Dalam kesibukan menghadapi exam, saya sempat menukar template blog saya seperti yang sahabat-sahabat boleh lihat sekarang. Nampak elegant tak? Proses try and error untuk adsense saya menjadikan template saya bertukarganti. Seingat saya sudah 10 template yang saya tukar. Template yang menarik merupakan faktor yang penting untuk menarik pengunjung supaya menyinggah lama di sini. Semakin ramai pengunjung semakin banyak harapan untuk mereka mengklik iklan adsense saya. Semakin ramai yang klik maka semakin tinggi earning saya. Inilah prinsip yang digunapakai di dalam perniagaan bisnes seperti adsense dan yang sewaktu dengannya.
Adsense saya semakin hari semakin meningkat. Walaupun tidak terlalu tinggi namun saya masih lagi mencuba dengan teknik-teknik yang memungkinkan iklan saya diklik. Seperti kata pro "tahun pertama merupakan tahun kegagalan. Ramai yang akan kecundang pada tahun pertama". Proses try and error akan mengajar kita apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Rupa-rupanya perniagaan internet seumpama adsense bukanlah sesuatu yang mudah bahkan kadang-kadang ia menjadi lebih sukar berbanding kita membuka gerai burger.
Bak kata orang kelantan "buke sene nak kayo". Sebenarnya apa yang perlu kita mulakan ialah dengan menanam minat yang tinggi. Jadikan ia sebagai hobi sebelum kita benar-benar serius untuk terjun ke lapangan ini. Perniagaan internet bukan skim cepat kaya. Kadang-kadang ramai yang tersalah faham. Perniagaan internet merupakan satu bentuk perniagaan tetapi secara online. Ia seumpama kita membuka gerai burger dengan menjadikan blog sebagai gerai dan content blog sebagai burger yang dijual. Ada burger ayam, daging, benjol dan sebagainya. Bagaimana kita ingin menjual burger kita supaya laku dan digemari ramai, begitu juga dengan blog.
Perniagaan internet bukan bermakna kita hanya duduk diam kemudian duit masuk. Sebelum kita boleh duduk diam, ia memerlukan komitmen masa dan konsinsten kita dalam memantau produk yang dijual. Ia bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah beberapa bulan berlalu, saya masih lagi menunggu check adsense pertama saya.
Selepas daripada peperiksaan, saya akan cuba memberi lebih komitmen kepada blog ini daripada sudut contentnya. Saya mengharapkan perkongsiaan ini bermakna buat kalian. Doakan saya dimudahkan untuk menjawab kertas peperiksaan esok.
Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...
assalamualaikum... macammana nak apply adsense?? saya dah cuba tapi gagal.... bahasa yang kita apply dalam adsense nie kena setting enlish ker??
ReplyDeletewa'alaikumussalam..apply kat sini..www.adsense.com.pastikan anda ada akaun email gmail..yup english..
ReplyDeleteur photo so beutiful...
ReplyDeleteBittaufiq wannajah..insyaallah.
ReplyDeleteAmeen Ya Rabb..photo mana yg beautiful tuh??hehehe..thanx..
ReplyDelete