“Abah ketika mama dimasukkan ke wad”
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan mesej dari Malaysia menyatakan abah saya telah dikejarkan ke wad CCU kerana masalah jantung. Beberapa hari abah saya ditahan di wad dan alhamdulillah telah dibenarkan pulang ke rumah. Ini merupakan kali ketiga atau keempat abah saya ditahan di wad CCU kerana masalah jantung. Alhamdulillah, keadaan abah semakin stabil.
Lusa iaitu pada 6 Mei ini abah saya akan melakukan surgery untuk melebarkan saluran penafasan. Sudah beberapa kali abah dinasihati oleh doktor namun dia masih belum bersedia sehinggalah kali ini. Alhamdulillah abah telah menerima tawaran untuk dibedah.
Sebolehnya saya ingin disamping abah, ma dan adik-adik. Namun jarak yang jauh dan peperiksaan yang semakin hampir tidak bisa untuk saya kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat. Semasa abah ditahan di wad. Saya jadi serba salah. Tidur tidak lena memikirkan keadaan abah. Bukanlah kalau saya ada disampingnya abah akan sihat tetapi cukup untuk saya menemani abah di saat dia memerlukan perhatian daripada anak-anak.
Kalau boleh abah tidak mahu saya tahu yang dia dikejarkan ke hospital kerana dia tidak mahu penumpuan saya pada pembelajaran terganggu. Tapi adik saya dan mama saya tidak sampai hati untuk merahsiakan hal ini. Setiap minit saya akan cuba menelefon Malaysia untuk mengetahui keadaan abah kerana dengan cara ini boleh menenangkan hati yang kerisauan.
Teringat kata-kata abah di saat saya ingin terbang ke Mesir. “Walaupun apa terjadi pada abah, min tak perlu risau. Min belajar la bersungguh-sungguh”. Saya cuba untuk belajar menerima sebarang kemungkinan dan sesungguhnya saya belum bersedia untuk menerima kehilangan orang yang terlalu banyak berkorban untuk saya. Amin tak boleh hidup tanpa abah. Mungkin inilah kata-kata yang boleh menjelaskan betapa hati ini belum bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa. Panjangkalan umur abah aku di dalam ketaatan dengan berkat kekasihmu Sayyidina Muhammad SAW.
Saya minta kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini mendoakan keselamatan dan kesihatan abah saya.. Ameen Ya Rabb..
salam...
ReplyDeletesemoga tabah menghadapi ujian dan dugaan yg tiba...
diharapkan semoga abah anda sehat dan selamat menjalani pembedahan...
jangan putus doa utk kesejahteraan beliau..
ameen ya rabbal 'alamin...
Assalamu'alaikum sahabatku al amin,
ReplyDeleteSemoga ALlah memberi ketabahan dan kesabaran pada enta sekeluarga. Semoga Abah enta sembuh, dan diharapkan enta tenang tidak terganggu dalam menghadapi imtihan nanti.
SyafahuLlah.
Al-Amin..
ReplyDeletesemoga Allah memudahkan segala urusan ayahanda enta..
banyakkan zikir Yaa Latif dan zikir Al Latif dan banyakkan juga membaca Selawat 'Azmiah...
jazakallah
Wa'alaikumussalam
ReplyDeleteAkhi Ibnunafis dan Akhi Wasunni..InsyAllah..Ameen Ya Rabb..