Skip to main content

Ubuntu,,Siapa yang buntu??

Ini screenshot laptop saya. inilah rupa desktop ubuntu 8.10. Cantik tak??

Ini screenshot laptop saya selepas saya install theme. Amacam??


Hari ini saya telah menginstall ubuntu 8.10 yang baru saja direleasekan pada 2 hari yang lepas untuk operating system laptop saya. Sebelum ini saya menggunakan ubuntu 8.04. Kalau kawan-kawan perasan sebelum ini saya telah menulis 2 entry mengenai ubuntu. Memandangkan kedengaran di sana sini ketidakpuasan hati pengguna windows maka saya terpanggil untuk menulis lagi mengenai ubuntu. Persepsi masyarakat kita terhadap linux operating system yang dibina untuk menyediakan alternatif kepada pengguna komputer supaya tidak terbelenggu dengan masalah cetak rompak masih kabur mungkin kerana kurang pengetahuan atau kita sendiri kurang ambil tahu menyebabkan kita tidak dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Tidak dinafikan sudah ramai yang menyedari hakikat ini dan telah melupakan windows.

Benarlah kata Nabi SAW ;
الناس أعداء بما جهلوا
Manusia itu sentiasa bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu

Dari pengamatan saya, puncanya ialah kerana kita tidak mahu berubah daripada kebiasaan. ada juga yang menggunakan linux dan akhirnya kembali kepada windows kerana mereka sudah terbiasa dengan cara windows beroperasi. Pada awalnya saya pun merasakan perihal yang sama tetapi setelah saya mengenali ubuntu secara dekat akhirnya saya tidak lagi menggunakkan windows dan saya tidak akan kembali lagi kepada windows. Saya akan merasakan begitu tertekan apabila saya melayari internet di windows kerana saya sudah terbiasa dengan kelajuan di ubuntu. Walaupun begitu laptop saya masih lagi ada windows xp. Saya buat dual-boot bukan kerana saya masih tidak dapat melupakan windows tetapi kerana adik-adik dan abang saya masih baru dengan ubuntu tetapi akhir-akhir ini mereka sudah mula menyukai ubuntu dan semakin tahu beroperasi dengannya.

Sebenarnya terdapat banyak forum-forum yang disediakan untuk membantu pengguna linux lebih-lebih lagi ubuntu kerana ubuntu merupakan antara operating system linux yang popular kerana ia lebih mesra pengguna. saya juga pernah menggunakan mandriva, fedora dan opensuse tetapi akhirnya saya kembali kepada ubuntu. Dengan ubuntu laptop saya, acer aspire 4720 tidak ada masalah driver. semuanya disupport dan didetect secara automatik. kita tidak perlu susah-susah lagi untuk menginstall driver selepas memformat komputer. ini antara kelebihan linux daripada banyak lagi kelebihan yang lain. komputer kita tidak akan ada lagi masalah virus atau hang seperti yang biasa berlaku di dalam windows xp atau vista. internet connection lebih laju. bayangkan file sebesar 800mb lebih yang biasa didownload menggunakan torrent di windows mengambil masa selama 3 hari tetapi di ubuntu tidak sampai satu hari. petang semalam saya download ubuntu 8.10 ni dan pagi ni saya sudah boleh menggunakannya.

Kita perlu sedari windows adalah syarikat rakyat amerika. menyokong bill gates bermakna mengukuhkan ekonomi amerika. jika kita boleh memboikot barang-barang yang lain kenapa tidak windows? jika kawan-kawan yang pernah membeli cd windows original yang berharga sehingga mencecah ribuan ringgit kenapa tidak berhijrah saja kepada linux? percuma dan selamanya akan percuma. software-software yang digunakan di linux juga percuma. boleh didownload terus ke komputer kita. di linux jugak kawan-kawan boleh menggunakan software yang digunakan di windows dengan menggunakan aplikasi wine yang disediakan untuk pengguna tegar windows tetapi ingin beralih kepada linux.

Buat pengetahuan kawan-kawan, saya bukanlah budak programmer yang belajar selok belok programming. saya student agama dari sekolah menengah sehinggalah ke Al-Azhar tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak belajar. seperti yang pernah saya pernah sebut sebelum ini "tak tahu tak semestinya tak boleh belajar". saya bersedia membantu jika kawan-kawan perlukan bantuan saya.

Sebenarnya terlalau banyak yang ingin saya kongsikan dengan kawan-kawan tetapi pada saya mendengar cerita pengalaman orang lain tidak sama dengan kita melaluinya sendiri. Jika kawan-kawan berminat boleh download Ubuntu 8.10 di blog saya www.gurubuntu.blogspot.com yang masih baru dengan azam untuk berkongsi sesuatu. Sharing is caring. Jika ada kemusykilan silalah bertanya dan insyAllah saya bersedia membantu. Selamat mencuba..

Comments

  1. nk btukar gak tp sbb keje2 lebih byk gune software yg windows je support, nant dulu ah kot.
    huhu

    ReplyDelete
  2. Sbrnya byk dah softaware tu linux ni..nak install software windows pun boleh..pkai aplikasi wine.mmg dijamin enta tdk akn beralih dah ke windows..hehe..ana sugguest guna ubuntu..

    ReplyDelete
  3. salam...
    ubuntu mmg menarik.. tp sy ada mslh ngn OS PC sy..
    sy menginstall dual boot dalam satu pc.. 1 is linux dan 1 lagi adalah windows..linux mcm kita tahu mmg lawa ... tp sy ada mslh bila nak mengformat kan pc sy sendiri, dia xleh read kedua2 OS, ini bermakna sy xblh mengformat kan pc sy, sy terpaksa menggunakan kedua2 nya atau salah satu diantaranya. Ustaz ada cara bg nak remove salah satu OS tu? yang sy dgr hanya ada satu cara saje iaitu LLF (low level format) iaitu mengformatkan HDD sy seolah2 br keluar dr kilang..agak susah begitu kan. atau ustaz ada cr lain, blh berkongsi ilmu dgn sy? terima kasih...

    ReplyDelete
  4. wslm..
    Saya tidak faham mslh yg dihadapi nana.tp sy jwb apa yg saya tahu..mcmn dia xblh baca?nana dah cuba format menggunakan cd windows?atau nana masuk kat dalam windows,klik kanan my computer and klik manage kemudian pilih disk management..kat sini dia akan detect semua partition termasuk linux..sekadar membantu..

    ReplyDelete
  5. salam..
    itu lah dia.. susah sikit nak explain..dh try format pakai cd windows tp still xblh juga. xtau lah apa mslh. x mengapa ustaz.. terima kasih krn cuba membantu

    ReplyDelete
  6. wslm..kalau benda ada dpn mata mudah ana nak kenal pasti mslh dia..kalau boleh masuk windows tu maknanya hardisk still blh guna.cuba guna software partition magic..delete pakai software ni..afwan..

    ReplyDelete
  7. salam. HDD mmg msh leh guna, cuma xblh format. sbb sy rasa dier xleh baca linux nyer program.. sbb kalau sy format pon. hanya usik kat windows saje. tp linux still xberubah.maaf lah ustaz.. menyusah kan saja

    ReplyDelete
  8. wslm..saya rasa boleh sbnrnya..kalau nak tengok partition linux dlm windows mmg xboleh..kalau dlm linux boleh tengok partition windows..cuba nana klik kanan dekat my computer n klik manage kemudian pilih disk mangement..delete kat situ..takpe..saya bantu apa yg termampu..

    ReplyDelete
  9. salam..
    ada 6 partition sini.. tp sy xsure lah yg mana satu.. tp sy rasa maybe yg tulis unknown partition tu yg linux kot.. ada 2 unknown partition .. sbb lg 2 partititon tu file system dier NTFS ...

    ReplyDelete
  10. Wslm..yang NTFS tu format windows..betul dah tu yang unknown tuh yang linux sbb dia xleh baca format linux..awak delete je..pastu shrink masuk dalam partition D ke..

    ReplyDelete
  11. salam.. ermm terima kasih ye ustaz...
    nnt bila ada ms sy "menggodek" pc ni nnt sy buat .. kalau ada mslh akan sy ajukan disini

    ReplyDelete
  12. wslm..ok..terima kasih kembali sudi bertanya di sini..

    ReplyDelete
  13. Salam, ustaz pakai ubuntu versi apa sekarang? Hendak promote sikit blog kawan saya zulmalc http://melayubuntu.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa