Tanggal 27 jan setiap tahun merupakan tarikh keramat buat diri ini. Mengingati tarikh kelahiran kita seumpama kita mengingat tarikh kematian yang akan menjemput kita bila-bila masa. Kenapa saya umpamakan sedemikian kerana dengan menyambutnya kita akan menyedari bahawa umur kita semakin bertambah. Semakin tua la maksudnya. Waa,, udah tua ka aku ini?? Amal gimana?
Kini umurku sudah 24 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Ke manakah kesudahan penghujung kita? Kata kawan-kawan ; Muda lagi tu.. Time ni la nak enjoy.. Muda ni sekali je beb.. Betul sahabat-sahabatku, muda hanya sekali dan tua pun hanya sekali, mati juga sekali dan hidup juga sekali. Mengapa usia muda sahaja yang difikirkan sekali? Jika kita sedari hidup ini pun hanya sekali apakah kita terasa untuk enjoy? Sepatutnya di saat tenaga masih kuat, tubuh masih sihat dan akal masih cerdas kita cuba meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT. Ya Allah! Kurniakan kekuatan kepada kami, anak-anak muda untuk menjadi mujahid di jalan-Mu.
Di hari lahirku perginya mak sedaraku yang aku panggil mak. Dia antara mak sedara yang rapat dengan kami adik beradik. Kerana di saat mamaku bersalin dialah yang menjaganya. Mak, maafkan amin kerana tidak ada di saat terakhir hayat mak. Terima kasih di atas segalanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak. Ya Allah! Tempatkan mak di samping hamba-hamba-Mu yang solehin.. Al-Fatihah dan Yaasin yang mampu ku hadiahkan buat mak.. Al-Fatihah...
Kesedihan yang saya rasakan, saya ubati dengan sedikit majlis hari lahir bersama ahli beit saya di sini.
Sedikit makanan yang sempat saya sediakan. Cantik tak kek saya?? hehehe..
Tu hagah sa3ah mesir tu.. Bukan pepsi deh.. hehehe..
"Sesi suap-menyuap kek" Daripada Abang Wan.
"Giliran Abang Kie pulak"
"Turn saya suap lak"
"Time untuk menjamu selera"
Selamat hari lahir Ustaz,
ReplyDeleteMoga diberi petunjuk oleh Ilahi dan dimurahkan rezeki.
Doakan untuk sy juga ya
Salam
ReplyDeleteSelamat hari lahir ustaz....
Moga hidup diberkati ALLAH selalu...
Kemas rumahnya tu.. hihihihi
Wslm..
ReplyDeleteSyukarn semua..kemas ke??lupa nak alih tuala..hehehehe..
selamat hari lahir..
ReplyDeletesemoga rahmat mengiringi idup anta..
n takziah diucapkan atas pemergian arwah..
semoga roh ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
ameen..
syukran hanim..ameen ya Rabb..
ReplyDeletehaha... suap menyuap tu yg x tahan!!!
ReplyDeletehepi 24th besday, tuo doh demo nie haha44
Assalamualaikum..
ReplyDeleteYumkin agak lambat sedikit untuk menyatakan, tetapi, ana nak cakap juga.
Selamat...(semoga selamat)Ulang tahun kelahiran (sejak menjejakkan kaki di bumi ini)yang ke-24..(kalau tak silap kiraan ana)=>
Ana dah baca biodata akhi.. memang hebat.. mesti keluarga akhi amat berbangga kerana akhirnya anak mereka menjadi manusia yang berguna..(insyaallah, dunia akhirat)Teruskan perjuangan...
assalamualaikim ustaz..
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir yg ke 24! Semoga sentiasa mendapat keberkatan dariNYA dlm menempuh hari2 yg mendatang..Amiiin..
To anonymous: hehehe..ukhuwwah tu..dah jadi amalan kami suap meyuap ni..tuo dah deh??hehehe..
ReplyDeleteTo noftah: Wa'alaikumussalam..terima kasih..Smg Allah memberi kejayaan kpd kita semua.
To ::9W2PHY:: : Wa'alaikumussalam.. Terima kasih..Ameen Ya rabb..
wah besonyee kek....abis ke mkn b3?hehe tetibe teringt kebab mesir bila tgk suasana mesir...
ReplyDeletetak habis lagi..beli kat fayumi..ada kat dalam peti lagi tuh..hehehe..setahun sekali kan..
ReplyDeleteAlhamduliLLah, gembira ana lihat keadaan sahabat ana nih dah sambut hari lahir ke 24...
ReplyDeleteKita semakin jauh berjalan... terasa singkat perjalanan... ALlahu ..ALlah...
Allah,,Allah,,syukran syeikh..doakan ana selalu ya..
ReplyDeletesalam...slmt hri hari lahir...sory la br ucap...moga pnjang umur n dmurhkn rezeki..
ReplyDelete