Skip to main content

Amalan 'Asyura'

Soalan:

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.


Jawapan:

Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.

1. Bilakah ‘Asyura‘?

* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat Muslim dan Abu daud)
* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada.




Do'a dibaca pada hari 'Asyura‘

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”

Wallahu A’lam

*Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre merupakan salah seorang moderator soal jawab agama
iLuvislam.com. Artikel ini disunting dari blog beliau.

Comments

  1. assalamualaikum..ustaz..buat bubur asyura apa plak hukumnya?..jzkk.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..

    Sunat..dalilnya saranan Rasulullah memberi makan kepada orang lain..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,,,, ustaz, sye nk tnye ttg puasa 3 hari berturut2 iaitu pada hari khamis, jumaat dan sabtu dalam bulan Muharram yang dikatakan sangat besar ganjaranyya... jka benar, apakah sebabnya dan jika salah,, sila beri penjelasan juga,, sekian terima kasih... untuk makluman ustaz, abang saya bru sahaja mendengar ceramah pasal bulan Muharram drpd ustaz di masjid taman dy, dan ustaz tu bgtaw mcm tula,,, harap ustaz dapat jelaskan dgn lebih lanjut ye,, sekian,,,,wasalam,,,

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Tolong terangkan pernyataan ini: Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak; sebab al-Imam al-Ghazali dalam kitab Mukasyafah al-Qulub dalam bab ini mengatakan hukum bercelak sempena asyura ini bid'ah. Wassalam...

    ReplyDelete
  5. Ana tidak mempunyai naskah kitab Mukasyafah al-Qulub sekarang kerana ditinggalkan di Malaysia. Tetapi, ana masih ingat lagi pembid'ahan oleh al-Imam al-Ghazali terhadap perkara itu. Di atas, ana kemukakan pernyataan ulama lain dalam Ahli Sunnah wa al-Jama'ah, iaitu المجد اللغوي:

    ما يروى في فضل صوم يوم عاشوراء والصلاة فيه والانفاق والخضاب والادهان والاكتحال بدعة ابتدعها قتلة الحسين رضي اللّه عنه وفي القنية للحنفية الاكتحال يوم عاشوراء لما صار علامة لبغض أهل البيت وجب تركه.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…