Skip to main content

Bidaah Agama dan Bidaah Dunia



"Kenduri arwah dan bacaan yasin merupakan amalan hasanah (baik) yang tidak mampu disangkal bagi mereka yang berakal"

[Gambar sekadar hiasan diambil daripada blog pulutkuning]


  1. Golongan wahabi yang menolak pembahagian bidaah hasanah dan bidaah sayyiah tetapi dalam masa yang sama membahagikan bidaah kepada dua. Bidaah agama dan bidaah dunia.

  2. Bidaah agama dan bidaah dunia ini tidak terdapat di dalam mana-mana hadis. Mereka menafikan pembahagian yang diklasifikasikan oleh para ulama' muktabar dengan alasan tiada di dalam hadis namun mereka sendiri membuat pembahagian.

  3. Apakah bidaah dunia tidak terdapat hasanah (baik) dan sayyiah (buruk)?? Pembahagian ini sangat bahaya seolah-olah mereka mengatakan bidaah dunia semuanya baik kerana tidak berkaitan dengan agama sedangkan kita tahu perkara-perkara duniawi juga tidak terlepas daripada pembahagian kepada baik dan buruk.

  4. Mereka mengatakan bidaah hasanah yang dikatakan oleh Imam as-Syafie ialah bidaah pada bahasa. Sedangkan pada bahasa sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang mempelajari bahasa arab bahawa bidaah pada bahasa hanya merujuk kepada perkara yang sesat sahaja. Sebab itu Nabi SAW menyatakan kullu bid'atin dholalah kerana daripada sudut bahasa semua bidaah itu sesat adapun perkara baru yang bersifat agama mahupun dunia dan tidak bercanggah dengan umum syariat maka tidaklah dianggap bidaah yang menyesatkan.

  5. Disebut bidaah hasanah itu ialah untuk membezakan dengan bidaah sayyiah namun hakikatnya bidaah hasanah itu ialah sunnah hasanah. Seperti Nabi SAW membahagikan sunnah juga kepada hasanah dan juga sayyiah. Apakah ada sunnah yang buruk? Sudah tentu tidak tetapi penggunaan perkataan yang sama mengikut balaghah bahasa arab adalah untuk mencantikkan penggunaan dan perbezaan di antara keduanya.

  6. Bidaah bukanlah suatu hukum di dalam menetapkan sesuatu perkara boleh atau tidak dilakukan. Kerana hukum yang ditetapkan oleh ijmak ulama' hanya 5 yang dinamakan sebagai hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Tidak ada yang dinamakan sebagai hukum bidaah.

  7. Maka setiap perkara yang bidaah (baru) perlu dihukumkan dengan 5 hukum taklifi waimma ia wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Bukan diborong secara memkhinzir buta. Seolah-olah semua bidaah adalah haram. Jika kaedah ini “semua bidaah adalah haram” yang digunakan maka pincanglah hukum dan rosaklah agama. Kerana setiap zaman akan wujud perkara-perkara yang baru yang belum di ada di zaman Nabi SAW. Maka perkara yang baru itu waimma ia bersifat agama mahupun dunia tidak akan terkeluar daripada 5 hukum yang telah dijelaskan di atas.

  8. Apabila konsep bidaah ditimbang dengan 5 hukum ini maka akan cantiklah agama dan jelaslah hukum dalam menentukan setiap perkara yang baru samada bersifat ibadah mahupun dunia. Apakah wahabi mengira perkara baru yang bersifat dunia terlepas daripada 5 hukum ini? Sudah tentu tidak samasekali. Maka tidaklah relevan membahagikan bidaah kepada bidaah agama dan bidaah dunia kerana pembahagian ini sebenarnya memakan diri mereka.

  9. Wahabi beranggapan melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi sahaja yang dianggap bidaah. Bagaimana dengan menegah atau melarang perkara yang Nabi SAW tidak melarangnya? Tidakkah ini dikira sebagai mengubah hukum yang asal HARUS kepada HARAM? Contoh Nabi SAW tidak pernah melarang daripada melakukan maulid. Tidak ada dalil yang menyatakan tegahan Nabi SAW secara jelas bahkan ada hadis riwayat Muslim yang jelas Nabi SAW menyambut kelahirannya dengan berpuasa. Kemudian, wahabi menegah dan menyatakan ia sebagai bidaah yang menyesatkan sedangkan tidak pernah ditegah oleh Baginda SAW. Maka sebenarnya wahabilah yang melakukan perkara bidaah dan berdusta di atas nama Nabi SAW.

  10. Perlu difahami, untuk menghukumkan sesuatu itu haram perlulah ada nas daripada al-Quran dan al-Hadis yang menegahnya. Ini berdasarkan kaedah usul fiqh. Tegahan itu terbahagi kepada dua seperti yang terdapat di dalam ta'rif hukum samada tegahan secara putus maka hukumnya haram dan tegahan yang tidak putus maka hukumnya makruh. Adapun wahabi mengambil hukum secara borong dengan menyatakan HARAM atau BIDAAH tanpa melihat kepada dilalah samada tegahan itu membawa hukum haram ataupun makruh.


Mohd Al-Amin Bin Daud al-Azhari

B.A (Hons) Akidah Dan Falsafah

Kuliah Usuluddin dan Dakwah

Universiti Al-Azhar As-Syarif

Comments

  1. Betul.
    Aish, penat den ngn bidaah ni!
    Tp nk wt cmne, menerangkan juga sbhgn dr pn tanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. betul akhi..kalau kita tak jelaskan kesian orang awam yang keliru..di surau2 yg ana bagi kuliah mesti timbul isu ni..pastu takkan kita nak berdiam diri..kalau sekadar perbincangan ilmiah takpe..ni sampai berpecah belah masyarakat kita..

    ReplyDelete
  3. ya..stuju..yg benar tetap benar..wahabi hanya tahu hukum bidaah sahaja...haram makruh halal harus apakah dorg x tahu

    ReplyDelete
  4. Syukran memberi komentar di sini..
    sebab itu kita melihat kepincangan hukum berlaku pada hari ini dlm masyarakat kita..yg mereka tau bidaah je..sedangkan di sana masih terdapat ruang yg luasa dlm menentukan sesuatu hukum yg berkaitan dengan perkara baru..

    ReplyDelete
  5. Ustaz, adakah apabila org kata sesuatu perkara itu bidaah maknanya bidaah dholalah?
    Maknya dari segi bahasa je ek?

    ReplyDelete
  6. kalau drpd segi bahasa memang leh kata semua dholalah sebab asal makna bidaah itu mereka sesuatu yg tidak ada mithal sabiq seperti nama Allah badie3 (yg menjadikan sesuatu tanpa cth sblmnya).

    Namun yg dimaksudkan dengan bidaah hasanah tu ialah sunnah hasanah (mengikut penggunaan Nabi SAW di dalam hadis)..

    Sebab itu para ulama' di antaranya Imam Syafie menggunakan hadis sunnah hasanah utk mensyarahkan hadis kullu bid'atin dholalah..

    ReplyDelete
  7. Salam,
    minggulepas ada ustaz fahaman wahabi beri hukum
    1.Tiada tawaf selamat tinggal utk org yg megerjakan umrah hanya utk org yg mengerja haji saja ada tawaf selamat tinggal.
    2.Untuk org perempuan yg kedatangan haid boleh mengerjakan tawaf selamat tinggal bila hendak pulang kem'sia dan tidak boleh menggunakan sebarang pil yg boleh menghalang haid
    3.Haram bagi wanita yg pergi umrah/haji yg tipu
    imegresin dijeddah dgn apa juga alasan.
    minta penjelasan ustaz..

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam..
    ana baru tahu ni..tak pernah dengar lagi sebelum ni..ana tidak arif sgt bab haji ni tapi sekadar ilmu yg sedikit tampaknya hukum yg dinyatakan terkeluar drpd ijma'.

    masalah wanita haidh ni biasanya mereka menggunakan hujjah darah.larangan itu takut mencemari tempat ibadah..kalau tidak maka hukumnya boleh.
    padahal darah itu najis(satu bab). adapun org yg haidh itu menanggung hadas (bab yg kedua).walaupun suci drpd najis tapi masih lagi menanggung hadas besar..hadas besar hanya terangkat dgn mandi wajib dan mandi wajib hanya sah selepas putus daripada haidh.

    org yg menanggung hadas besar haram tawaf dan haram masuk ke masjid.

    ReplyDelete
  9. oh betul ke ustaz wahabi tak bahagi bid'ah dunia kepada baik dan buruk? Bila saya tanya kt kawan saya yang macam wahabi sorg tu, dia jawab senang je, islam ni turun untuk beza perkara baik dan buruk. Maksudnya dalam hal duniawi ni mesti ada perkara yang buruk. Saya rasa ustaz tengah pening ni. Cuba ustaz check balik hujah-hujah ustaz, kesian orang kampung yang belajar dengan ustaz.

    ReplyDelete
  10. baca betul2 apa yg ana tuliskan..wahabi memfokuskan bidaah kepada agama dan mereka katakan kalau bab dunia boleh dilakukan bidaah kerana tidak ada kaitan dgn agama..yg dilarang hanya bidaah di dalam agama..maka timbul persoalan apakah bidaah dunia tidak ada yg baik dan buruk?
    senang cerita..bidaah samada agama atau dunia kedua2nya ada baik dan buruk..yg bercanggah dengan syara3 itulah yg tercela dan yg tidak bercanggah adalah terpuji..

    ReplyDelete
  11. oo. majlis tahlilan ni mesti bid'ah yang buruk.
    mengkhususkan bacaan yassin pada malam jumaat pun buruk jugak.
    Kasihan orang islam, terus ditipu dengan berkat itu ini, padahal mudah aja kalau nak ditukar & dibuat kelas tafsir dan tadabbur quran yang jauh lebih bagus daripada budaya atau bid'ah buruk seperti bacaan yassin & tahlilan ini.

    Masyarakat pun lebih faham tentang islam.
    Ini tidak, asal maulid nabi aja berarak macam orang tak ada kerja, walaupun tak ada dalil khusus tentang fadhilat berarak maulid nabi ni. Dahla merugikan masa, buang duit, tak dapat pahala pulak tu. Bagus jugak Tok Guru Nik Aziz & ustaz2 PAS yang lain bangkang budaya maulid or bid'ah buruk ini, Lim Guan Eng pun bangkang. Pakatan Rakyat ni memang bagus, patut dicadangkan agar dihapuskan amalan2 tradisional dalam islam yang tak ada sumber daripada quran & sunnah.

    Tinggal lah puak-puak umno mempertahankan bid'ah2 tu semua sampai mati.

    Ustaz ni mesti orang umno kan? Sbb pertahankan bid'ah. Dalam PAS pun dah nak start kempen basmi bid'ah baik or buruk peringkat pendukung (ahli2 usrah), then peringkat ahli dan seterusnya. Semoga pejuang islam akan terus menghidupkan sunnah dan menghapuskan bid'ah supaya imej islam ini akan kembali suci.

    Semoga ustaz terbuka untuk bertaubat dan tak pening-pening lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawab dengan berakhlak....jadilah orang yang berilmu dengan berakhlak. Saya duduk di Saudi Arabia. Mereka ada buat kenduri arwah. Sahabat dan saudara datang ke rumah dan ada jamuan. Sama ada jamuan disediakan oleh tuan rumah iaitu keluarga simati atau orang yang brrziarah. Mereka ini mazhab hanbali tetapi mengikut ajaran syaikhul islam muhammad wahab. Di Malaysia kita tak perlu ikut sheikul islam ni sebab kita ada banyak sheikh2 yang sama hebat. Wahabi ini adalah ketetapan Raja Al Saud keatas arab saudi untuk memastikan kesamaan dari segi amalan. Kalau tian duduk di saudi baru tau kenapa wahabi ini diadakan. Tetapi di Malaysia tak perlu pengikut wahabi sebab tiada siapa amalkan mazhab hanbali. Kalau ikut wahabi dan mengaku pengikut shafie...amatlah pelik.

      Delete
  12. Assalamu`alaykum...jaga tatasusilamu tika menulis,Allah Maha Melihat.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. kepada Anonymous : ini kenyataan awak. sy copy balik "ditukar & dibuat kelas tafsir dan tadabbur quran yang jauh lebih bagus daripada budaya atau bid'ah buruk seperti bacaan yassin & tahlilan ini."

    Ada dalil ke dibuat kelas tafsir pada malam jumaat atau pd menggantikan tahlilan?

    Sedangkan nama tafsir pun belum wujud zaman Nabi SAW. ini bidaah juga sepatutnya pada pemahaman anda.

    Kalau awak tidak mengenali saya di dalam politik..tak payah nak ckp la saya tidak PAS ke apa..

    Dalam memahami isu ini kita perlu faham ada dua isu yg berbeza..PAS-UMNO dan Wahabi..

    Jangan disamaratakan semua..kita perlu membincangkannya secara ilmiah bukan secara kepartian..

    Terima kasih kerana memberi komentar di sini..

    ReplyDelete
  14. Saya nampak ustaz memang tengah peningla. Takpala, orang pening-pening ni tak boleh dilayan sangat, kang murtad tak pasal.

    ReplyDelete
  15. Auzubillahi mina syaitonir rojim..
    Astaghfirullahal Aziiim..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum...saya bkn anonymous yg komen dgn menyempitkan trus agama pada politik semata-mata...1 teguran jgnlah terlalu taksub...politik bkn sekadar berparti...bknkah dh tertulis dlm bicara ustaz amin disertakan sekali dgn dalil dan hujah...1 pertanyaan..adakah terlalu buruk membaca yasin dan tahlil pada pandangan mata kamu? yasin tu bukankah ayat al-quran? adakah dgn bertahlil itu manusia boleh leka? tahlil tu bukan berzikir ke? jgnlah memecahbelahkan umat islam....maaf jika tersalah kata :)

    ReplyDelete
  17. Itulah, semoga ustaz amin tak terus memecah-belahkan umat. Semoga beliau sedar & sempat bertaubat atas dosa-dosa beliau ini.

    ReplyDelete
  18. persoalan ttg siapa yg memecahbelahkan tu biarlah kamu fikir sendiri....manusia hanya mampu memberi nasihat dan peringatan, walau sebanyak mana hujah dan dalil yg diberi sekiranya tanpa izin Allah, kebenaran tu tak akan dapat....1 teguran lg, jika kamu tak suka ustaz amin, jgnlah menggangu di sini...

    ReplyDelete
  19. Puak2 yg menggelarkan diri mereka nih salafi ke wahabi ke mmg jenis yg pemalas nak beramal ibadat, mereka cuma tahu kritik org lain yg buat amal, bila dia tgk orang ajam baca yasin dan tahlil sedekah kepada si mati, mereka pun check la kenapa diorg tak buat, bg nak pertahankan puak mereka nih jadi mereka pun cakap la benda nih bida'ah, taraf mereka nih mmg cukup tinggi sbb dah boleh keluarkan hukum camtu, kita cuma membudayakan amalan dengan harapan diterima oleh Allah tapi mereka pulak yang menegah, sbb geng2 mereka nih mmg pemalas, org yg zuhud@sufi pun bagi mereka sesat...abih tu nak wat camne lagi..

    ReplyDelete
  20. Sangat sedih bila ulamak2 KSA menuduh penganut mazhab shafii nih sebagai penyembah kubur dan sesat...Orang2 arab nih mmg perangai huduh, tak reti nak hormat orang, mengangap orang2 ajam nih tidak bertamadun, mengangap bangsa mereka adalah yang terbaik dan terpuji dan bangsa2 kita nih bangsa kuli (kelas ke-2)....tapi yang lagi sedih org2 kita nih pulak dok sanjung lebih2, kalo yang betul tu ok la jugak, sbb diorg tu pandai cakap arab bukannye sume yg diorg cakap tu betul..

    ReplyDelete
  21. salam ustaz..
    dalam amalan masyarakat melayu kita,selalu dibuat majlis tahlil,bacaan surah yasin hari jumaat,buat makan 40hari orang mati,amalan menuggu kubur..soalannya:
    *amalan ni semua bidaah ke?
    *kalu bidaah,ianya masuk dalam hasanah atau sayyiah?
    *bacaan talkin,apa hukumnya?
    ....syukran dan harap diberi maklmbls....

    ReplyDelete
  22. wslm..
    tahlilan,talqin,bacaan al-quran dan amalan yasin tidaklah ditegah di dalam agama.jikapun bidaah ia termasuk di dalam perkara2 yg hasanah (dipandang baik oleh syara').
    afwan..

    ReplyDelete
  23. salam ustaz..
    mungkin komen saya ni terlambat sbb baru terbaca di web ni. Komen saya....Dizaman nabi saw alquran tidak di bukukan, tidak tersusun dan tidak berbaris..hanya tercatat pada dahan2, kulit2 haiwan dsb. Maka bg mrk yg membidaahkn sesuatu selepas zaman nabi sebagai haram, maka janganlah membaca al quran yg di bukukan ini..carilah seperti yg terdapat pd zaman nabi...ataupn cari dan cubalah baca al quran yg tidak mempunyai baris......amacam bole baca ke...lain la klu dia org tu org arab. bagaimanapula org nak mengajar ank2 mrk mengaji?????

    wassalam....hanya komen dr saya
    mat kelang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa