Skip to main content

Zikir Berjoget

50671870_fdeeb4b945

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. ketikamana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.

Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;

ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير

Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan

Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.

Hadis di atas menjadi dalil di atas keharusan berzikir dan memuji Rasulullah SAW dalam keadaan menari dan mengerakakn tubuh. Berzikir dalam keadaan menari atau menggerakkan tubuh tidak termasuk daripada tarian yang haram kerana ada dalil yang membenarkannya. Bahkan ia HARUS kerana boleh mencergaskan badan dan boleh membantu untuk menghadirkan hati mengingati Allah.

Oleh itu, niat dan tujuannya betul kerana kaedah menyebut الأمور بمقاصدهاsetiap perkara itu mengikut tujuannya” Adapun jika niat dan tujuannya baik tetapi caranya diharamkan oleh Allah maka ia tetap haram tetapi dalam masalah ini ada nas yang membenarkan zikir sambil menggerakkan badan dan menari seperti yang telah dinyatakan di atas dan tujuannya juga baik maka ia kekal sebagai HARUS di sisi syara’.

Ana tidak suka untuk menggunakan istilah berjoget kerana kebiasaannya ia merujuk kepada tarian yang haram namun apa yang disebut oleh ulamak dengan menggunakan perkataan إهتزاز dalam bahasa arab yang membawa maksud hayunan atau goncangan. Namun di dalam hadis digunakan perkataan يرقصون yang diterjemahkan di dalam bahasa melayu dengan maksud menari. Jadi tidak salah kalau kita gunakan istilah menari. Kerana tarian itu ada yang HARUS dan ada yang HARAM.

Untuk mendekatkan kefahaman kita. Jika kita melihat orang yang menyanyikan lagu nasyid sambil mengerakkan tangan dan body kerana menghayati lagu yang ingin disampaikan mengapa kita tidak katakan ia HARAM, BIDAAH atau sebagainya?

Jadi jika menyanyikan lagu nasyid yang sudah ma’ruf kepada kita keharusannya mengapa kita tidak dapat menerima zikir dalam keadaan menggerakkan tubuh kerana merasakan kelazatan zikir dengan menyebut nama Allah?

Bukankah ia sesuatu yang pelik?

Jika ada yang bertanyakan seperti ini maka ana tanya balik kepadanya? Apakah semua benda yang pelik itu salah? Bukan semua pelik itu salah. Pelik pada pandangan kita kerana kejahilan kita terhadapanya bukan kerana ia sesuatu yang salah. Pelik tidak dijadikan kaedah hukum untuk menyatakan sesuatu itu haram atau tidak. Bila ada nas yang membenarkan walaupun macamana pelik sekalipun kita harus akur. Kerana banyak perkara yang pelik yang tidak sampai kepada pengetahuan akal kita seperti azab kubur, kebangkitan selepas kematian, mahsyar, kiamat dan sebagainya. Daripada mana kita tahu perkara ini ada sedangkan kita tidak pernah mengalaminya? Jawapannya kerana ada nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang menceritakannya kepada kita.

Pelik atau tidak bukan persoalannya. Persoalannya boleh atau tidak? Ada dalil atau tidak? Inilah persoalannya yang perlu ditanya. Dalil sudah jelas ana nyatakan di atas. Itu bukan kalam ulamak sufi atau kalam ana yang dhoif ini tetapi itu kalam Nabi SAW. Jika kita mengatakan sesat kepada orang yang berzikir dalam keadaan seperti di dalam video di atas seolah-olah kita menafikan hadis Nabi SAW. Ini boleh menyebabkan kita berdusta di atas nama nabi SAW. Ingat! Sesiapa yang berdusta di atas nama Nabi, Allah telah sediakan seat class VVIP di dalam neraka sepertimana yang disebut di dalam hadis.

Bukan semua benda yang pelik pada mata kita dikira sesat dan salah. Pada pandangan orang yang mengerti itulah yang sebenar. Jangan terlalu merasa diri kita tahu segalanya tentang agama kerana disitulah bermulanya ujub yang tidak kita sedar.

Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang dirawayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) : Selepas fathu khaibar telah kembali daripada habsyah Ja’far Bin Abi Tolib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya. Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’faar : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Tolib itu. Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketikamana mereka mendapat kelazatan wajdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wajdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.

Bagaimana jika ada percampuran lelaki dan perempuan?

Ulama sufi yang berada di atas jalan kebenaran juga mengakui majlis seperti ini merupakan majlis yang HARAM. Mereka menisbahkan diri mereka kepada sufi tetapi hakikatnya mereka bukan sufi kerana tujuan zikir itu mendekatkan diri kepada Allah dan percampuran lelaki dan perempuan daripada perkara haram yang boleh menjauhkan diri daripada Allah. Jadi matlamat mereka tidak akan sampai kerana wasilahnya menyimpang daripada cahaya quran dan sunnah. Jadi majlis seumpama ini adalah tidak dibenarkan oleh syara’ walaupun mereka menisbahkan nama mereka kepada nama sufi hakikatnya mereka menodai kemurniaan sufi.

Kita mengakui ada sebahagian golongan yang menggunakan nama sufi tetapi menyimpang daripada syariat Islam tetapi dalam masalah yang kita bincangkan di atas ia mempunyai asas dalil yang kukuh untuk menyatakan pendirian bahawasanya perbuatan berzikir dalam keadaan menari merupakan perkara yang SAH di sisi syara’.

Justeru, selagimana tidak ada unsur-unsur yang haram seperti penggunaan alat muzik yang diharamkan, lagu-lagu yang melaghakan, ikhtilat yang haram maka ia tidak tidak menjadi majlis yang HARAM.

Benarlah kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah;

الناس أعداء بما جهلوا

“Manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu”

Janganlah mudah mengatakan tidak ada tetapi belajarlah mengatakan saya belum menjumpainya. Kerana kemungkinan ia ada tetapi belum sampai kepada pengetahuan kita.

Firman Allah;

وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلا – الإسراء :85

Aku tidak berikan ilmu kepada kamu kecuali sedikit sahaja

Comments

  1. Assalamu'alaikum sheikh...

    Bagus artikel nih :) Bolehlah post kat jomfaham :)
    Ana doakan abah enta berada dalam keadaan sihat walafiat.. Aminn Ya Robb

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam syeikh..
    Sekadar menuqilkan apa yg ditulis oleh ulamak kita di dalam karangan mereka.orang kita terlalu merasakan diri mereka alim sehingga berani menyesatkan orang yang lain.fitnah akhir zaman syeikh.malu utk mengatakan tidak tahu tp mudah utk mengatakan tidak ada dalil dan sbgnya.sbg Allah memberi hidayah kpd kita semua..
    Nanti ana postkan.Ameen Ya Rabb..jazakallahu khairan jazak..

    ReplyDelete
  3. Wow menarik....tapi sudah di kritik di sini =

    http://al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=4996/finish=15/start=15.html

    leh cuba lain kali...

    ReplyDelete
  4. Belajar lagi ya faza4peace, semoga anda tahu beradab dengan khilaf ulamak. Dan tahu juga beradab dalam blog orang lain.

    Saya dah baca dalam laman web anti mazhab tersebut, mana hujjah balasnya dan dalil untuk menolak ? Yang saya lihat hanya tertawaan tanpa ada ulasan ilmiyyah. Akhlak mana yang diambil tu ?

    Suruh sahabat anda seperti masri itu belajar usul feqh. Siapa tidak kenal masri - pelajar yang mengatakan ibnu hajar al asqolani terkeluar dari ahlussunnah wal jama'ah. Kita ada bukti pernyataannya.

    ReplyDelete
  5. hujah balas dipetik dari Ahkam. Tapi masih ada khilaf. So takyah pelik-pelik eyh :)

    ================================================
    Hadith kisah Jaafar bin Abi Talib R.A menari:

    1- Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Baihaqi dari hadith Ali r.a
    2. Diriwayatkan oleh Ibn Sa'ad dalam Tabaqat dan al-Baihaqi dalam ad-Dalail dari Ibn Abbas.
    3. Diriwayatkan oleh Ibn Sa'ad dalam Tabaqat dari Muhammad bin Ali bin Hussain secara mursal.

    Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan Kubra:

    السنن الكبرى للبيهقي - كتاب الشهادات
    باب : من رخص في الرقص إذا لم يكن فيه تكسر - حديث:‏19563‏
    أخبرنا أبو الحسين محمد بن علي بن خشيش المقرئ بالكوفة , أنبأ أبو جعفر محمد بن علي بن دحيم الشيباني , ثنا أحمد بن حازم بن أبي غرزة , ثنا عبيد الله بن موسى , عن إسرائيل , عن أبي إسحاق , عن هانئ بن هانئ , عن علي , رضي الله عنه قال : أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم أنا وجعفر وزيد , فقال لزيد : " أنت أخونا ومولانا " , فحجل , وقال لجعفر : " أشبهت خلقي وخلقي " , فحجل وراء حجل زيد , ثم قال لي : " أنت مني وأنا منك " , فحجلت وراء حجل جعفر قال الشيخ : " هانئ بن هانئ ليس بالمعروف جدا , وفي هذا - إن صح - دلالة على جواز الحجل , وهو أن يرفع رجلا , ويقفز على الأخرى من الفرح , فالرقص الذي يكون على مثاله يكون مثله في الجواز , والله أعلم *

    "Bab: Siapa yang membenarkan tarian sekiranya tidak berlebihan:

    Dari Ali r.a telah berkata: Kami telah datang kepada Rasulullah SAW, Aku, Ja'far dan Zaid. Sabdanya kepada Zaid: Kamu saudara kami dan tuan kami. Maka Zaid pun menari. Dan sabdanya kepada Ja'far: Kamu menyerupai rupaku dan akhlakku. Maka Ja'far pun menari selepas tarian Zaid. Kemudian Sabdanya kepadaku: Kamu dari aku dan aku darimu. Maka akupun menari setelah tarian Ja'far.

    Dan berkata As-Syaikh: Hani' bin Hani' sangat tidak diketahui. Pada hadith ini - sekiranya sahih - adalah dalil membenarkan menari iaitu mengangkat sebelah kaki dan melompat atas sebelah yang lain kerana kegembiraan. Dan Tarian yang berlaku seperti ini adalah sama hukum keharusannya. Wallahu a'lam" ( Sunan Kubra al-Baihaqi : 10/226)

    1- Status Hadith Ali:
    - al-Iraqi dalam Takhrij Ihya':
    أخرجه أبو داود من حديث علي بإسناد حسن وهو عند البخاري دون " فحجل " .

    "H.R Abu Daud dengan Sanad Hasan, dalam Bukhari tanpa lafaz tarian. "

    - Syuib Arnaouth dalam ta'liq Musnad Ahmad:
    تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف هانئ بن هانئ ومثله لا يحتمل التفرد ولفظ الحجل في الحديث منكر غريب

    "Sanadnya dhaif, lafaz menari dalam hadith adalah munkar gharib."

    2- Status Hadith Muhammad bin Ali bin Hussain:
    - Albani dalam Silsilah Sahihah:
    مرسل قوي. وسنده صحيح لولا أنه مرسل

    "Mursal yang kuat. Sanadnya sahih kalau lah ia tak mursal. "

    Kesimpulan Kisah ini:
    - Kisah pujian Nabi SAW kepada Ja'far, Ali dan Zaid r.a terdapat dalam Sahih Bukhari tetapi tanpa kisah mereka menari.
    - Dalam riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi menyebut mereka bertiga menari selepas pujian tersebut.
    - Riwayat Ibn Sa'ad menyebut hanya Ja'far yang menari.
    - Ibn Hajar semasa menjelaskan hadith Bukhari ini turut menyebut riwayat2 lain.
    - Kisah menari ini bukan berlaku semasa pembukaan Khaibar.
    - Menari yang dimaksudkan dalam riwayat ini "al-hajl" : iaitu mengangkat sebelah kaki dan melompat atas sebelah yang lain kerana kegembiraan.

    Wallahu a3lam

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Syukran kepada Ust ibnunafis dan Dr. Hafiz Adam. Persoalan khilaf seperti ini tidak sepatutnya menjadi punca menuduh sesat kepada sebahagian golongan sufi. Artikel ana dipetik atau diterjemahkan daripada kitab haqaiq anittasawwuf di bawah tajuk pergerakkan di dalam zikir mukasurat 157. Ana bukan mereka-reka. Sahabat-sahabat boleh rujuk kitab ini.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..

    Thanx for the information. I'd get very confused when reading long and complicated entries, and then, sadly, it doesn't boil down to anything. Yours is simple to read and understand. Please do keep it up!

    ReplyDelete
  8. Tan Sri lagi. hehe.
    Ostad, jgn nanti tetibe sy dgr sembah berhala pulak halal sudala. Hehe.

    Sy belum tau psl hadis lenggok2 badan tu.
    InsyaAllah kalo bksempatan sy akan perincikan lagi.

    Wahabi pun pelik.
    Bukan sume yg pelik itu haram.

    Manusia akan bermusuh dgn ape yg die taktau.
    Taksub tarekat akan bmusuh dgn wahabi sbb die taktau.
    Camane nk tau nye..
    Blajar agama pun niat nak hentam wahabi sahaje.
    Rugi.

    Jadi, lazimilah kuliah2 ilmu syeikh2 salafi jgk ustaz. Mungkin tu akan mjadikan ustaz sorg ustaz yg lebih baek.

    Tan Sri doakan semoga ustaz tak sembah berhala pasni dan tak maen lompat jauh sambil bzikir.

    Maaf andai terkasar.

    ReplyDelete
  9. takut2 terbalik pulak, belajar agama sebab nak hentam balik ustat. haha

    kan dah sebut kat situ:

    Kita mengakui ada sebahagian golongan yang menggunakan nama sufi tetapi menyimpang daripada syariat Islam tetapi dalam masalah yang kita bincangkan di atas ia mempunyai asas dalil yang kukuh untuk menyatakan pendirian bahawasanya perbuatan berzikir dalam keadaan menari merupakan perkara yang SAH di sisi syara’.artikel nih bukan nk kutuk wahabi asalnya, tapi kalau dah menuduh tarekat sufi nih sesat, maka perlu ada counterback balik.

    bila ada masalah khilaf, pegang pendapat masing2, takyah laa sampai menyesatkan orang lain pulak.

    kita tak selesa dengan tarian mereka, tinggalkan. tak perlu bersangka buruk 'mereka telah sesat'.

    dua2 pihak ade hujah, dua2 di pihak yang benar. kalau berani menggelar diri salafi, kenapa taknak ikut akhlak salafi?

    dua2 bergaduh, kami yang duduk kat tepi nih menonton wayang free. blockbuster lak tuh. lain kali saya tulis skrip, mana tau Yasmin Ahmad nak buat filem. David teoh pun OK.

    kwang3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan sufi tersesat kerna bisikan syaitan..kerna mengamalkan perkara yg doif,subhah,ragu2....

      Delete
    2. Kebanyakan sufi tersesat kerna bisikan syaitan..kerna mengamalkan perkara yg doif,subhah,ragu2....

      Delete
  10. Assalamu'alaikum,

    Anda masuk di blog orang lain dan kemudian taksub dengan membawa tuduhan, dari mana anda belajar akhlak? Saya harap sebelum anda jauh nak membicarakan tentang khilafiyyah. Kita sama-sama khatamkan dahulu soal akhlak.

    Isu yang dibawa adalah perkara ranting lagi dan anda menyerang perkara ini. Artikel yang dibawa semuanya untuk memberikan kefahaman.

    Lihat penulisan anda :

    Blajar agama pun niat nak hentam wahabi sahaje.
    Rugi.

    Jadi, lazimilah kuliah2 ilmu syeikh2 salafi jgk ustaz. Mungkin tu akan mjadikan ustaz sorg ustaz yg lebih baek.

    Tan Sri doakan semoga ustaz tak sembah berhala pasni dan tak maen lompat jauh sambil bzikir.

    --------------------------------------------------

    Adakah ini hasil dari kuliah salaf yang anda hadiri? Membuat penuduhan kerja siapa tu? Anda mencela tanpa hak sunnah siapa?

    Bila saya melihatkan reply dari chatbox atau komen dari artikel yang tiada beradab. Semakin saya sedar fahaman wahhabi ini memang wajar ditolak kerana ilmunya ada tapi akhlaknya korup. Itu baru perkara asas sahaja..

    WaLlahua'lam

    ReplyDelete
  11. Ostad rase sy tak beradab?
    Sy pun rase ostad tak beradab.

    Sy mtk maaf skali lagi kalo sy kasar.
    Mungkin lbey baik kte btemu muka.

    Ostad maen pukul rata.
    Sdgkan ostad tau cane nk mnilai.
    Ostad tau cane akhlak org wahabi,
    kalo betol2 mengikut sunnah nabi.

    Inikah akhlak sufi yg sy nak belajar sgt?
    Kalo mcm ni tak jadilah sy nk betolkan akhlak sy,
    dgn blajar tasawuf kesufian.

    InsyaAllah, utk islam, sume sanggup kte buat kan?
    Salam ukhuwwah.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...

    Ana rasa jawapan daripada Ust Ibnunafis dan Dr Hafiz Adam sudah cukup untuk menjawab setiap persoalan enta..Kalau enta rasa apa yang ana tulis berdasarkan kitab ulamak salah maka ana minta enta tulis satu artikel yang enta rasa boleh memberikan kefahaman yang baik.Blog ana bukan untuk orang yang sudah alim mcm enta..blog ini untuk membantu sahabat-sahabat yang ingin tahu..

    Kalau rasa tak setuju enta pertikailah kitab haqaiq anittasawwuf di bawah tajuk pergerakkan di dalam zikir mukasurat 157. Enta nak radd ana xde guna sebab ana hanya menterjemahkan apa yang ditulis oleh beliau berdasarkan hadis.

    Seingat ana, ana xpernah ke blog enta dan menganggu apa yang enta tulis jadi apa masalah dengan enta? Kenapa enta perlu tercabar dengan artikel ana?

    Jika enta rasa di sini bukan tempat yang sefikrah dengan enta, ana rasa enta tidak perlu masuk ke sini.

    Salam ukhuwwah..

    ReplyDelete
  13. Ana dah datangkan hadis yg membenarkan..enta datangkan pulak hadis yang melarang.tak kan main cakap kosong je..kata nak pakai al-quran dan al-hadis je..kita bawa hadis xnak terima jugak..pastu nak buat mcmn lagi??huhu..

    ReplyDelete
  14. Assalammualikum,

    Harp ust boleh translate dalam bahasa melayu kata kata al Hafidh Ibn Hajar al Asqalani rahimahu Allah:

    وَاسْتَدَلَّ قَوْم مِنْ الصُّوفِيَّة بِحَدِيثِ الْبَاب عَلَى جَوَاز الرَّقْص وَسَمَاع آلَات الْمَلَاهِي ، وَطَعَنَ فِيهِ الْجُمْهُور بِاخْتِلَافِ الْمَقْصِدَيْنِ ، فَإِنَّ لَعِب الْحَبَشَة بِحِرَابِهِمْ كَانَ لِلتَّمْرِينِ عَلَى الْحَرْب فَلَا يُحْتَجّ بِهِ لِلرَّقْصِ فِي اللَّهْو ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ .

    English translation: "A group of Sufis used the hadith of this chapter as evidence for the permissability of dancing and listening to Musical instruments, and the Majority of scholars doubted it by the difference in what was intended by each of them; For the play of Ethiopians with their spears was for training for war, so it is not be used as evidence for dancing in amusement\play."
    [Fath al Bari, Kitab al Manaqib , Bab Qisat al Habash (the story of the Ethiopians)]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjemahan Bahasa Melayu: "sekumpulan Sufi menggunakan hadith dalam Bab ini sebagai bukti permissability menari dan mendengar alat muzik, dan majoriti ulama diragui oleh perbezaan dalam apa yang dimaksudkan oleh setiap daripada mereka; Untuk bermain Ethiopians dengan Lembing mereka adalah untuk latihan perang, jadi ianya tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk menari di amusement\play."
      [Fath al Bari, Kitab al Manaqib, Bab Qisat al Habash (kisah ini Ethiopians)]

      Delete
  15. Jugak ini:

    Imam Al Qurtubi in his commentary on Surah 8:35...


    وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً


    said...

    الْمُكَّاء ضَرْب بِالْأَيْدِي , وَالتَّصْدِيَة صِيَاح . وَعَلَى التَّفْسِيرَيْنِ فَفِيهِ رَدّ عَلَى الْجُهَّال مِنْ الصُّوفِيَّة الَّذِينَ يَرْقُصُونَ وَيُصَفِّقُونَ وَيُصْعَقُونَ . وَذَلِكَ كُلّه مُنْكَر يَتَنَزَّه عَنْ مِثْله الْعُقَلَاء , وَيَتَشَبَّه فَاعِله بِالْمُشْرِكِينَ فِيمَا كَانُوا يَفْعَلُونَهُ عِنْدَ الْبَيْت

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum sophan,

    Anda juga boleh merujuk di sini :

    http://www.marifah.net/articles/movementdhikr-abdalqadirisa.pdf

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Ust IbnuNafis,

    Terima kasih di atas artikel tersebut. Namun ia tidak menjawab atas kata2 al Hafidh Ibn Hajar al Asqalani rahimahu Allah dan Imam Al Qurtubi rahimahu Allah yang saya quote di atas. Ust IbnuNafis dan Ust Al-amin Daud tak terima ke pendapat kedua-dua imam besar dalam hadith dan tafsir ni? Harap dapat diberi penjelasan.

    ReplyDelete
  18. :)

    Wa'alaikumussalam warahmatuLlahi wabarokatuh,

    AlhamduliLLah saya harap anda benar-benar sudah membaca artikel tersebut yang membenarkan zikir bergerak. Dan saya juga berharap anda faham bahawa di sana ada perkara khilafiyyah dari pendapat para ulamak.

    Takkan bila dah baca kita pula cenderung nak kata sesat? Boleh anda sebutkan dua ulamak yang anda berikan kalam mereka itu menghukum sesat? Anda faham atau tidak tujuan ustaz al-amin membawakan dan memberi penjelasan mengenai zikir secara bergerak ini?

    Sebab ada golongan yang mengatakan ia adalah bid'ah sesat dan tiada hujjah dan sandarannya dari al Quran dan Sunnah. Hakikatnya perkara ini ada dalilnya dari al Quran dan Sunnah.

    Saya juga suka nak bertanya - anda berzikir atau tidak semasa berjalan? semasa berbaring? semasa berenang? semasa membuat aktiviti yang lain?

    Kemudian adakah zikir itu tertentu masanya?

    Jika kita nampak ada golongan sufi yang bergerak semasa zikir - sepatutnya dengar dahulu apa dalil mereka. Mereka yang bernasyid memuji-muji ALlah sambil bergerak - bagaimana pula pendapat anda?

    Saya amat berharap mereka yang baru belajar dan berkunjung ke laman web tertentu kemudian jumpa perkataan ini : BID'AH SESAT, TIDAK PERNAH DIBUAT OLEH RASUL - agar mengkaji dan belajar dahulu perkara asas usul feqh, serta bagaimana beradab dengan ulamak.

    Memang ada kaedah setiap ibadah itu haram kecuali ada nas, dalam pada itu yang ada nas adakah ia menjadi haram?

    Adakah kita hendak menghukum haram tanpa hak perkara yang diharuskan, dihalalkan, yang ada hujjahnya dari al Quran dan hadith melalui pemahaman para ulamak?

    Surah an Nahl ayat 16 :

    Dan jangan kamu mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas nama ALlah, sesungguhnya orang yang berani membuat dusta, atas (nama) ALlah tidak akan dapat bahagia.

    dan begitu juga dalam kitab hadith 40 Imam An Nawawi yang bererti : Dari Abi Tsa'labah al Khushany Jurthumi bin Nasirin radiyaLLahu 'anhu dari RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya ALlah subahanahu wa ta'ala telah menetapkan kepadamu ebebrapa kefardhuan maka janganlah kamu melalaikannya dan menetapkan untukmu beberapa batasan maka janganlah kamu melampauinya dan mengharamkan atas kamu beberapa perkara, maka janganlah kamu melanggarnya dan juga telah mendiamkan beebrapa perkara sebagai rahmat untukmu - bukan kerana lupa - maka janganlah kamu membicarakannya.

    Hadith ini bertaraf hasan. Manakala Imam Ibnu Hajar berkata dalam al Fath : Riwayat ini dikeluarkan oleh Daraqutni dari hadith Abi Tsa'labah dan dia memarfu'kannya kemudian dia berkata : Riwayat ini asalnya ada dalam al Bukhari.

    Dan saya juga ingin mengingatkan sesiapa yang menggunakan kalam imam-imam hadith dan mufassir ini, jangan hanya untuk memuaskan hawa nafsu digunakan kalam mereka untuk kepentingan golongan dan agenda sendiri. Dan kemudian selepas itu, mereka ini pula dihukum kafir, sesat dan musyrik. Na'uzubiLlah.

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikumussalam..

    Syukran kepada Ustaz Ibnu Nafis dan akhi sophan yang bertanya..

    Nampaknya akhi tidak memahami apa yang dikatakan konsep khilafiyyah..cuba baca artikel ana dgn hati yang terbuka..ana copy paste balik apa yg ana tulis di sini;

    Ana tidak nafikan ada celaan daripada sebahagian ulama’ terhadap zikir dalam keadaan begini tetapi tujuan tulisan ana untuk menjelaskan mengikut kacamata ahli sufi dengan menyemak kitab-kitab mereka. Di sisi mereka ada dalil yang mereka pegang jadi ia termasuk di dalam perkara khilafiyyah yang tidak tercela. Namun jika sampai kita menuduh mereka sebagai sesat dan gila maka itu suatu yang tidak adil kepada mereka.

    Perlu difahami, apabila disebut ia sebagai perkara khilafiyyah di dalam agama maka kita tidak perlu mendatangkan sejuta dalil untuk mengukuh pendirian kita kerana jika perkara ini qot’ie maka ia tidak dikira sebagai persoalan khilafiyyah lagi. Nama lagi khilafiyyah kan? Khilafiyyah bermaksud ada perselisihan di kalangan ulama’ yang mu’tabar bukan ulama’ jadian. Jadi kita perlu beradab dengan pandangan ulama’ kita. Seperti kaedah fiqh menyebut;

    الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد

    Ijtihad (seorang ulamak yang sampai kepada peringkat mujtahid) tidak terbatal dengan ijtihad yang lain.

    Akhi,,kita bukan berbincang masalah arak,zina,riba dll yang ada dilalah qoti'e tetapi kita membincangkan sesuatu yang mempunyai dilalah zonni..di sini bermula punca kpd perselisihan ulama'..

    Jika akhi boleh datangkan satu hadis dan satu ayat yang melarang secara qoti'e zikir dalam keadaan begini ana akan tarik balik artikel ini..harap akhi faham apa maksud qot'ie dan zonni..sbb dua kaedah ini akan menjelaskan kepada akhi perselisihan yang berlaku..

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kepada Ust AbuNafis dan Ust Mohd Al-Amin Daud atas penjelasan yang panjang lebar. Kedua-dua penerangan oleh kedua ust saya terima dengan hati terbuka. Minta maaf jika ada kata2 yang menyinggung. Sebab saya ni budak baru belajar. Bila lihat sesuatu yang menyanggahi pendapat ulama muktabar, ada perasaan ingin bertanya. Tapi benarkah ada ulamak muktabar lain yang membenarkan perkara ini?

    Sebab dah baca artikel di atas beberapa kali, tak jumpa pulak pendapat ulamak muktabar yang dibawa yang mengatakan perkara tersebut dibenarkan, yang membuatkan boleh kita katakan ia khilaffiyah. Harap dapat diberi pencerahan. Maaf jika tersalah. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  21. Sama-sama..Siapa yang akhi maksudkan sebagai ulama' muktabar? Riwayat yang saya naqalkan daripada ibnu kathir pada post memahami sunnah taqririyyah sudah akhi baca?Ibnu Kathir tidak muktabar ke sehingga meriwayatkan sesuatu yang menyimpang atau bagaimana?

    Apa yang ana tulis berdasarkan kitab ahlinya. Syeikh Abd Qadir Isa Al-Halabi merupakan tokoh ilmu tasawwuf yang terkenal diseluruh pelusuk dunia.kitab beliau haqaiq anittasawwuf diterima secara talaqqi bilqabul oleh ramai daripada ulama' dunia.pandangan siapa lagi yang akhi inginkan?

    Tampaknya akhi masih belum jelas konsep khilafiyyah..dilalah am dan dilalah khas..insyAllah ana sedang siapakan satu artikel mengenai ulum Al-Quran..InsyAllah..

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum sophan,

    sementara menunggu ustaz al-amin menerangkan dan menulis artikel mengenai konsep khilafiyyah, saudara juga boleh membaca di sini :

    http://jomfaham.blogspot.com/search/label/Adab%20Dengan%20Khilaf%20Ulamak

    ReplyDelete
  23. Salam.
    pe probnya sekarang ni? tulisan ust dah jelas.. dia pun naqal dari kitab.. zikir nak berjoget ke..baring ker.. ikutlah.. takde masalah.. yang bid'ahnya dok menyanyi, menari yg dok dalam tv skrg nie... berapa puluh dah program realiti tv kt mesia skrg ni? lu pikir la sendiri..
    nak hentam, hentam yang tu lah.. kalau korang kata tulisan ustaz ni tak betul.. tak payah ikut.. sebab manusia ni ada prinsip dan fikrah masing2.. sebab kalau korang kata fikrah korang yang betul.. tak leh jugak, sebab mungkin fikrah wahabi korang tu kami tak leh terima..
    jadi, tak payah nak masuk blog ilmu ni untuk korang nak hentam2 sampai kata sembah berhala la dan lain2.. itu perbuatan orang yang tak abis sekolah,bodoh bengap,tolol,bengong,dan keturunan jahiliah.. ini pendapat aku.. ikut aku lah.. so,KSIMPULANNYA katakan TIDAK kepada WAHABI..!

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. ulama' kate; belajar adab dahulu, baru belajar perkara khilaf.
    kitab ape eyh?
    bidayatul hidayah?
    aiseh lupe.
    (kantoi malas pegi kelas)

    ReplyDelete
  26. Sekiranya hadis tersebut sahih,

    Hadis yg dibawakan oleh amin daud tersebut sedikit pun tidak menyatakan bahawa sahabat tu menari sambil berzikir. Tetapi hanya sekadar menyebutkan "Nabi hamba yg soleh".

    Perkataan menari di situ juga perlu dijelaskan dengan baik, apakah menari yg dimaksudkan? Adakah tarian zapin, tarian mak yong, tarian breakdance dan seumpamanya?

    atau pun ia hanya sekadar menunjukkan (ekspressi) kegembiraan seperti org yg mengungkapkan perkataan "Horeyy!" dengan menganggat tgn dan terlompat sedikit.

    Saya juga mahu tahu, hadis no. berapa di dalam Musnad ahmad? Ada matan arab dia tak?

    Nawawi,
    http://an-nawawi.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. Mungkin nawawi tidak pernah datang ke negara arab dan tidak tahu budaya orang arab.. so kena kaji lagi.. baru nawawi tahu tarian yang macamana..

    Apa beza tarian yang nawawi klasifikasikan.. nawawi pakai tafsiran siapa ni?kalau tafsiran nawawi sendiri. mintak maaf ana tak pakai.. ana lebih pakai tafsiran ulama' yg muktabar dan artikel ana pun diambil daripada sumber yg dii'tibar oleh seluruh dunia akan kesahihannya.

    Kalau pada nawawi tidak sahih.. terpulanglah.. ulama' nawawi mmg biasa dah kutuk-kutuk kitab ulama'.pastu ubah-ubah kitab ni mmg kerja mereka dah..kalau rasa alim sgt jgn duk usik fathul bari, kitab imam nawawi.. tulis kitab sendiri..ni apa duk tahqiq2 lps tu duk ubah-ubah.. buang apa yg tidak sepakat dgn kefahaman mereka.. kami ada bukti.. jgn kata ckp kosong..

    Siapa yg pernah mengkufurkan Ibnu Hajar 'Asqalani? lepas tu kenapa nak usik juga kitab beliau?syarah hadis bukhari sendiri la bro..

    Enta kena faham. kami terima ini sebagai masalah khilafiyyah. Ada pro dan kontra cuma yang jadi masalah siapa yang mulakan duk sesatkan dan bidaahkan mereka?Apakah masalah khilafiyyah boleh menyebabkan sesat dan kufur? kalau enta faham mcmtu, enta kena mengaji lagi..

    Matan arab kat komen atas tu dah ada. riwayat lain. riwayat al-baihaqi. byk riwayat xkan tak jumpa satu pun. Cari lagi. InsyAllah jumpa. Jangan cari niat nak radd ana.. Cari kerana Allah..inysyAllah jumpa..

    Syukran..

    ReplyDelete
  28. Bismillahhirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullah ya akhi?

    Video youtube di atas adalah tarekat pimpinan syeikh mahmud al-kedahi. Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
    Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

    2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

    ReplyDelete
  29. 5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
    (Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

    Booklet berkenaan bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
    (Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
    Cetakan Pertama - 2000
    Cetakan Ketujuh - 2006

    Aurad Ismailiah
    (Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

    Latar belakang
    1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
    2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
    3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
    5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
    6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

    Ciri- Ciri Kesalahan
    1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
    2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
    3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
    4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
    5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
    7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
    8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
    10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
    11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
    12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

    Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
    Wallahualam

    "Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

    "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum Abdussalam,

    apa kaitan dengan artikel di atas? anda nak pukul borong semua tarekat adalah sesat?

    Tak perlu gunakan ayat al Quran semata2 nak hukum sesat sedangkan anda bukan orangnya untuk menjatuhkan hukuman tersebut.

    Saya sarankan anda baca buku MUNAQASHAH SUFI PERINGKAT KEBANGSAAN 2004 jika benar-benar anda ini seorang yang adil dalam menilai. Cari dan kaji mana tarekat yang betul dan yang tidak betul.

    Semata-mata gunakan fatwa dalam bab ini untuk hukumkan sesat, apa kata anda buka pula fatwa tentang tawassul, berzanji, maulidul rasul dari fatwa JAKIM yang menghukumkannya tidak sesat. Adakah anda akan mengambil dari JAKIM/BAHEIS ?

    Semoga dijauhkan dari ALlah orang yang bersikap semata-mata mencari kesalahan untuk menghukum sesat tanpa menyelidik.

    Na'uzubiLLah.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum semua...


    Jalan Tasauf Sedikit Pengikut,
    Banyak Fitnah,
    Orang Yang Berjalan,
    Ramai Yang Patah Pinggang,
    Rebah Ditengah Jalan
    Tak Sempat Sampai Kepada Tuhan
    Nafsu Syaitan, Dunia dan Makhluk
    Menjadi Halangan
    Akhirnya timbul Thariqat Sesat dan Songsang
    Yang Benar Ada,
    Tetapi amatlah Jarang
    Tersembunyi didalam lipatan
    sufi sadur, sufi kepura-puraan dan
    sufi andai-andaian
    Kesana ke sini mencari pelanggan
    Akhirnya terkubur di dalam liang

    Jangan anda semua menghukum golongan Tarekat dan Tasauf dan Sufi, berdasarkan mereka yang seleweng. Masing2 jalan ada tipudayanya. Tipu daya di dalam golongan Tarekat juga amat dasyat. Inilah golongan
    sufi palsu. (tertipudaya)
    Jadi harap saudara jangan mengambil contoh mereka dan menghukum rata semua golongngan Tarekat dan Sufi begitu.

    Kalau kita lihat kebanyakkan orang Islam di akhir zaman ini, cara hidup mereka, xkan kita nak menghukum semua umat Islam itu berzina, minum arak, mencuri, x solat pun, dedah aurat dan sebagainya. Kena tengok apa yang sebenar di dalam Islam itu sendiri. Kena selidik dulu.

    Golongan Tarekat begitu jua, kamu jangan menghukum mereka, berdasarkan setengah daripada yang mengaku ahli Sufi, pengamal Tarekat, namun perbuatan, menyalahi Syariat pula.Kerana tiap2 hakikat yang menyalahi syariat itu bathil.

    "Fekah tanpa Tasauf itu fasiq."
    dan
    "Tasauf tanpa fekah itu zindiq."

    Wallhualam...

    Anda semua di jemput ke:
    http://sufimas.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslm..bgaimana nak tahu sufi sadur..Tuan ahli tarekat mana...ana br bjinak-jinak dg ini..byk tk tahu..

      Delete
  32. Apa masalahnya?

    Apa masalahnya kalau nak berzikir sambil menari ke berjalan ke bergolek ke melompat jauh ke dekat ke baring ke berenang ke berperang ke bekerja ke?

    Kan zikir tu setiap masa, kalau hati tu tak diisi dengan zikir maka syaitanlah mengisinya...

    Jika masa 'melompat jauh' tak berzikir, maka syaitanlah yang masuk...

    Nabi kan berzikir setiap masa, Allah perintahkan hamba-hambaNya sentiasa ingat kepadaNya...

    Bukan ingat Allah waktu lepas solat, sedang solat or waktu susah je...

    Saya yang cetek ilmu ni pun boleh faham penerangan dalam blog ni...

    ReplyDelete
  33. asalamualaikum.'bagus blog ustaz ni...jom 'zikr'..pd Allah swt...jika kurang zikr' pd Allah kita akui kelemahan kita dg rendah hati..tk perlu cari dalil..slhkan Ahli 'Zikr' hee

    ReplyDelete
  34. Tajuk artikel ni tak kena...sepatutnya "NASYID sambil menari"..bukan ZIKIR...zikir difahami ialah mengucapkan ayat2 ma'thur dari al-Q dan Hadis..lalu persoalan timbulnya : bolehkan berZIKIR sprt subhanallah, laailahaillallah dsbg dalam TARIAN???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini faham bahasa Malaysia ke tidak ni? zikir dengan nasyid confuse eiii

      Delete
  35. morerator:ini isu khilafiyyah mu tok soh duk bengong la ....mu bukan ulamak serah je pada ulamak.....

    ReplyDelete
  36. Setiap manusia diambil kata2nya dan boleh ditolak..melainkan Rasulullah s.a.w..penulis berdusta atas nama ibnu katsir..ibnu katsir x tafsir pun boleh menari..dan tafsiran hadith lelaki habsyah itu pun boleh dipertikai lg..pertama..dia hanya memuji nabi tp x berzikir..kedua..jenis tariannya mubgkinbutk menyatakan ekspresi seperti dikatakan bro nawawi..

    ReplyDelete
  37. brothers, lari tajuk sikit, cuba check alquran al-hasyr:14
    agak-agak kena pada kita tak?

    renung2kanlah..bersama2 menghasilkan pemuda yang real, bkn yang suka berdebat..barangkali senyap itu lebih bagus? lupa kah kita pada hadis nabi?

    kalau salah, maafkan saya.
    jay zack kay kay brothers.

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum....

    terpanggil saya menyatakan pendapat... sy mmg tak belajar tinggi... tapi untuk perkara ini.. kita kembali ke sunnah Rasulullah SAW.. kalo kita nak makan.. kalo kita nak tido.. kalo kita nak solat semuanya kita nak ikut Rasulullah.. So, aper kata kalo nak berzikir, kita ikut la cara Rasulullah.. Boleh ke sahabat2 yg bijak dan luas pengetahuan share dengan kita cara dan adab Rasulullah berzikir berserta dalil2 yang boleh menyokong... apa yang saya baca diatas, kita membuat perbandingan dengan sahabat2 dan saudara Rasulullah..

    ReplyDelete
  39. Kesimpulan nya..? Boleh ke tak boleh?

    ReplyDelete
  40. BAWAWDALWAWHA punya wahabi tak habis menyesatkan orang, asal senyap orang bagi jawapan terus memekik lagi menyesatkan orang bila di ajak definasi debate takut masuk duduk bawah tempurung menyorok diam diri, apalah bodoh punya fahaman penyesatkan orang kerja diorang, muak dah perangai2 wahabi ni, kalau istihar jihad dah lama jihad seperti mana saiydinna Umar r.a ingin memenggal kepala geng2 Abdullah bin saba' mula2 memecahankan islam kepada beberapa bahagian iaitu di panggil Khawarij di tahan Rasulullah saw sendiri

    ReplyDelete
  41. terima kasih

    shufi-indonesia.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. MUDAH SGT NAK MENYESATKAN ORANG. NGAJI, KAJI BANYAK2.

    ReplyDelete
  43. MUDAH SGT NAK MENYESATKAN ORANG. NGAJI, KAJI BANYAK2.

    ReplyDelete
  44. terima kasih artikelnya... sangat membantu...
    santri indonesia

    ReplyDelete
  45. banyak terjebak jadi wahabi makin menjadi2 kepada orang jahil murakkab ikut je anak2 dajal suka menyesatkan amalan orang lain yg ulama jumhur tidak pernah membid'ah amalan2 ini

    AIMMAH ARBA'AH : IMAM 4 MAZHAB MUKTABAR
    BERAMAL DENGAN TAREQAT TASAUF - KITA BILA LAGI ?
    IMAM MAZHAB HANAFI
    Imam Abu Hanifah RH Mempelajari Tareqat Tasauf Dari Imam Jaafar As-Sadiq RH. Beliau Pernah Berkata : Jika Tidak Kerana Dua Tahun, Nu’man Telah Celaka. Karena Dua Tahun Saya Bersama Sayyidina Imam Jafar As-Shodiq RH, Maka Saya Mendapatkan Ilmu Kerohanian Yang Membuat Saya Lebih Mengetahui Jalan Yang Benar (Kitab Durr Al Mantsur)
    IMAM MAZHAB MALIKI
    Imam Malik Mempelajari Tareqat Tasauf Dari Imam Sufyan At-Thauri RH Dan Imam Hassan Al-Basri RH. Beliau Pernah Berkata : Barangsiapa Mempelajari/Mengamalkan Tasawwuf Tanpa Feqah Maka Dia Telah Zindik. Dan Barangsiapa Mempelajari Feqah Tanpa Tasawwuf Dia Akan Tersesat. Dan Siapa Yang Mempelari Tasawwuf Dengan Disertai Feqah, Dia Meraih Kebenaran (’Ali Al-Adawi Dalam Kitab Ulama Fiqih, Vol. 2, Hal. 195 Yang Meriwayatkan Dari Imam Abul Hasan)
    IMAM MAZHAB SYAFI'E
    Imam Syafi’e RH Mempelajari Tareqat Tasauf Dari Daripada Imam Zainal Abidin Bin Husein RH. Beliau Pernah Berkata : Saya Berkumpul Bersama Orang-Orang Sufi Dan Menerima 3 Ilmu: Mereka Mengajariku Bagaimana Berbicara, Mereka Mengajariku Bagaimana Memperlakukan Orang Lain Dengan Kasih Sayang Dan Kelembutan Hati Dan Mereka Membimbingku Ke Dalam Jalan Tasawwuf. (Riwayat Dari Kitab Kasyf Al-Khafa Dan Muzid Al Albas, Imam ‘Ajluni, Vol. 1, Hal. 341)
    Jadilah Kamu Seorang Ahli Feqah Yang Bertasawwuf. Jangan Jadi Salah Satunya. Sungguh Dengan Haq Allah Aku Menasehatimu.Jika Kamu Menjadi Ahli Feqah Saja, Maka Hatimu Akan Keras Tidak Akan Merasakan Nikmatnya Taqwa. Dan Jka Kamu Menjadi Ali Tasawwuf sahaja, Maka Sungguh Dia Orang Yang Teramat Bodoh, Maka Orang Bodoh Tak Akan Menjadi Baik. (Diwan Al-Imam Asy-Syafi’e Halaman : 19)
    IMAM MAZHAB HANBALI
    Imam Ahmad Bin Hanbal RH Mempelajari Tareqat Tasauf Dari Dari Imam Bashir Al-Hafi RH Dan Imam Harith Al-Muhassibi RH. Beliau Pernah Berkata : Anakku, Kamu Harus Duduk Bersama Orang-Orang Sufi, Karena Mereka Adalah Mata Air Ilmu Dan Mereka Selalu Mengingat Allah Dalam Hati Mereka. Mereka Adalah Orang-Orang Zuhud Yang Memiliki Kekuatan Kerohanian Yang Tertinggi. Aku Tidak Melihat Orang Yang Lebih Baik Dari Mereka. (Ghiza Al Al-Bab, Vol. 1, Hal. 120 ; Tanwir Al Qulub, Hal. 405, Syaikh Amin Al Kurdi)
    ==================
    Permulaan Tasauf Ialah Ilmu, Pertengahan Tasauf Ialah Amal Dan Penghujung Tasauf Ialah Kurnia. Berpegang Kepada Hati Yang Amanah, Perbuatan Yang Siddiq, Lisan Yang Tabligh Dan Akal Yang Fatanah
    Hakikat Tidak Akan Muncul Sewajarnya Jika Syariat Dan Tareqat Belum Betul Lagi Kedudukannya. Huruf-Huruf Tidak Akan Tertulis Dengan Betul Jika Pena Tidak Betul Keadaannya

    credit ust ??? lupa nama semoga ust itu maafkan saya yg banyak lupa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa