya dulu.

    ReplyDelete
  22. Syukran ayah lang di atas komen yg sangat baik..alhamdulillah ana gembira di sini..skop kerja ana masih tdk terkeluar drpd bidang agama yg ana pelajari bahkan di sini lebih kuat cabaran utk org agama menyebarluaskan dan menyampaikan ilmu agama..

    ReplyDelete
  23. Biar hamba jawabkan. Allah itu tidak wujud kerana ianya tidak mempunyai makna. Mengapa? Kerana nabi membawa firman tuhan yg maha esa dan firman tuhan itu tidak berbaris dan bertanda. Maka tuhan yg disembah oleh nabi ialah Allaha (Al-Segala, Laha-MilikNya). Malah Islam dan Muhammad juga tidak wujud di zaman nabi dan nabi mengikuti agama yg tuhan firmankan di dlm al quran iaitu agama nabi Ibrahim, Asalama (Kami Selamat). Org2 Islam ditipu oleh musuh2 tuhan yg menyebarkan fitnah melalui hadis2 watak Muhammad yg dicipta sebab itu semua org keliru di dlm agama yg diikuti padahal agama itu mudah kerana tuhan janji mudah. Cuma perlu memahami perintah tuhan di dlm al quran kerana ianya berkenaan agama nabi Ibrahim dan agama inilah yg dijanjikan memimpin dunia dgn kehebatan tuhan yg maha perkasa lagi bijaksana.

    ReplyDelete
  24. ni apa pulak ni ust amin, makin poning dibuatnya saya membaca komen saudara Mahadaya ni.. mcm mana ni ust amin?

    ReplyDelete
  25. ana pun xfaham apa yg disampaikan oleh mahadaya..kurang enak dibaca pandangannya seolah2 ingin berfalsafah yg tidak membawa apa2 makna kecuali bisa menggelincirkan diri ke lembah kekufuran dgn menafikan wujudnya Allah dan benarnnya Nabi Muhammad SAW..

    ReplyDelete
  26. Assalamu'alaikum,

    Abu Mujahid, hujjah anda tuh kita dah jawab lama. Dah basi hujjah tu. Ada tak yang lebih mantap lagi.

    hadits Mu’awiyah bin al-Hakam:

    فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: «أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ

    ...“Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di atas langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: ‘Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman” (H.R Muslim).

    --------------

    Hadith nih di letakkan oleh Imam Muslim dalam BAB SOLAT. BUKAN BAB TAUHID atau AQIDAH. Cuba cek bebetul.

    Nak berbahas,... cuba masuk sini :

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=21595

    ReplyDelete
  27. Sahabat Nabi Ibnu Mas’ud menyatakan:

    ما بين السماء الدنيا والتي تليها مسيرة خمسمائة عام ، وبين كل سماءين مسيرة خمسمائة عام ، وبين السماء السابعة وبين الكرسي خمسمائة عام ، وبين الكرسي إلى الماء خمسمائة عام ، والعرش على الماء ، والله تعالى فوق العرش ، وهو يعلم ما أنتم عليه

    “Antara langit dunia dengan (langit) berikutnya sejauh perjalanan 500 tahun, dan antara 2 langit sejauh perjalanan 500 tahun, antara langit ke-7 dengan al-Kursi 500 tahun, antara al-Kursi dengan air 500 tahun, dan ‘Arasy di atas air, dan Allah Ta’ala di atas ‘Arasy dalam keadaan Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kalian.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daarimi dalam kitab Ar-Raddu ‘alal Jahmiyyah bab Maa Bainas Samaa-id Dunya wallatii taliiha juz 1 halaman 38 riwayat nomor 34).

    Riwayat perkataan Ibnu Mas’ud ini sahih. Ad-Daarimi meriwayatkan dari jalur Musa bin Isma’il dari Hammad bin Salamah dari ‘Ashim dari Zir (bin Hubaisy) dari Ibnu Mas’ud. Semua perawinya adalah rijaal al-Bukhari.

    --------------------------------------------

    Hadith ini lebih sahih dari hadith yang anda bawak :

    Imam Al-BUkhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


    كان الله ولم يكن شيء غيره
    Maksudnya: “Allah s.w.t. telah wujud dan tiada yang ada selain Allah”.

    ReplyDelete
  28. وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاهَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأَسْبَابَ *} {أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأََظُنُّهُ كَاذِبًا} [غافر: 36 – 37[

    "Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta." (Surah Ghafir/Mu’min: 36-37).

    ---------------

    Nih i'tiqad Firaun ke atau i'tiqad Nabi Musa ? Yang difahami ia adalah i'tiqad Firaun yang percaya Allah atas langit. Bukanke Firaun pun mengaku dirinya Tuhan ?

    ReplyDelete
  29. Kejap kata di arasyh kendian lepas tuh kata atas langit. Mana satu i'tiqad anta AbuMujahid ?

    Cuba kita lihat ayat Allah dalam al Quran mengenai langit :


    Allah Ta’ala berfirman:
    " "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

    Maksudnya: "Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun iaitu dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupaiNya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".(surah As-Syura :Ayat 11)

    فَلاَ تَضْرِبُوا لِلَّهِ اْلأَمْثَالَ

    “Janganlah engkau mengadakan persamaan-persamaan bagi ALLAH …” QS an-Nahl: 74.

    Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 97:

    فإن الله غنيّ عن العالمين

    Maksudnya: “maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk”.

    "Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang."

    (Al-Buruuj: 1)

    “Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami berkuasa MELUASKANNYA.”

    (Adz-Dzaariyaat: 47)

    “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya LANGIT DAN BUMI ITU PADA ASALNYA BERCANTUM, lalu Kami pisahkan kedua-duanya?”

    (Al-Anbia’ : 30)

    “Lalu terbelahlah langit, lalu ia ketika itu menjadi reput (lalu runtuh).”

    (Al-Haaqah: 16)

    Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”

    (At-Takwiir: 10-11)

    “Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.

    (Al-Insyiqaaq: 1-4)

    “Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”

    (Al-Infitaar: 1-3)

    "Pada hari langit bergoncang, bergoncang-goncang, Dan apabila gunung-gunung berjalan, berjalan-jalan," (52:9-10).


    -------------

    Kendian kita rujuk pula kalau mujassimah ingin pertahankan i'tiqadnya iaitu Allah ada di langit. Maka Allah berada atas langit seperti fahaman MUJASIMAH amat bertentangan pula dengan ayat Allah ini :

    وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ (١٦)

    Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya
    , (Surah Qaaf :16)

    2.


    أَلَآ إِنَّہُمۡ فِى مِرۡيَةٍ۬ مِّن لِّقَآءِ رَبِّهِمۡ‌ۗ أَلَآ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطُۢ (٥٤)

    Sesungguhnya Allah Maha Meliputi akan tiap-tiap sesuatu.
    (Surah Fussilat : 54)

    ReplyDelete
  30. Teruskan usaha Anta ustaz AMin.

    ReplyDelete
  31. Kebenarannya ialah agama menurut al quran ialah agama nabi Ibrahim. Dan nabi Ibrahim tidak mengikuti agama Yahudi, Nasrani atau Musyrik (Islam). Jadi, nabi dilantik tuhan menyampaikan al quran yg membetulkan syariat agama nabi Ibrahim yg telah dirosakkan musuh2 tuhan. Ini bermakna apa2 yg diambil selain al quran tidaklah merujuk kpd agama nabi Ibrahim. Sesiapa yg tidak mengikuti firman tuhan maka org2 berkenaan yg tuhan firmankan sebagai kafir/engkar. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum.. rasa nak tergelak baca komen mahadaya tu.. kesian kat dia. rasanya banyak guna sabun "daia" agaknya.. jgn marah,gurau :)

    ReplyDelete
  33. JANGAN PENING KEPALA BACA "FALSAFAH" MAHADAYA TU.. KITA PENING, MAKNANYA DIA DAH BERJAYA.. KONSEP FALSAFAH ( FALSAFAH SESAT ) DIA AKAN MEMENINGKAN DAN MERAGUKAN KITA DAHULU, BARU DIA BOLEH MASUK JARUM.. SEMUDAH ;

    "KALAU KITA TAK BOLEH MEYAKINKAN SESEORANG, KITA RAGUKAN DIA"

    ORANG "LAW" ADA BELAJAR NI.. HEHE..jgn marah..

    ReplyDelete
  34. tak jugak, pandangannya (mahadaya) tentang islam agak menarik.
    persoalannya apakah makna kalimah allah?
    adakah rabul arsyil azim di limitkan dgn lafaz allah sahaja ?
    atau panggilan bg membahasan "yang maha kuasa" dlm ubudiah dan dlm memohan pertolongan.

    tapi saya kurang setuju dgn pandanganya:

    "Malah Islam dan Muhammad juga tidak wujud di zaman nabi dan nabi mengikuti agama yg tuhan firmankan di dlm al quran iaitu agama nabi Ibrahim "

    saya nie kurang ilmu tp kalau tak silap saya pernah dgr :
    JIka ibrahim ada di zamanku nescaya dia akan menurutiku......
    [sumber tak ingat ]
    kalau ada org tau tolong betulkan ya~.

    ReplyDelete
  35. Klu ada orang sokong n setuju wpun sedikit pandangan mahadaya ,maknanya orang tue pun memang kurang pandai bahkan dekat2 nak sama dengan mahadaya.mahadaya nie tak solat kot ...cuba baca balik bacaan tahiyyat akhir atau solawat ibrahimiyyah...napelah susah nak hukum orang jahil macam mahadaya...heran betol teramat jahil nya umat sekarang patotla nabi cakap akhir2 ni macam buih x ada quality

    ReplyDelete
  36. Nak faham wahhabi nie mula2 kene cek sejarah makkah dan madinah ... sebelum datang wahabi lepas zaman nabi ...cek sejarah tokoh2 ulama tokoh sejarah tokoh2 panglima perang dalam Islam yang berpegang dengan aliran Asyairoh..baru faham siapa Wahabi...kita tidak mengkafirkan wahabi cuma jalanan mereka tersasul..sebab ulama zaman berzaman sebelum adanya wahhabi sudah berada di atas jalanan yang benar...kenapa otak susah nak terima yer secara lojik orang yg kurang pandai pun boleh faham dah ada something tak benar dengan wahabi.!!!!!tapi hati2 banyak ceramah2 dri ustaz wahabi tak ternama yg memutarbelit sejarah dgn mengatakan aliran asyairoh sesat kerana menyebarkan aliran ini dengan mata pedang..yang saya dengar sendiri dari ceramah asri sobrie.kita juga akan dengar hujjah dangkal dari rasul dahri yg terang2 mengatakan aliran asyairoh sesat.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum,

    Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

    • Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    • Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    http://www.docstoc.com/docs/56809171/Tok-Ayah-Zid-Kedai-Lalat

    • Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
    http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

    • 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    http://www.docstoc.com/docs/56808286/40-Mutiara-Hikmat-Serambi-Mekah

    • Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    http://www.docstoc.com/docs/56809354/Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd

    • Jom Kenali Dr Maza & Co
    http://www.docstoc.com/docs/56808885/Jom-Kenali-Dr-Maza-_-Co

    • Ahlul Bait Yang Dicerca
    http://www.docstoc.com/docs/56808524/Ahlul-Bait-Yang-Dicerca

    • Rasulullah Budak Kampung
    http://www.4shared.com/video/LKrvHrKs/Rasulullah_Budak_Kampung.html?

    • Maulid Tandingi Krismas
    http://www.4shared.com/video/-X8gpNaU/Maulid_Tandingi_Krismas.html?

    • Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
    http://www.4shared.com/video/xxv1LDSt/Sifat_20_Tidak_Wajib__Nik_Aziz.html?

    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
    http://www.4shared.com/video/g7Mzgr1l/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
    http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

    • Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
    http://www.4shared.com/video/pBkZDPRr/Wahabbi_Adalah_ASWJ__Hadi_Awan.html?

    • Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
    http://www.4shared.com/video/GPYkBAbH/Isu_Sifat_20_-_Mohd_Asri_al-Wa.html?

    • Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
    http://www.4shared.com/video/Q-5Xol7T/Isu_Sifat_20_-_Rasul_Dhari_al-.html?

    • Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
    http://www.4shared.com/video/oVyEtogF/Isu_Sifat_20_-_Fathul_Bari_al-.html?

    • Aqidah Muhyiddin Yasin
    http://www.box.net/shared/nd4xc31lyy

    • Ahlul Bait Baka Pengkhianat (Nik Aziz)
    http://www.box.net/shared/i98cl1svgi

    • Bapa Kaum Muda Kelantan (Nik Aziz)
    http://www.box.net/shared/px1f0idux8

    • Melayu Jahiliyah (Nik Aziz)
    http://www.box.net/shared/zzphcptlde

    • Nik Aziz VS Guru Pondok
    http://www.box.net/shared/z79fqf9j45

    • Guru Pondok Yang Difitnah
    http://www.box.net/shared/si344vemq9

    • Risalah Hina Guru Pondok
    http://www.box.net/shared/hv5tgpvrja

    • Wahabiyyah Darul Naim
    http://www.box.net/shared/nd1iif2tz4

    • Daulah Indera Kayangan (Shahidan Kasim)
    http://www.box.net/shared/lbyk6boch7

    • Fitnah PAS Terhadap Habib Umar
    http://www.box.net/shared/03rq3s0ock

    • Gerakan Wahabbi PAS Melaka
    http://www.box.net/shared/65mycqlf8x

    • Sokong Membawa Rebah
    http://www.box.net/shared/zcpypl85a2

    • Bahaya Allah 4 All
    http://www.box.net/shared/l2xl7umn6v

    • Tajdid Wahabbiyah
    http://www.box.net/shared/j2yrzlfmcr


    Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete
  38. Ustaz, syukran di atas perkongsian ilmu ini... mohon share...

    ReplyDelete
  39. Saya nak tanya la kepada orang yang mengatakan Allah di langit atau di Arasy..

    1 - Sebelum Allah cipta kedua2nye Allah kat mane pulak?

    2 - Kalau dikatakan Allah di langit atau di Arasy. Nampak sangat saiz Allah lebih kecil daripada kedua2nya. Bukankah dah menampakkan yang Allah ini tuhan yang kecil saiznya?...

    ReplyDelete
  40. assalamu'alaikum maaf ane ikut nimbrung.
    Pemahaman wahabi sangat dekat dengan kesesatan yang menyerupakan Allah SWT dengan mahluk.
    Mereka memahami suatu dhalil dengan pemikiran yang sempit akhirnya mereka menghalalkan hujjah sesuai nafsunya.tidak diragukan lagi bahwa pemahaman wahabi ini tidak jauh beda dengan pemahaman kaum khawarij.dimana meletakkan hujjah al qur'an dan hadis sebagai fonis untuk kaum muslimin.
    Dalam Shahih al-Bukhari,
    Rasulullah shallallahu
    alaihi wa sallam
    bersabda:
    “Akan ada sekelompok
    manusia keluar dari arah
    timur. Mereka membaca
    al-Qur’an, namun apa
    yang mereka baca tidak
    melewati tenggorokan
    mereka. Mereka keluar
    dari agama sebagaimana
    anak panah keluar dari
    sasarannya. Tanda-tanda
    mereka mencukur
    rambut.”
    Al-Imam al-Qasthalani
    berkata dalam
    mengomentari hadits ini,
    bahwa yang dimaksud
    dari arah timur adalah
    arah timur kota Madinah
    seperti Najd dan
    sesudahnya. Demikian
    pula Wahhabi, lahir di
    Najd dan kemudian
    menyebar ke mana-
    mana. Di samping
    mencukur rambut juga
    menjadi ciri khas
    mereka. Kaum Wahhabi
    memerintahkan orang-
    orang yang mengikuti
    mereka agar mencukur
    rambut, meskipun kaum
    wanita. Oleh karena itu,
    sebagian ulama yang
    semasa dengan lahirnya
    ajaran Wahhabi berkata,
    “Tidak perlu menulis
    bantahan terhadap Ibn
    Abdil Wahhab. Karena
    sabda Nabi shallallahu
    alaihi wa sallam cukup
    sebagai bantahan
    terhadapnya, yaitu
    “Tanda-tanda mereka
    (Khawarij) adalah
    mencukur rambut
    (maksudnya orang yang
    masuk dalam ajaran
    Wahhabi, harus
    mencukur rambutnya)”.
    Dalam hadits lain
    tentang Khawarij,
    Rasulullah shallallahu
    alaihi wa sallam
    bersabda: “Mereka akan
    membunuh umat Islam,
    akan tetapi membiarkan
    penyembah berhala”.
    Hadits ini persis dengan
    aliran Wahhabi. Mereka
    belum pernah
    mengarahkan
    peperangan terhadap
    selain umat Islam. Dalam
    sejarah mereka belum
    pernah dikenal bahwa
    mereka mendatangi atau
    bermaksud memerangi
    penyembah berhala,
    karena hal tersebut
    tidak masuk dalam
    prinsip dan buku-buku
    mereka yang isinya
    penuh dengan kecaman
    dan pengkafiran
    terhadap umat Islam. Al-
    Imam al-Bukhari juga
    meriwayatkan dari Ibn
    Umar dalam menjelaskan
    ciri-ciri kaum Khawarij,
    “Mereka mengambil
    ayat-ayat al-Qur’an yang
    turun mengenai orang-
    orang kafir, lalu mereka
    tuangkan kepada orang-
    orang beriman”. Ibn
    Abbas juga berkata:
    “Janganlah kalian seperti
    Khawarij, memaksakan
    penafsiran ayat-ayat al-
    Qur’an untuk umat Islam
    (ahlil qiblah). Padahal
    ayat-ayat tersebut turun
    mengenai ahlul-kitab dan
    orang-orang musyrik.
    Mereka tidak
    mengetahui ilmunya, lalu
    mereka mengalirkan
    darah dan merampas
    harta benda orang-orang
    Muslim”. Demikian pula
    kaum Wahhabi,
    mengambil ayat-ayat
    yang turun mengenai
    pemuja berhala, lalu
    mereka terapkan pada
    orang-orang yang
    beriman. Hal tersebut
    memenuhi buku-buku
    dan menjadi dasar
    madzhab mereka.

    ReplyDelete
  41. Nie apa ke banggang sangat nie kata Allah di langit laa di sana laa ... Baik lah pakai logik jer laa sikit ... Ana bukan pandai bab2 agama sangat tapi ada pernah dengar hadis cakap yg Allah akan gulung langit (alam ni) bila dah kiamat , so kalau puak2 wahabi ker salafi wahabi ker kata Allah di langit , so nanti kalau time Allah gulung langit (maksud = seluruh alam semesta nie) maknanyer Allah pun kene gulung sekali lah yer ... baik .. mungkin akan kata hujah ana nie nampak bodoh. Kalau ada yg kata Allah di luar kawasan langit plak ... maksudnyer Allah itu berada di satu ruang. kalau ada yg berhujah Allah di langit maka hujah saya tue dah batalkan hujah mereka. So , sebab tue Imam Malik rhm. marah bila kita tanya bab nie ... "Allah wujud bi la makan ..."

    ReplyDelete
  42. Saya setuju akidah saya Allah Wujud Bi La Makan...

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah..penerangan yang sangat jelas dari ustaz.

    ReplyDelete
  44. Sebenarnya, Aqal manusia tidak dapat menentukan Allah di mana mana, kerana lailahaillallah, sebelumnya tiada sesiapa selain Allah, kemudiannya Allah mengujudkan makhluk dari dirinya, kerana ujud yang asal hanyalah IA

    AKU tiupkan ROH dari AKU
    Cukuplah AKU berkata KUN, FAYAKUN, Allah sumber segala galanya

    langsung apa saja, pemikiran yang muncul bukanlah IA
    itulah laisa kamislihi syaiun

    apa saja yang ujud di pemikiran ialah, baharu, maka bersalahan dengan Allah

    kesilapan kita menidakkan tempat bagi Allah
    bahawa Allah itu Bebas dari takluk sesiapa pun, maka layaklah baginya, segala apa hajatNya

    dan kepada diri ku pula, Allah itu di atas segala galanya

    sebab itulah, bila tidak menghukum dengan apa yang Allah turunkan, kita termasuk golongan, syirik, murtad, kafir, zalim

    kerana itulah Kafir memaksakan merdeka, menerima demokrasi, yang menentukan Rakyat kepada Rakyat, selain Allah lah, syirik

    sidratul muntaha, tak tercapai oleh sesiapa sahaja, melainkan KekasihNya

    itu menunjukkan ketinggianNya

    Kemuliaan, kebesarannya, tidak tertakluk apa yang ujud di pemikiran makhluk

    walau bagaimanapun

    AKU sebagaimana hambaKu sangkakan, ....................hendaklah kita bersangka BAIK, inshallah

    ReplyDelete
  45. Berdasarkan Al-Qur'an :
    - Allah wujud ISTAWA "beyond" Arasy.
    - Allah bukan "berada" di Langit.
    - Allah wujud tidak berdimensi (bukan sahaja tempat malah waktu).
    - Arasy Allah lah yang MEMISAHKAN "Alam Ciptaan" dan Wujud Diri Nya.
    - Allah itu Al-Qarib - Maha Dekat.
    - Arasy Allah itu juga DEKAT.
    - Seluruh Lapisan Langit dan Bumi adalah BERADA dalam Parallel Universe - wujud bertindih-tindih MELIPUTI satu sama lain NAMUN Alam yang lebih tinggi boleh melihat Alam yang lebih Rendah. Contoh Alam Jin boleh melihat Alam kita manusia; begitu juga Alam Malaikat. Mereka DEKAT dengan kita. NAMUN DEKAT lagi Allah dengan kita lebih dekat dari URAT leher kita - NAMUN Allah tetap berada di OTHER SIDE of Arasy - tiada BERDIMENSI dan BERDIRI SENDIRI - tiada DIA bersama dengan kita di Alam Berdimensi iaitu Alam yang ada TEMPAT atau RUANG juga Waktu.
    - ALLAH Muhitho - MELIPUTI segala sesuatu
    - ILMU ALLAH Wasi'a - juga MELIPUTI segala sesuatu
    - RAHMAT ALLAH juga Wasi'a - MELIPUTI seluruh alam
    - KURSI ALLAH juga Wasi'a - MELIPUTI seluruh Alam.

    Paling kena FAHAM - wujudnya 7 Lapisan Langit dan Bumi sebagai PARALLEL UNIVERSE. ALLAH wujud TIDAK di Mana-mana ALAM BERDIMENSI itu. ALLAH wujud TIDAK BERTEMPAT tidak BERWAKTU - namun ALLAH ISTAWA di "beyond" ('ALAL) ARASY.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa