Skip to main content

Pelancaran Yahoo Groups

Assalamualaikum..

Memandangkan beberapa persoalan agama masuk ke kotak email maka ana mengambil inisiatif untuk membuat satu group khas kepada pembaca blog ana dan juga forumer iluvislam yang ingin meminta pandangan dan mempunyai kemusykilan mengenai hukum, akidah dan sebarang persoalan agama.

Internet yang menjadi wadah terkini dalam mencari ilmu dan pengetahuan agama tidak sayugia diketepikan oleh mahasiswa Islam untuk membantu sahabat-sahabat di luar sana untuk mendapat kefahaman yang sahih daripada nas-nas syarie dan kalam ulamak yang muktabar.

Akhir-akhir ini, banyak sekali blog-blog yang cuba untuk bercakap mengenai agama tetapi terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang telah ditolak oleh sekalian ramai ulamak di dalam tulisan mereka demi menjaga kemurniaan akidah Islam. Cendawan yang tumbuh selepas hujan ini tidak seharusnya dimakan tanpa usul periksa kerana kemungkinan ia cendawan beracun yang boleh membunuh jiwa kita.

Untuk menentukan cendawan itu adalah yang boleh di makan, semestinya kita ada pengetahuan mengenainya yang kita dapat daripada pakar-pakar tumbuhan. Begitulah perumpamaan yang boleh difahami supaya kita tidak teracun dengan ideologi yang boleh membawa kekufuran.

Kepada sahabat-sahabat yang berminat boleh join dengan memasukkan email di sidebar sebelah kanan blog ini. Semoga sedikit usaha kita dipandang besar di sisi Allah Ta’ala.

join

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa