Skip to main content

Memahami makna syirik

 

Entry ini saya tulis di atas permintaan Cikgu Eya. Khas untuk Cikgu Eya dan umum untuk kawan-kawan pengunjung blog ini.


Cikgu Eya minta saya ceritakan mengenai syirik. Katanya kadang-kadang kita tidak sedar kita sebenarnya telah syirik dengan Allah SWT. Saya berharap ini dapat membantu walaupun sekadar ilmu yang sedikit.


Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik.


Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya??


Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik..


Syirik berasal daripada perkataan arab yang bermaksud berkongsi. Di istilahkan oleh ulama' dengan meletakkan sesuatu samataraf dengan Allah atau dalam bahasa jawi lama disebut sebagai menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sekutu bermaksud setaraf. Sebagai contoh kita katakan ubat panadol yang kita makan telah menghilangkan sakit kepala kita. Padahal panadol tadi tidak ada kuasa untuk menyembuhkan sakit bahkan Allahlah yang menyembuhkannya. Percakapan seumpama ini jika dii3tiqadkan di dalam hati bahawa panadol yang sebenarnya menyembuhkan dia bukan Allah, maka kita hukumkan dia sebagai orang yang syirik.


Kenapa?? Kerana dia meletakkan kuasa panadol setaraf dengan kuasa Allah untuk menyembuhkan sakit.


Maka kita katakan panadol itu sebagai asbab sahaja. Hakikatnya Allah Ta'ala yang mengizinkan dengan kudrat dan iradah-Nya untuk menghilangkan sakit kepala.


Apa dalilnya?? Sedangkan kita tahu dan kita alami apabila kita memakan panadol, sakit kepala kita hilang. Panadol yang dibuat berdasarkan kajian ilmu sains perubatan dan diakui dapat menghilangkan sakit kepala atau selain daripadanya. Kenapa kita tidak boleh katakan panadol yang menyembuhkan??
Jawapannya begini. Apakah semua orang yang memakan panadol sakitnya akan hilang?? Bagaimana orang yang sakit kepala tetapi selepas mengambil panadol tidak hilang-hilang juga?? Itu maknanya Allah Ta'ala tidak mengizinkan kepadanya bukan dengan semata-mata kuasa yang ada pada panadol.


Hakikatnya kembali kepada Allah untuk menyembuhkannya ataupun tidak. Panadol itu sebabnya sahaja. Boleh jadi sakit kepala hilang dengan tidur atau sebagainya.


Syirik boleh berlaku dengan 3 cara;

1) Melalui lisan (percakapan) Cth : Kita katakan Allah ada tangan.
2) Melalui perbuatan. Cth : Menyembah berhala.
3) Melalui hati (i3tiqad) Cth : Mengi3tiqadkan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat makhluk seperti bertangan, duduk dan sebagainya.

 

Ulama' membahagikan syirik kepada dua.


1) Syirik akbar seperti menyembah berhala (Dinamakan juga Syirik Jaali)

2) Syirik asghar iaitu riyak. (Dinamakan juga Syirik Khofi).

 

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW. Sabdanya;

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر وهو الرياء يقول الله يوم القيامة للمرائين إذا جزى الله الناس بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراءون في الدنيا انظروا هل تجدون عندهم جزاء
Ertinya : Sesungguhnya yang lebih takuti daripada apa yang aku takut atas kamu semua syirik yang sangat kecil iaitu riyak. Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.

 

Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;

إن الله حرم الجنة على كل مراء
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.

 

*maksud mengaharamkan syurga ialah menegah dan tidak memberi syurga kepada orang yang riyak.


Riyak yang dikategorikan sebagai syirik kecil adalah di antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya daripada banyak perkara yang baginda takuti kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Sebab itu dinamakan sebagai syirik asghar (syirik yang sangat kecil) Asghar di atas wazan isim tafdhil yang bermaksud sangat dan lebih. Kalau kecil disebut soghir mengikut kaedah bahasa arab.


Kenapa riyak dikatakan syirik?


Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik.


Apa itu riyak??


Riyak ialah satu penyakit hati yang dicela oleh Allah SWT. Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala manafaat dunia.
Riyak itu hukumnya HARAM dengan ijmak ulama' dan termasuk daripada perbuatan tercela.


Sepertimana firman Allah Ta'ala;

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يراءون
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Ma3uun Ayat 4-

 

* Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

 

Memandangkan isu kokka menjadi persoalan di kalangan masyarakat awam, jadi saya mengambil kesempatan untuk menyebut tentang hal ini berdasarkan kaedah ilmu usuluddin.

 

Adakah menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih dikira sebagai syirik??

 

Jawapannya TIDAK. Menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih hukumnya HARUS selagimana dia tidak mengi'tiqadkan kayu kokka itu memberi manfaat dan mudharat kepadanya.


Kadang-kadang disalah erti oleh masyarakat kita sehingga menuduh orang yang menggunakan tasbih yang diperbuat daripada kokka sebagai syirik. Guna itu tidak salah. Yang salahnya jika kita mengi3tiqadkan kayu kokka boleh memberi kesan seperti berkuasa mengahalang daripada penyakit dengan zat kayu kokka tersebut. Tetapi selagi dia menganggap itu sebagai asbab maka ulama' menyatakan itu tidaklah menjadi satu kesalahan dan bukan tegolong daripada perbuatan syirik yang kita ta3rifkan di atas.


Termasuk di dalam syirik akbar (sangat besar) jika kita meni3tiqad Allah bertangan atau duduk di atas arasy kerana kita menyamatarafkan Allah dengan manusia. Sedangkan perbuatan duduk. naik turun, ketawa, bertangan, berkaki adalah sifat manusia.


Adapun jika kita katakan Allah mendengar, melihat, berkata-kata, itu tidak termasuk di dalam menyamatarafkan Allah dengan manusia bahkan inilah akidah yang sebenar kerana Allah mendengar, melihat dan berkata-kata dengan sifat-Nya bukan dengan telinga, mata atau mulut seperti manusia. Manusia dapat melihat kerana ada mata, dapat berkata-kata kerana peti suara berfungsi dan dapat mendengar kerana adanya telinga. Tanpa peti suara, manusia akan bisu, tanpa mata, manusia akan buta dan tanpa telinga manusia akan pekak.


Ini bezanya kita dengan Allah. Mata, mulut dan telinga ada hadnya. Di sebalik dinding, manusia tidak dapat melihat, dari jarak yang jauh, manusia tidak mampu mendengar dan melihat.


Adapun sifat Allah tiada batasannya kerana Allah tidak melihat dengan mata, berkata-kata dengan mulut dan mendengar dengan telinga seperti manusia.

Comments

  1. Syukran ustazz....
    Apa pulak ertinya syirik kahfi?

    Kalau kita dengar lagu berunsur syirik, contoh dari siapa ntah, God Is A Girl, tanpa ber3ikad pn, adakah kita termasuk dalam syirik?

    ReplyDelete
  2. Afwan Cikgu..

    Saya terlupa untuk menyatakan pembahagian syirik khofi dengan syirik jaali.

    Syrik khofi tu sama dengan syirik asghar.
    Syrik jaali tu syirik akbar seperti yg saya jelaskan di atas.

    kalau kita dengar lagu dan kita faham makna dan lagi kita sengaja (maksdunya kita tahu perbuatan itu haram) boleh membawa kpd riddah(kekufuran/syirik).Nauzubillahi min zaalik..

    Adapun jika kita mendengar lagu itu dan kita jahil akan hukumnya maka HARAM perbuatan kita. Maksudnya berdosa besar.

    ReplyDelete
  3. salam, ustaz...

    Kalau kita buat macam sembah berhala tanpa i3tikad, contohnya berlakon, camna pulak?
    - Yang ana fahami, melalui perbuatan boleh jatuh syirik, kan?
    -Walau pun ia macam filem bersifat insaf? Mcm dalam filem konon murtad dan akhirnya kembali kepada Islam, tujuan utk memberi pengajaran?

    Kemudian, ustaz..
    Boleh jugak kalau jatuh syirik sbb percakapan;
    -Kalau kita cakap 'Allah palingkan wajahNya' dan sebagainya dah jatuh syirik lah, kan?
    Macam mana pulak kalau,
    -Kita cakap 'Makan lah panadol tuh, baik demam kamu nanti'
    - Juga dalam situasi lakonan. Skripnya, aku keluar dah dari Islam'... camna tuh? Utk tujuan pendidikan juga..

    Maksud ana, kalau perbuatan dan percakapan yang sebenarnya tidak disertai dgn i3tikad.. adakah ia jatuh syirik juga?

    ReplyDelete
  4. Wslm..

    Kalau berlakon,,haram hukumnya..kalau dia tahu perbuatan tu haram tapi dia buat juga boleh jadi kufur..depend on i3tiqad dia macamana..tapi walaupun dia tak i3tiqad sembah hukumnya tetap haram dan boleh membawa kepada syirik atau riddah (keluar drpd Islam)

    Kalau kita cakap Allah palingkan wajahnya dengan makna majaz, tidak menjadi masalah..tetapi kalau kita i3tiqadkan Allah berwajah maka jatuh hukum kufur dengan i3tiqad sedemikian..

    Kalau Kita cakap 'Makan lah panadol tuh, baik demam kamu nanti' dengan i3tiqad pada hukum adat pandol dapat menyembuhkan demam tdk menjadi masalah..Depend on i3tiqad juga. itu termasuk di dalam hukum adat. hukum adat seperti api membakar, pisau melukakan kulit. ini disebut sebagai wajib 'aadi tetapi jaiz 'aqli. Wajib pada hukum adat tetapi harus sahaja pada hukum akal kerana boleh sj api tdk membakar sperti berlaku kpd Nabi Allah Ibrahim..

    Khulosah daripada semua persolan depend on i3tiqad tetapi walaupun tidak i3tiqad perbuatan berlakon, menyembah patung tetap haram dan boleh membawa kpd kekufuran..

    ReplyDelete
  5. nice info dear.. take care

    ReplyDelete
  6. Ceramah' Penerang Akidah'.20hb Nov selepas solat zohor.di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia)
    Ceramah' Penerang Akidah'.20hb Nov selepas Isyak.di Pondok Darus Salam Kuantan:S Dr Salim Ulwan(Mufti Australia), Muslimin & Muslimat dijemput hadir

    http://pondokhabib.wordpress.com

    ReplyDelete
  7. thanks Kulna...

    ReplyDelete
  8. Syukran Anonymous di atas infonya..Jom pakat2 hadir semua..

    ReplyDelete
  9. kalo x silap, syirik dan talak jatuh jika dibuat walaupun tak berniat, kan ustat?
    same cam berlakon..

    ReplyDelete
  10. Sesetengah kitab menggunakan perkataan boleh membawa kepada syirik. Itu lebih cermat pada menghukum.. Mksdnya boleh jd telah syirik atau pd setengah2 keadaan perlu melihat kpd i3tiqad. kalau jelas dia sembah tokong memang dihukumkan syirik... Kena tengok sebab apa dia buat. kalau dia jahil tetang hukum maka haram hukumnya. kalau dia tahu dia buat juga maka dihukumkan syirik atau telah riddah..

    Adapun talak kita lihat kdp lafaznya..kalau lafaz sorih tak perlu kpd niat tapi kalau lafaz kinayah perlu kpd niat.

    Sbb tu di atas ana sebutkan syirik itu boleh berlaku dengan 3 sebab: 1)perbuatan 2) perkataan 3)i3tiqad.

    Nahnu nahkum bizzowahir wallahu yatawalla bissarair

    "Kita menghukum berdsarkan zahir Allah yg meguruskan rahsia hati dia"

    Wallahu A3laam.

    ReplyDelete
  11. penjelasan yang bagus.. kena faham betul2 ni.. karang xfaham jadi susah pulak. kawan mintak tolong pun dikatakan syirik, sebab meminta selain dari Allah.. kesian kawan kita :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa