Skip to main content

Memahami makna Sunnah Taqririyyah

Kepada akhi al-husaini yang bertanya mengenai sunnah taqririyyah ana buat satu entry di sini daripada apa yang ana terjemahkan daripada kitab al-wajiiz fi usulil fiqh karangan Duktur Abdul Karim Zaidan mukasurat 131 di bawah tajuk as-sunnah at-taqririyyah perenggan ke 4 sehingga akhir..

Penterjemahan ini harfan biharfin dan ana cuba sesuaikan dengan bahasa melayu sebaik mungkin untuk mengelakkan berubah murad asal penulis. Boleh rujuk kembali seperti sumber yang ana nyatakan di atas..

Sunnah taqririyyah ialah diam Nabi SAW daripada mengingkari perkataan atau perbuatan yang dilakukan di hadapan Nabi SAW atau ketika Baginda tidak ada tetapi mengetahui perkara tersebut. Maka diam ini menunjukkan kepada harus melakukannya kerana Rasulullah SAW tidak akan diam terhadap perkara yang batil ataupun mungkar.

Di antara contoh jenis sunnah taqririyyah ini : Diam Nabi SAW dan tidak mengingkari kanak-kanak yang bermain perang-perang di dalam masjid dan diam Nabi SAW daripada nanyian dua orang hamba perempuan yang menyanyi dengan lagu (hamaasi) yang semangat atau juga dengan makna ghairah pada hari raya.

Dan contoh diam Nabi SAW yang menunjukkan dilalah harus melakukannya, sebagai khabar baik dengan perkara tersebut, menunjukkan redha Baginda terhadap perkara itu atau menganggap ia baik (membenarkan) bahkan redha ini atau membenarkan ini menunjukkan dilalah yang mengharuskannya dengan semata-mata diam (walaupun Rasulullah tak kata apa).

Perhatian di sini: Sesungguhnya pengharusan perbuatan yang diambil daripada diam Nabi SAW tidak bermaksud perbuatan itu hukumnya harus sahaja kadang-kadang perbuatan itu jadi wajib dengan dalil yang lain dan dengan ini maka diam Nabi SAW tidak dikira lebih daripada dalil yang mewajibkan tadi.

Majlis Zikir

Tambahan penulis;

Inilah kaedah yang ulama’ sufi gunakan untuk menyatakan zikir dalam keadaan menggerakkan tubuh atau menari sebelum ini sebagai mubah atau jaaiz kerana Nabi SAW tidak melarang apa yang dilakukan oleh orang habsyah yang berjoget dan memuji Rasulullah SAW di hadapan Rasulullah SAW.

Golongan wahabi mengatakan para sahabat memuji bukan berzikir setelah mereka tidak dapat mentasykik (meragukan) rawi kerana ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari maka ana katakan ia tidak khusus kepada zikir. Maksud asal zikir ialah mengingati dan menyebut tidak kira samada dengan zikir, selawat, madaih (puji-pujian), qasidah, nasyid atau yang seumpama dengannya.

Pujian dengan zikir mana lebih afdhol? Sudah tentu zikir yang ma’thur seperti kalimah toyyibah لا إله إلا الله dan lain-lain seperti selawat dan sebagainya. Jadi jika pujian tidak ditegah oleh Nabi SAW maka zikir mim babil aula (lebih utama) daripada madaih (pujian-pujian kepada Rasulullah SAW)

Zikir itu ibadah yang sunat yang muwassa’ tidak terikat seperti ibadah yang wajib. Namun di dalam ilmu usul fiqh, wajib juga dibahagikan kepada dua. Wajib muwassa’ dan wajib muqayyad. Tetapi maksud sunat yang muwassa’ ini yang Nabi SAW tidak ikatkan dengan satu-satu method. Jika diikat maka jadilah ialah sesuatu yang wajib. Seperti kaedah yang disebut oleh ulama’ usul fiqh jika Nabi SAW membuat secara berterusan maka ia akan dianggap wajib oleh para sahabat seperti dalam masalah solat terawih. Nabi SAW tidak melakukan sepenuhnya di masjid secara berjemaah kerana untuk mengajar umatnya bahawa solat terawih itu sunat bukan wajib.

Di sini ana datangkan satu athar sahabat Nabi SAW sebagai mengukuhkan apa yang telah dibincangkan sebelum ini. Walaupun ia didhoifkan oleh golongan wahabi namun ia diriwayatkan oleh dua orang ulama’ mu’tabar iaitu Ibni Kathir di dalam Bidayah wannihayah jilid 7 mukasurat 65 dan Abi Nu’aim di dalam al-hiliyyah..

ما رواه أبو أراكة عن سيدنا علي رضي الله تعالى عنه قال : يصف أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم والله لقد رأيت أصحاب محمد فما أرى اليوم شيئاً يشبههم لقد كانوا يصبحون صفرا غبرا مابين أيديهم كأمثال ركب المعزى قد باتوا سجدا وقياما يتلون كتاب الله يراوحون بين جباههم وأقدامهم ، فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا (تحركوا)كما تميد الشجر في يوم الريح

Diriwiyatkan Abu Arakah daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata : Menyifatkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Demi Allah, sesungguhnya aku telah melihat Sahabat-sahabat Muhammad SAW dan aku tidak lihat pada hari ini sesuatupun yang menyerupai mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan lapar, kusut masai dan berdebu di antara tangan-tangan mereka seperti menunggang kambing dan bemalam-malam dalam keadaan sujud dan qiam (melakukan qiamullai), membaca kitab Allah, membuat lingkungan di antara dahi-dahi dan kaki-kaki mereka, apabila keadaan mereka (dalam lingkungan td) mereka berzikir kepada Allah dan menggerakkan tubuh mereka seperti bergoncangnya pokok pada hari ribut.

Ana tidak nafikan ada celaan daripada sebahagian ulama’ terhadap zikir dalam keadaan begini tetapi tujuan tulisan ana untuk menjelaskan mengikut kacamata ahli sufi dengan menyemak kitab-kitab mereka. Di sisi mereka ada dalil yang mereka pegang jadi ia termasuk di dalam perkara khilafiyyah yang tidak tercela. Namun jika sampai kita menuduh mereka sebagai sesat dan gila maka itu suatu yang tidak adil kepada mereka.

Lebih baik kita banyak melafazkan zikirullah daripada banyak mencela saudara kita yang berzikir kepada Allah SWT. Semoga Allah menjauhkan kita daripada busuk hati dan sangka buruk.

Perlu difahami, apabila disebut ia sebagai perkara khilafiyyah di dalam agama maka kita tidak perlu mendatangkan sejuta dalil untuk mengukuh pendirian kita kerana jika perkara ini qot’ie maka ia tidak dikira sebagai persoalan khilafiyyah lagi. Nama lagi khilafiyyah kan? Khilafiyyah bermaksud ada perselisihan di kalangan ulama’ yang mu’tabar bukan ulama’ jadian. Jadi kita perlu beradab dengan pandangan ulama’ kita. Seperti kaedah fiqh menyebut;

الإجتهاد لا ينقض بالإجتهاد

Ijtihad (seorang ulamak yang sampai kepada peringkat mujtahid) tidak terbatal dengan ijtihad yang lain.

Jangan jadi kurang ajar seperti segolongan manusia yang membidaahkan ulama’ sewenang-wenangnya. Ini pembawa fitnah zaman kita yang perlu kita berhati-hati dengan pandangan mereka yang jauh daripada manhaj ilmu yang sebenar.

Firman Allah;

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ(191). آل عمران

Maksudnya: Orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan di atas lambung mereka (mengiring) dan memikirkan pada kejadian langit dan bumi wahai Tuhan kami tidak Rngkau jadikan ini sia-sia mahasuci Engkau maka jauhkan kami daripada azab neraka.

Berkata tuan punya tafsir sofwatuttafaasir oleh Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni : ayat di atas bermaksud mereka yang mengingati Allah dengan lidah mereka pada semua keadaan dalam keadaan berdiri, duduk dan mengiring maka mereka tidak lupakan Allah Ta’ala pada semua keadaan.

Ditafsirkan di dalam tafsir jalalain oleh Al-‘Allamah Jalaluddin Al-Mahalli dan Al-‘Allamah Jalaluddin As-Suyuthi : iaiti di dalam semua keadaan dan daripada Ibnu ‘Abbas solat juga begitu mengikut kemampuan.

Zikrullah

Comments

  1. Assalamualaikum ustaz,terima kasih atas jawapan ustaz. Jazakumullah...membantu ana.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam..
    Afwan..sekadar berkongsi..smg bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Salam ustaz.. ana nk tanye sket, shbat ana ade kate Sunnah Taqririyyah ni valid mase zmn nabi je.. Mohon pencerahan.. Syukran..
    -yg masih mencari-

    ReplyDelete
  4. Wslm..

    1) Valid zaman Nabi??Ada hadis ke kata sunnah taqririyyah ni valid zaman Nabi sahaja?kalau tak ada hadis maksudnya dia guna akal dia saje dlm menentukannya..jd hujjahnya tertolak..

    2) Hadis semangnya datang daripada Nabi SAW..dengan kefawatan baginda maka putuslah apa yg dinisbahkan kepada Nabi SAW termasuk hadis fi'li dan qauli.knp hadis taqriri sahaja vaid zaman Nabi tdk hadis yg lain?

    3) Byk perkara Nabi SAW nyatakan secara umum kerana kalam Nabi SAW itu iejaz (istilah di dalam ilmu balaghah) pendek tetapi maksud luas.Bagaimana wahabi boleh menyempitkan makna ini? kalau tak,xdelah berjuta2 jilid kitab yg ditulis oleh ulama' dalam menjelaskan makna Al-Quran dan Al-Hadis.

    4) Kalau hadis taqriri hanya valid zaman Nabi sahaja maknanya Nabi SAW menyampaikan Islam dgn tidak sempurna kerana byk perkara yg tidak Nabi jelaskan. Nauzubillah. Ini bermaksud apa yg Nabi SAW tidak jelaskan secara pasti dan tidak ada dalil yg melarang drpd Al-Quran dan Al-Hadis maka termaksud di dalam hadis taqriri.maka barulah sempurna Islam yg Nabi SAW sampaikan.

    ReplyDelete
  5. Syukran atas jawapannya.. Barakallahu fiik..

    ReplyDelete
  6. afwan..waiyyaki uhkti..semoga apa yg ana tulis ada manfaat utk ana di hari akhirat..

    ReplyDelete
  7. cukup sempurna olahan yang dibuat ustaz. siapa yang baca pasti faham

    ReplyDelete
  8. ana cuba mudahkan bahasa supaya boleh difahami oleh semua peringkat..semoga ada manfaat..kritikan membina amat diperlukan utk memperbaiki mutu tulisan..syukran..

    ReplyDelete
  9. Asslamulaikum wbt,

    Apa-pun tahniah kepada ust amin dengan memberi hujah dengan baik dan paling penting ilmiah. TAPI tak semestinya betul! wahai pembaca2 budiman,teliti baik2 dan jgn hanya pandang sebelah pihak. Rasulullah melarang umatnya beribadah secara ghuluw(melampau)! ,kita hanya beribadah dan berzikir secara perlahan dan secara bersembunyi. Tidak perlu berkuat2 dan berjoget2.. ya saya tahu ust ada kemukan hujah di atas tapi ianya harus di teliti semual. tidak kah ust meletakkan satu hadis yang mana seorang sahabat yg besar sangant membenci perkara yg mana sekelumpuk kumpulan yg membuat linkaran bulatan lalu berzikir menggunakan kiraan dengan batu2 kerikil. Sahabat lantas marah lantas mengatakan bahawa nabi saw baru sahaja wafat tetapikamu semua sudah mahu membuat perkara yg tidak pernah di ajar nabi saw. Nak tahu apa jawapan sekumpulan lingkaran berzikir itu? mereka berkata, adakah salah kami mahu membuat perkara yg baik? lalau sahabat menjawab,kiralah keburukan2 kamu itu, ramai niatnya baik tetapi caranya salah. Maka denagan cara yg tidak pernah di tunjuki nabi saw ianya tertolak, berdasarkan hadis, Man amila amalan laisa alaihi amruna fahuwaraddu( sahih muslim ),maksudnya: barangsiapa yg melakukan amalan yg tiada contoh daipada amalanku maka ianya tertolak. Pembaca mahu tahu bahawa kebanyakan sekumpulan yg membuat lingkaran zikir itu kenbanyakannya bersama KHAWARIJ menyertai perang nahrawan memusuhi Islam. Wahabi atau tidak kita hendaklah bersikap sedehana dalam menganut agama. Apa yg di tunjuki nabi saw sudah memadai bg kita. Agama ini sudah lengkap berdasarkan surah al-maidah ayat 3(sila rujuk). Tidak perlu di tokok tambah. Cuba hayati firman Allah swt, WAMAN YANTIKU ANIL HAWA IN HUWAILLA WAHYUN YUHA. Maka di sini kita dapat simpulkan bahwa setiap perbuatan,percakapan nabi saw itu tidak lain hanyalah sebagai wahyu yg di suruh kita ikuti. Ingatlah Allah menyukai cara beribadat seperti kekasihNya, DIA yg maha Suci lagi Pemurah emempunyai hak yg mutlak kepada hmbanNya untuk memdapat ibadat seperti kekasihNya Nabi saw beribadat.SEBAIK2 PETUNJUK ADALAH PETUNJUK NABI SAW( HR.ABU DAUD,AL-TIRMIZI DAN SELAIN MEREKA). Apa2 pun saya suka dengan cara ust memeri hujah, tetapi haruslah di teliti semula dari sudut yg berbeza pula. Mungkin Surah al-hujurat ayat 6 dan 12 boleh dijadikan rujukan kepda semua pembaca termasuk ust terhadap golongan2 wahabi atau selainnya. Alhamdulillah mempunyai ust yg sangat bersemangat untuk agma. Saya doakan semoga ust dan pembaca2 dapat petunjuk daripada Allah swt dan kasih sayangNya. AMEEN...

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Ustaz Amin...Tiada komen yg mahu di radd ke dekat komen saya.. Harap dapat memberi teguran jika salah(dengan hujah ilmiah)

    ReplyDelete
  11. Bismillahhirrahmanirrahim

    Assalamu'alaikum warahmatullah ya akhi,

    Gambar pertama halaqah zikir ialah dari tarekat pimpinan Syeikh Mahmud al-Kedahi.
    Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
    Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

    2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

    ReplyDelete
  12. 5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
    (Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

    Booklet berkenaan bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
    (Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
    Cetakan Pertama - 2000
    Cetakan Ketujuh - 2006

    Aurad Ismailiah
    (Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

    Latar belakang
    1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
    2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
    3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
    5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
    6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

    Ciri- Ciri Kesalahan
    1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
    2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
    3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
    4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
    5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
    7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
    8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
    10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
    11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
    12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

    Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
    Wallahualam

    "Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

    "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

    ReplyDelete
  13. Entry saya membincangkan persoalan zikir bergerak samada dibolehkan atau tidak bukan persoalan tariqat syeikh mahmud sesat atau tidak.

    Apakah jika tariqat syeikh mahmud sesat itu menunjukkan dalil berzikir dalam keadaan bergerak juga sesat?

    Entry ini tidak menyokong mana-mana thoriqat yang sesat tetapi sebagai penjelasan mengikut lunas syara'..

    ReplyDelete
  14. Kepada salafy tablighi kisah sahabat itu cuba enta semak balik keterangan ulama' siapakah golongan yang ditegur oleh sahabat dan sebab apa sahabat menegur mereka..

    Jika teguran itu kerana semata-mata berzikir, maka ia sesuatu yang bercanggah dengan saranan Al-Quran dan As-Sunnah supaya mengingati Allah dalam apa jua keadaan..

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum....

    Tapi heran gak masa dalam berita dulu Anuar Ibrahim dan Pak lah badawi buat perjumpaan dengan Syeikh Mahmud.Mungkin ada penjelasan lagi kott....Yang penting mcm ust kata iaitu keharusan berzikir secara bergerak

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum....

    akhi mohd AL-AMIN
    saya harap enta jelaskan apa yang enta katakan kepada akhi salafiyy tablighiy ( Jika teguran itu kerana semata-mata berzikir, maka ia sesuatu yang bercanggah dengan saranan Al-Quran dan As-Sunnah supaya mengingati Allah dalam apa jua keadaan ). cuba jelaskan ulama sufi mana yang syarah lagi kepada atsar yang di bawakan oleh saudara salafiy tablighiy dan jelaskan syarahnya harfun biharfin..diharap saudara tidak berlepas diri dari jawapan yang tergantung ini.. enta harus jelaskan untuk menzahirkan kebenaran pendapat yang enta bawa..

    kedua, diharap pertimbangan usul harus dibuat lagi adakah layak diterima mantuq atsar tersebut atau mafhumnya, dan hendaklah didatangkan nas-nas golongan yang saudara kata wahabi tersebut biar pembaca terasa adil dalam menilai setiap nas dan qawaid yang ada..harap dapat menjernihkan persoalan ini..

    ReplyDelete
  17. salam ustaz boleh jelaskan..zaman nabi ade ke zikir menari dengan tareqat yang ada sekarang..ade ke zaman nabi? mohon pencerahan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa