Skip to main content

Tafaqquh Al-‘Aqaaid Ad-Duriyyah

Sudah agak lama tidak menulis di blog. Sebenarnya ana baru pulang daripada alex atau iskandariyyah dalam rangka menziarahi sahabat ana Ustaz Fikri dan zaujah dan sambil cuti-cuti musim panas di sana, . Jazakumullahu khairan jaza’ kepada Ustaz Fikri dan zaujah Ustazah Ina di atas layan first class kepada kami.

Alhamdulillah di kesempatan ziarah dan cuti-cuti Alex, ana berkesempatan menziarahi beberapa maqam auliya’ illah di sana. Antara maqam yang ana ziarahi ialah maqam Syeikh Busiri yang mashyur dengan qasidah dan madaih (pujian) ke atas junjungan baginda SAW. Ana juga berkesempatan menziarah maqam Sidi Abu ‘Abbas Al-Mursi dan Maqam ibu, bapak saudara dan khadam Sidi Ibrahim Ad-Dusuki.

Ana tidak berkesempatan mengupload gambar untuk tatapan sahabat pembaca. Ada masa dan peluang nanti ana uploadkan.

Cuma di kesempatan ini, ana ingin mewar-warkan kepada sahabat dan sahabiah yang berada di Mansurah, kelas tafaqquh sudah bermula. Minggu depan ana akan memulakan kelas pengajian kitab akidah yang ditawaqquf sempena imtihan baru ini.

Kelas pengajian ana pada hari Ahad dan Isnin. Sebenarnya kelas ana hanya pada hari Isnin. Hari Ahad ana diminta menggantikan Ust Hakimi yang akan ke UK selama 3 minggu. Sementara beliau di sana, ana akan menggantikan beliau. Ana akan bacakan kitab yang sama untuk hari Ahad dan Isnin iaitu Al-‘Aqaaid Ad-Duriyyah syarah kepada matan As-Sanusiyyah. Sebuah kitab kecil pada saiz tapi besar pada kandungan dan ilmunya. Kitab ini menjelaskan akidah ahli sunnah wal jamaah.

Akhir-akhir ini kepincangan akidah berleluasa tanpa kita sedari. Seperti kata guru kami Dr. Abd Manam Bin Muhamad, khalifah tariqat al-qadiriyyah wa naqsyabandiyyah, Terengganu dan juga pensyarah di Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA. Kata Beliau;

“Pada hari ini tidak ada lagi kumpulan yang bernama muktazilah, jabariyyah, musyabbihah dan lain-lain firaq islam yang telah luput di telan zaman tetapi jangan kita sangka pegangan mereka juga hilang. Kadang-kadang tanpa kita sedari, akidah yang kita pegang ialah akidah muktazilah atau mujassimah atau lain-lain puak yang melakukan bidaah di dalam Islam”.

Tanpa mendalami akidah dan manhaj ahli sunnah wal jamaah, kita tidak akan dapat membezakan yang mana satu akidah yang haq dan yang mana akidah yang fasid lagi baathil. Di kesempatan cuti ini, sementara menunggu natijah, apa salahnya kita ringakan kaki untuk melangkah ke majlis ilmu yang boleh menyelamatkan kita daripada jatuh ke dalam akidah yang sesat.

Berkata Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali;

لا تصح العبادة إلا بمعرفة المعبود

Tidak sah (tidak diterima) ibadah (solat, puasa, zakat dan haji) kecuali dengan mengenali siapa yang disembah

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan tafsiran Ibnu ‘Abbas kepada firman Allah ;

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون أي إلا ليعرفوني

Tidak dijadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada aku iatu untuk mengenali aku

Sesungguhnya syarat diterima ibadah itu dengan mengenali Allah melalui akidah yang sebenar kerana akidah merupakan tunjang kepada syariat Islam. Ibadah tanpa akidah sia-sia. Seperti golongan kristian, budha yang melakukan kebaikan tetapi tidak diterima oleh Allah sesuatupun kebaikan daripada mereka seperti firman Allah SWT;

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ

Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka diterima daripadanya

Cuba kita perhatikan di dalam rukun Islam. Apakah rukun yang pertama? Syahadah kemudian barulah solat, puasa, zakat dan haji. Syahadah itu merupakan perkara yang berkaitan dengan iman iaitu penyakisian kepada tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah tetapi kenapa di masukkan ke dalam rukun Islam? Kerana tidak dapat tidak ibadah itu wajib ditunjangi dengan akidah yang sahih iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah daripada yang dinaqalkan daripada salafussoleh (Para Sahabat R.A, Tabi’ien dan Tabi’ Tabi’ien).

Ana akan cuba khatamkan kitab ini sebelum ana pulang ke Malaysia. InsyAllah. Alhamdulillah, kitab ini ana diberikan kesempatan oleh Allah untuk belajar daripada guru kami Ust Nik Nazimuddin, salah seorang tenaga pengajar di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Hafizahullahu Wanafa’ana bi’ulumihi fiddaaraini. Ameen..

iklantafaqquhFASA2

Comments

  1. ala... how i wish o could be there... anta balik malaysia nanti, anta buatlah majlis2 macam nie. Jzkk

    ReplyDelete
  2. insyAllah akhi..sudah menjadi amanah penuntut ilmu agama utk menyampaikan bila kembali ke tanah air nanti..

    Baru ni masa ana balik bercuti, ana ada jugak mengajar di masjid dan surau sekitar kota bharu..semoga Allah memberikan kekuatan dan ketetapan di atas jalan dakwah agamaNya..

    ReplyDelete
  3. hebat enta kat mesir...Bila nak mari ke UK??

    ReplyDelete
  4. takde rezeki lagi syeikh..nantila pergi honeymoon sana..hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa